Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label glc. Show all posts
Showing posts with label glc. Show all posts

Thursday, June 8, 2017

Lim Guan Eng Sebenarnya Seorang Diktator Yang Tamak - Gila Pegang Banyak Jawatan!!!

Pendedahan demi pendedahan termasuk the saviour mendedahkan bahawa Lim Guan Eng adalah orang yang bertanggungjawab meluluskan penjualan tanah di Peel Avenue Pulau Pinang kepada syarikat dari Singapura pada harga rendah memandangkan kesemua entiti yang terlibat dalam kelulusan tersebut, diketuai oleh Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP itu berkungtau sakan.

Katanya, bukan dia seorang sahaja yang memberikan kelulusan. Namun, dia tidak menjawab apabila pendedahan dibuat, dari jawatan Exco berkaitan sehinggalah kepala GLC yang terlibat, hanya namanya sahaja boleh ditemui.

Siapa lagi yang lebih tamak dan haloba selain daripada Lim Guan Eng.

Dengan 16 jawatan yang dipegangnya sekarang, Lim Guan Eng bukan sahaja seorang gila kuasa, tetapi dia sebenarnya mengamalkan cara pemerintahan kuku besi dan 'totalitarian'. Sekali imbas, dia mahu memegang semua jawatan yang ada dan berkuasa membuat semua keputusan tanpa dicabar oleh sesiapa pun. Ciri-ciri jelas yang terdapat pada seorang diktator.

Justeru, tidak hairanlah mengapa tanah di Pulau Pinang, habis dijualnya!

Walaupun di atas kertas, DAP berkongsi kuasa dengan PKR dan PAS di Pulau Pinang. Hakikatnya, semua jawatan di Pulau Pinang, dibolot habis oleh DAP. PKR pula sekadar menjadi tukang angguk. PAN pula hanyalah badut yang akan mengiakan dan membela apa-apa sahaja yang dibuat oleh DAP dan Lim Guan Eng.

Selain menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menguasai 16 jawatan lain di Pulau Pinang melibatkan pentadbiran negeri, pengerusi di syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan jawatan politik.

Daripada 16 jawatan, 12 daripadanya adalah jawatan di syarikat GLC. Empat pula adalah dalam bidang politik iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang, Setiausaha Agung DAP, ADUN Air Putih dan Ahli Parlimen Bagan.

12 jawatan dalam syarikat-syarikat GLC yang dikuasainya adalah Pengerusi di Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, Perbadanan Bukit Bendera, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, PBA Holdings Bhd, Penang Global Tourism, BPO Premier Sdn. Bhd, Premier Horizon Ventures Sdn. Bhd, Biro Konvensyen dan Pameran Pulau Pinang, George Town World Heritage Incorporated, Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang dan Lembaga Invest-In Pulau Pinang.

Terbaru, Guan Eng juga melantik dirinya sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang. Agak-agaknya apa lagi jawatan yang akan disapu untuk kocek dan temboloknya sendiri selepas ini?

Tidak menghairankan apabila banyak pihak terutama Parti GERAKAN Pulau Pinang menempelak sikap tamak jawatan Guan Eng dan mempersoalkan keberkesanannya mengendalikan kesemua jawatan tersebut dengan baik dan berkesan. Satu-satunya yang memperlihatkan kecekapan Lim Guan Eng adalah menjual segala tanah Kerajaan Negeri kepada pihak asing. Bukannya menarik pelaburan tetapi menjual aset tersebut. Bukan dalam bentuk strata seperti yang diamalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional seperti di Forest City, Johor, tetapi status tanah itu sendiri!

Banyak penyelewengan tanah yang berlaku. Sekurang-kurangnya 25 perkampungan Melayu hilang dari peta Pulau Pinang. Nelayan juga didiskriminasi dan seolah-olah mahu dihapuskan dari bumi Pulau Pinang. Bukit bukau habis digondol dan rasuah semakin teruk di Pulau Pinang.

Tanah digadai dan dijual. Salah guna kuasa berlaku apabila seseorang pemimpin memegang terlalu banyak jawatan penting. Dan itulah yang berlaku apabila Lim Guan Eng atas nama Ketua Menteri didakwa di mahkamah kerana kes rasuah banglo dan penyelewengan penjualan tanah. Tanah untuk perumahan murah rakyat di Taman Manggis juga, telah dijualnya. Pembinaan rumah Prima cuba dihalang dengan alasan, tanah yang dijual oleh PERDA kepada agensi kerajaan persekutuan untuk membina rumah-rumah PRIMA, sangat rendah. Hasilnya, TIADA SEBUAH rumah murah dan mampu milik pun yang dibina oleh Kerajaan Lim Guan Eng berbanding rumah-rumah mewah yang bukan untuk rakyat Pulau Pinang!

Seharusnya, dengan jawatan yang sebegitu banyak, 33 janji DAP dalam Manifesto 'Just Change' pada 2008 dapat ditunaikan dengan mudah. Namun, sebaliknya pula berlaku. Janji DAP kepada para pengundi mereka, langsung tidak ditunaikan. Contohnya, tol Sungai Nyiur yang kononnya akan dihapuskan, bukan sahaja gagal dihapuskan, bahkan kadarnya dinaikkan.

51 buah projek yang dirancang dan dicanang-canang, juga gagal. Sebagai contoh, pembinaan projek terowong dasar laut yang telah menelan kerugian ratusan juta ringgit dan kegagalan Guan Eng mengatasi masalah banjir di Pulau Pinang. Ironinya, puncak Bukit Bendera pun boleh diserang banjir pada zaman DAP ini!

Satu lagi contoh yang amat kelakar tetapi jelas membuktikan kegagalan Lim Guan Eng adalah projek KOMTAR. Bangunan KOMTAR sendiri pun tidak ada sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC). Isu Projek KOMTAR melibatkan kos beratus juta ringgit tetapi akhirnya tiada sijil CCC.

Pada 14 November 2014, Guan Eng dengan bangganya mengumumkan Only World Group Holdings Berhad (OWG) akan melaksanakan projek pengubahsuaian dan penaiktarafan KOMTAR. Anak syarikat OWG, Magnificent Empire Sdn. Bhd. (MESB) melaksakan kerja-kerja itu dengan kos RM40 juta.

Kesudahannya selepas habis beratus juta ringgit, sijil CCC tiada. Samalah seperti projek terowong dasar laut. Selepas membayar menggunakan wang cukai rakyat Pulau Pinang berjumlah RM305 juta, akhirnya yang dikatakan siap hanyalah laporan kebolehlaksanaan. Apabila kecoh-kecoh, projek terowong bertukar menjadi jambatan ketiga. Apabila Kementerian Kerja Raya meminta kertas laporan kebolehlaksanaan yang telah dibayar ratusan juta ringgit itu, Lim Guan Eng berkungtau dan berkungfu sambil laporan itu hanya akan siap 6 bulan lagi walaupun sebelum itu mengatakan, ianya telah siap. Tidak timbul lagi cerita terowong dasar laut dan pembayaran yang telah dibuat untuk kerja-kerja yang belum dibuat.

