Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label balak. Show all posts
Showing posts with label balak. Show all posts

Thursday, January 8, 2015

NGEH KOO HAM MENGAKU DIA DAN SEPUPUNYA DIBERIKAN TANAH DI KELANTAN SELAMA 50 TAHUN UNTUK DIBALAK!

Thurday, 8 January 2015

Berita lama tetapi masih relevan terutama dalam isu banjir di Kelantan:

Ipoh: Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mengaku beliau dan sepupunya, Nga Kor Ming yang juga Setiausaha DAP negeri itu, melabur dalam syarikat Upaya Padu Sdn Bhd yang mendapat projek pembalakan di Kelantan.

ADUN Sitiawan dan Ahli Parlimen Beruas itu berkata, mereka menyertai perniagaan berkenaan selepas diajak oleh anak guam mereka untuk melabur. 

“Kami adalah sebahagian daripada pelabur dan semua transaksi diketahui oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Saya sudah tulis surat kepada LHDN,” katanya pada sidang media di sini semalam. 

Diberi tanah balak lebih 4,000 hektar

Beliau mengulas dakwaan blog Pisau.net sebelum ini yang mendakwa mereka melalui Upaya Padu diberi tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang, Kelantan sebagai balasan membenarkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, menjadi Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum 2008.

Kelmarin, EXCO Kanan Kerajaan Perak, Datuk Hamidah Osman, berkata carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengesahkan Koo Ham dan Kor Ming adalah dua daripada enam ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan.

Ditanya mengenai pendedahan dokumen dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) bahawa beliau mengeluarkan jutaan ringgit untuk projek berkenaan, Koo Ham berkata: 
“Ini dibuat sekumpulan pelabur, apa yang dia (Hamidah) ada hanya satu dokumen saja. Sebagai seorang peguam, saya tidak boleh beri (dedahkan) semua transaksi.”

Ugut laporan polis

Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis, enggan mengulas lanjut isu itu untuk melindungi anak guam mereka mengikut Akta Profesion Undang-undang 1956.

Koo Ham turut mengugut akan membuat laporan polis mengikut Seksyen 8A Akta Mesin Percetakan dan Seksyen 499 Kanun Keseksaan, selain saman sivil terhadap media yang memfitnah mereka berkaitan isu berkenaan.

Beliau juga mengedarkan kenyataan media Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari yang menjelaskan tanah berkenaan adalah milik Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan syarikat terbabit diberi pajakan selama 50 tahun.

sengal berita 

NGA KOR MING NAK KATA APA, BUTIRAN UPAYAPADU TUNJUKKAN MEREKA JUGA TERIMA PINJAMAN MUDAH KERAJAAN PERSEKUTIAN?

Wednesday, 7 January 2015


NGA KOR MING NAK KATA APA, BUTIRAN UPAYAPADU TUNJUKKAN MEREKA JUGA TERIMA PINJAMAN MUDAH KERAJAAN PERSEKUTUAN?


Mungkin ramai yang tidak tahu mengapa Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. diperkatakan dan mempunyai kaitan dengan Nga Kor Ming walaupun hakikatnya berdasarkan undang-undang tanah negeri Kelantan, tiada pemilikan bukan Melayu dan bukan anak Kelantan dibenarkan.


Mari kita perhatikan satu persatu:


1) Upayapadu telah dianugerahkan projek balak di tanah seluas 10,526 ekar di Relai, Chiku dalam Daerah Gua Musang, Kelantan.


2) Penganugerahan tersebut diberikan kepada Upayapadu oleh Kerajaan Negeri Kelantan menerusi Yayasan Islam Kelantan.


3) Upayapadu asalnya dimiliki oleh Tan Sri Wong Yeon Chai (a.k.a TENGKU WONG) dan isterinya Loo Chooi Ting. TENGKU WONG merupakan seorang taukeh balak Pahang yang masyhur menerusi skandal pembelian kereta-kereta mewah tanpa cukai dan melanggar arahan larangan pembalakan oleh pihak berkuasa sehingga akhirnya mencetuskan Krisis Perlembagaan pada pertengahan 1980-an.


Bekas Presiden GERAKAN, Lim Keng Yaik merupakan antara orang yang telah mendedahkan TENGKU WONG sebagai RAJA PEMBALAKAN HARAM di Malaysia.


4) Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming telah membeli sepenuhnya 100% kepentingan dalam Upayapadu daripada Tengku Wong, isterinya dan pemegang-pemegang saham lain pada April 2012 dengan restu dari Yayasan Islam Kelantan.


5) Upayapadu LANGSUNG TIDAK MEMPUNYAI SEORANG PENGARAH ATAU PEMEGANG SAHAM BERBANGSA MELAYU PUN!


6) Berbeza dengan kes NFC dimiliki sepenuhnya Bumiputera dimana pinjaman mudah diputarbelit dan difitnah oleh Melayu pembangkang sehingga perniagaan terpaksa ditutup.  Akhirnya fitnah tersebut berakhir di mahkamah, manakala pemimpin DAP mendapat keuntungan besar bila orang Melayu sendiri membunuh perniagaan Melayu dalam industri penternakan lembu secara besar-besaran.


7) Nga Kor Ming tidak tersenarai sebagai pemegang saham sama ada secara langsung atau tidak langsung. Tetapi Ngeh Koo Ham memiliki 51% saham Upayapadu dengan 1% secara langsung dan 50% menerusi pemilikan 99.99% ke atas Abundance Plantations Bhd. 


8) Kenyataan Kewangan Tahun 2013 menunjukkan Upayapadu memiliki aset bukan semasa bernilai RM29 juta dan RM9 juta untuk aset-aset semasa. Bagaimanapun, syarikat itu juga memiliki liabiliti bukan semasa bernilai RM46 juta yang mana termasuklah pinjaman-pinjaman daripada pemegang-pemegang saham dan RM16 juta PINJAMAN MUDAH dari KERAJAAN PERSEKUTUAN.


9) Bagi Tahun Kewangan berakhir 2013, Upayapadu merekodkan KOSONG dalam perolehan dan RM700 ribu dalam kerugiaan. (KOSONG perolehan mungkin boleh diterima sekiranya TIADA SEBATANG BALAK PUN DITEBANG ATAU DIJUAL).


10)  Nga Kor Ming dikatakan berasal dari Kelantan memandangkan Kod Negeri pada kad pengenalannya adalah 03.

Friday, January 2, 2015

Ada Kambing Panas Bontot Lalu Salahkan TNB dan Tasek Kenyir

Khabarnya ada kambing dah mula menggelupar lalu mula nak salahkan TNB dan sg kenyir. Padahal jauh dari tasek kenyir .....

KECOH AIR EMPANGAN TEMBAT TASIK KENYIR DI KAITKAN DENGAN BANJIR DI KELANTAN?

Dakwaan mengatakan Empangan baru (Second Hyroelectronic Dam) di Tembat Tasik Kenyir adalah punca sebenar banjir besar yang berlaku di Kelantan.

INI ADALAH TIDAK BENAR kerana Both empangan (puah & tembat) masih lagi dalam pembinaan masih belum mencapai bekalan penuh.

Menurut Pegawai Operasi TNB Jenagor Kenyir semua air takungan (discharge penjanaan) & air limpahan (jika melebihi paras bekalan penuh) di Empangan Baru Tembat tidak akan masuk ke mana-mana sungai lain di kawasan Kelantan melainkan ke Tasik Kenyir.

Dari Tasik Kenyir hanya satu empangan sahaja yang akan mengalirkan limpahan air keluar melalui Empangan Tasik Kenyir Jenagor Terus Sungai Terengganu dan laut.

Ini tiada mengena dengan kawasan Gua Musang, Kuala Krai dan Kota Bharu yang di kaitkan dengan Air limpahan Tembat Kenyir.

Kenapa tidak di kaitkan dengan kemusnahan hutan di Lojing, Menyebabkan Kawasan takungan air di kawasan itu tertutup akibat kerakusan projek balak husam musa, Exco Kerajaan Negeri Kelantan?

Tapi lokasi kenyir tu terletak beratus2 km dari kuala krai dan kota bahru....

Sedangkan kawasan tadahan yg ditogelkan hanya beberapa puluh km dari kuala krai...

Puak2 karat hijau ni akan paut pada apa pun asal boleh divert dan salahkan kerajaan dalam malapetaka yang dia orang hadapi...

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.