Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label Vincent Tan. Show all posts
Showing posts with label Vincent Tan. Show all posts

Friday, January 15, 2016

Rupanya Tun M Membiayai Dana Politiknya Hasil Wang JUDI... Berjuang Untuk Bangsa Melayu Konon.


"Mengapa semua kroni dan taikun besar belaan Tun M bersatu membentuk satu konspirasi terancang termasuk sanggup membiayai berbillion ringgit semata-mata untuk menyerang Najib Tun Razak dan berusaha keras untuk menjatuhkan beliau? Jawapannya mudah. Najib juga secara terancang dan sistematik telah berjaya menghapuskan dan merombak semula sebahagian besar projek, lesen, konsesi yang pernah Tun M anugerahkan kepada rakan2 kroni beliau."



Saya berada di dalam Pejabat Ahmad Sebi Abu Bakar apabila Vincent Tan meluru masuk tanpa mengetuk pintu. Nampaknya Vincent Tan tidak perlu membuat temujanji untuk berjumpa dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atau Menteri Kewangan Daim Zainuddin. Beliau boleh masuk begitu sahaja walaupun terdapat orang lain di dalam bilik, termasuklah diplomat dan wakil asing.

Apapun, sebab Vincent Tan dipanggil bertemu orang kanan Tun Daim, Ahmad Sebi, yang ketika itu mengendalikan TV3 adalah untuk membincangkan hal Sports Toto. Mereka mahu Vincent Tan mengambil alih Sports Toto. Kerajaan Mahathir memanggilnya penswastaan. Kami di Dewan Perniagaan Melayu memanggilnya pelanunan.

Satu sebab mengapa ahli tidak begitu gembira dengan penswastaan ini adalah ianya tidak dilakukan dalam tender terbuka. Maka tiada ketelusan langsung bagaimana ianya dilakukan. Ianya dilakukan secara bawah meja dan memberikan manfaat kepada kroni yang berjalan di koridor kekuasaan - Melayu, Cina dan India.

(Maka penswastaan ini tidak bersifat rasis dan perkauman - yang bermakna Dasar Ekonomi Baru atau DEB lebih berkesan untuk bukan Melayu. Contohnya, Mahathir memberikan RM3 bilion kepada orang Cina dan hanya RM500 juta kepada orang Melayu untuk ‘bail out’ mereka yang berdepan risiko muflis ketika krisis ekonomi 1985).

Dan yang lebih dipertikaikan adalah aset, pelaburan, pegangan dan konsesi kerajaan yang diswastakan ini dijual pada harga yang cukup murah, kadang-kadang 10% atau kurang dari harga pasaran sebenar. Dengan hanya satu tandatangan, kroni menjadi jutawan dan bilionair sekelip mata.

Anda boleh baca selebihnya tentang isu ini seperti yang dilaporkan oleh Jomo K. S. dan Tan Wooi Syn di pautan ini:http://unpan1.un.org/intradoc/groups/public/documents/un/unpan021546.pdf

Seperti yang saya sebutkan, saya berada di situ ketika Vincent Tan diminta untuk membuat tawaran untuk sumber wang kerajaan yang sangat menguntungkan, Sports Toto. Pada tahun 1995, Sports Toto secara sulit dijual kepada Vincent Tan tanpa sebarang pengumuman dan tiada bidaan saingan.

70% yang pertama dijual pada harga RM28 juta kepada B&B Enterprise milik Vincent Tan, yang dikatakan 60% milik bumiputera, dan kemudiannya 10% dijual kepada Melewar Corporation - syarikat yang dimiliki oleh seorang lagi kroni Mahathir (dan rakan perniagaan Tan Sri Loy Hean Heong dari MBF), Tunku Tan Sri Abdullah Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

Baki 30% dijual kepada Raleigh Berhad milik Tun Daim, bernilai RM85 juta, yang dimiliki sebanyak 26% oleh seperti Tajuddin Ramli yang ‘terkenal’ dengan MAS. Walaupun penjualan kedua melibatkan harga sesaham 7 kali ganda lebih tinggi, perlu diingat ketika Sports Toto kali pertama diniagakan di BSKL, ianya mencatakan harga penutup yang lebih tinggi.