Maka tidak hairanlah mengapa, liat sangat Lim Guan Eng hendak meletak jawatan sebaliknya mengupah beberapa orang Melayu termasuklah bekas pegawai TUDM yang dipecat, Haji Zaidi Haji Ahmad untuk berbohong dan membelit bagi pihaknya.

Susah kalau dibiarkan Ketua Menteri yang diketahui gila kuasa dan gila jawatan selain sudah pun terpalit dengan isu rasuah untuk mentadbir negeri!

Tuesday, March 8, 2016

Kalau NAJIB DISURUH LEPAS JAWATAN, Mengapa MAHATHIR TIDAK LEPAS SEMUA JAWATAN Dalam GLC?




Kenapa Tun M tidak mengumumkan perletakkan jawatan dalam GLC selepas beliau isytihar keluar UMNO ......?

Patut ada rasa malu. Setelah mengisytiharkan keluar dari UMNO sepatutnya tanpa disuruh Tun M membuat sidang akhbar meletakkan semua jawatan dalam GLC. Beliau memegang jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) iaitu Pengerusi Proton Holdings Bhd, Penasihat Petronas dan Pengerusi Yayasan Kepimpinan Perdana.

Seseorang bertanya adakah Tun Dr Mahathir Mohamad akan melepaskan jawatan dari Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)?

Tun Mahathir menjawab bukan beliau yang sepatutnya meletak jawatan tetapi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang perlu melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

“Kita cuma minta Datuk Seri Najib berhenti daripada menjadi Perdana Menteri,” katanya dalam sidang media di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya.

Ini bermakna beliau tidak akan meletakkan jawatan dalam GLC tetapi terlalu sibuk hendak memaksa DS Najib meletakkan jawatan sebagai PM.

Mungkin ada yang akan bertanya kenapa perlu Tun M letak jawatan dalam GLC walaupun sudah keluar dari UMNO? Jawatan dalam GLC bukan hak UMNO.

Memang bukan milik UMNO tetapi sudah menjadi kebiasaan jawatan2 dalam GLC akan diberikan kepada orang2 kerajaan atau orang2 yang menyokong kerajaan yang berkelayakan. Begitu juga di negeri2 pembangkang Menteri Besar atau Ketua Menteri akan melantik orang2 yang pro kepada mereka dalam GLC.

Harus faham bahawa GLC ialah Government Linked Companies bermaksud Syarikat Berkaitan Kerajaan. Syarikat-syarikat GLC ini adalah syarikat korporat yang dikuasai dan dimiliki oleh bumiputra atau kerajaan Malaysia.

Apakah itu Government Linked Companies (GLCs)?

GLC ditakrif sebagai syarikat yang mempunyai objektif komersil yang primer dan di mana Kerajaan Malaysia mempunyai pegangan langsung. Mengawal kepentingan merujuk kepada keupayaan (bukan hanya peratusan pemilikan) Kerajaan untuk melantik ahli BOD, pengurusan kanan, membuat keputusan utama (contohnya pemberian kontrak, strategi, penstrukturan semula dan pembiayaan, pemerolehan dan pelupusan dan lain-lain) untuk GLC sama ada secara langsung atau melalui GLIC.

Apakah pula maksudnya Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (Government-Linked Investment Companies – GLIC)?
GLIC ditakrif sebagai syarikat pelaburan berkaitan Kerajaan Persekutuan, yang memperuntuk sebahagian atau semua dananya kepada pelaburan GLC. Ditakrif mengikut pengaruh Kerajaan Persekutuan dalam; melantik/melulus anggota Lembaga dan pengurusan atasan, dan menetapkan supaya individu ini melapor terus kepada Kerajaan, selain Kerajaan menawarkan dana untuk operasi dan/atau menjamin modal (dan sedikit pendapatan) yang diletakkan oleh pemegang unit. Takrif ini meliputi tujuh GLIC: KWSP, Khazanah, KWAP, LTAT, LTH, MKD dan PNB.


GLC merangkumi dan berkaitan dengan beberapa sektor:

- Sektor Ekonomi, Pengangkutan Darat dan Infrastruktur
- Sektor Infrastruktur (Pengangkutan Udara)
- Sektor Teknologi dan Infrastruktur (Pengangkutan Darat)
- Sektor Sosial

Syarikat-syarikat yang bagaimana dikategorikan sebagai GLC?

Kategori GLC terdiri daripada syarikat-syarikat yang dikawal oleh Kerajaan Negeri masing-masing dan agensi di peringkat negeri. Ini termasuk syarikat-syarikat yang Kerajaan Malaysia mengawal secara langsung sebagai agensi seperti Khazanah Nasional, MOF Inc, KWSP dan Bank Negara Malaysia. Termasuk syarikat yang GLC sendiri mempunyai kepentingan mengawal, iaitu anak-anak syarikat dan sekutu GLC.

Di bawah ini di kongsikan senarai syarikat GLC di Malaysia:

MAYBANK BERHAD
TELEKOM MALAYSIA BERHAD
PETRONAS BERHAD
TENAGA NASIONAL MALAYSIA BERHAD (TNB)
PUAS BERHAD
SYABAS BERHAD
GAMUDA BERHAD
IJM BERHAD
ZELAN BERHAD (FORMERLY TRONOH BERHAD)
METACORP BERHAD
DRB-HICOM BERHAD
EON BERHAD
EON BANK
CIMB BANK
AMMBANK
MODENAS BERHAD
TRADEWINDS BERHAD (FORMERLY PERNAS)
KLCC PROPERTIES BERHAD
PERBADANAN PUTRAJAYA BERHAD
LANDMARKS BERHAD (PEMILIK SG WANG PLAZA)
NAZA GROUP OF CAMPANIES
SYARIKAT PERUMAHAN PEGAWAI KERAJAAN (SPPK)
GLOMAC BERHAD
BANK PERTANIAN
BANK RAKYAT
BANK SIMPANAN NASIONAL
BANK MUAMMALAT
BANK ISLAM MALAYSIA
BANK SME
EXIM BANK
TAIPING CONSOLIDATED (PEMILIK LOT10 B.BINTANG)
BERNAS
GULA PADANG TERAP
CIMA CEMENT
PERODUA BERHAD
PROTON BERHAD
MAA INSURANCE
TAKAFUL IKHLAS
RANHILL BERHAD
UMW
HONDA MALAYSIA BERHAD
SAPURA AUTO (BMW DISTRIBUTOR)
SAPURA BERHAD
CELCOM BERHAD
AIR ASIA BERHAD (SYED MOKHTAR ALBUKHARY)
MMC BERHAD
KUMPULAN PERANGSANG SELANGOR
KUMPULAN DARUL EHSAN SELANGOR
MALAYSIAN TRACTORS BERHAD
BUKIT NENAS TOWER
ACM BERHAD
BOUSTEAD BERHAD
LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TEN TERA MALAYSIA (LTAT)
SECURIFORCE
K&K KENANGA
ASEAMBANKERS BERHAD
ASEAMLEASE BERHAD
UEM
PLUS
HO HUP CONSTRUCTION
PORT TANJUNG PELEPAS (PTP)
KERINGAT BERHAD
SIME DARBY BERHAD
GUTHRIE BERHAD
MIDF
TTDI PROPERTIES
BANDARAYA DEVELOPMENT BERHAD
KUMPULAN LEBAR DAUN BERHAD
ISLAND & PENINSULAR
HIGHLAND & LOWLAND BERHAD
SRIWANI BERHAD
ATLAN HOLDING
AIROD BERHAD
MALAYSIAN AIRPORT BERHAD (MAHB)
SENAI AIR PORT
JOHOR PORT
UDA BERHAD
AMCORP BERHAD
SUTRA TRAVEL & TOURS
TRIWAYS TRAVEL & TOURS
PECD BERHAD
IJN BERHAD
NADICORP BERHAD
KUB BERHAD
KPJ JOHOR
SP SETIA
GUTHRIE PROPERTIES
ROTI GARDENIA
SMART TUNNEL BERHAD
MALAKOFF BERHAD
GAS MALAYSIA BERHAD
MPH Bookstore
VADS BERHAD
LINKEDUA BERHAD
PUTRA LRT
STAR LRT
RAPID KL BERHAD
HEI TECH PADU BERHAD
TABUNG HAJI BERHAD
BERITA PUBLISHING BERHAD
MEDIA PRIMA BERHAD
MRCB BERHAD
FELDA BERHAD
UNIASIA INSURANCE
AUTO PROMINENCE (M) SDN BHD
AUTOMOTIVE MANUFACTURERS (MALAYSIA) SDN BHD
DIRECTIONAL (MALAYSIA) SDN BHD
EDARAN MODENAS SDN BHD (EMOS)
EURO TRUCK & BUS (MALAYSIA) SDN BHD
HICOM DIECASTINGS SDN BHD
HICOM ENGINEERING SDN BHD
HICOM-HONDA MANUFACTURING (M) SDN BHD
HICOM-TECK SEE MANUFACTURING (M) SDN BHD
HICOM-YAMAHA MANUFACTURING MALAYSIA SDN BHD
HICOMOBIL SDN BHD
HONDA MALAYSIA SDN BHD
ISUZU MALAYSIA SDN BHD
MALAYSIAN TRUCK & BUS SDN BHD
ORIENTAL SUMMIT INDUSTRIES SDN BHD
PHN INDUSTRY SDN BHD
SCOTT & ENGLISH (MALAYSIA) SDN BHD
SIEMENS VDO INSTRUMENTS MY SDN BHD
SUZUKI MALAYSIA AUTOMOBILE SDN BHD
SUZUKI MOTORCYCLE MALAYSIA SDN. BHD
TRW STEERING & SUSPENSION (M) SDN BHD
USF-HICOM (MALAYSIA) SDN BHD
ZF STEERINGS (M) SDN BHD
ALAM FLORA SDN BHD
DRB-HICOM INFORMATION TECHNOLOGIES SDN BHD
GLENMARIE GOLF & COUNTRY CLUB
HICOM COMMUNICATIONS SDN BHD
HICOM NETWORK SERVICES SDN BHD
HICOM TELESERVICES SDN BHD
HICOM UNITED LEASING SDN BHD
HOLIDAY INN GLENMARIE KUALA LUMPUR
KL AIRPORT SERVICES SDN BHD
KENYIR LAKEVIEW RESORT
MULTI AUTOMOTIVE SERVICE AND ASSIST SDN BHD
PUSAT PEMERIKSAAN KENDERAAN BERKOMPUTER SDN BHD
SCOTT & ENGLISH ELECTRONICS SDN BHD
REBAK MARINA RESORT
UNI.ASIA GENERAL INSURANCE BERHAD
UNI.ASIA LIFE ASSURANCE BERHAD
COMTRAC SDN BHD
GLENMARIE COVE DEVELOPMENT SDN BHD
HICOM FACILITY MANAGEMENT BHD
HICOM PROPERTIES SDN BHD
HICOM TAN & TAN SDN BHD
HICOM-GAMUDA DEVELOPMENT SDN BHD
IMATEX BERHAD
HORSEDALE DEVELOPMENT BERHAD
KENYIR SPLENDOUR BERHAD
PROTON CITY DEVELOPMENT CORPORATION SDN BHD
REBAK ISLAND MARINA BERHAD
DRB-HICOM DEFENCE TECHNOLOGIES SDN BHD
JOHOR TENGGARA OIL PALMS
TRADEWINDS (M) BHD’S PLANTATION
CENTRAL SUGARS REFINERY SDN BHD
MCIS SAFETY GLASS SDN BHD
TRADEWINDS HOTELS AND RESORTS SDN BHD
CROWNE PLAZA MUTIARA KUALA LUMPUR
HILTON BATANG AI LONGHOUSE RESORT, SARAWAK
HILTON KUCHING
HILTON PETALING JAYA
HOTEL ISTANA KUALA LUMPUR
INTERCONTINENTAL RESORT PENANG
INTERCONTINENTAL WEST LAKE HANOI, VIETNAM
MERITUS PELANGI BEACH RESORT & SPA, LANGKAWI
