Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label dap. cina.. Show all posts
Showing posts with label dap. cina.. Show all posts

Thursday, August 29, 2013

INFO! Pasangan Porno Langgar Perintah Mahkamah!!


Pastinya anda tidak akan lupa dengan pasangan seks yang penuh kontroversi, Alvin Tan dan Vivian Lee.

Nampaknya pasangan itu kembali aktif apabila akaun laman sosial Twitter mereka beroperasi semula.

Jika dilihat, pasangan itu kembali aktif pada 26 Ogos lalu dengan membalas komen-komen yang dilontarkan oleh peminat mereka.






Pada masa yang sama, timbul persoalan dibenak fikiran pelayar laman sosial Twitter apabila mereka dikatakan telah melanggar arahan mahkamah.

Pada 26 Julai lalu, Hakim Mohd Azman Husin membenarkan pasangan itu diikat jamin RM10,000 bagi setiap satu daripada tiga tuduhan terhadap mereka yang berkaitan dengan penyiaran gambar mereka makan hidangan daging babi dengan mengucapkan kepada umat Islam ‘Selamat Berbuka Puasa’ di Facebook dan memuat naik gambar-gambar lucah di blog mereka.

Beliau turut memerintahkan supaya pasangan itu perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis pada minggu pertama setiap bulan.

Mahkamah turut melarang mereka memuat naik artikel, komen, gambar lucah atau jelek serta apa-apa bentuk penulisan yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan perkauman.

Selain itu, mereka juga dihalang daripada menggunakan peranti komunikasi berangkaian bagi mengakses Internet untuk memuat naik gambar, komen dan artikel yang boleh menghasut dan menimbulkan permusuhan antara kaum.





Apa yang cuba pasangan ini lakukan setelah mereka dilihat ingkar dengan arahan yang dikeluarkan oleh mahkamah tempoh hari?

Mahkamah mana yang keluarkan arahan membenarkan mereka mengakses internet?

Bagaimanapun pasangan itu haruslah berhati-hati supaya sebarang kenyataan atau komen yang dikeluarkan tidak mencetuskan ketegangan antara kaum. - 



Mynewshub.my


Tuesday, August 27, 2013

Utusan pertikai projek 12 juta hab makanan Cina di Kuala Lumpur

Datuk Bandar KL, Phesal Talib dikritik Utusan Malaysia kerana projek hab makanan Cina Bukit Bintang. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 25 Ogos, 2013.
Datuk Bandar KL, Phesal Talib dikritik Utusan Malaysia kerana projek hab makanan Cina Bukit Bintang.

Utusan melalui akhbar edisi Ahad, Mingguan Malaysia mengecam kaum Cina dengan mempertikai keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membina hab makanan Cina betaraf antarabangsa di Jalan Alor, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Melaluii kolumsinya, Awang Selamat, Utusan mempertikaikan "Mengapa tidak diwujudkan hab makanan semua kaum? Kuala Lumpur bukan milik kaum tertentu sahaja. Awang sedih sepatutnya pihak berkuasa memulakan hab makanan Melayu terlebih dahulu jika mahu mewujudkan konsep berkenaan di ibu negara.

"Perlu diingat Malaysia adalah negara pelbagai kaum yang Melayu dan bumiputera masih menjadi teras. Sama ada suka atau tidak, itulah hakikatnya," katanya dalam akhbar Mingguan Malaysia hari ini mengulas tentang projek bernilai RM12 juta itu sambil menempelak DBKL kerana hanya memfokuskan keutamaan satu kaum.

Beliau menjelaskan projek berkenaan wajar menerima banyak bantahan dari badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu ianya dibatalkan.
Katanya, banyak pihak yang tidak berpuas hati dengan penjelasan Datuk Bandar, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berhubung pembinaan hab makanan Cina itu.

Awang menegaskan alasan projek itu akan menaik taraf dan memajukan Jalan Alor sebagai tarikan pelancong, kurang meyakinkan.

"DBKL perlu lebih sensitif. Imej Cina di Bukit Bintang sudah menebal apatah lagi diwarnai kawasan itu seolah-olah mahu dijadikan seperti bandar Hong Kong.
"Lagi pun sejak dahulu lagi pengundi kawasan itu tidak pernah menyokong kerajaan, yang jika diberi bulan dan bintang sekali pun tidak akan menghargainya," katanya.




Sumber : Utusan

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.