Ketika bursa saham ditutup semalam, pemodalan pasaran Sports Toto pemodalan pasaran Sports Toto mencecah RM4.2 bilion - satu pulangan yang cukup lumayan daripada RM28 juta untuk 70% saham yang dibayar ketika Mahathir menjualnya kepada Vincent Tan.





Memandangkang Berjaya Corporation (syarikat pegangan B&B) memilki hampir 56% pada penghujung tahun kewangan 1990-1991 dengan 42% adalah milik bumiputera, Jones and Fadil telah menyimpulkan kepentingan swasta Bumiputera telah melepaskan pegangan dengan menjual saham-sahamnya,dan dalam masa yang sama telah memberikan pulangan dana yang memberansangkan untuk kepentingan bukan bumiputera.

Sports Toto dipercayai adalah aset yang paling menguntungkan di dalam konglomerat milik Tan. Keuntungan Sports Toto diransang oleh kadar cukai yang rendah - berbanding dengan firma perjudian lain, dimana kadar cukai itu ditentukan secara rahsia oleh Kementerian Kewangan - dan juga sumbangannya - yang sering diberikan publisiti meluas - kepada pembangunan sukan di Malaysia.

Pada tahun 1988, operasi loteri Big Sweep telah diswastakan kepada Pan Malaysian Sweep Sdn Bhd, yang dikuasai oleh Ananda Krishnan, seorang lagi sekutu rapat Mahathir (New Straits Times, 16 February 2016). Lesen untuk loteri Big Sweep hanya dikeluarkan kepada Kelab Lumba Kuda Selangor, Perak dan Pulau Pinang, yang hanya menjual tiket loteri itu kepada ahli kelab mereka.

Dengan pengambilalihan oleh Pan Malaysia Sweeps, sejak Februari 1989, tiket loteri telah djiual kepada orang awam. Hadiah Big Sweep yang lebih lumayan telah menjejaskan jualan tiket loteri Kementerian Kebajikan iaitu Loteri Kebajikan Sosial, yang akhirnya ditutup oleh Kerajaan, selaras dengan polisi Islamisasi - lalu memberikan monopoli kepada Big Sweep dalam jualan tiket loteri, monopoli yang bertahan selama 25 tahun hingga ke tahun ini.

Juga pada Januari 1989, Lembaga Totalisator Malaysia, satu badan berkanun kerajaan yang menganjurkan dan mengawal selia totalisator lumba kuda sejak 1961, telah melantik Usaha Tegas Sdn Bhd milik Ananda Krishnan untuk menguruskan Operasi Nombor Ramalan Totalisator (NFO)

Pengurusan NFO telah diambil alih oleh subsidiari milik penuh Usaha Tegas, Pan Malaysian Pools Sdn Bhd, yang diperbadankan pada Julai 1988. NFO mengendali 2 aktiviti perjudian - operasi ‘3 digit’ yang bermula pada tahun 1961, dan operasi ‘1+3’ digit, yang diperkenalkan oleh Pan Malaysian Pools pada September 1989 (Malaysian Business, 16 November 1991) - yang mengukuhkan lagi monopoli perjudian Ananda Krishnan.

Selain dari keuntungan beratus juta ringgit yang dicatatkan selama lebih 2 dekad, operasi ini yang telah dinamakan semula sebagai Da Ma Cai, telah dijual pada 2011 oleh Ananda Krishnan pada harga RM2.1 bilion kepada sekumpulan taikun cina yang terkenal - mengagumkan untuk satu operasi yang diperolehi hampir secara percuma oleh Ananda apabila beliau dilantik (bukan dijual kepada beliau) untuk mengambil alih operasi.

Selain dari itu, beberapa tahun kemudian pada tahun 1993, Ananda Krishnan telah diberikan hak untuk mengambil alih tanah Kelab Lumba Kuda Selangor di Jalan Ampang pada harga RM400 juta dengan menggunakan wang yang diperolehi beliau dari operasi perjudian beliau.

Dengan pantas, Petronas diarahkan untuk membiayai dan mengambil alih projek ini dan dinamakan sebagai KLCC. Di dalam proses itu, hanya dalam tempoh beberapa tahun yang pendek selepas dibenarkan mengambil alih tanah tersebut, berbilion ringgit wang Petronas mengalir ke poket kroni Mahathir ini, iaitu Ananda Krishnan.

