Macai-macai pakatan haram masih menyalak membangkitkan isu pembunuhan altantuya dengan menyentuh P Bala yang telah meninggal dunia dan tidak dapat lagi memberikan sebarang kenyataan. Mereka seolah-olah berlagak sebagai pendakwa pula.
P
Balasubramaniam (PI Bala) yang menjadi antara watak utama dalam kes
pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu diberitakan telah
meninggal dunia kerana mengalami serangan jantung kedua.

Serangan
pertama adalah pada 5 Mac lalu iaitu sehari sebelum beliau dijadual
berucap dalam ceramah di Parit Sulong, Johor dan dimasukkan ke Unit
Rawatan Jantung (CCU) selama empat hari. Beliau kemudian dirujuk ke
Institut Jantung Negara dan dijadualkan menjalani pembedahan dalam
masa terdekat.
Sebelum
itu, ketika progam di Bachok, Kelantan beliau dikatakan telah mengadu
sakit dada dan gastrik.
PI
Bala baru saja ‘dipulangkan’ dari luar negara oleh pihak PR bagi
membantu dalam PRU-13. Beliau sebelum ini telah melarikan diri keluar
negara kononnya kerana ‘diancam’ oleh pihak yang bertanggungjawab
membunuh Altantuya.
PR
yang terkenal dengan sikap suka mempolitikkan nyawa orang, nampaknya
tidak sabar-sabar untuk mempolitikkan kematian Bala. Ini terbukti
apabila sejurus selepas serangan jantung pertama, pihak PR telah pun
membuat kenyataan yang membayangkan Bala telah disihir.
Kredibiliti
Bala menjadi persoalan penting dalam kes Altantuya memandangkan
beliau bukan sahaja telah membuat dua Akuan Bersumpah yang
bertentangan tetapi juga didapati mempunyai rekod jenayah ketika
bertugas sebagai polis. Antara jenayah yang dilakukannya turut
tertakluk di bawah Akta Penculikan. Beliau telah diarahkan meletakkan
dalam masa jawatan 24 jam.
Bala
menggambarkan dirinya sebagai orang tengah dalam kedua-dua Akuan
Bersumpah tetapi mengubah ‘watak penting’ iaitu yang menyampaikan
arahan kepadanya. Satu-satunya kisah yang masuk akal dan kekal dalam
kedua-dua Akuan Bersumpah Bala ialah hubungan Razak Baginda dengan
Altantuya serta wang yang diminta oleh Altantuya.
Bala
dikhabarkan telah menerima amanah dari Razak Baginda untuk
menyampaikan sejumlah wang RM50,000 kepada Altantuya. Versi yang lain
pula mengkhabarkan jumlah USD500,000 iaitu komisen pembelian
scorpene.
Memandangkan
kes scorpene telah terbukti tidak wujud dan Altantuya juga bukan
seorang penterjemah dan tidak pernah ke Perancis dalam waktu
urusniaga berjalan maka secara automatik kisah komisen tersebut tidak
boleh digunapakai lagi.
Justeru,
kita kini berpegang kepada kisah RM50,000 yang diamanahkan oleh Razak
kepada Bala untuk disampaikan kepada Altantuya. Jika benar Altantuya
menerima wang tersebut, kenapakah beliau perlu membuat kecoh di
pejabat dan rumah Razak? Ia hanya masuk akal jika Altantuya
sebenarnya tidak menerima wang tersebut. Jika ini benar, maka hanya
Bala yang mampu mengesahkannya.
Maka
tidak mustahil, inilah yang menyebabkan cerita Bala berpusing-pusing
dan berbelit-belit. Dan tidak mustahil ini juga yang menyebabkan Bala
diserang sakit jantung setelah dipanggil pulang ke Malaysia bagi
membantu PR.
Ini
kerana, Bala tahu apa yang benar apa yang tidak. Dan kita tahu bukan
senang untuk menyorok kebenaran dan menyebarkan penipuan secara
berterusan, terutama apabila melibatkan nyawa. Lebih dahsyat lagi
jika diri sendiri yang melakukan kesalahan tersebut.
Seluruh
dunia tahu bahawa Bala tinggal di luar negara atas saraan pihak yang
memusuhi kerajaan. Ini kerana, Raja Petra yang turut lari ke luar
negara telah memuatnaik gambarnya bersama Bala, bergembira bersama
peguam-peguam mereka sambil mengutuk dan mengetawakan
kerajaan.
Jika
benar Bala diancam oleh pihak di dalam kerajaan, dan jika benar
kerajaan begitu korup lagi berkuasa dan kejam sehingga mampu mengawal
keputusan mahkamah serta membunuh, bukankah lebih logik jika Bala
juga menerima nasib yang sama dengan Altantuya? Dan kenapa beliau
berani pulang ke Malaysia dan berkempen untuk PR? Malah, ketika
meninggal dunia, beliau berada di rumah bersama isteri, dan bukannya
bersembunyi kerana bimbangkan ancaman pihak berkuasa yang korup dan
kejam seperti yang dituduhnya?
Jelaslah,
bahawa kerajaan tidak terlibat dalam apa jua mainan atau drama yang
diceritakan oleh Bala. Tidak mustahil Bala sendiri yang menjadi kunci
semua kekusutan ini. Altantuya mungkin tidak akan mati jika benar
RM50,000 itu sampai ke tangannya.
Apapun,
Raja Petra telah membuat pengakuan bahawa semuanya hanyalah rekaan.
Zulkefli Noordin yang membela tertuduh dalam kes pembunuhan Altantuya
juga telah membuat pengakuan bahawa beliau telah diarahkan oleh Anwar
untuk memaksa pelanggannya itu mengaitkan nama Perdana Menteri
sedangkan ia tidak benar. Penipuan SUARAM mengenai scorpene dan
Altantuya yang telah terkantoi menguatkan lagi bahawa semua ini
hanyalah rekaan semata-mata.
Paling
menarik, bapa Altantuya sendiri telah membuat kenyataan bahawa
satu-satunya pihak yang berhubung dan cuba membelinya ialah pihak
pembangkang, bukan kerajaan.
Empat pihak telah mengesahkan penglibatan Anwar dan PR, maka apakah ini
belum cukup untuk kita melihat kebenaran? Patutlah Bala tidak mampu
menghadapi dunia lagi.
Kita
ucapkan Takziah kepada keluarga Bala. Harapan kita agar PR tidak
mempolitikkan kematiannya pula. Biarlah dia tenang menerangkan kepada
Altantuya ke mana perginya RM50,000 yang diamanahkan
melaluinya.
Semoga
mereka yang terlibat dalam fitnah ini insaf, bahawa ajal maut boleh
tiba pada bila-bila masa.