Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label permatang pauh. Show all posts
Showing posts with label permatang pauh. Show all posts

Saturday, August 3, 2013

Anwar Dan Karpal Tidak Terkesan Dengan “Surat Misteri Permatang Pauh”

anwar karpal

Agak menarik juga untuk mengulas mengenai “surat misteri” yang menggemparkan masyarakat Permatang Pauh baru-baru ini. Khabarnya surat berkenaan telah diedar secara meluas di seluruh parlimen yang diwakili Anwar Ibrahim itu.

Menurut laporan media, surat berkenaan didakwa telah ditulis oleh seorang “bekas kakitangan pejabat guaman Karpal Singh” dan mendedahkan transaksi yang berjuta-juta ringgit jumlahnya. Khabarnya, transaksi-transaksi itu direkod sejak tahun 2008 lagi.

Menariknya, surat misteri itu mendakwa Anwar telah membayar jutaan ringgit kepada Karpal sebagai “bayaran yuran guaman”. Bekas kakitangan Karpal itu juga melampirkan beberapa nombor akaun yang dikatakan milik Anwar.

Pertamanya, saya tertanya-tanya, siapakah “bekas kakitangan Karpal” itu? Apakah dia cuba menabur fitnah terhadap dua pemimpin tertinggi Pakatan Haram tersebut? Anwar dan Karpal bukan sembarangan pemimpin, mereka sangat berpengaruh!

Kita tahu, Anwar dan Karpal memang suka saman orang. Mereka juga suka membuat laporan polis. Sama ada mereka menang atau kalah saman, mereka letak di belakang. Sama ada laporan polis yang mereka buat itu benar atau palsu, itu pun mereka tak peduli.
Untuk survival politik dan berpolitik dengan minda rakyat, mereka biasanya sanggup lakukan apa saja, bukan?

Cuma persoalannya, beranikah Karpal dan Anwar membuat laporan polis dan menafikan dakwaan tersebut secara terbuka? Jika mereka nafikan, pasti ada pula yang akan hadir ke balai polis untuk menggesa surat tersebut disiasat kebenarannya. Kita bukan tak kenal rakyat Malaysia, kan?

Mungkin diatas alasan “demi keselamatan” penulis surat tersebut, maka surat itu dikatakan “tidak bernama” dan hanya bertajuk “Bankleaks Anwar/Karpal”. Dan saya percaya, surat itu akan menimbulkan pelbagai reaksi dan spekulasi terhadap dua pemimpin tersebut.

Selepas menerima laporan, sudah tentu pihak berkuasa akan membuka kertas siasatan. Disaat itu, kita hanya perlu menunggu sehingga siasatan selesai. Mungkin seminggu, mungkin sebulan, mungkin setahun dan mungkin 10 tahun?

Polis akan mencari sumber surat tersebut. Berapa ramaikah bilangan “bekas” kakitangan firma guaman milik Karpal? Takkanlah sampai sejuta orang, bukan? Saya yakin, pihak berkuasa dengan mudah akan dapat mengesan penulis surat itu.

Selepas itu, pihak polis juga akan menyiasat tentang kesahihan dakwaan yang terdapat di surat berkenaan. Sama ada tentang akaun Anwar, pembayaran berjuta-juta ringgit dan sebagainya, pasti akan terjawab kelak. Fakta tidak pernah menipu, bukan?

Seterusnya, jika wujud kes sebagaimana yang didakwa penulis surat itu, pastinya laporan siasatan mengenainya akan diserahkan kepada Peguam Negara bagi tindakan susulan. Sama ada Anwar dan Karpal bakal didakwa atau tidak, itu terserah pada AG.

Saya tertanya-tanya, apakah AG akan berani dakwa Karpal dan Anwar sekaligus di mahkamah? Atau beliau akan selamba mengatakan “kita tidak ada bukti yang cukup untuk mendakwa mereka”? Selalunya kalau kes berkaitan Anwar dan Karpal, itulah jawapan “standard”nya, bukan?

