Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label Trengganu. Show all posts
Showing posts with label Trengganu. Show all posts

Thursday, May 15, 2014

Penasihat Penasihat Perdana Menteri Boleh Meruntuhkan UMNO dan Barisan Nasional


Krisis kepimpinan di Terengganu sebenarnya boleh dielakkan sekiranya Perdana Menteri yang juga merupakan Presiden UMNO lebih tegas membuat keputusan tanpa bergantung kepada acuman, hasutan atau fitnah orang di sekelilingnya. Sebagai seorang Perdana Menteri dan Presiden parti, sepatutnya juga Najib menggunakan akses maklumat yang lebih berkredibiliti berbanding laporan para pegawainya yang sudah tentu mempunyai niat tersembunyi kalau tidak pun mudah dimanipulasikan oleh golongan luar yang berkepentingan.

Malangnya, apa yang berlaku sekarang hampir malah menyerupai benar dengan sistem serta amalan bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Abdullah Badawi. Kepercayans keterlaluan kepada orang di sekeliling dan pegawai-pegawai yang dilantik, akhirnya menyebabkan kerajaan yang dipimpin oleh Abdullah Badawi runtuh dan lemah.

Dalam isu krisis kepimpinan di Terengganu, kekalutan semakin menghampirkan UMNO kepada kehilangan peluang untuk terus menguasai negeri tersebut ekoran nasihat yang salah serta ketegasan yang tidak kena pada tempatnya. Alasan kepada isu ini sebenarnya cukup remeh sekaligus menggambarkan tentang kelemahan sisi Najib yang tidak sepatutnya berlaku.

Terlalu banyak persoalan yang timbul dan terlalu banyak juga alasan-alasan bebal yang diterbitkan berhubung isu ini, sama ada untuk menjawab mahupun menghalalkan pemecatan Ahmad Said daripada jawatan Menteri Besar Terengganu.

Alasan AKU JANJI yang diberikan sebenarnya tidak kukuh langsung. Alasan kononnya Ahmad Said telah menandatangani aku janji dan perjanjian untuk melepaskan jawatan selepas setahun PRU-13, sebenarnya tidak disokong oleh sebarang dokumen mahupun bukti bertulis. Cerita tentang Ahmad Said menandatangani surat perjanjian dan aku janji hanya muncul ketika isu pemecatan Ahmad Said mula diperkatakan oleh kumpulan yang diketuai oleh Jelani Ngah, Setiausaha Politik Najib Abdul Razak sendiri.

Mewujudkan alasan sebegitu sebenarnya langkah yang hanya menikam diri sendiri. Alasan bukan sahaja tidak kukuh tetapi menampakkan kekalutan terutama melihat kepada upacara angkat sumpah Razif Abdul Rahman sendiri yang dilakukan secara tergesa-gesa.

Ironinya, ramai yang tahu betapa Najib tidak mampu menolak dan mengenepikan tekanan daripada orang di sekelilingnya. Dalam isu Ahmad Said juga Najib berkeadaan serupa.

Walaupun isu ini sudah terkawal, namun apa jaminan yang boleh diberikan oleh Najib bahawa keselamatan UMNO dan Barisan Nasional akan terjamin ekoran sikap Najib sendiri? Berapa lamakah Najib akan terus memberikan kedudukan dan ruang yang lebih besar kepada para penasihat yang bukan sahaja tidak berpijak ke dunia nyata tetapi juga mempunyai niat jahat untuk meruntuhkan dan memusnahkan UMNO dari dalam? 


Seterusnya

Nasib JELANI NGAH Semakin Malap... LOBANG Dah Pecah


Kepala konspirator untuk menyingkirkan Ahmad Said daripada jawatan Menteri Besar Terengganu telah pun dikenalpasti. Penggunaan media massa dan media sosial akhirnya berjaya menyingkirkan Ahmad Said daripada jawatan tersebut. Namun pada masa yang sama, tembelang demi tembelang kepala konspirator yang bergiat cergas bagi mendapatkan tempat sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU-14, turut terdedah.