Tetapi ini adala kisah untuk hari lain. Cukup untuk mengatakan yang Petronas mengambil alih satu menara pada harga 2 menara ditambah dengan harga tanah. Maka Ananda Krishnan mendapat menara kedua secara percuma - yang begitu tidak disenangi oleh Petronas tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana perjanjian itu ditandatangani oleh antara Mahathir dan Ananda Krishnan.

Dan anda mahu bercakap tentang 1MDB? Aduh. Mari kita berbicara mengenai urusniaga-urusniaga lain yang lebih meragukan. Tony Pua dan DAP tidak akan menyalak berkenaan isu ini kerana mereka menerima jumlah derma yang besar dari orang-orang ini. Walaupun bukan RM2.6 bilion, ianya masih besar. Saya serahkan kepada anda Muhyiddin Yassin! Beritahulah berapa yang anda terima juga.

Sekarang, mengapa semua kroni ini bersatu membelasah Najib Tun Razak dan membiayai Dr Mahathir untuk menjatuhkan beliau? Jawapannya mudah. Najib secara sistematik menghapuskan semua projek, lesen, konsesi yang telah diberikan Mahathir kepada rakan kroni beliau.

Sejak Najib menjadi Perdana Menteri, Big Sweep dan Da Ma Chai kini hanya menjadi badan kebajikan berbanding menyumbangkan untung ke dalam poket Ananda Krishnan. Najib telah menggantung lesen pertaruhan sukan Vincent Tan yang diberikan oleh Mahathir sebulan sebelum beliau bersara. Permintaan Vincent Tan untuk menjadikan Bukit Tinggi Kasino tidak diluluskan. Dan Ananda Krishnan hilang IPP beliau yang menguntungkan kepada 1MDB.

Anda perlu menjadi saintis ke untuk mengorek sebab sebenar semua ini terjadi? Anda betul-betul fikir ianya mengenai 1MDB ke? Jika begitu, anda lebih bodoh dari apa yang sepatutnya.





Oleh Raja Petra Kamarudin,

http://www.malaysia-today.net/how-mahathir-turned-millionaire-vincent-tan-into-a-billionair

Monday, January 11, 2016

Dr mahathir suatu penilaian semula




RM25 JUTA BERBANDING RM760 JUTA Daripada Mahathir Kepada Vincent Tan, Kenapa Tidak Pernah Didedahkan?


Tun Mahathir, Kroni dan Lesen Judi ( antara mitos dan realiti)
===================================================

■ Salah seorang 4 NAGA BESAR yang mendapat pelbagai keistimewaan dan kekayaan berganda dari zaman pentadbiran Tun Dr. Mahathir adalah Vincent Tan, dari Berjaya Group.

■ Bagaimanapun, disebabkan 'kejayaan-kejayaan' pada zaman Mahathir telah digembar-gemburkan, malahan sampai ke tahap dimitos-mitoskan, kesilapan terbesar yang dilakukan oleh Mahathir pada zamannya, kurang diperkatakan. Malahan ketika Anwar Ibrahim dalam sesi pemberontakannya selepas kehilangan jawatan dan kedudukan dalam Kabinet serta UMNO, isu Kronisme, Korupsi dan Nepotisme (KKN) hanya dianggap sebagai helah Anwar untuk menaikkan sentimen semata-mata. Apatah lagi, ramai yang masih ingat bagaimana Anwar Ibrahim sendiri mengamalkan dengan bebasnya skandal PINK-FORM untuk kumpulan-kumpulan proksinya termasuklah Tong Koii Ong yang membina bank Philleo Allied.

■ Isu Najib kononnya telah menjual Malaysia kepada China menjadi kecoh dan seolah-olah ianya lebih mulia berbanding menjual negara ini kepada Cina Malaysia, sekalipun ianya dilakukan 'di bawah meja' dan tidak terbuka sepertimana yang dilakukan oleh 1MDB.

■ Elok juga kita kembali kepada sejarah untuk mengulas isu ini...(Baca Sini)

■ Pada September 2003, hanya sebulan sebelum Tun Dr. Mahathir Mohamad bersara sebagai Perdana Menteri, kerajaan secara rahsia telah menganugerahkan lesen tunggal judi sukan kepada syarikat yang dimiliki oleh taikun Cina bernama Vincent Tan. Harga yang ditawarkan hanyalah RM25 juta sedangkan nilai sebenarnya adalah RM760 juta. Dalam masa yang sama, Resort Bukit Tinggi milik Vincent Tan turut diberikan hak atau lesen untuk 420 lesen mesin slot bernilai ratusan juta ringgit. 