Kadang-kadang, terdetik juga dihati saya sama ada semua ini hanyalah sekadar “wayang gambar”. Masalahnya, siapa “pengarah”nya? Siapa yang sediakan “skrip wayang gambar” itu? Siapa pula “pelakon utama”nya?

Jika benarlah isi kandungan surat itu, siapakah yang akan berjaya mengheret Anwar dan Karpal ke muka pengadilan? AG? Anda masih harap padanya? Kalau ke mahkamah sekalipun, apakah barisan pendakwaraya boleh menang?

Kes Anwar-Saiful yang “tertinggal air mani dalam saluran dubur” pun boleh kalah, inikan pula kes mengenai sepucuk surat misteri, bukan?

Hakikatnya, sebut dan karanglah berjuta pucuk surat atau bawalah seribu fakta benar mengenai kejijikan Anwar dan Karpal, saya yakin para pengikut mereka akan tetap menganggap mereka sebagai “dewa” yang sangat “telus”, “berintegriti”, “SELCAT”, “CAT”, “DOG”, “PIG” dan sebagainya…

Sampai bila rakyat Malaysia ini harus hidup tertipu dengan para pemimpin jijik Pakatan Haram? Biar terbukti benar mereka jelek sekalipun, biar “kantoi” berbogel sekalipun, pemimpin Pakatan Haram tetap “mewangi” disanubari.

Bak kata seorang rakan saya yang dihormati, “hangpa takdak ‘laif’ kaaa???”


Baca seterusnya :di sini




Wednesday, April 24, 2013

ANWAR SEDANG MEMBACA TALKIN UNTUK DIRINYA SENDIRI DI PERMATANG PAUH


















SUA PKR SAIFUDIN NASUTION AKAN LAPORKAN PUNCANYA KEPADA KPN

Kebimbangan dan ketakutan Anwar Ibrahim kepada nama besar yang menganggu fikirannya telah menjadi realiti apabila sahaja nama Dr. Mazlan Ismail dengan latar belakang yang hebat dinamakan sebagai calon BN untuk mencabarnya di kubu kebalnya Permatang Pauh.

Di sebalik menampikan sindrom penafiannya, Anwar Ibrahim sekarang sedang membaca talkin untuk dirinya sendiri. Dia telah membaca tulisan di tembok "Matilah Aku."

Bila nama ini didengar dia mahu lari ke Perak, tetapi apabila diketahuinya kawasan Tambun yang ditawarkan kepadanya merbahaya, maka dia mengkhianati janjinya dengan Lim Kit Siang untuk sama-sama membawa aura masing masing ke negeri lain, sebaliknya dia berpatah balik dan Lim Kit Siang di biarkan kesaorangan menggali kuburnya di Gelang Patah. (Bacalah di PINTAS Nisan Bapa Perkauman di Gelang Patah).

Kenapa Anwar gementar menghadapi Dr. Mazlan?. Intro dalam tulisan di KeadilanDaily yang bertajuk "Mazlan bukan lawan Anwar Ibrahim" mendedahkan perasaan sebenar yang terpendam di kalangan pemimpin PKR Permatang Pauh.

Kata tulisan itu (disertakan di bawah) pengalaman Dr. Mazlan Ismail sebagai Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas Pulau Pinang bukan kelebihan kepada calon BN. Apa yang bukan, itulah yang sebenarnya. Inilah lagi demonstrasi sindrom penafian Anwar Ibrahim.

Dr. Mazlan adalah anak tempatan Permatang Pauh yang telah sekian lama menempah nama baik di kalangan rakyat di Pulau Pinang dan Seberang Perai. Beliau popular dan berpengaruh di kalangan  penyokong Pas di Permatang Pauh. Mereka masih menghormati dan mengingatinya sebagai Bekas Naib Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang.

Beliau mempunyai kelayakan akademik yang tinggi dan peribadi yang baik berbanding dengan  Anwar Ibrahim yang hanya kelulusan Pengajian Melayu UM dan  seorang homoseksual.

Dr. Mazlan ialah Pegawai Memerintah Semboyan Pakar Diraja Telekom (AW) yang berkelulusan Bachelor of Science UK dan Masters in Operational Telecom Conventry Universiti UK.