MUTIARA BURAU BAY BEACH RESORT, LANGKAWI
MUTIARA JOHOR BAHRU
MUTIARA TAMAN NEGARA, PAHANG
INTERCONTINENTAL WEST LAKE HANOI
INTERCONTINENTAL HOTELS GROUP
MUTIARA BEACH RESORT PENANG
MUTIARA-TCB HOTEL MANAGEMENT SDN BHD
TRADEWINDS CORPORATION BERHAD
MENARA TUN RAZAK
KOMPLEKS ANTARABANGSA
PRISM SECURITY MANAGEMENT SDN BHD
SIME DARBY RENT A CAR SDN BHD
NEPLINE BERHAD
MPH GROUP (MALAYSIA)
GIIG HOLDINGS SDN BHD
TRADEWINDS INTERNATIONAL INSURANCE BROKERS SDN BHD
POIS SDN. BHD.
TRADEWINDS TRAVEL & TOURS SDN BHD
AVON COSMETICS (M) SDN BHD
KEMPAS EDIBLE OIL SENDIRIAN BERHAD
SIME DARBY EDIBLE PRODUCTS LIMITED
MORAKOT INDUSTRIES PUBLIC COMPANY LIMITED
SIME AEROGREEN TECHNOLOGY SDN BHD
SIME UEP PROPERTIES BERHAD
EAST 12, KLGCC
SIME DARBY PROPERTY GROUP’S HOSPITALITY AND PROPERTY MANAGEMENT
SIME DARBY HEAVY EQUIPMENT GROUP
TRACTORS MALAYSIA HOLDINGS BERHAD
TRACTORS SINGAPORE LTD
AUTO BAVARIA
FORD MALAYSIA SDN BHD
FORD CONCESSIONAIRES SDN BHD
LAND ROVER MALAYSIA
HYUNDAI SIME DARBY MOTORS SDN BHD
INOKOM CORPORATION SDN BHD
SIME DARBY AUTO ITALIA SDN BHD
PERFORMANCE MOTORS LIMITED
REGENT MOTORS LIMITED
AUTOFRANCE
BMW CONCESSIONAIRES (HK) LIMITED
ISLAND MOTORS LIMITED
UNIVERSAL CARS LIMITED
WALLACE HARPER & CO., LTD
HARPER ENGINEERING (MACAU) LIMITED
WARWICK MOTORS LIMITED
GOODWOOD MOTORS LIMITED
AUTOFRANCE (HK) LIMITED
SIME DARBY MAZDA (THAILAND) LIMITED
PORT DICKSON POWER BERHAD
JANAURUS PDP SDN BERHAD
LAEM CHABANG POWER
SIME DARBY ENGINEERING SDN BHD
MECOMB ENGINEERING SDN BHD
CONTINENTAL SIME TYRE SDN BHD
HRG MALAYSIA – SIME DARBY TRAVEL
SIME TRAVEL (S) PTE LTD
SUBANG JAYA MEDICAL CENTRE
KPJ HEALTHCARE BERHAD
GOLDEN HOPE PLANTATIONS BHD
JOHOR LAND BERHAD
KULIM (MALAYSIA) BERHAD
SINDORA BERHAD
EPA MANAGEMENT SDN. BHD
NEW BRITAIN PALM OIL LIMITED (NBPOL),
JOHOR SPECIALIST HOSPITAL
IPOH SPECIALIST HOSPITAL
AMPANG PUTERI SPECIALIST HOSPITAL
TAWAKAL HOSPITAL
DAMANSARA SPECIALIST HOSPITAL
PUTERI SPECIALIST HOSPITAL
KUANTAN SPECIALIST HOSPITAL
BUKIT MERTAJAM SPECIALIST HOSPITAL
PERDANA SPECIALIST HOSPITAL
KEDAH MEDICAL CENTRE
KUCHING SPECIALIST HOSPITAL
SEREMBAN SPECIALIST HOSPITAL
DAMAI SPECIALIST CENTRE
SELANGOR MEDICAL CENTRE
KPJ KAJANG SPECIALIST HOSPITAL
SENTOSA MEDICAL CENTRE
DAMANSARA REALTY BERHAD (DBHD)
TPM TECHNOPARK SDN BHD (TPM TECHNOPARK).
AQUAPRENUER SDN BHD
DUBOIS NATURAL ESTERS SDN BHD
NATURAL SOAPS SDN BHD
NATURAL ALCOHOLS SDN BHD
ASIA GREEN ENVIRONMENTAL SDN BHD
SKELLERUP INDUSTRIES (M) SDN BHD
EDARAN BADANG SDN BHD
ULU TIRAM CENTRAL LABORATORY UNIT
KULIM TOPPLANT SDN BHD
JTP TRADING SDN BHD
NATURAL OLEOCHEMICALS SDN BHD
EPASA SHIPPING AGENCY
EXCELLENT RELATION SDN BHD
HC DURACLEAN SDN BHD
HOTEL SELESA SDN BHD
IPPJ SDN BHD
JTP TRADING SDN BHD
METRO PARKING SDN BHD
PRO OFFICE BULK MAILING
PRO COMMUNICATION SERVICES
SIBU ISLAND RESORT
TEPAK MARKETING SDN BHD
JKING SDN BHD
WILLIS (M) SDN BHD
PELABURAN JOHOR BERHAD
HARTA CONSULT SDN BHD
IPPJ SDN BHD
QSR BRANDS BERHAD
KFC CHAIN OF RESTAURANTS
PIZZA HUT CHAIN OF RESTAURANTS
RASA AYAMAS CHAIN OF RESTAURANTS
REGION FOOD INDUSTRIES SDN BHD
A&W
GLOBAL CARRIERS BHD
PERWAJA STEEL SDN BHD
PRICEWATERHOUSECOOPERS
AMANAH MILLENIA FUND BERHAD
ANSELL (MALAYSIA) SDN. BERHAD
ANSELL MEDICAL SDN. BERHAD
ASPAC LUBRICANTS (MALAYSIA) SDN.
BLUESCOPE STEEL (MALAYSIA) SDN.
BOH PLANTATIONS SDN. BERHAD
BOX PAK (MALAYSIA) BERHAD
CABOT (MALAYSIA) SDN. BERHAD
CATHAY SCREEN CINEMAS SDN.
CENTRAL INDUSTRIAL CORPRATION
DUTCH LADY MILK INDUSTRIES
E-LOCK CORPORATION SDN. BERHAD
FEC CABLES (M) SDN. BERHAD
FEDERAL POWER SDN. BERHAD
GKN DRIVELINE MALAYSIA SDN.
GLENEAGLES HOSPITAL (KUALA
GLENEAGLES MEDICAL CENTRE
HEVEAFIL SDN. BERHAD
HLLS HOLDINGS BERHAD
HOKUDEN (MALAYSIA) SDN BERHAD
KESAS HOLDINGS SDN BERHAD
MONDI PACKAGING KUALA LUMPUR
PERCON CORPORATION SDN. BERHAD
PFM CAPITAL HOLDINGS SDN. BERHAD
PROJEK LINTASAN KOTA HOLDINGS
YA HORNG ELECTRONIC (M) BERHAD
VALUECAP SDN. BERHAD
UNION POLYMERS SDN. BERHAD
TRU-TECH HOLDINGS BERHAD
