Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label ringgit jatuh. Show all posts
Showing posts with label ringgit jatuh. Show all posts

Wednesday, August 26, 2015

Lupakah Kita Kesusahan Ekonomi 1998?


Pada tahun 1998 ekonomi Malaysia jatuh dengan buruknya mencatat pertumbuhan negatif 7.4% bagi Keluaran Dalam Negara Kasarnya. Ini adalah kerana sektor pembinaan jatuh 23.5%, sektor perkilangan jatuh 9% dan sektor pertanian jatuh 6%.

Pada tahun 1998 Ringgit jatuh seteruk 50% dari RM2.50 kepada RM4.84 berbanding USD.

Pada tahun 1998 fedah bank ke aras hutang naik setinggi 18%. Habis semua kereta dirampas bank. Tidak ada sesiapa yang mahu beli kereta pun sehingga lingkup perniagaan kereta terutamanya pasaran kedua.

Pada tahun 1998 pasaran saham di Bursa jatuh seteruk 75% sehingga mencecah 270 mata. Banyak syarikat yang tersenarai bankrap atau hampir bankrap termasuk syarikat Kerajaan seperti Renong-UEM, Taiping Consolidated dan banyak lagi. Inilah penyebabnya kenapa Kerajaan mewujudkan Danaharta untuk pengstrukturan semula hutang korporat.

Pada tahun 1998 pihak bank juga tidak dapat memberi hutang yang mencukupi langsung tidak membolehkan usahawan untuk memperoleh modal untuk perniagaan dan terus mati begitu saja. Malah, pihak bank juga ada yang hampir lingkup maka tertubuhlah Danamodal oleh Kerajaan untuk membantu pihak bank.

Pada tahun 1998 kedudukan rizab negara sangat rendah dengan RM20 bilion yang hanya dapat menampung 2.7 bulan ekspot sahaja. Ini adalah sangat-sangat rendah dari tahap piawaian antarabangsa 6 bulan. Apabila Malaysia meminta pertolongan Singapura, kita tidak diendahkan.

Pada tahun 1998 juga suasana politik Malaysia agak ranap di mana Perdana Menteri membuang timbalannya dan juga menangkap pemuda UMNO di bawah tahanan ISA. Ramai yang berdemonstrasi meluahkan rasa tidak puas hati kepada Kerajaan. Malah pemimpin luar seperti Amerika dan Britain juga mencemuh pemimpin Malaysia dan keadaan semakin teruk apabila pihak media antarabangsa juga menembak reputasi Malaysia terutamanya pemimipin politik.


Pada tahun 2015, kita juga mengalami kebimbangan yang sama tetapi adakah ianya seteruk 1998? Pada tahun 2015 kita mencemuh pemimpin dan mendesak perletakan jawatan tetapi adakah pada tahun 1998 pemimpin meletak jawatan? Pada tahun 2015 kira risau kestabilan politik tetapi pada tahun 1998 bukankah kerana kerisauan itu juga yang kita sama-sama satu Malaysia menyokong pemimpin? Lupakah kita kesusahan ekonomi 1998?