Alasan Keadilan, bahawa oleh kerana calon BN seorang tokoh agama Pirdaus Ismail kalah di tangan Anwar pada PRU 11 akan menyebabkan Dr. Mazlan juga kalah, tidak lagi terpakai. Ini perhetongan yang terlalu mudah yang melupakan keadaan sudah jauh berbeza sekarang. Masa itu belum ada video lucah Anwar Ibrahim.

Peribadinya masih peribadi ABIM tetapi sejak itu hingga kini dia telah ditinggalkan lebih 50 orang rakan rapatnya kerana masalah peribadinya termasuk Dr. Sidek Baba, Ismail Mina (penaja ABIM) dan Dr. Chandra Muzafar.

Anwar sekarang lebih tersohor kerana perjuangan pluralisme agama dan pro pengekalan negara Yahudi dan mendapat sokongan dari kalangan pro Yahudi yang terkemuka seperti:

Arkitek Perang Afghanistan Iraq Paul Wolfowitz, Bekas Naib Presiden AS Al Gore,  Bekas Setiausaha Pertahanan  AS, William Cohen, MP Australia Pro Isreal, Michael Danby , Bekas Duta Besar AS ke Israel Martin Indyk dan banyak lagi.

Orang-orang Keadilan masih dalam illusi mimpi tahun 2008, sedangkan banyak perubahan yang telah berlaku. Mereka masih tertipu dengan luaran Anwar Ibrahim dan tidak nampak Anwar sedang membaca talkin untuk dirinya sendiri.

Terjunlah kamu semua bersama si luncai dan labunya. (sumber klik di sini)




Saturday, April 20, 2013

Dr Mazlan Ismail : "ANWAR BACUL ... TAKUT UNTUK BERDEBAT DENGAN SAYA"



Menyedari yang pemimpin tertinggi tidak akan melayan sebarang ‘cabaran debat’ yang membuang masa, maka, ia dijadikan modal politik yang digemari PR apabila ketandusan isu atau ingin mengalih perhatian. Setiap kali KANTOL, maka akan adalah cabaran debat yang dibuat oleh Anwar Ibrahim terhadap Perdana Menteri.

Terbaru Anwar mencabar lagi, kali ini melalui Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 11 April lalu yang mempelawa Anwar dan Najib untuk membentangkan manifesto masing-masing dalam program debat yang berlangsung 8.45 malam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor.

Anwar menyatakan persetujuannya untuk hadir tetapi Dato’ Seri Najib telah mengabaikan sahaja jemputan itu, seperti sewajarnya dan seperti yang dijangka.

Kita tahu bahawa BERSIH adalah rangkaian Anwar sendiri dan tentunya jemputan dibuat atas dasar berat sebelah. Namun, itu bukan soal utama untuk Dato’ Seri Najib mengabaikan cabaran tersebut.

Apa yang lebih penting ialah debat tersebut tidak akan membawa apa-apa signifikan apabila kedua-dua manifesto boleh dibentangkan dan dicapai oleh segenap rakyat Malaysia melalui media. Rakyat boleh menilai malah mengkaji dan menganalisis sendiri setiap butiran tanpa perlu menonton Anwar berdrama di atas pentas menonjolkan kepetahannya bercakap sedangkan kita cukup tahu yang beliaulah yang hampir membangkrapkan negara pada tahun 1997/98 dahulu.

Justeru, sikap pembangkang memperlekehkan Dato’ Seri Najib kerana tidak menyahut cabaran itu adalah tidak lebih dari tukang sorak yang mempunyai masa ‘lebih’ untuk dibuang begitu saja.


Walaupun Anwar begitu angkuh mencabar Dato’ Najib, kita merasa pelik kerana beliau TIDAK BERANI menyahut cabaran orang yang lebih ‘kecil’, iaitu Dr. Mazlan yang merupakan ‘lawannya’ di Permatang Pauh dalam PRU-13 ini. Kita boleh merujuk perkembangan perkara ini di dalam twitter Dr. MAZA.