UMW-PNSB SDN. BERHAD
TRANSMISSION TECHNOLOGY SDN.
TRACOMA HOLDINGS BERHAD
TITAN CHEMICALS CORP. BERHAD
SJM FLEX SDN. BERHAD
SEBOR (SABAH) SDN. BERHAD
MK LAND BERHAD
CCM BERHAD
PERNAS-SOGO BERHAD
HALIM MAZMIN BHD
SIGMA WATER BERHAD
PETRA PERDANA BERHAD
KUMPULAN RAHMAN BROTHERS
SCAN ASSOCIATES BERHAD
TANJUNG OFFSHORE BERHAD
TAHAN INSURANCE BERHAD
MNI HOLDINGS
AKN TECHNOLOGY BERHAD
KUALITI ALAM BERHAD
PHARMANIAGA BERHAD
MELEWAR GROUP
ANTAH GROUP
PSCI BERHAD
ALCATEL NETWORK SYSTEMS (M) BERHAD
FORMIS BERHAD
EDARAN KOMPUTER BERHAD
DAGANG NET TECHNOLOGIES SDN BHD
RHYTHM CONSOLIDATED BERHAD
SKALI GROUP
CREATIVE ADVANCES TECH.SDN BHD
CAPITAL INTELLIGENCE ADVISOR
RAHIM & CO SDN BHD
UTUSAN MELAYU MALAYSIA BERHAD
EPIC BERHAD
HYRAX OIL SDN BHD
FABER GROUP BERHAD
INGRESS CORP BERHAD
ASIAN COMPOSITE MANUFACTURING
COMPETITIVE SUPREME SDN BHD
1901 SDN BHD
MIMOS BERHAD
JARING BERHAD
ROAD BUILDERS BERHAD
BUMI HIGHWAY BERHAD
AMCORP BERHAD
KAF DISCOUNT BERHAD
BSKL BERHAD
IKRAM BERHAD
MNRB BERHAD
SKS VENTURE BERHAD
PERNEC BERHAD
MISC BERHAD
OSK HOLDINGS BERHAD
THE DATAI RESORT
THE ANDAMAN RESORT
CARCOSA SRI NEGARA
THE GOLF CLUB, DATAI BAY
SHANGRI LA HOTELS (M) BHD
TTPC POWER
TOUCH ‘N’ GO SDN BHD
MEPS BERHAD
LEBUHRAYA BERTINGKAT KL-AMPANG BHD
TNB CAPITAL (L) LTD.
TNB VENTURES SDN. BHD.
POWER AND ENERGY INTERNATIONAL(MAURITIUS) LTD.
TNB KULIM DISTRIBUTION SDN. BHD.
TNB KULIM GENERATION SDN. BHD
TNB COAL INTERNATIONAL LIMITED
SABAH ELECTRICITY SDN. BHD.
MALAYSIA TRANSFORMER MANUFACTURING SDN. BHD.
SEPANG POWER SDN. BHD.
TENAGA SWITCHGEAR SDN. BHD
KAPAR ENERGY VENTURES SDN. BHD.
NORTH PORT SDN BHD
KONTENA NASIONAL SDN.BHD.
BINA DARULAMAN BERHAD
AHMAD ZAKI RESOURCES BERHAD
PENANG PORT BERHAD
KUANTAN PORT BERHAD
SELOGA BERHAD
KUB BERHAD
KUMPULAN NAIM CENDERA BHD
KUMPULAN CAHAYA MATA SARAWAK BHD
AMANAH RAYA BERHAD
ASEAN POTASH PUBLIC MINING CO. LTD. (THAILAND)
FELCRA BERHAD
FELDA HOLDINGS BERHAD
INTERNATIONAL RUBBER CONSOLIDATED LIMITED
KEDAH AQUACULTURE SDN BHD
KUMPULAN MODAL PERDANA SDN BHD
MALAYSIA DEBT VENTURES BERHAD
MALAYSIA KUWAITI INVESTMENT CORPORATION BERHAD
MALAYSIA VENTURE CAPITAL MANAGEMENT SDN BHD
MARDEC BERHAD
PROKHAS SDN BHD
BOUSTEAD NAVAL SHIPYARD SDN BHD
SYARIKAT TANAH DAN HARTA SDN BHD
TRADISI GEMILANG SDN BHD
ASSETS GLOBAL NETWORK SDN BHD
BINTULU PORT HOLDINGS BERHAD
BINTULU PORT SDN BHD
KELANG MULTI TERMINAL SDN BHD (WESTPORT)
KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD
KLIA CONSULTANCY SERVICES SDN BHD
KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT BERHAD
KUANTAN PORT KONSORTIUM SDN BHD
MALAYSIA AIRPORT HOLDINGS BERHAD
MALAYSIAN MARITIME ACADEMY SDN BHD
PELABUHAN TANJUNG PELEPAS SDN BHD
SYARIKAT PRASARANA NEGARA BERHAD
KONSORTIUM PELABUHAN KEMAMAN SDN BHD
PEMBINAAN PFI SDN BHD
AEROSPACE TECHNOLOGY SYSTEM CORPORATION SDN BHD
ASTRONAUTIC TECHNOLOGY SDN BHD
COLUMBIA AIRCRAFT MANUFACTURING CORP. (FORMERLY LANCAIR CORP)
COMMERCE DOT COM SDN BHD
COMPOSITES TECHNOLOGY RESEARCH MALAYSIA SDN BHD
CYBERVIEW SDN BHD
INNO BIO VENTURES SDN BHD
KHAZANAH NASIONAL BERHAD
MALAYSIAN BIOTECHNOLOGY CORPORATION SDN BHD
MIMOS BERHAD
MULTIMEDIA DEVELOPMENT CORPORATION SDN BHD
PDX DOT COM SDN BHD
PERWAJA TERENGGANU SDN BHD
TECHNOLOGY PARK MALAYSIA CORPORATION SDN BHD
NATIONAL AEROSPACE & DEFENCE INDUSTRIES BERHAD
BAKUN HYDRO-ELECTRIC CORPORATION SDN BHD
DATARAN PERDANA SDN BHD
HVD HOLDINGS SDN BHD
INDAH WATER KONSORTIUM SDN BHD
IRAT HOTELS & RESORTS SDN BHD
JKP SDN BHD
MEDICAL ONLINE SDN BHD
PEMBINAAN BLT SDN BHD
PENGURUSAN ASET AIR BERHAD
PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD
PIRAMID PERTAMA SDN BHD
POS MALAYSIA BERHAD
PROFESSIONAL SERVICES DEVELOPMENT CORPORATION SDN BHD
SARAWAK HIDRO SDN BHD
SPORTS TOTO MALAYSIA SDN BHD
SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD
INSTITUT TERJEMAHAN NEGARA MALAYSIA BERHAD
NINEBIO SDN BHD
RANGKAIAN HOTEL SERI MALAYSIA SDN BHD
MALAYSIAN RESOURCES CORPORATION BERHAD