■ Pada tahun berikutnya iaitu pada tahun 2004, Perdana Menteri baru, Tun Abdullah Badawi membekukan lesen judi sukan Vincent Tan sekaligus mencetuskan kemarahan Dr. Mahathir. Apabila Tun Abdullah enggan akur, Dr. Mahathir memulakan langkah menggulingkaannya dan pada tahun 2009, Tun Abdullah terpaksa meletakkan jawatan dan memberi laluan kepada Najib.

■ Sebagai isyarat kepada Najib, Dr. Mahathir berkata, "Kalau saya jadi kerajaan, saya luluskanlah".
http://www.thenutgraph.com/contradictions-on-sports-betting-licenc/

■ Najib bagaimanapun, tidak mempedulikan mesej tersebut dan ini langsung tidak menyenangkan orang tua itu. Sebaliknya, Najib menggantung lesen judi sukan dan enggan membenarkannya beroperasi, sekaligus memberi isyarat, Najib sengaja mencari pasal dengan Dr. Mahathir. Sehingga ke hari ini, Najib enggan membenarkan lesen tersebut beroperasi.

■ Pada bulan yang sama, Vincent Tan telah menjual 70% lesen judinya dalam Ascort Sports kepada Berjaya, syarikat senaraian awam penuh miliknya, hanya pada harga RM525 juta, yang dianggap jauh lebih rendah berbanding jangkaan nilai industri judi berlesen dan haram di Malaysia yang bernilai RM25 bilion setahun. Dia menjual 70% pemilikan tersebut pada harga RM525 juta sedangkan dia hanya membayar RM25 juta untuk 100%.
http://www.malaysiakini.com/news/132511

■ Sekarang, mereka mendakwa 1MDB memperolehi aset-asetnya pada harga murah daripada kerajaan dan menjualnya dengan keuntungan yang sangat besar. Sedangkan, Vincent Tan juga hanya membayar RM25 juta untuk sesuatu yang bernilai RM760 juta dan meningkat menjadi berbilion-bilion ringgit sebelum Abdullah dan Najib membekukan lesen tersebut.

■ Seperti yang dikatakan oleh Dr. Mahathir, sekiranya dia adalah Perdana Menteri, dia akan meluluskan lesen tersebut sekaligus membantu Vincent Tan mengaut berbilion Ringgit untuk 20 tahun lagi, seperti mana yang dibuat oleh YTL selama 30 juta dan sekarang mahukan konsesi IPP diluluskan selama 30 tahun lagi bagi membolehkan dia mengaut berbilion-bilion lagi wang rakyat Malaysia.

■ Kini mereka bercakap seolah-olah 1MDB adalah satu dosa besar, malah lebih menarik lagi ialah apabila Muhyiddin Yassin memberikan bayangan untuk membatalkan pembekuan lesen tersebut sekiranya dia berjaya mengambilalih jawatan Perdana Menteri daripada Najib Abdul Razak.
http://www.wsj.com/articles/SB109777782409745553

■ Dan itu sahaja sudah cukup untuk menerangkan mengapa mereka mahu Najib digulingkan.

Leslie Lopez, wartawan tetap The Wall Street Journal memberikan perincian yang lebih jelas. 

■ Menurutnya pemberian atau lebih tepat lagi penganugerahan konsesi mewah perjudian di Malaysia oleh Dr. Mahathir kepada Vincent Tan Chee Yioun telah mencetuskan kontroversi dalam kerajaan.

■ Perdana Menteri pada waktu itu, Abdullah Badawi telah mengkaji semula sama ada mahu membenarkan Vincent Tan meneruskan konsesi tersebut yang mana membolehkan syarikat tersebut mengendalikan pertaruhan dalam acara-acara sukan dalam dan luar negeri atau sebaliknya kerana pelbagai faktor.

■ Menurutnya, Ascot Sports Sdn Bhd, sebuah syarikat milik penuh Vincent Tan telah dianugerahkan konsesi perjudian selama 20 tahun bermula Jun 2003 oleh Kementerian Kewangan yang bermenterikan Mahathir. Dr. Mahathir bersara daripada jawatan Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003.

