AIDC - Move
bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said kemuka undi
tidak percaya terhadap Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd
Rahman hari ini seolah-olah mengesahkan hiptesis ini.
Ahmad
Said, ADUN UMNO Kijal, tetapi beliau adalah orang Tun Mahathir
Mohamad.
Walaupun
cubaan beliau itu gagal kerana usulnya ditolak Speaker Dewan Dato’
Mohd Zubir Embong dengan mengunakan alasan perkara-perkara 33 dan 35
undang-undang sidang dewan, namun ia satu percubaan mengugat
kestabilan UMNO Terengganu dari dalam, sebuah parti yang dianggotai
Ahmad Said sendiri.
Macam
satu kesinambungan, Jumaat lalu Tun Mahathir melancarkan deklarasi
untuk menjatuhkan Perdana Menteri Najib Razak tetapi tegasnya
bukannya untuk menjatuhkan BN.
Apa
maksud itu ?
Maksudnya
mengorbankan beberapa buah negeri, tumbang kepada parti pembangkang
sebagai black mail untuk mendesak Najib Razak meletak jawatan sebagai
Presiden UMNO dan PM.
Macam
strategi PRU 2008. Tun Mahathir mengkritik pemerintahan Tun Abdullah
secara konsisten dari tahun 2005, akhirnya Kedah, Selangor, Perak,
Pulau Pinang tumbang kepada pembangkang.
Ketika
itu Tun Mahathir menyeru UMNO supaya menjatuhkan Tun Abdullah yang
dikatakan faktor kejatuhan empat negeri yang sebelum ini diperintah
oleh BN itu.
Tun
Abdullah terpaksa akur kerana sudah ada kayu pengukur (4 negeri
tumbang) dan menyerahkan baton kepimpinan kepada Najib Razak.
Apakah
strategi 2008 turut digunakan untuk menjatuhkan Najib dengan
menumbangkan beberapa negeri lagi pada PRU 14 ?
Mungkin
perkara sama akan dilakukan sebab tindakan seseorang diukur daripada
latar belakang sejarahnya.
Kedah
dan Terengganu tidak termasuk dalam kompas yang dikendaki PAP dan DAP
sejak dari tahun 1964.
PAP/DAP
hanya mahukan enam negeri sahaja iaitu Selangor, Pulau Pinang, Perak,
Negeri Sembilan, Melaka dan Johor sahaja.
Selangor
dan Pulau Pinang sudah boleh ditutup buku kerana sudah termasuk dalam
road map kejayaan DAP.
Masih
ada lagi Perak yang DAP sangat cita-citakan.Lagipun DAP yakin dapat
tawan pada PRU 14 nanti berdasarkan kemenangan tipis BN di negeri
itu.
Masih
ada tiga negeri yang DAP perlu kerja keras iaitu Negeri Sembilan,
Melaka dan Johor.
Di
antara ketiga-tiga negeri itu -Johor- merupakan Impian utama
penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Sebabnya,
Kit Siang sudah memasang khemah di Parlimen Gelang Patah.
Lagipun
semua modus operandi DAP termasuk out sourcenya-PAN-ditumpukan ke
Johor.
Cuba
kaji-di antara pejabat-pejabat PAN di negeri mana paling banyak
ditubuhkan ? Jawapan di Johor.
Program
Pakatan Harapan mula-mula dilancarkan di Johor. Kes itu juga
signifikan.
Kenapa
DAP sangat-sangat berimpian mahu menawan Johor ? Sebabnya, jika Johor
dapat ditawan, ia akan memudahkan Singapura, negara asal di mana PAP,
parti induk DAP ditubuhkan.
Jika
Kit Siang dapat menawan Johor pada PRU 14 ini, misi PAP menghantar
Kit Siang menerajui DAP pada tahun 1965 berjaya dengan sepenuhnya.
Maknanya,
PAP telah menghantar orang yang betul untuk menawan Tanah Melayu.
Dalam
masa 42 tahun, Singapura menghantar ejen ke Malaysia akhirnya, Johor
dapat ditawan pada PRU 14.