Kalau sudah benci atau tidak suka lebih baik Tun M letak semua jawatan dalam GLC. Kalau dia letak semua jawatan bayaran2 pencen untuk jawatan2 yang disandang semasa masih berkhidmat dahulu masih mampu menampung kehidupan hariannya.

Anak2nya yang kaya-raya masih mampu membantu jika beliau tidak kecukupan wang. Lepaskanlah jawatan tersebut supaya DS Najib boleh melantik orang lain yang berkelayakan dan seiring dengan kerajaan pimpinan DS Najib.



Thursday, September 10, 2015

Daripada 28 Syarikat GLC Di Selangor Hanya 8 Mencatatkan Keuntungan Bagi Tahun 2014, Hebat @AzminAli




Agak memeranjatkan apabila hanya 8 daripada 28 buah syarikat 'Government Link Agency (GLC)' di Selangor mencatatkan keuntungan selepas cukai bagi tahun kewangan 2014. Daripada syarikat-syarikat GLC yang mengalami kerugian berkenaan, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), yang merupakan syarikat induk utama di bawah 'Menteri Besar Incorporated (MBI)', mengalami kerugian selepas cukai sebanyak RM144.4 juta bagi tahun kewangan 2014.

Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) mengalami kerugian besar sebanyak RM235 juta selepas cukai walapun memperolehi hasil pendapatan sebanyak RM31.5 juta. Lima daripada tujuh anak syarikat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) adalah syarikat yang tidak aktif (dormant) yang tidak mendaftar satu sen pun pendapatan dalam tahun kewangan 2014 telah mencatatkan kerugian selepas cukai daripada RM4,000 bagi PNSB Construction hinggalah kepada RM16.8 juta untuk PNSB Development.

Manakala kesemua aset 'leisure and hospitality' milik MBI mengalami kerugian selepas cukai di antara RM294,000 bagi Bukit Beruntung Golf & Country Resort hinggalah kepada RM1.95 juta bagi Brisdale International Hotels dan kepada RM7.01 juta bagi Perangsang Hotel and Properties. 

Hebat betul pengurusan GLC di bawah Kerajaan PKR dan DAP Selangor. Itupun Dato Menteri Besar Selangor ada hati lagi untuk membiarkan syarikat GLC di bawah MBI ditadbir urus di bawah syarikat RM2 yang dikendalikan oleh 2 orang pemegang saham yang dikenali sebagai Darul Ehsan Investment Group (DEIG)! Sumber

Sunday, November 3, 2013

BILA MAJIKAN SYARIKAT GLC "CABUL" HAK PEKERJA MELAYU


Sebenarnya ini bukan kes terpencil yang berlaku dalam GLC kerajaan. Banyak lagi kes-kes diskriminasi yang berlaku dalam GLC namun segala aduan yang dibuat tidak mendapat perhatian dan layanan. Kes-kes seperti sengaja "tidak mengesahkan jawatan" pegawai Melayu" dengan alasan tertentu untuk menamatkan perkhidmatan mereka, digantikan dengan bukan melayu serta lain-lain diskriminasi.  Dengan siapakah anak-anak Melayu yang bertugas sebagai eksekutif dalam entiti tersebut hendak mengadu. Kita sedia maklum CEO kepada GLC’s tersebut terdiri dari orang Melayu, namun diperingkat pelaksana lebih ramai bukan melayu yang berkuasa.  Sebagai contoh Sunrice Berhad, Mayban Berhad, MIMOS, HICOM Properties Sdn Bhd, DRB-HICOM BERHAD,GAMUDA, .EON BANK, BANK MUAMMALAT dan banyak lagi. Di bawah adalah rentetan salah satu kes yang berlaku.





Di mimos yg berkuasa sebenarnya Raj bukannya Wahab. Wahab ni kena cucuk hidung dgn Raj.......Wahab ni boneka aje.
 13 October 2013 11:03

Hasil dari artikel kelmarin (KLIK DISINI) saya dapati banyak komen yang berkaitan dengan MIMOS Sdn Bhd sebuah syarikat penuh milik kerajaan. Komen diatas adalah salah satu komen yang menarik untuk saya panjangkan kerana apa yang saya maksudkan semalam adalah benar bahawa MIMOS kini bukan lagi menjadi milik orang Melayu sebaliknya telah di jadikan markas untuk seorang India yang mengawal serba serbi didalam MIMOS.
Ala itu Dato masa di Motorola pon haprak... orang kiri dan kanan, cina dan india....tak mahu naikkan melayu. Sombong nak mampus!! Ada orang Melayu bagus tak mahu naikkan kerana dia seorang perempuan.

Kat Motorola tempat legacy Dato sudah jadi Tamil Street... dalam sekelip mata... kisah apa? Janji sendiri bangsa pon mahu naik...Masa Dato dulu macam-macam alasan....


Tak usah bangga la jadi orang kuat UMNO!!! Puih...!! Jadi orang UMNO untuk kepentingan diri sendiri.

Untuk makluman mangsa Wanita Melayu Ibu kepada seorang anak ini telah bekerja di Mimos sejak tahun 1997 lagi. Gaji yang diperolehi oleh wanita Melayu yang ditindas itu hanyalah berjumlah RM1,457 sahaja dengan berhadapan harga yang mahal di Cafetaria milik Mimos.
Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa Cafetaria di Mimos merupakan satu Cafetraria yang sepatutnya adalah jauh lebih murah berbanding Cafetaria di tempat lain kerana.
a) Bil Elektrik Percuma (Ditanggung MIMOS)
b) Bil Air Percuma (Ditanggung MIMOS)
c) Pingan Mangkuk (Disediakan MIMOS)
d) Peralatan Di Cafetaria (Semuanya Ditanggung MIMOS)
Bagaimana sebuah Cafetraia yang semuanya ditanggung oleh pihak Majikan iaitu MIMOS menjual makanan yang lebih mahal daripada kedai makan diluar?
Akibat dari luahan Wanita Melayu pekerja Mimos itu di Facebooknya beliau kini mendapat tekanan dari pihak atasan pegawai Mimos. Adalah tidak adil dan tidak berhati perut sama sekali apabila pegawai atasan Mimos yang bergaji belasan dan puluhan ribu ringgit menindas pekerja bawahan yang hanya bergaji RM 1,457 sebulan
Gambar diatas adalah gambar Cafetaria di dalam MIMOS sebelum pengubahsuaian. Laporan mengesahkan bahawa Kos pengubahsuaian terbaru Cafetaria milik Mimos itu mencecah 1 Juta Ringgit. Apa yang diubah suai sehingga mencecah RM 1 juta ringgit?