Kejatuhan Ringgit: Siasat Bank Negara, Syed Akbar Ali dan Kumpulan Tun Mahathir


Kejatuhan ringgit yang tidak mengambil kira pencapaian ekonomi negara menimbulkan tanda-tanya dan misteri yang sangat luar biasa. Sungguhpun majoriti matawang dunia jatuh akibat pengukuhan dollar Amerika Syarikat (USD), namun terdapat asas untuk menyatakan kejatuhan ringgit turut berpunca dari faktor dalaman.
Secara mudahnya ringgit jatuh apabila pihak yang mempunyai banyak pegangan ringgit mula menjual untuk membeli matawang asing lain seperti USD. Justeru boleh difahami apabila ringgit merosot berbanding USD.
Namun agak aneh apabila ringgit merosot berbanding Bath dan Ruppiah Indonesia. Ini hanya boleh berlaku apabila ada pihak menjual ringgit secara besar-besaran dengan membeli Ruppiah dan Baht. Mustahil pelabur luar menjual ringgit untuk mendapatkan ruppiah dan baht dengan jumlah yang begitu besar kecuali kumpulan yang mempunyai agenda tertentu.
Lebih aneh apabila isu ini digunakan untuk menyerang kepimpinan Mohd Najib Razak. Justeru sudah sampai masanya satu pasukan khas menyiasat pergerakan kewangan dari kroni-kroni Tun Mahathir seperti Tun Daim Zainuddin, Vincent Tan, Robert Tan, Yeoh Teong Lay (YTL Group), Tan Sri Tong Kooi Ong, Tan Sri Ananda Krishnan, Tan Sri Rahmat Abu Bakar (SKVE Highway), Mirzan Mahathir dan Mokhzani Mahathir.
Mungkin mereka terbabit, mungkin juga tidak. Namun usaha sabotaj seperti ini perlu disiasat sehingga ke akar umbi bangi menyelesaikan masalah keganasan ekonomi ini.
Sumber MYKMU percaya terdapat usaha dari dalam negara dari kroni-kroni Tun Mahathir dengan kekuatan kewangan sekitar RM 50 bilion untuk terus melemahkan ringgit dengan menjual matawang ringgit mereka kepada matawang negara jiran.
Mereka berazam untuk tersu memberi tekanan ekonomi kepada kerajaan agar dapat menjatuhkan Mohd Najib. Kumpulan ini juga dipercayai mempunyai “mata” di peringkat pengurusan tertinggi (bukan Tan Sri Zeti) Bank Negara.
Kita mahu kumpulan ini ditangkap kerana mensabotaj ekonomi negara di bawah Akta Pencegahan Teroris 2012. Serangan terhadap matawang negara oleh peniaga dalam negara adalah satu tindakan terorist.
Adalah mustahil untuk Bank Negara tidak mengetahui siapakah mereka memandangkan setiap pembelian besar matawang asing perlu dilaporkan kepada Bank Negara Malaysia.
Hari ini penulis pro-Mahathir, Syed Akbar Ali (http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/) mencetuskan kekecohan di media sosial apabila mendakwa ringgit sudah tidak laku atau sukar diniagakan di luar negara.
SyedAkbar-MYR

Syed Akhbar memuat naik satu gambar yang beliau dakwa diambil oleh rakannya di sebuah tempat penggurup wang (money changer) di Singapura. Beliau mendakwa penggurup wang di Singapura sudah tidak memaparkan lagi nilai matawang ringgit untuk ditukar dengan dollar Singapura.
Please note that there is no rate quote for the Malaysian Ringgit (MYR). Instead it says ‘POA’.
Mat Maslan hang tahu tak apa maksud ‘poa’? Bukan nama girlpren tok hang bro.
POA means ‘Price On Application’. It means kena tanya harga dulu. Sebab depa pun tak tahu harga. Sebab the value of the Ringgit keeps falling, by the minute, so they cannot put it up on the display.
That means the Ringgit is highly unpredictable. It is a falling currency. Tak ada stable value.
I hope the Cabinet boys, particularly the UMNO morons can understand the severity of the situation.
Namun penyelidikan kami di laman web penggurup wang Singapura masih menyenarai ringgit seperti biasa pada hari ini.
myr-singapura

Malah penggurup wang di United Kingdom turut menjual dan membeli ringgit seperti biasa. Demikian juga di Indonesia.
MYR-UK
MYR-Indonesia

Apakah orang seperti Syed Akbar Ali ini bebas mencetuskan panik dan ketegangan terhadap matawang negara? Ini merupakan sabotaj ekonomi terbesar.-MYKMU.NET


Thursday, August 20, 2015

PERBANDINGAN NILAI MATAWANG 1998 - 2015!




Orang kata biarkan gambar sendiri berbicara. Komen  panjang tidak guna sebab Netizen lagi bijak dalam buat konklusi dan lontarkan pandangan masing-masing. Malah di Malaysia ramai pakar dalam pelbagai sudut. Yang paling best dekat sekolah belajar matematik pun fail, sifir 12 pun tak tahu tapi cakap pasal matawang bukan main pandai. Cr

Wednesday, August 12, 2015

KANTOI !!! RINGGIT JATUH BUKAN SEBAB POLITIK !!! TOLONG MINTA MAAF KAT PM DS @NAJIBRAZAK !!!



Bekas Menteri Kewangan,Tengku Razaleigh Hamzah menafikan bahawa kejatuhan nilai ringgit yang semakin menghimpit negara pada hari ini berpunca daripada kemelut politik yang melanda negara.Sebaliknya menurut beliau,ia berlaku kerana faktor luaran seperti masalah minyak mentah pasaran dunia dan perebutan pasaran global yang turut menyumbang kepada kejatuhan harga komuditi sawit dan getah di negara ini.

