Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label kemalangan. Show all posts
Showing posts with label kemalangan. Show all posts

Wednesday, May 31, 2017

[Video] Kemalangan Kilometer 443.8 Lebuh Raya Utara Selatan: Pemandu Ditahan Bantu Siasatan






Perkembangan kes nahas dua kenderaan yang menyebabkan seorang bayi tiga bulan maut tercampak daripada kereta keluarganya, Ahad lalu.

Ketua Polis Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam mengesahkan, polis telah menahan pemandu kereta Proton Persona yang menghimpit kereta Perodua Axia dalam kemalangan itu.

******

Bayi Maut Tercampak: Polis Kesan ‘Pemilik’ Video

HULU SELANGOR: Polis sedang mengesan seorang pengguna media sosial yang memuat naik video kemalangann di Kilometer 443.8 Lebuh Raya Utara Selatan, di laman Facebook, semalam.

Video berdurasi 34 saat itu yang menjadi viral menunjukkan satu kemalangan membabitkan sebuah kereta PROTON Persona menghimpit sebuah kereta PERODUA Axia di lokasi berkenaan.

Bagaimanapun, menurut laporan yang diterima polis, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu PROTON Persona yang memandu di lorong tengah mendakwa panik selepas berasa kenderaannya dihimpit dari sebelah kiri menyebabkan dia bertukar ke lorong kanan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam, berkata setakat ini, hanya seorang mangsa tampil membuat laporan berhubung kemalangan terbabit.

“Setakat ini, hanya pemandu kereta PROTON Pesona membuat laporan.

Pemandu PERODUA Axia berada di Hospital Sungai Buloh (HSB) kerana masih trauma selepas kejadian itu,” katanya.

Supramaniam berkata, pihak polis masih menyiasat kejadian ini dan berharap tiada spekulasi yang berlaku kerana akan mengganggu siasatan mereka.

Kemalangan yang berlaku semalam, menyebabkan seorang bayi lelaki berusia tiga bulan maut selepas tercampak dari kereta dinaiki bersama keluarganya.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 1 tengah hari itu turut menyebabkan bapanya, Shahril Salleh, 32; ibu, Rafnah Mongudancgal, 35, serta dua abangnya, Aril Hakimi Ashraf, 11 dan Aril Zakuan Haris, 4, cedera ringan.

Bayi berkenaan, Aril Rizqin Redza Sharil disahkan meninggal dunia pada jam 2.30 petang, kira-kira sejam selepas kejadian ketika menerima rawatan di HSB. 



Tuesday, May 5, 2015

MEMALUKAN KAUM WANITA!!! Inilah Wajah Sebenar Siti Noor Aini, Gadis Pemandu Myvi FMC Penyebab Kemalangan Maut Di DUKE

Sumber

Thursday, May 9, 2013

Takziah ! Blogger Terbunuh Dalam Kemalangan !



 

Sebuah kenderaan MYVI terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Selatan setelah melarikan diri dari pihak Polis. Mengikut maklumat 2 orang terbunuh dalam kemalangan tersebut manakala pemandu selamat dan mengalami kecederaan parah di kepala.

Mangsa yang terbunuh:
Shien Puih 28 tahun (Myammar)
Loo Kim Wong 20 tahun (Malaysia)

Mangsa yang Cedera Parah:
Kham Lim Yong 20 tahun (Malaysia)

Hasil dari pemeriksaan kenderaan mangsa mendapati terdapat bendera PKR dengan beberapa alatan camera dan komputer riba.

Pihak Polis masih lagi menjalankan siasatan terperinci dan sebab mengapa kenderaan tersebut melarikan diri dari pihak Polis sehingga menyebabkan kemalangan

SHARE GAMBAR dan info ni kerana inilah antara mereka yang membuat propaganda kata BN bawa pengundi warga asing siang tadi (pada hari mengundi)



DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.