Showing posts with label TURUN. Show all posts
Showing posts with label TURUN. Show all posts
Friday, January 3, 2014
Wednesday, January 1, 2014
Parang ditemui, tiga polis cedera rempuhan peserta himpunan haram
1
JAN :
Empat bilah parang dan tiga pisau ditemui di dalam longkang
berhampiran Kompleks Dayabumi, dipercayai dibuang oleh peserta
perhimpunan haram yang memenuhi Dataran Merdeka malam tadi.
Ketua
Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata,
senjata itu ditemui oleh polis bantuan pada 9.30 malam.
Polis
menyiasat kes itu mengikut Seksyen 6 Akta Senjata Berbahaya, katanya
sambil memberitahu bahawa tiga anggota polis cedera di tangan apabila
peserta perhimpunan merempuh kawalan anggota polis di Dataran Merdeka
pada 11 malam.
Tiga
anggota polis itu di rawat sebagai pesakit luar di Hospital Kuala
Lumpur, katanya kepada pemberita selepas perhimpunan haram itu di
sini.
Beliau
berkata, perhimpuan itu bertukar menjadi ganas apabila mereka mula
merempuh kawalan pasukan keselamatan.
Zainuddin
berkata, sehingga kini tiada tangkapan dibuat terhadap peserta
perhimpunan haram itu dan polis sedang mengumpul keterangan daripada
orang ramai bagi mengambil tindakan mengikut Seksyen 15 Akta
Perhimpunan Aman 2012.
“Kami
juga akan menyiasat insiden membaling botol air mineral ketika Datuk
Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berucap untuk
menenangkan keadaan,” katanya.
Beliau
berkata, polis juga akan mengesan beberapa pemimpin politik yang
dilihat berada pada perhimpunan haram itu.
Perhimpunan
itu dianjurkan oleh empat badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Gerakan
Turun Kos Sara Hidup, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Jingga 13
dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
Para
peserta perhimpunan telah menyerbu masuk ke Dataran Merdeka dan
mengganggu konsert sempena menyambut tahun baharu yang dianjurkan
oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kira-kira setengah jam
sebelum detik 12 tengah malam.
Zainuddin
berkata, berikutan keganasan peserta perhimpunan haram itu, konsert
berkenaan yang dihadiri 25,000 penonton terpaksa dihentikan. –
Bernama
Wajah-wajah pembangkang disebalik topeng TURUN
1 JAN:
Betul anggapan sesetengah pihak bahawa himpunan haram TURUN hanya
topeng pembangkang untuk terus menekan kerajaan dan menunjukkan rasa
tidak puashati bukan kerana harga barang naik tetapi kegagalan mereka
pada PRU 13.
Jika
tidak sembunyi batu tangan, sekilas ikan di air sudah tahu bawa
pemimpin pembangkang terutaama PKR dan PAS terbabit dalam penganjuran
perhimpunan yang sekaligus menyebabkan sambutan Tahun Baharu di
Dataran Merdeka dihentikan.
Kemunculan
beberapa pemimpin PKR dan PAS ibarat sudah terang lagi bersuluh
bahawa merekalah disebalik ‘topeng’ himpunan TURUN atau Guling
Kerajaan yang diuar-uarkan kononnya membantah kenaikan harga barangan
dan sebagainya.
Kelibat
Ketua Angkatan Pemuda Keadilan yang juga Ahli Parlimen PKR Bukit
Katil, Shamsul Iskandar Mat Akin, Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi
Ramli yang juga merupakan Pengarah Strategik parti itu bersama-sama
peserta perhimpunan haram sudah cukup mengambarkan siapa dalang
disebalik semua itu.
Selain
itu juga, Naib Ketua Pemuda PAS Perak, Khairil Nizam Khairuddin;
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham
Shahrin, atau Chegubard dan Pengerusi TURUN, Mohamad Azan Safar.
Ternyata
kebiadapan peserta demo memuncak apabila konsert Ambang Tahun Baru
bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur itu terpaksan dibatalkan 30
minit sebelum jam 12 tengah malam.
Sebelum
itu, mereka merempuh hadangan polis dan cuba mencabar pihak berkuasa
dengan provokasi kata-kata kasar.
Tindakan
peserta demo yang melampau sehingga membaling objek ke arah pentas
mencetuskan kekecohan di kalangan artis yang hadir untuk menghiburkan
penonton konsert itu.
Laungan
slogan melbatkan peserta demo diantaranya ialah ‘guling kan
kerajaan zalim’ ‘turun kerajaan’, dan beberapa slogan yang
tidak mencerminkan niat asal mereka untuk menggesa menurunkan kos
sara hidup.
Ini
dilihat berpunca apabila dalang mereka turun ke padang bersama-sama
sehingga menyebabkan mereka berani bertindak biadap termasuk tidak
menghormati Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib yang
meminta pihak terbabit menghormati penonton konsert yang ingin
menyambut Tahun Baharu seperti biasa.
Sebaliknya,
dengan tindakan kekerasan yang berlaku semalam menjadikan sambutan
Ambang Tahun Baharu tidak seperti biasa tanpa percikan bunga api dan
dentingan 12 kali jam di Bangunan Sultan Abdul Samad seperti
tahun-tahun sebelum ini.
Dalam
masa sama, ada ibu bapa terus memperjudkan nasib anak-anak yang masih
mentah dengan membawa mereka ke perhimpunan yang boleh mempengaruhi
pemikiran untuk menentang kerajaan apabila dewasa. -bnbbc.my
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
DISCLAIMER
Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.