Bagaimana pula dengan komen-komen yang tersiar dibawah ini dalam artikel yang sama bagi blog di atas. Mungkin Jabatan Audit Negara boleh memberikan pencerahan justeru siasatan ke atas syarikat milik kerajaan [ GLC ] ini, jika benar berlakunya penyelewengan.
Setiap komen yang diberikan mempunyai persamaan seakan berlakunya ketirisan dan penyalahgunaan kuasa dalam sebuah syarikat milik kerajaan.
Kami pekerja Melayu di MIMOS memang dah lama meluat dengan kepimpinan pegawai Melayu yang dilihat lebih mengutamakan keling dari India dan Sri Langka. Semua kerja yang sepatutnya melibatkan anak Melayu diberikan kepada Keling dan menyebabkan kami pekerja Melayu di Mimos seperti tunggul. Belum lagi bercakap soal duit yang digunakan oleh Keling Keling dalam MIMOS untuk rompak Kerajaan. Saya tidak tahu sama ada Dato Sri Najib mengetahui atau tidak pekara ini. Saya minta Tuan bawa isu MIMOS ini kepada pihak atasan.
14 October 2013 12:40
Memang tidak dinafikan sebenarnya MIMOS sekarang sudah lari daripada arah yg sebenarnya sebagai Research Institute.
HR MIMOS sekarang sudah tidak lagi menjaga kepentingan dan kebajikan pekerja.
Sebaliknya mereka akan mengambil tindakan yang keras kepada pekerja jika ada aduan-aduan yg bertentangan daripada policy Raj, CIO, pegawai kanan Datuk Wahab.
Semakin ramai penyelidik-penyelidik telah berhenti daripada MIMOS gara-gara orang Motorala sahaja yang diberikan keutamaan.
Datuk Wahab seperti menyerahkan tugas nya kepada CIO Raj dan tiada memainkan perananan di MIMOS.
Jadi saya setuju pihak Jabatan Perdana Menteri perlu datang sebagai independent party untuk menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
14 October 2013 15:02
Tuan.. banyak lagi yang perlu du selidik.. Renovation For Life pun telah membuat seorang Melayu menjadi jutawan fakir... yg berwajib tolong check walaupun jutawan tersebut telah meninggalkan MIMOS.
Outsourcing staff dari negaara kulit gelap patut diberi perhatian yg mendalam... kenapa tak ada ke orang melayu yang cerdik pandai untuk memberi petkhidmatan untuk Malaysia ke... cuba check jutaan ringgit telah mengalir ke kroni2 yang membawa kulit gelap ke Malaysia (3 sekawan Man in Black Taukey Pendatang di MIMOS) ha ha walaupun sorang dah lari keluar dari MIMOS
14 October 2013 19:42
Mimos khas untuk org Penang ke? cuba periksa nama2 sykt dpt projek dan pembekal tenaga kerja.
Wahab buat bodoh dan asik guna nama org kuat umno tempat dia sendiri. penang masih kalah dan makin teruk kalah.bunyi mcm dah banyak bantu melayu tp sial.... Apa pun tak bantu Melayu
15 October 2013 01:39
Saya antara seorang mangsa penindasan. Terpaksa berhenti, dan 2 tahun berjuang utk meneruskan kes ini di mahkamah industri. InsyaAllah, few months nanti perbicaraan penuh. Sebenarnya mereka itulah yg bersikap rasis dan menidakkan kebolehan dan kepakaran kita. Jadi yes man selamatlah periuk nasi. Melawan yg benarpun, terimalah akibatnya.
16 October 2013 12:05
selalu kontrak-kontrak kerja MIMOS dilonggokkan pada bidder2 dari Penang , memang dah kowtim dengan orang Penang ka ?? Si Wahab yang jadi macai Raj ni jangan dok buat bodo lagi larr... ikutt ja apa si mangkuk tu cakap macam lembu kena cucuk hidung . wahab ni sudah2 lah dok guna nama UMNO untuk kepentingan diri , konon nak bantu Melayu , dey tambey uruskan dulu MIMOS , kasi lessing sama itu Raj, hang takut apa dengan dia ??? Jangan sampai orang londeh segalanya !!!
16 October 2013 15:37
Apa yang diubah suai sehingga mencecah RM 1 juta ringgit ??? Apa punya blogger ??? satu kes je ??? banyak lagi kes-kes dalaman brader ???
Banyak lagi kes-kes 'siphoning off money' dalam MIMOS ni brader. Gua dapat info satu kes melibatkan agensi pekerjaan yang dipakai oleh MIMOS kununnya bawa pakar luar negara untuk bekerja di MIMOS. Inipun sebab kutu-kutu berahak dlm MIMOS dah menyampah dengan CEO Wahab, so gua dapat info free-free je. AGENSI PEKERJAAN SUMBER SEPADU SDN. BHD. Nombor Syarikat (901885-M). Pakar-pakar dari India yang kununnya digaji untuk ganti orang melayu dah 'siphoning off money' berjuta ringgit dari MIMOS. Bayar pada pakar-pakar India satu kepala RM5000, caj MIMOS satu kepala RM15000. Gua akan pastikan dapat maklumat nama-nama kroni-kroni CEO Wahab yang terlibat dengan agensi pekerjaan ini. Gua akan pastikan perkara ini disiasat sampai ke peringkat akar umbi. Lu tunggu je brader Wahab.
16 October 2013 20:11
pekung si wahab dan raj ni banyak lagi, depa sapu duit kerajaan untuk projek itu ini, gaji pekerja import Sri Lanka dan India tu , tapi hal wanita yang gajinya sebulan RM1,500 tak diendahkan !! melayu macam ni buat apa simpan dalam jabatan kerajaan lagi... buat jadi virus saja, kasi buang lekas-lekas . Wahab ni ingat orang tak tau ka pasal projek SOCSO tu ? Sedap lu salah guna kuasa makan duit guna jawatan sendiri . Wahab lu pernah dengar ka itu Century Software dan cara lantikan TR lepas projek SOCSO di sakau ?? . Peniaga-peniaga lain buat kerja susah payah , lu Wahab dengan lu punya skandal si Raj tu pakai duit kerajaan bayar tenaga luar buat kerja ? Apsal guna tenaga luar ?? Orang Malaysia tak pandai ka buat kerja ?? Duit kerajaan tu duit rakyat Malaysia ... korang dua bagi duit rakyat Malaysia kat orang asing buat apa bangsattt ??!! . Apa pulak cerita dengan duit projek RM 100 million plus ?? Lu nak buat apa sekarang Wahab , Raj ?? Nak lupuskan bukti ?? Kah kah kah .. jangan takut baruahh ... bukti akan didedahkan tak lama lagi . Nasihat aku pada pekerja-pekerja MIMOS yang tak puas hati , ini lah masa yang korang tunggu-tunggu nak penerajang si Wahab dan Raj ni keluar , bukan setakat penerajang keluar .. kalau korang ada maklumat lain boleh sumbat dua ekor ni dalam penjara, letak je komen kat sini , pandai lah blogger2 ni korek
16 October 2013 16:01
Kita tidak mahu lagi berlakunya salahguna kuasa dan ketirisan akibat sikap tidak bertanggungjawab dan tiada integriti mereka yang dilantik dan diamanahkan oleh kerajaan. Kerana pada akhirnya, kerajaan yang akan tetap dipersalahkan akibat sikap segelintir pihak.

