Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label jose ugaz. Show all posts
Showing posts with label jose ugaz. Show all posts

Friday, September 4, 2015

JOSE UGAZ 'PERU' TRANSPARENCY INTERNATIONAL, LETAK JAWATAN, #1MDB & KORUPSI



Tiba-tiba orang asing bernama Jose Ugaz menjadi topik dan sindiran tajam rakyat Malaysia di dalam media sosial but for the wrong reason. Ianya seperti parti DAP yang bercakap tentang perpaduan rakyat dan perlembagaan negara tetapi parti itu terlibat peristiwa berdarah perkauman 13 Mei 1969.

Ianya seperti Lim Kit Siang yang tanpa rasa malunya mengaku kononnya tidak pernah memijak gambar pemimpin sepanjang 50 tahun beliau berpolitik. Tetapi terdapat bukti yang menunjukkan sebaliknya.

Sama seperti puak Beersih Bersih 4.0 yang kononnya memperjuangkan transperensi dan keadilan tetapi mereka sendiri gagal bersikap transperensi dengan tidak mendedahkan 'sumbangan dan penyumbang' yang mereka terima sebanjak jutaan ringgit untuk perhimpunan haram rasis baru-baru ini. Seperti Lim Guan Eng DAP bercakap tentang moral pemimpin tetapi beliau sendiri terbukti bersalah menghina Dato Jaharah Hamid dengan gelaran berbau rasis yang sangat menghinakan.

Cakap sahaja pandai tapi....

Jose Ugaz adalah orang negara Peru dan Presiden Transparency International. Datang ke Malaysia dijemput ke Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) ke-16. Dan beliau buat onar pula di negara ini.

Dan sudah tentu kenyataan busy body dan tidak adil orang Peru ini akan diperbesar-besarkan oleh portal-portal pro-pembangkang tanpa liputan yang adil dan saksama. Contohnya : Message to the corrupt - Your days of impunity are numbered.

Dan apabila kita membaca dan memahami ucapan orang Peru ini, kita akan dapati beliau terlalu naif dan hipokrit. Beliau mengkritik negara-negara lain tetapi beliau lupa (atau buat-buat lupa) negara Peru, negara beliau sendiri adalah jauh sangat teruk jika dibandingkan dengan Malaysia.

source: tradingeconomics.com

Begitu jelas menunjukkan bahawa kedudukan Malaysia adalah jauh lebih baik dan semakin menurun jika dibandingkan dengan negara Jose Ugaz. 

Sangat mengecewakan apabila ada orang asing yang negaranya sangat teruk korupsinya tetapi cuba campur tangan terhadap proseding yang sedang berjalan sekarang.

Pokoknya, negara lain seperti Kuwait, Tunisia, Russia, Ukrraine, Guatemala, Brazil, 'many companies in Europe and the Uniteds States', Mexico, Azerbajan, Angola tetapi orang Peru ini tidak sentuh langsung betapa teruknya kedudukan negara beliau yang semakin meningkat dari tahun 2012 - 2015 di dalam ucapan rasmi beliau.

Sebaliknya, beliau menyentuh perkara yang sedang dalam siasatan, telah dijawab berulang kali dan mengritik negara yang jauh lebih baik dan semakin menurun daripada tangga 60 ke 50 dalam masa 3 tahun sahaja. Bukankah itu satu pencapaian yang patut dijadikan contoh oleh Jose Ugaz dan negara Peru?

Kita bukan mendabik dada dan puas hati di tangga 50 dan kita percaya bahawa kabinet BN persekutuan sentiasa berusaha untuk menangani gejala rasuah. Kerana itu kedudukan negara bertambah baik. Tetapi sekurang-kurangnya si Jose Ugaz menghormati tuan rumah dan tidak hipokrit.

Dan baik juga jika Jose Ugaz letak jawatan Transparency International dan cuba bantu naikkan imej negara beliau sendiri dahulu yang teruk korupsinya. Setelah berjaya, barulah kritikan beliau terhadap negara-negara lain akan lebih bermakna dan dan dipercayai.


DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.