“Ia adalah faktor luaran yang kita tidak menjangkakan berlaku demikian hingga ada penduduk berhenti terus daripada menorah getah kerana tidak tahan dengan harga semakin rendah.Ini semua perlu ada inisiatif bagi mengatasinya dalam masa yang segera,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Surau Ibadur Rahman Sekolah Kebangsaan (SK) Jerek,disini, petang semalam.

Turut hadir pada majlis itu Adun Nenggiri,Datuk Mat Yusoff Abd Ghani,Adun Galas,Ab Aziz Yusof dan Ketua Pergerakan Wanita Umno bahagian,Datuk Wan Hazani Mohd Noor.Bercakap kepada media,Tengku Razaleigh atau mesra disapa Ku Li berkata,beliau ada pandangan bagaimana untuk meningkatkan semula nilai Ringgit Malaysia yang kini jatuh teruk hingga menjadikan RM4 bersamaan dengan 1USD.

“Bagaimanapun,pandangan itu bukan untuk saya umumkan sekarang tunggulah sikit masa nanti dan jika berbuat demikian sudah pasti ringgi kembali naik,” katanya.Ku Li turut menyatakan kebimbangannya dengan keadaan pada hari ini yang boleh membebankan kehidupan rakyat kerana harga barangan keperluan yang naik mendadak namun pada masa sama peluang pekerjaan pula tidak ada di dalam negara.Sehubungan itu,beliau mahu kerajaan meningkatkan usaha terutama menarik lebih banyak pelabur ke negara ini bagi memberi peluang pekerjaan kepada penduduk kerana mereka tidak boleh lagi bergantung kepada hasil komuditi itu. Cr

Monday, January 19, 2015

KETUM @AnwarIbrahim Berbohong lagi, Katanya Nilai Ringgit Terendah Sejak Krisis Kewangqn 1971!

January 19, 2015

Anwar Ibrahim kalau sehari tidak berbohong mungkin beliau tidak boleh hidup rasanya. Berbohong baginya mungkin seperti oksigen untuk kita bernafas. Ketua Umum (KETUM) Anwar Ibrahim ketika dipetik oleh portal FMT News semalam, menyatakan nilai Ringgit kini merupakan matawang Asia yang paling lemah kerana menyusut kepada RM3.55 untuk setiap USD1 daripada RM3.32 sejak setahun yang lalu. Ini akan mendorong nilai ringgit menyusut ke tahap terendah dalam sejarah. Baca pautan portal FMT News, di sini.

Anwar Ibrahim mungkin mempunyai daya ingatan yang lemah atau beliau suka bercakap bohong. Atau beliau ini adalah seorang pesakit "selective memory, selective amnesia". Masihkah kita ingat, sewaktu beliau masih menjadi Menteri Kewangan pada 07 Januari 1998, ekonomi Malaysia mencatatkan nilai tukaran matawang terendah dengan kadar RM4.88 berbanding USD1? Mana lebih besar RM3.55 atau RM4.88 berbanding USD1?

Siapakah Menteri Kewangan yang menghancurkan ekonomi Malaysia pada masa itu (1998) yang menyebabkan inflasi yang teruk, kadar faedah yang tinggi sehingga menyebabkan ramai Rakyat yang sengsara. Bagi macai-macai PR yang masih muda, mereka mungkin terpengaruh dengan kata-kata Anwar Ibrahim kerana mereka tidak merasa detik-detik itu. Baca juga kenyataan Gabenor Bank Negara Malaysia bertarikh 09 Mac 1999, di sini.

Masihkah Anwar Ibrahim ingat, daripada September 1998 sehinggalah 2005, kadar Ringgit kita telah ditetapkan (pegged) pada RM3.80 untuk USD1, hasil kebijaksanaan Ayahanda Tun Dr Mahathir Mohamed, untuk memulihkan kembali ekonomi Malaysia? Atau Anwar Ibrahim juga turut terlupa bahawa 5 tahun dahulu, pada tahun 2009, USD1 adalah bersamaaan RM3.73? Cukup-cukuplah berbohong wahai Anwar Ibrahim. Simpanlah bohong itu untuk macai-macai PR sekali. Kalau Mendiang Karpal Singh masih hidup, pasti beliau akan mengulangi kata-kata yang pernah disebutnya, "Anwar Ibrahim harus bertaubat."

Cr: Cucu Tok Selampit

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.