Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label melayu.. Show all posts
Showing posts with label melayu.. Show all posts

Wednesday, September 2, 2015

Melayu Akan Jadi Bangsat Bukan Omong Kosong.

bangsat
Tiada UMNO berkuasa terbangsatlah bangsa Melayu di bumi ini. Saya sebagai presiden akan lakukan supaya UMNO dan Barisan Nasional terus berkuasa di bumi bertuah ini.” ini lah ungkapan Dato’ Seri Najib Najib ketika berucap pada majlis perasmian berkelompok persidangan perwakilan UMNO Bahagian Padang Besar, Kangar dan Arau di Dewan Wawasan 2020.
Maka berduyunglah komentar dan cemuhan serta menidakkan apa yang telah di ungkapkan itu, terutama puak seteru yang sering menidakkan kebaikkan yang telah di lakukan oleh UMNO.
Mereka kaitkan dengan keujudan UMNO yang hanya baru berusia sekitar hampir 70 tahun sedangkan ‘Bangsa Melayu’ telah ujud sejak ratusan tahun dahulu dengan terbinanya ketamadunan ‘Bangsa Melayu’ dari rupa bentuk seni bina bangunan, teknologi pelayaran, kesusasteraan, kebudayaan dan sebagainya sebelum lahirnya UMNO.
Ya memang ‘Bangsa Melayu’ telah ujud sejak sekian lama, Tetapi yang mengharumkan ‘Bangsa Melayu’ adalah UMNO perkara yang tidak boleh di ketepikan dan di nafi sahingga hari ini, kerana UMNO lah melalui Barisan Nasional yang menjadi kerajaan sejak di ujudkan Perlembagaannya setelah berhasil menuntut kemerdekaan oleh Tuanku Abdul Rahman dari British dan di isytiharkan pada 1975.
Semenjak dari itu negara ini yang rakyatnya terdiri dari pelbilang kaum hidup aman makmur dan sejahtera berkongsi kenikmatan aman damai serta bersama merasai pembanggunan yang dapat di lihat sahingga ke hari ini. Tidak timbul isu ‘siapa bangsat’ atau pendatang didalam negara ini.
Tetapi kini, kita sudah boleh melihat perkara kejadian ‘Melayu Bangsat’ ini melalui contoh yang sedang berlaku di depan mata kita secara kecil kecilan di beberapa negeri selainnya, kerana UMNO masih lagi pemegang tampok pemerintahan utama, bayangkan apa akan jadi jika UMNO hilang terus kuasanya, Maka kenyataan Perdana Menteri ‘Melayu akan menjadi Bangsat’ pasti ada kebenarannya.
Apa sudah jadi di Kelantan yang rakyatnya hampir 95% Melayu, ‘Berdehem’ seorang sahaja dari kaum pendatang, itu pun dari jauh, Sudah cukup celaru di buatnya walaupun di tadbir oleh ‘Bangsa Melayu’ atas nama ikatan didalam ‘Pakatan Rakyat’.
Apa jadi di Selangor sudah terbelakah nasib bangsa Melayu di Selangor sebaik sahaja di ambil alih oleh puak pakatan ini.
Bagaimana pula negeri Pulau Pinang dimanakah ‘Bangsa Melayu’ Pulau Pinang terutamanya di bahagian Pulau, sudah terbela atau makin terhapus pada masa kini. Ini lah contoh paling ketara maksud “Melayu akan jadi Bangsat” yang di ungkapkan oleh Dato Seri Najib Tun Razak.
Selama UMNO mentadbir tidak pernah berlaku penghapusan ektenik dan pemisahan kaum, malah setiap rakyat dapat merasakan bertapa kerajaan Barisan Nasional dan UMNO sentiasa cuba merapatkan jurang perbezaan diantara kaum, serta setiap dari mereka akan mendapat hak-hak mereka saperti mana yang telah termaktup di dalam Perlembagaan Malaysia.
Lihat sahaja bagaimana pemusnahan 66 buah rumah yang menempatkan lebih 1000 keluarga Melayu adalah bukti sebenar kepada kenyataan “Melayu Bangsat” tersebut. Juga sebelum ini pengusiran ‘Bangsa Melayu’ Pulau Pinang di buat sedikit demi sedikit dan amat halus agar kehilangan ‘Bangsa Melayu’ Pulau Pinang tidak di rasai.
Dari penghalangan syiar Islam sahingga penghapusan ‘Bangsa Melayu’ Pulau Pinang yang terang dan jelas di bangsatkan oleh kaum pendatang dengan bantuan ‘bangsa Melayu’ yang redha diri di bangsatkan. ‘Bangsa Melayu’ Pulau Pinang dipaksa menjadi bangsat apabila rumah dan kediaman mereka dirobohkan tanpa sebarang pampasan, tanpa sebarang bantuan dan tanpa sebarang rumah ganti.
Ini lah maksudnya Melayu akan menjadi bangsat jika UMNO hilang kuasanya, Bagi yang tidak faham istilah dan pengertian “Bangsat”, Melihat apa yang berlaku di Pulau Pinang hari ini adalah gambaran maksud sebenar perkataan “Bangsa Bangsat” yang di ungkapkan. Seterusnya


Wednesday, August 26, 2015

ANAK MELAYU DIPERKUDAKAN #BERSIH4.0



ANAK MELAYU yang beriya-iya mahu menjatuhkan kerajaan yang sedia ada melalui demotrasi jalanan. Korang sebelum nak Ubah sesuatu lebih baik ubah diri sendiri menjadi yang lebih baik. bukan seperti yang tertera seperti gambar diatas. Bukan sahaja memalukan kaum akan tetapi menjatuhkan maruah diri sendiri sebagai melayu mempunyai adat resam serta berbudi bahasa. Kerajaan yang ada hanya dapat dijatuhkan hanya dengan Majoriti UNDI semasa pilihanraya UMUM.