■ Pada September 2003, Ascot telah membayar RM25 juta sebagai bayaran untuk lesen yang membolehkan syarikat tersebut mengoperasikan perniagaan judi. Eksekutif-eksekutif industri judi Malaysia menganggarkan operasi judi sukan tersebut akan mendatangkan perolehan sekurang-kurangnya RM1 bilion.

■ Penganugerahan konsesi kepada Ascot tidak pernah diumumkan secara terbuka. Pentadbiran Abdullah hanya tahu awal tahun 2004 apabila Vincent Tan memaklumkan rancangannya untuk memulakan perniagaan judi barunya.

■ Selepas berjaya menangguhkan rancangan Vincent Tan selama beberapa bulan, akhirnya Abdullah yang juga merupakan Menteri Kewangan telah membangkitkan isu konsesi perjudian tersebut dalam mesyuarat kabinet. Beberapa orang menteri telah memberi amaran kepada Abdullah bahawa lesen pertaruhan judi baru itu akan mengundang kritikan keras daripada masyarakat Islam di seluruh Malaysia.

■ Abdullah akhirnya menarik kembali lesen tersebut dari Ascot, sekaligus memulakan langkah kedua selepas sebelum itu dia menarik kembali kontrak atau konsesi yang dianugerahkan oleh Dr Mahathir kepada Syed Mokhtar Al-Bukhary.

■ Pada November 2003, tidak lama selepas menjawat jawatan Perdana Menteri, Abdullah telah menggantung kontrak landasan keretapi kontroversi yang dianugerahkan oleh Dr. Mahathir kepada Syed Mokhtar Al-Bukhari, mencetuskan kemarahan kepada bekas Perdana Menteri itu.

■ Vincent Tan kali pertama diberikan lesen perjudian adalah pada tahun 1987 oleh Menteri Kewangan pada waktu itu, Daim Zainuddin. Vincent Tan dan rakan kongsinya dari United Kingdom pada waktu itu, Mecca Bookmakers memulakan operasi perjudian mereka pada tahun 1988 dengan tiga outlet di Kuala Lumpur. Bagaimanapun, perniagaan mereka berhadapan dengan masalah setahun kemudian selepas Kerajaan tidak membenarkan Vincent Tan membuka outlet-outlet baru bagi persediaan berhadapan dengan PRU.

■ Vincent Tan akur dan menyerahkan lesennya kepada kerajaan tetapi dengan syarat, operasi perjudiannya akan ditimbang semula oleh kerajaan pada kemudian hari.

■ Pada Jun 2003, Vincent Tan berjaya memperolehi kembali lesen judinya beberapa bulan sebelum Dr Mahathir meletakkan jawatannya sebagai  Perdana Menteri Malaysia selepas berjaya meyakinkan Dr. Mahathir dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Kewangan yang Kuala Lumpur akan kehilangan ratusan juta ringgit dalam bentuk cukai kepada aktiviti-aktiviti judi haram.


Wednesday, October 7, 2015

MANSUH IPP, MANSUH AP, MANSUH PERNIAGAAN MESIN SLOT... PATUTLAH BERIA-IA DESAK NAJIB LETAK JAWATAN!!!



Semalam, Malaysia Today melaporkan, Francis Yeoh memperolehi pendapatan berjumlah RM15 sehingga 29 bilion sepanjang 21 tahun menerusi syarikatnya YTL Power Generation Sdn. Bhd dan bakal memperolehi RM25 sehingga 30 bilion lagi sekiranya kerajaan bersetuju untuk menyambung Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dengan Tenaga Nasional Bhd untuk selama 25 tahun lagi, sepertimana yang diminta oleh YTL. 

Perdana Menteri Najib Abdul Razak, bagaimanapun, enggan melayan permintaan YTL untuk memanjangkan kontrak dan pada 1 Oktober 2015, YTL menyaksikan kilang duitnya telah 'ditarik balik'. 

1MDB bukan sahaja membeli janakuasa IPP milik YTL tetapi juga pengeluar-pengeluar tenaga yang lain. Sekiranya mereka enggan menjual kepada 1MDB, pengeluar-pengeluar tenaga itu juga akan menerima nasib yang sama seperti YTL Power memandangkan kebanyakan PPA untuk IPP-IPP tersebut sudah hampir sampai ke tarikh luput.

