Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label TMI. Show all posts
Showing posts with label TMI. Show all posts

Monday, September 21, 2015

Isu Penghapusan Anjing Liar Buktikan The Malaysian Insider Lidah DAP



Anak saudara Karpal Singh, Dalbinder Singh bekas seorang wartawan The Malaysian Insider (TMI) telah dipecat oleh portal berkenaan kerana menyokong badan bukan Kerajaan (NGO) yang membantah penghapusan anjing liar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng. Nampak sangat di dalam kes ini TMI amat melindungi dan menyokong Joseph Lim. Anda tidak boleh bekerja di dalam portal TMI dan pada masa yang sama anda tidak menyokong Joseph Lim. Sekiranya ini berlaku, anda akan dipecat. Adakah ini bentuk kebebasan bersuara yang diamalkan oleh TMI? Di manakah kebebasan akhbar?

Walaupun tunjuk perasaan oleh beberapa NGO dan Rakyat Pulau Pinang membantah penghapusan anjing liar ini secara beramai-ramai, rayuan dan permintaan mereka tidak diendahkan oleh Joseph Lim. Mungkin akibat daripada Himpunan Melayu Bersatu, inilah caranya DAP dan Joseph Lim mahu mengambil hati orang-orang Melayu Pulau Pinang
kembali, iaitu dengan penghapusan beribu-ribu anjing liar. Cuma Joseph Lim jangan lupa bunuh juga anjing Rottweiler yang tinggal di Menara Komtar. Seterusnya






Monday, February 2, 2015

SENSASI! PEMILIK PORTAL TERKENAL DIDAKWA MEMBUAT KEUNTUNGAN USD1.4 BILLION AKIBAT KEJATUHAN RINGGIT!

1. Pemilik Portal Media Tong Kooi Ong "Edge Group and The Malaysian Insider" didakwa MalaysianExpose membuat keuntungan berbilion USD disebalik kejatuhan ringgit yang berlaku mutakhir ini dalam transaksi "Short Position Trading".

2. Menurut MalaysianExpose Sumber dalaman Bank Negara Malaysia, pemilik Portal ini telah mengeluarkan transaksi USD1.4 Billion melalui proksi bermula Ogos 2014 sehingga Januari 2015.


Apa itu Short Position Trading?

 

3. Short Position Trading adalah satu transaksi jangkaan bahawa Ringgit akan jatuh dan menyusut. Justeru , para pedagang "short position" ini akan memperdagangkan Ringgit Malaysia kepada USDollar. Jika kemudian hari, nilai ringgit menyusut , para pedagang dan pelabur matawang ini akan menerima banyak keuntungan apabila mereka membeli balik ringgit yang mempunyai nilaian yang rendah.


4. Apabila nilai matawang menyusut, Bank Pusat (dalam konteks Malaysia adalah Bank Negara) akan masuk campur untuk mengeluarkan rizab simpanan negara untuk menyeimbangkan nilai matawang.


5. Dalam senario Malaysia, ketika ini Ringgit sememangnya merudum, untuk menyelamatkan Ringgit dari terus merudum, BNM akan membeli ringgit sebagai pertukaran kepada Rizab USD yang mengalir keluar.

6. Spekulator matawang akan mengambil kesempatan (menggunakan wang sendiri atau wang pinjaman bank) untuk membeli USD dengan RM sehinggalah BNM kekurangan rizab, dan akan menyebabkan matawang merudum teruk.

7. Kemudian, pedagang akan kembali ke Bank dalam negara yang mereka pinjam duit untuk membeli matawang USD tadi dan membayar balik pinjaman tersebut dengan nilai ringgit yang mereka pinjam tersebut telah jatuh.


CONTOH KIRAAN SHORT TRADING

8. Contohnya , pada awalnya mereka pinjam di CitiBank sebanyak RM 1,000 000 untuk membeli USD . 1 US Dollar pada asalnya berkadaran RM3.30 , maka dengan RM1Juta tersebut, pedagang akan dapat membeli $ 303, 030.30 US  Dollar. 

9. Bayangkan ketika ini Ringgit jatuh, dan US Dollar mengukuh (either way, USDollar mengukuh sebab ringgit jatuh). Nilai Ringgit ketika ini didagang RM3.60 per 1 USD. Maka,Sekarang untuk kadar $ 303, 030.30  USDollar yang dipegang oleh Pedagang tadi adalah berkadaran RM 1, 090 909.90. Mereka membuat keuntungan RM 90,909.90!

10. Inilah adalah contoh RM1juta, biasanya Spekulator seperti ini bukan hanya bermain 'Short Position' RM1juta sahaja, malah sehingga BILLION USDollar.

Maka dengan cara itu lah mereka membuat keuntungan atas masalah negara.

Maka , tidak mustahil , kita tengok Portal-portal mereka teruk menghentam negara. Mungkin untuk melihat ekonomi negara terus merudum dan mereka mendapat kesenangan ini!

MalaysianExpose dikhabarkan telah membuat laporan terhadap 'Enemy of State' ini kepada BNM . Rujuk MalaysianExpose.

Akhir Kalam "Kenal Musuh Sebenar Anda "

Sekian,


Sumber rujukan dari Sumber .

Wednesday, December 10, 2014

It’s Christmas! The Malaysian Insider – Batu Api Isu Kristian dan Islam? Apa Agenda? Siapa Dalang di Sebalik Usaha Ini?









—————–

Blog ini pernah katakan, kepada Anwar politik adalah ALAT. Kalau perlu keluar masuk gereja, Anwar buat. Kalau perlu jadi muka Melayu dan Islam di dalam gereja, Anwar akan buat. Kalau perlu jadi Imam, Anwar akan buat.

Makhluk pelbagai watak dan bakat ini memang awesome lah kata budak-budak sekarang. Semua boleh.

Dua tiga minggu menjelang Krismas, The Malaysian Insider diberikan tugas dan scope kerja baru. KPI yang diberikan mudah sahaja:-

i) Show Najib/BN in bad light among Christian community.
ii) Make Christians more angry to Najib and Govt
iii) Portray Anwar as the ‘saviour’ for the Christians;
iv) Keep targeting Christians in Borneo as ‘key political target’
v) Holistic strategies (online media – and political events)

Sebab itu, kita akan dapat lihat lebih banyak cerita mengenai orang Kristian yang marah dengan Najib dan Kerajaan.

Kata sumber, untuk usaha ini sahaja, TMI diberikan extra RM150,000. Cerita negatif ini perlu maintain sampai ambang Krismas (24hb 12 ini).

MCMC, Kementerian yang berkaitan cuba tengok-tengoklah kerosakan yang bakal TMI bawa.

Tak padan dengan RM150,000, kalau buatnya isu yang dibawa TMI ini menjadi viral dan masalah di bawah; 

tak kiralah dalam apa bentuk – bakar gereja ke, patahkan salib ke, baling bom ke – patut TMI dibawa ke muka pengadilan (SOSMA) kerana membawa cerita-cerita yang sengaja mewujudkan ketegangan agama dan kaum.


Tahniah TMI. Murah benar harga maruah kamu orang ni.


DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.