Sejak
1998 hingga hari ini di tahun 2015, sudah beratus-ratus demonstrasi
dan himpunan jalanan berskala kecil, sederhana mahu pun besar
diadakan khususnya di Kuala Lumpur.
Dulu
dan sekarang, penulis tengok keadaan semasa himpunan dan demo jalanan
tetap sama. Statik, macam tiada hala tuju.
Mereka
cuma tahu berkumpul kemudian berarak sambil menjulang sepanduk dan
terjerit pekik dengan pelbagai slogan – reformasi, turun-turun,
bersih, kita lawan, hidup rakyat dan macam-macam lagi.
Penganjurnya
juga dari puak yang sama. Sama ada dianjurkan pihak pembangkang dan
diketuai pemimpinnya, atau diuruskan NGO yang jadi kroni pembangkang
yang akan mengendalikannya atas nama kebebasan dan demokrasi.
Jumlah
peserta di setiap demo akan digembar gembur konon jangkaan
kehadirannya diramal cecah angka sejuta. Hakikatnya yang hadir cuma
5,000 diumum kehadiran 50,000. Kalau hadir 10,000 dikatakan 100,000
membanjiri himpunan anjuran mereka.
Peserta
pula rata-ratanya dari jenis totok pembangkang. Yang mana staminanya
kuat terus berdiri longlai di tengah panas terik, yang tak tahan
panas tercari-cari tempat berlindung di balik bayang bangunan.
Yang
terlebih dungu pula tanpa peduli sanggup membiarkan anak kecil yang
di bawa bersama tidur dalam kepanasan.
Ada
yang cerdik sikit di kalangan penganjur dan peserta, mereka ambil
kesempatan jual cenderamata, yang mana individu mahu cari pendapatan
tambahan mereka jual air botol dan tin. Kutipannya lumayan, tengah
panas terik dan letih menjerit tentu ramai peserta yang tak kedekut
duit sudi membelinya.
Dalam
masa yang sama mengulangi tabiat sama, akan ada slot ucapan pemimpin
pembangkang dan wakil penganjur, samada dari atas kenderaan atau
berdiri bersama peserta, dengan ucapan retorik dan kecaman terhadap
pimpinan negara.
Dari
pagi sampai petang, ada kala terbawa-bawa sehingga ke lewat maghrib
atau Isyak, itu sajalah adegan ulangannya sejak dulu hingga sekarang.
Yang bersilih ganti watak, slogan dan sesekali bertukar warna tema
baju serta nama himpunan.
Dan
sebaik habis himpunan atau demo, apa yang para peserta perolehi?
Berubah menjadi kaya raya dan bergaji setinggi YB-YB pembangkang atau
berpeluang menikmati jawatan bertaraf YB dan MB?
Atau
adakah dengan demonstrasi ini menjadikan taraf hidup mereka berubah
mendadak sekaligus menyelesaikan kemelut cabaran ekonomi yang negara
kita sedang harungi?
Siapa
mampu menjawab persoalan ini? Kalau tanya pemimpin pembangkang tentu
sahaja mereka kata ada kesan positif sebab yang mana namanya menjadi
popular melalui demonstrasi sebegini berpeluang diangkat menjadi
calon pilihan raya. Itu target mereka.
Tapi
peserta marhaen yang berpeluh ketiak dapat apa pula? Hanya penat
lelah, dari satu demo ke satu demo, masuk angin keluar asap. MyKMU