Dilaporkan 1MDB telah membayar RM18 bilion untuk memperolehi baki IPP yang lain. Sekiranya IPP-IPP tersebut tidak diambilalih, kerajaan terpaksa membayar 10 atau 20 kali ganda nilai asal IPP tersebut kepada pengeluar-pengeluar tersebut untuk 25 tahun akan datang. 

Malaysia Today turut mendedahkan bahawa 10% pendapatan YTL sahaja datangnya daripada IPP tersebut, manakala Ananda Krishnan, Genting dan Keluarga Diraja Negeri Sembilan turut memperolehi pendapatan berbilion-bilion ringgit daripada perniagaan IPP.  

Jadi, tidak hairanlah mengapa kumpulan yang rapat dengan Tun Dr. Mahathir, yang menguasai kemewahan daripada penjualan tenaga IPP selama ini, secara tiba-tiba melihat dan memomok-momokkan 1MDB sebagai sebuah entiti berhantu sehinggakan kempen agar Najib diturunkan daripa jawatan Perdana Menteri, giat dijalankan.  

PPA inilah juga yang menyebabkan Allahyarham Anie Arope meletakkan jawatan sebagai Pengerusi TNB kerana tidak bersetuju dengannya. Malah TNB dan Petronas juga, bukan suatu rahsia, juga tidak gembira dengan PPA yang menurut mereka terlalu banyak lompat dan tidak lebih daripad sekadar 'lesen mencetak duit' semata-mata. 

Lebih 20 tahun kemudian, Najib berjaya mengakhiri kontroversi ini. Sekaligus mematikan 'angsa emas' kumpulan-kumpulan tertentu sehingga sakit hati tersebut memunculkan kempen menurunkan Najib daripada jawatan Perdana Menteri dan keburukan 1MDB kepada negara.  

Kata Malaysia Today lagi, bukan hanya IPP sahaja yang 'dibunuh' oleh Najib, tetapi ada lagi 'angsa emas' yang turut menerima nasib yang sama iaitu AP untuk kenderaan-kenderaan import dan golongan penyedut darah rakyat Malaysia selama lebih 30 tahun. 

Terdapat dua jenis AP yang dikeluarkan oleh MITI. Salah satunya adalah AP francis yang diberikan kepada pemegang francis jenama-jenama kereta yang didaftarkan dengan MITI dan satu lagi adalah AP terbuka (untuk Bumiputera sahaja) bagi mengimport sebarang jenama kereta untuk dijual di pasaran Malaysia. 

Jumlah keseluruhan AP yang dikeluarkan setiap tahun, sepatutnya hanya 10% daripada jumlah keseluruhan kereta yang dipasang di dalam kereta bagi tahun sebelumnya dan 60% AP telah diberikan kepada pemegang AP terbuka Bumiputera manakala 40% lagi diberikan kepada pemegang franchise.

Pada tahun 2005, kontroversi 'Raja AP' telah muncul apabila didedahkan, hanya beberapa orang individu sahaja yang memonopoli perniagaan AP. Dilaporkan, antara mereka yang menjadi Raja AP termasuklah Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin, Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim dan Datuk Seri Mohd Haniff Abdul Aziz. 

Mereka telah berjaya memperolehi 33,218 AP (lebih kurang 50.1% daripada jumlah keseluruhan 66,277) bagi tahun 2004 dan 28,283 AP (atau 41% daripada 68,330) untuk tahun 2005 sahaja, menurut senarai yang didedahkan oleh kerajaan. Berdasarkan kepada anggaran jualan kasar RM30,000 bagi setiap AP, perolehan daripada perniagaan ini adalah RM996 juta secara keuntungan bagi tahun 2004 dan RM848 juta bagi tahun 2005. 

Jumlah keseluruhan perniagaan AP adalah lebih kurang RM2 bilion setahun atau lebih kurang RM65 sehingga 80 bilion semenjak kali pertama ia diperkenalkan kembali apabila Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri (dan apabila dia mengimplementasi sistem berkenaan). Menurut maklumat dari industri permotoran, AP telah menghasilkan kenaikan harga kereta sebanyak 20% berbanding harga sebenar memandangkan para pembeli kereta akan memberi subsidi kepada pemegang-pemegang AP secara tanpa sedar. 