Dr Mazlan Ismail adalah Pegawai Memerintah, Semboyan Pakar Diraja Telekom(AW) dengan Pangkat Leftenan Kolonel. Semboyan Pakar Diraja Telekom dianggotai oleh 1000 anggota Telekom Malaysia yang bertanggungjawab terhadap Rangkaian Telekomunikasi Negara sewaktu kecemasan.

 

Dr. Mazlan merupakan antara anak kebanggaan Permatang Pauh kerana pencapaian cemerlangnya. Beliau memiliki ijazah dalam bidang Elektronik komunikasi dari Universiti Salford, UK. Juga mempunyai Masters dalam Operational Telecom dari Universiti Coventry, UK serta PHD Kejuruteraan dari UTM atas biasiswa TM yang mana membuktikan yang beliau sememangnya seorang yang bijak. Berkhidmat dengan TM sejak 1983 dengan jawatan terakhir sebagai Pengurus Besar.

Berdasarkan latarbelakang Dr. Mazlan yang cukup memberangsangkan, maka tidak hairanlah Anwar Ibrahim menolak untuk berdebat dengan beliau. Alasan Anwar menolak cabaran ini adalah kerana menganggap isu-isu Permatang Pauh adalah tidak signifikan. Sekali gus, menunjukkan betapa Anwar memandang rendah akan masalah rakyat di kawasannya sendiri.

Nampaknya, bagi Anwar, rakyat Permatang Pauh hanya perlu mengundinya untuk menjadi Perdana Menteri tetapi jangan sekali-kali mengharapkan beliau menjadi ‘wakil’ kepada mereka.

Mungkin, Anwar melihat tugas wakil rakyat terlalu rendah bagi dirinya yang duduk sebaris dengan Mandela, Ghandi atau Suu Kyii.

 

Anwar tidak sedar bahawa jika kawasan sendiri juga tidak mampu dijaga, bagaimana kita boleh mengharapkan beliau menjaga seluruh negara?

Kita tahu, bahawa Anwar sebenarnya pengecut dan beliau hanya berani mencabar Dato’ Seri Najib kerana seorang Perdana Menteri pasti tiada masa untuk melayan karenahnya.

Sedangkan, buat masa ini, lawan Anwar adalah Dr. Mazlan, bukan Dato’ Seri Najib kerana Anwar perlu terlebih dahulu melepasi ‘halangan’ Permatang Pauh dan menjuarai isu kawasan tersebut, sebelum bercakap tentang isu negara.

Ini kerana, jangankan isu negara, isu-isu negeri Pakatan Rakyat juga Anwar jelas tidak punya kawalan langsung. Malah, untuk membahagikan kerusi juga Anwar tidak ada kuasa yang jelas. Di sana-sini ada saja ‘pemberontakan’ dalaman yang menentang pilihannya. Justeru, apakah layak Anwar mencabar seorang Perdana Menteri untuk berdebat tentang Manifesto Pilihanraya?

Kita tahu bahawa Anwar Ibrahim memang petah bercakap, dan Dato’ Seri Najib pula bukan jenis yang bercakap banyak. Sepatutnya, perbezaan karektor ini sahaja sudah cukup untuk membantu rakyat Malaysia membuat pilihan.
 

Bukan kita tidak tahu bahawa orang yang terlalu petah bercakap akan sering tersilap cakap kerana tidak sempat berfikir. Orang yang terlalu petah bercakap juga sering dikaitkan dengan sikap tidak boleh dipercayai. Apatah lagi yang suka bercakap besar, tidak pernah mengaku salah dan tidak mungkin meminta maaf, iaitu sifat-sifat negatif yang wajib ditentang.

Yang kurang bercakap pula seringkali merupakan seorang yang bijak kerana lebih banyak mendengar dan berfikir. Sifat ini menjadikan mereka seorang yang rendah diri dan oleh kerana itu, lebih dipercayai.

Justeru, tindakan PR memperlekeh Dato’ Seri Najib kerana enggan melayan cabaran debat Anwar adalah tindakan bijak. Melayan orang yang hanya tahu bercakap tetapi telah terbukti gagal dan penuh skandal seperti Anwar, pastinya hanya membuang masa.


Baca seterusnya di sini


DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.