JELANI NGAH merupakan SETPOL yang sepatutnya bekerja di bawah Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Mat Zin Abdullah. Namun memandangkan Penasihat tidak mempunyai mempunyai peruntukan bagi memiliki seorang SETPOL, Jelani Ngah dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri dan menumpang tempat sebagai SETPOL. Namun dalam perlantikan terbaru, namanya mendahului senarai dan dia mendakwa, dia adalah Ketua SETPOL PM.THE UNSPINNERS dan CILI PADI telah menceritakan perihal Jelani Ngah dan beberapa perangai pelik yang dilakukannya membabitkan krisis kepimpinan terbaru di Terengganu. Penjelasan Perdana Menteri dan Mat Said bahawa krisis berlaku kerana SALAH FAHAM, menambahkan lagi kebenaran berhubung tindak tanduk dan pendalangan Jelani Ngah.

Pada tahun 2006, Jelani Ngah merupakan individu utama yang berusaha memadankan muka Mat Said sekaligus menimbulkan kemarahan kepada Exco Terengganu paling senior itu bagi mencetuskan pemberontakan terhadap Najib Abdul Razak yang baru menjawat jawatan Perdana Menteri.

Ketika watikah perlantikan Ahmad Said disiapkan, bagi menunjukkan betapa hinanya Mat Said dan tidak perlunya Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu, watikah kepada istana Terengganu hanya DIHANTAR MENERUSI FAKSIMILI. Apabila ditegur, watikah tersebut kemudiannya dihantar dengan menggunakan kurier ekspres dengan menggunakan pesawat komersial. Penerbangan daripada Subang ke Kuala Terengganu kemudiannya tergendala sedangkan pihak istana yang sudah diberitahu bahawa watikah sebenar dalam perjalanan ke Kuala Terengganu terpaksa menunggu. Sedangkan pada masa yang sama, persiapan untuk majlis angkat sumpah Menteri Besar baru, sudah pun disiapkan.

Akhirnya pihak berkuasa memutuskan untuk menghantar watikah tersebut dengan menggunakan helikopter. Helikopter terpaksa ke Kuala Terengganu, dan bungkusan kurier dibuka untuk penyerahan kepada pihak istana secara rasmi dan terhormat.

Walaupun cuba dihalang, namun Ahmad Said akhirnya berjaya dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru.

Dalam kes terbaru, perlantikan dan upacara angkat sumpah Abdul Razif Abdul Rahman telah dibuat secara tergesa-gesa. Upacara tersebut cuba diperlihatkan seolah-olah Ahmad Said telah dimarahi oleh Perdana Menteri dan perlu diganti secara serta-merta. Turut disebarkan juga kononnya, DYMM Sultan Terengganu murka kepada Ahmad Said, justeru menuntut agar Menteri Besar Terengganu itu dipecat serta-merta.

Sedangkan hal sebenarnya ialah, kekecohan tersebut telah ditimbulkan oleh Jelani Ngah yang mengetuai kumpulan 6 Jahanam. Walaupun Abdul Razif telah dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang dianggap oleh Jelani Ngah sebagai Menteri Besar sementara, namun Jelani Ngah yang tersilap jangkaan terperanjat besar apabila Ahmad Said dan dua orang ADUN BN memutuskan untuk keluar UMNO dan menjadi ADUN Bebas, sekaligus memberikan kelebihan kepada PAS dan PKR untuk menerajui Kerajaan Negeri Terengganu.

Melihat kepada keadaan yang tidak menentu itu, satu kumpulan lain telah menemui Perdana Menteri dan merundingkan pertemuan empat mata dengan Ahmad Said. Jelani Ngah dipinggirkan daripada mesyuarat dan pertemuan tersebut sekalipun dia dianggap sebagai Ketua Setpol Perdana Menteri. Pertemuan empat mata antara Najib dan Ahmad Said akhirnya mendedahkan rahsia petualang sebenar. Secara gentleman, Perdana Menteri telah mengakui kesilapan dan meminta maaf kepada Ahmad Said. Begitu juga dengan Ahmad Said.

Kes selesai apabila Ahmad Said dan dua ADUN menarik balik surat keluar parti dan perletakan jawatan. Ahmad Said memberikan sokongan sepenuhnya kepada Abdul Razif yang sebenarnya, antara kedua-duanya memang tidak pernah ada sebarang konflik dan menerusi RAKAMAN PERBUALAN TIGA BULAN LALU, Ahmad Said menganggap Razif adalah calon terbaik sebagai Menteri Besar Terengganu menggantikannya.

Semuanya kelihatan telah selesai, tetapi segala krisis hanya akan benar-benar selesai apabila Jelani Ngah dan konco-konconya dikeluarkan dari pentadbiran Negeri Terengganu mahupun sebagai penasihat-penasihat Perdana Menteri. 


DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.