Perolehan berbilion ringgit dari perniagaan AP ini amat menjejaskan sekiranya Malaysia bersetuju menyertai TPPA yang dianjurkan oleh Amerika Syarikat. Berita tentang pengakhiran perundingan selama lima tahun antara Malaysia dengan Amerika Syarikat pada Isnin lepas, benar-benar mencemaskan golongan terbabit kerana mereka sedar, sebaik-baik sahaja Malaysia menyertai TPPA, mereka akan kehilangan hak AP, malahan AP sendiri sudah tidak wujud lagi. 

Satu lagi mesin cetak duit yang amat menguntungkan dan bakal dihapuskan oleh Najib adalah mesin slot. Semenjak 1980-an, perniagaan ini telah menjana keuntungan dianggarkan lebih RM10 bilion setahun di mana 70% daripada perniagaan tersebut dikuasai oleh keluarga Vincent Tan.

Maka tidak hairanlah mengapa Robin Tan, saudara lelaki Vincent yang mengendalikan perniagaan tersebut, menjadi pengkritik keras Najib Abdul Razak dan pentadbirannya.... anda boleh baca seterusnya DI SINI dan SINI


Monday, August 26, 2013

Rencana - Ancaman minoriti dominan



Robert Kuok, satu nama yang tidak asing dalam dunia perniagaan. Beliau berasal dari Fujian, China dan perkara itu tidak menjadi batu penghalang kepadanya untuk menjadi orang terkaya di bumi Melayu. Nama individu terkaya tidak terhenti di situ,ia disertai dengan nama Lim Kok Thay, Teh Hong Piow, Quek Leng Chan, Lee Shin Cheng, Yeoh Tiong Lay, Tiong Hiew King dan tauke judi terkenal yang mempunyai pelbagai networking politik iaitu Vincent Tan. Secara kolektif mereka adalah 10  individu terkaya di Malaysia. 

Penguasaan  besar kaum Cina dalam ekonomi Malaysia menyebabkan tekanan kepada penduduk asal, dalam konteks ini ia dikenali sebagai tekanan minoriti dominan yang membawa maksud tekanan kelompok minoriti yang mendominasi di tengah-tengah kelompok penduduk asal (indigenous) yang majoriti.

Untuk makluman, dominasi Cina berlaku hampir di setiap negara di Asia Tenggara. Indonesia sebagai contoh mempunyai 3 peratus bangsa Cina tetapi mereka menguasai hampir 70 peratus  ekonomi Indonesia yang mempunyai bilangan penduduk seramai 240 juta orang. Begitu juga di Filipina, Profesor Amy Chua dalam bukunya bertajuk World On Fire menyatakan etnik Cina Filipina hanyalah 1 peratus  daripada jumlah keseluruhan penduduk tetapi menguasai 60 peratus pasaran ekonomi di Filipina. 

Ia seperti kaum Yahudi seramai 14 juta yang mengatasi keseluruhan 1.6 billion umat Islam.Di Malaysia, ia tidak terkecuali. Dominasi masyarakat Cina bukan sesuatu yang asing, daripada 10 orang terkaya di negara pada tahun 2013 hanya 1 sahaja  Melayu. Penguasaan ekonomi jelas ditunjukkan oleh bangsa Cina apabila hampir menguasai sektor pembinaan dan pelaburan manakala pendapatan isi rumah Bumiputera, adalah yang terendah antara tiga kaum terbesar di negara.

Dalam dimensi lain, isu dominasi Cina mencapai tahap yang matang dan kini bergerak kepada gelombang kedua apabila cuba menunjukkan kekuatan politik. Dong Zong sebagai contoh menonjolkan sikap chauvinis dengan jelas apabila membuat pola pengasingan rakyat dengan terus menyokong sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC).

Ketika semua pihak sedar bahawa pendididikan adalah alat perpaduan nasional, kumpulan Dong Zong dengan megah membuat pelbagai helah dan alasan bagi mengelakkan integrasi kaum berjalan dengan kadar yang tinggi menerusi sistem persekolahan satu aliran. Ironinya sistem sekolah pelbagai hanya terdapat di Malaysia. 