Yang paling lucu adalah Kereta tiada harga.......? Hakikat yang perlu RARA tahu adalah masih lagi ada pengusaha menjual kereta terpakai. Jika kereta tiada harga sudah tentu kedai menjual kereta terpakai telah menutup operasi mereka. MKP lihat dengan mata dan kepala sendiri masih lagi berderet kedai menjual kereta terpakai di Kajang atau pun tempat lain....

Pasaran kediaman di Malaysia berada di tahap 'sangat tidak mampu dimiliki', mengikut ukuran piawaian antarabangsa.

Median harga rumah di Malaysia berada pada tahap 4.4 kali median pendapatan isi rumah tahunan berbanding pasaran tahap mampu milik tiga kali ganda median pendapatan isi rumah tahunan mengikut piawaian antarabangsa.

Median pendapatan bulanan rakyat Malaysia ialah RM4,585.


Laporan Pasaran Kediaman Mampu Milik oleh Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) berkata, kenaikan empat kali itu berlaku secara konsisten daripada tahun 2002 hingga 2014.

Menurut laporan itu, daripada peniaian pelbagai median dan nisbah kejatuhan pasaran penembusan mendapat masalah kediaman tidak mampu milik berlaku di beberapa buah negeri di Malaysia.

Keadaan itu merupakan tanda amaran bahawa kediaman mampu milik terutama bagi isi rumah berpendapatan rendah akan lebih buruk jika dibiar atau tidak dikawal.

Kajian yang mengambil masa dua tahun itu memberi tumpuan kepada pasaran kediaman di Kuala Lumpur, Pulau Pinang Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Daripada hasil kajian itu mendapati pasaran kediaman di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang berada dalam kategori 'teramat tidak mampu dimiliki' masing-masing dengan median 5.4 dan 5.2.

Salah satu puncanya ialah bekalan kediaman tidak responsif kepada kecekapan permintaan.

"Daripada hartanah-hartanah baru yang dilancarkan di Kuala Lumpur pada tahun 2014, tidak ada braket harga hartanah di bawah RM250,000 - RM1 juta, sebaliknya harga yang ditawarkan adalah RM500,000 hingga RM1 juta.

"Mengambil tahap tiga kali median pelbagai hartanah di Kuala Lumpur, harga yang ditawarkan adalah dari RM274,320.

" Median lebih rendah bagi pasaran hartanah di Pulau Pinang dengan bracket harga RM50,000 hingga RM100,000 tetapi disebabkan pendapatan isi rumah negeri itu lebih rendah maka pelancaran hartanah di bawah tahap tiga kali median

dan pembinaan kediaman mewah yang lebih banyak menyebabkan pasaran hartanah di negeri itu menjadi 'teramat tidak mampu dimiliki," menurut laporan tersebut.

Pasaran hartanah di Johor pula lebih responsif berbanding Kuala Lumpur dan Pulau Pinang tetapi masih tidak seimbang dengan pelancaran kediaman melebihi tiga kali median pelbagai harga.

Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka pula didapati menawarkan bracket harga kediaman pelbagai dengan pelancaran hartanah baru pada atau di bawah tahap tiga kali median.

Menurut laporan itu, secara purata sebanyak 60,000 buah kediaman telah dilancarkan sejak lima tahun lalu.

Berdasarkan laporan itu, kawasan bandar menghadapi cabaran lebih besar, di mana pemilikan perumahan sekitar 69.1 peratus.

Di Kuala Lumpur, kadar pemilikan kediaman adalah 53.5 peratus berdasarkan bancian populasi dan perumahan tahun 2010.

Sementara itu, kadar pemilikan kediaman di Malaysia pada 2011 adalah 72.5 peratus - satu kadar yang tinggi berbanding pemilikan diaman di negara-negara maju seperti Australia (68.1 peratus), United Kingdom (67.4 peratus) dan Amerika Syarikat (66.5 peratus).

Laporan Pasaran Perumahan Mampu Milik itu juga mendapati secara umumnya kenaikan harga rumah disebabkan faktor peningkatan hartanah.

Pemaju perumahan sanggup membayar kos hartanah yang tinggi berdasarkan kenaikan harga pasaran perumahan.

Kos pembinaan bukan punca kenaikan harga rumah kerana kos pembinaan menurun di Malaysia. 

Baca seterusnya MKP

Wednesday, August 14, 2013

Gadis Hilang DARA Meroyan Dalam Twitter ADUHAI Anak Melayu !!


ADUHAI ANAK BANGSAKU!!!

Semakin bingung dengan sikap orang Melayu terutama anak-anak muda sekarang. Budaya dan pegangan agama sekarang hanya sekadar nama. Maaf andai ada pihak-pihak kurang senang dengan kenyataan ini tetapi ia adalah realiti yang sdang berlaku dan terus berlaku.

Di b awah adalah 'print screen' kenyataan seorang anak gadis bernama Baby Diana dalam akaun twitternya apabila di tinggalkan teman lelaki setelah DARAnya di ragut.






DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.