Pemilik
restoran nasi kandar yang juga merupakan pemilik sebuah pusat cucian
kereta, Syed Amen Jainul Abidin, 46, yang maut pagi tadi akibat
ditembak sebenarnya seperti sudah tahu tragedi berkenaan akan
menimpanya.
Di
dalam status laman Facebook beliau bernama Amin Beyond, telah
memuatnaik satu status bersama gambar satu kejadian tembakan dalam
kereta dimana dia meramalkan perkara yang sama mungkin akan menimpa
dirinya suatu hari nanti.
Menerusi
gambar dan status tersebut, Syed Amen menyatakan bahwa dia tidak
takut kerana baginya hidup dan mati adalah ketentuan Allah.
Beliau
memuatnaik status berkenaan kerana pernah menerima ugutan sedemikian
atas kerja-kerja yang dilakukannya.
Menurut
sumber beliau adalah seorang aktivis yang aktif membantu penduduk
Pulau Pinang dan berdasarkan laporan sebuah akhbar, pada 2014 dua
buah kereta di dalam premis kedai mencuci kereta miliknya telah
dibakar.
Beliau
juga pernah dianugerahkan dengan Anugerah Ikon Bumiputera pada tahun
2008.
Syed
Amen ditembak mati ketika berada di dalam kereta Mercedes Benz
miliknya kira-kira jam 3.30 pagi tadi di hadapan sebuah kedai pameran
motosikal berkuasa tinggi di George Town.