Besar sungguh cabaran membesarkan anak-anak di masa depan dengan keadaan yang multi-budaya, mungkin Dong Zong tidak membaca kajian yang dilakukan Yew Yeok Kim (1982) apabila menyatakan bahawa masyarakat Cina yang belajar dengan bahasa ibunda sukar bergaul dengan bangsa lain bahkan lebih tebal perasaan kecinaan mereka. Adakah Dong Zong langsung tidak memikirkan kestabilan masa depan negara? 

Bukan itu sahaja, ada juga yang berstategi licik seperti musang berbulu ayam, apabila kuat ia menolak ke tepi orang Melayu yang kuat beragama Islam. Isu perlantikan Datuk Seri Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang diboikot oleh DAP bukan satu retorik politik tetapi ia menunjukkan sikap sebenar puak ultra kiasu chauvinis Cina, mujur undang-undang tubuh negeri Perak menyatakan hanya orang Melayu boleh menjadi menteri besar bukannya bangsa lain. 

Bukan mahu bersikap rasis, tetapi belajar daripada sejarah, taktik dan strategi yang digunakan untuk menyisihkan penduduk asal. Dahulu semasa Lee Kwan Yew ingin mendapatkan sokongan Melayu dilantiknya Yusuf Ishak menjadi presiden negara namun selepas era Yusuf Ishak terdapatkah lagi orang Melayu yang menjadi pemimpin tertinggi negara republik itu? 

Jawabnya tidak. Inilah strategi mereka, mengunakan orang pada masa yang betul, apabila tidak diperlukan lagi, dibiar dicampak dan merempat di bumi sendiri! Itu belum menyentuh mengenai rekrut tentera dan anggota keselamatan, jika disentuh sudah pasti kita dapat menilai di mana nilai patriotisme dan kenegaraan pada kumpulan minoriti dominan.

Hakikat sejarah yang perlu difahami semua pihak

Hal ini terjadi kerana masyarakat sekarang tidak  memahami perjanjian kontrak sosial yang disepakati dulu. Sebagai balasan kewarganegaraan kepada bangsa asing, terdapat hak tertentu yang perlu diberikan kepada orang Melayu antaranya ialah hak agama Islam sebagai agama persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, raja-raja dan hak keistimewaan yang lain seperti hak tanah, biasiswa dan jawatan di dalam kerajaan. Ini yang disepakati oleh bapa-bapa kemerdekaan kita dan ia termaktub di dalam perlembagaan persekutuan. 

Orang Melayu perlu menyedari hakikat sejarah, penjajah datang ke negara ini adalah untuk merobek kekayaan bumi, polisi laissez faireBritish menjadikan minoriti dominan di hadapan, sektor perniagaan diberikan sepenuhnya kepada bangsa asing manakala warga tempatan diberikan perusahaan pertanian seperti padi yang sukar ditanam (sistem pengairan tidak baik pada zaman dahulu dan faktor tanaman mengikut cuaca). 

Dasar pecah dan perintah yang meletakkan minoriti dominan di bandar besar terus mencengkam penduduk asal. Bukan kerana Melayu lemah tetapi memang dasar penjajah yang tidak menginginkan Melayu untuk maju, jika belajar cukup menjadi kerani, jika berniaga cukup menjadi petani. Kesan daripada jahil sejarah ini maka berlakulah rentetan peristiwa yang disebutkan di atas, maka tidak hairan ada pelajar minoriti dominan yang menyaman Khazanah Nasional kerana gagal memberikan biasiswa kepada mereka.

Langkah ke depan

Dalam menilai situasi Melayu yang dipukul badai bencana minoriti dominan, pemimpin Melayu seharusnya menginsafi apa yang mereka lakukan terhadap bangsa ini. Jiwa Melayu perlu kembali kepada institusi pentarbiyahan supaya mereka kembali mempunyai kekuatan jiwa dan kemahuan supaya dapat keluar daripada kemelut yang dicipta penjajah. Ekonomi mandiri Melayu perlu diperkukuhkan, bahkan banyak perkara perlu dilakukan demi memastikan survival Melayu terus kekal di bumi mereka sendiri dan semua ini merujuk kepada kesepakatan politik Melayu. "Melayu Sepakat Islam Berdaulat".


Baca seterusnya : di sini

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.