Tuesday, June 11, 2013

INGATLAH UMNO.... LIANG LAHAD SUDAH TERSEDIA UNTUK MENGUBURKAN UMNO


Tidak lama lagi persidangan agung tahunan UMNO pun akan berlangsung. Dan sama seperti tahun-tahun sebelumnya, kita akan mendengar teriakan hebat, laungan penuh semangat dan iltizam yang kalau diterjemahkan, mampu mencabut Tur Sina sampai ke akar-akarnya. Kita juga akan mendengar segala macam pujian, saranan, kritikan bahkan pemujaan melampau sepertimana Anwar memuja Mahathir dalam setiap ucapannya sewaktu masih menjadi Timbalan Presiden UMNO dahulu.

Namun seperti biasa jugalah semua semangat membela Melayu dan Bumiputera itu hangat di dalam Dewan Merdeka sahaja. Selepas keluar dari Dewan dan selepas tamatnya persidangan maka puak-puak yang berucap sampai nak terkeluar anak tekak itu kembali semula merangka untuk diri sendiri dan puak yang menyokongnya serta kaum kerabat masing-masing. Dua tahun lagi laungan, teriakan dan semangat Melayu-Bumiputera dan mereka sahajalah yang sangat Melayu, akan kembali kedengaran.

Sebanyak 13 kali mandat telah diberikan kepada UMNO untuk terus menjadi peneraju kerajaan menerusi gabungannya dengan parti-parti yang lain. Kalau sebelum ini, UMNO kelihatan sangat terhutang budi dengan MCA dan MIC yang mewakili teras penyokong masing-masing, kali ke13 menyaksikan UMNO dan Barisan Nasional hanya disokong oleh Melayu-Bumiputera.

Banyak perkara yang telah UMNO lakukan dari tahun 1955 sehingga sekarang. Banyak juga kesilapan yang telah dilakukan. Dari sebuah parti yang berorientasikan kekampungan, yang menyediakan latihan mahupun bantuan kepada orang kampung yang merupakan penyokongnya termasuklah kelas masak memasak dan jahitan, sekarang ini UMNO lebih banyak bercakap tentang golf, tentang hotel lima bintang, tentang projek ratusan juta dan tentang usahasama dengan orang asing yang dikatakan lebih menguntungkan. Bahkan sehingga ada pemimpin UMNO sendiri yang melabelkan orang Melayu-Bumiputera tidak mempunyai daya saing dan berpengalaman sehingga membuatkan mereka memilih chinabeng sebagai rakan kongsi.

 

Puak korporat Melayu, ramainya menjadi KEPARAT Melayu. Setelah mereka naik dan diletakkan ke jawatan atau kedudukan yang baik, bukan mereka hendak pulangkan semula jasa bakti Melayu-Bumiputera yang telah menghantar mereka pada kedudukan itu, sebaliknya ramai yang mendabik dada, mereka berada dalam kondisi terbaik kerana usaha mereka sendiri walaupun hakikatnya mereka amat bergantung kepada projek Kerajaan Pusat dan kemudahan yang diberikan kepada mereka kerana status Bumiputera.


Lebih malang lagi bila ada manusia Melayu seperti NAZIR RAZAK dan CEO AIR ASIA X yang mula bercakap tentang RASIS dan cuba membuktikan liberalnya mereka dan tidak bergantungnya mereka kepada status Melayu yang ada pada diri. Tanpa sedikit pun terhutang budi kepada jasa Melayu-Bumiputera yang ada pada mereka, manusia seperti ini ibarat melumur tahi ke muka sendiri kerana cuba mengajar masyarakat tentang liberalisme.

 Walhal sebarang kedudukan dan kemewahan yang mereka kecapi sekarang merupakan hasil bantuan UMNO dan Barisan Nasional. Mereka sendiri tiada keupayaan untuk bernafas dengan sendirinya jikalau UMNO dan Melayu-Bumiputera tidak cukup RASIS sebagaimana yang mereka malukan!

Begitu jugalah dengan pemimpin-pemimpin UMNO. PRU13 telah membuktikan tanpa Melayu-Bumiputera, mereka sekarang ini hanyalah pengemis politik yang menadah tempurung di sana sini sambil berkongsi nostalgia. Masa sudah sampai untuk mereka membalas budi Melayu-Bumiputera yang selama 56 tahun hanya melihat bagaimana para pemimpin UMNO bertukar menjadi sesumpah yang cakap mereka tentang Melayu-Bumiputera hanyalah apabila mereka ada kepentingan dan pada waktu lapang. Sedangkan apabila mereka berkuasa, yang mereka pandang, yang mereka pegang, yang mereka percayakan adalah bukan Melayu-Bumiputera.

Kalau anda rasa mahu menyanggah kenyataan ini, cuba anda tanya setiap pemimpin UMNO, rumah mereka yang diubahsuai, siapakah kontraktornya... Bengkel kereta atau pusat servis kenderaan milik siapakah yang mereka jengah... Kedai pakaian milik siapa yang mereka paling gemari.... Beras keluaran syarikat mana yang mereka gunakan... Sekolah manakah yang menjadi pilihan untuk anak masing-masing....

Sembang sahaja tak guna. Jangan jadi macam PAS... Masa muktamar, masa ceramah, masa kempen, merekalah Islam. Amalan mereka sahajalah yang Islam, tetapi apabila time praktikalnya, merekalah yang paling munafiq sepertimana tahaluf siyasi mereka dengan DAP dan PKR mahupun keputusan yang amat mudah berubah...


UMNO perlu ingat, liang lahad sudah siap untuk UMNO... Kafan juga sudah tersedia. Bahkan kapur barus dan air mawar termasuklah payung kertas juga sudah tersedia. Hanya menunggu UMNO mati sahaja... Jangan salahkan Melayu-Bumiputera kalau mereka sendiri yang mentalqinkan UMNO dan manusia seperti Nazir Razak akan bercempera lari ke luar negara bagaikan kera putus ekor!

Baca seterusnya : di sini


DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.