Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label TRX. Show all posts
Showing posts with label TRX. Show all posts

Wednesday, May 1, 2019

Dengan Modal RM1 Juta, 1MDB Mampu Jana RM140 Bilion Untuk Projek Bandar Malaysia, Masih Berdosakah Lagi DS Najib?




 

Dengan Bangga PM ke 7 kata Projek 1MDB Bandar Malaysia bernilai RM140 bilion (BACA DI SINI)...

Sekarang PH bolehlah jilat ludah sendiri, bila sendiri terkejut dengan kehebatan projek hasil dari 1MDB...

Sesungguhnya yang teraniya ialah DS Najib (BACA DI SINI)...

Kerana ini adalah hasil kerja beliau untuk bangunkan ekonomi negara...

Dan boleh mengukuhkan nilai Ringgit serta memberi impak yang besar ke atas ekonomi Malaysia dan bakal menjadi hab global untuk menarik lebih banyak kewangan global, teknologi dan firma keusahawanan berimpak tinggi...

Tapi apa bezanya projek Bandar Malaysia zaman DS Najib dengan zaman Mahathir sekarang nie?

Banyak bezanya, projek Bandar Malaysia zaman DS Najib adalah projek 1MDB dan hasilnya dipulangkan kepada rakyat...

Apa buktinya?

Tanyalah Tok Imam dan Tok Bilal yang pernah ditaja menunaikan fardu haji oleh 1MDB dan pelajar2 miskin yang di berikan biasiswa, mereka boleh menjelaskan...

Tapi projek Bandar Malaysia bawah Mahathir pula?


 

 Ingat The Loaf, ingat Bandar Malaysia (BACA DI SINI)...

 

Mahathir dan kroni adalah ibarat irama dan lagu, yang tak boleh di pisahkan...

Hasil 1MDB Bukan Setakat Bandar Malaysia Tapi TRX Juga

 

Menteri Kewayangan pula kata projek 1MDB TRX bernilai RM40 bilion dan antara aset negara terbesar negara (BACA DI SINI) dan (DI SINI)...


 

Tiba2, hutang RM30 bilion 1MDB tidak akan bankrapkan negara dan bukan lagi beban untuk generasi2 akan datang...

Tiba2, 1MDB akan menjana keuntungan sangat besar dan memberi manfaat ekonomi dan menjamin masa depan untuk negara...

Belum masuk lagi RM400 bilion di selamatkan untuk negara dari penyelesaian perjanjian penjana kuasa besar berat sebelah dengan pertolongan 1MDB pada tahun 2012...

Belum ambil kira pangkalan baru TUDM Sendayan yang amat besar...


 

Pangkalan baru Udara PDRM di Subang dan 6 lagi pangkalan TUDM yang di naiktaraf kerana 1MDB...

Belum termasuk juga perjanjian penyelesaian dengan IPIC untuk mendapat balik semua wang yang di katakan hilang setelah di hantar kepada mereka...

Di manakah maruah kerajaan PH bila menjilat balik ludah dan kahak yang mereka keluarkan?

Semasa kempen PRU 14, nama2 1MDB, Bandar Malaysia, TRX dan lain2 lagi menjadi zikir harian mereka untuk menanamkan perasaan benci rakyat pada kerajaan BN...

Kononnya, terdapat penyelewengan!!!

Kononnya, kerajaan BN boros dalam membelanjakan duit rakyat ketika rakyat di himpit dengan kos kehidupan!!!

Kononnya, projek2 mega tu telah menjual kedaulatan negara kepada China...

Tapi sekarang, ketika mengumumkan keputusan meneruskan projek2 tersebut, di manakah maruah kerajaan PH bila mengakui projek2 tersebut sebenarnya mampu menjana pendapatan yang tinggi pada negara...

Waktu membuat keputusan meneruskan projek2 tersebut, apakah kehidupan rakyat sekarang ini dalam keadaan mewah?

Waktu sujud di kaki pemimpin China untuk merayu simpati supaya di teruskan projek tersebut, apakah Mahathir tak merasakan ianya tidak menggadai maruah dan kedaulatan negara?

Kalau menggadai maruah Mahathir dan menteri2 bangangnya, rakyat tak kisah sebab memang pun mereka tak ada harga diri...

Ribuan umat Islam yang di hantar oleh 1MDB untuk menunaikan ibadah Haji serta anak2 muda yang mendapat biasiswa dari 1MDB lebih faham...



Wednesday, June 7, 2017

Projek TRX Berjalan Sepertimana Mengikut Jadual - PM





KUALA LUMPUR: "Siapa cakap projek ini (Tun Razak Exchange -TRX) tidak jadi,"?
Itulah maklum balas ringkas dan pantas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas beliau mengakhiri lawatannya ke Galeri TRX pada Isnin.


Sesetengah pihak terutamanya pembangkang membangkitkan kebimbangan dan keraguan mereka terhadap keupayaan kerajaan untuk menyiapkan projek itu, yang akan membangunkan Kuala Lumpur sebagai pusat kewangan antarabangsa pada masa akan datang.


Terdahulu, Najib tiba di Galeri TRX di Jalan Utara di sini pada 4.15 petang dengan disambut Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah.


Perdana menteri kemudian mendengar taklimat mengenai perkembangan terkini pembangunan projek itu yang disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif TRX City Datuk Azmar Talib.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, turut meninjau model dan pejabat TRX serta dilihat mengangguk-angguk kepalanya dan tersenyum beberapa kali semasal beliau diberi taklimat sepanjang lawatannya ke Galeri TRX itu.


Beliau juga berhenti seketika di dek pemerhatian untuk meninjau keseluruhan peta dan projek itu sebelum menandatangani sebuah plak di hadapan sepohon pokok yang dinamakan ''Merdeka'', yang dipercayai antara pokok tertua yang masih ada sejak kemerdekaan negara pada1957.
Perdana menteri kemudian beredar keluar daripada tapak projek TRX itu pada 5 petang.
Ini adalah lawatan ketiga Najib ke tapak projek TRX selepas beliau melancarkan projek itu pada Julai 2012.


Beliau melawat TRX Gate One di Jalan Tun Razak pada dua tahun lepas.


Menurut kenyataan media, TRX akan mengukuhkan kedudukan Kuala Lumpur sebagai pusat utama kewangan dan perniagaan antarabangsa dengan mewujudkan persekitaran perniagaan berpusat yang lancar bagi firma perkhidmatan kewangan, syarikat multinasional dan perniagaan sokongan.


Kira-kira 70 peratus kawasan yang terdapat di TRX telah dikomersilkan dan TRX City terus menerima minat ketara daripada pelbagai pelabur dan penyewa tempatan dan antarabangsa termasuk bank-bank dan institusi kewangan utama dunia.


TRX antara lainnya menampilkan stesen pertukaran MRT bersepadu yang disokong oleh hubungan terus ke jalan-jalan utama seperti Jalan Tun Razak, MEX Highway dan Terowong SMART.


TRX City Sdn Bhd, yang sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Real Estate Sdn Bhd, merupakan pemaju utama projek itu.


Ia kini adalah sebuah entiti tersendiri.


TRX, yang dibangunkan dalam tempoh 15 tahun, akan dibina secara berperingkat dengan fasa satu dijangka siap pada 2018/2019.


Dengan nilai pembangunan kasar TRX dianggarkan RM40 bilion, ia turut merangkumi pelaburan ruang-ruang pejabat gred A selain disokong oleh kediaman, hospitaliti, peruncitan, riadah dan kebudayaan bertaraf dunia.



- BERNAMA

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.