Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label sejarah Melayu. Show all posts
Showing posts with label sejarah Melayu. Show all posts

Friday, February 12, 2016

Rancangan DAP Padamkan Warisan Melayu Dan Islam Dari Sejarah

48 FAKTA YANG CUBA DIPADAM DARI SEJARAH NEGARA

1. Malaysia yang wujud hari ini merupakan hasil evolusi sebuah kerajaan Melayu-Islam, yang berakar-umbi dari Kesultanan Melayu Melaka.

2. Asas kerajaan ini adalah Islam yang merupakan idealogi Negara dan bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi pertuturan/penulisan Negara.

3. Sistem ini warisan Kesultanan Melaka dan ia kekal sebagai struktur penting di kepulauan Nusantara walaupun selepas kejatuhan Kesultanan Melaka pada tahun 1511.

4. Kerajaan-kerajaan Nusantara selepas Melaka mengekalkan ciri-ciri Melayu-Islam, dari segi agama, bahasa, budaya, politik dan pentadbirannya.

5. Dasar penjajahan British mengakui entiti Kesultanan Melayu sebagai sebuah KERAJAAN dan mereka menandatangani perjanjian atas kapasiti tersebut.

6. Walaupun berlaku perubahan demografi penduduk dan politik akibat penjajahan British ia tidak menjejaskan asas tersebut.

7. Bagi pendatang Cina dan India pada awal dekad ke-20, mereka masih kekal sebagai kaum 'luar' dari masyarakat Melayu-Islam di negara ini.

8. Penghijrahan besar-besaran kaum Cina dan India ke negara ini adalah sebagai kumpulan masyarakat pekerja yang diwujudkan oleh British untuk kepentingan ekonomi kerajaan penjajah.

9. Kerana itulah pentadbiran British dan Raja-raja Melayu tidak menganggap kaum Cina dan India yang berhijrah sebagai rakyat pada masa itu.

10. Hanya selepas Perang Dunia Kedua, generasi terawal Cina dan India diberikan kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu dengan mudah.

11. Anak-anak mereka juga diberi kerakyatan secara langsung iaitu kerakyatan hak lahir atau JUS SOLI di bawah Perlembagaan yang dibentuk pada tahun 1957.

12. Akibatnya pada awal tahun 60-an hampir 44 peratus rakyat Malaya dari keturunan Cina dan India.

13. Kemasukan mereka mengubah tatacara negara dari negara Melayu yang ekslusif kepada negara pelbagai etnik. Persekutuan Tanah Melayu ke Malaya kemudian Malaysia.

14. Dalam proses ini, masyarakat Melayu yang dulunya membentuk NEGARA, kini berubah menjadi KOMUNITI.

15. Inilah titik permulaan dan pokok pangkal pengakomodasian dan penerimaan masyarakat bukan Melayu dalam sistem politik Negara.

16. Pada tahun 50-an, masyarakat Melayu sangat miskin berikutan dasar British yang menetapkan mereka sebagai pesawah padi untuk bekalan makanan utama negara (beras).

17. Menjadi petani merupakan PENGORBANAN besar orang Melayu, dibandingkan ekonomi kaum Cina yang berasaskan timah jauh lebih baik kerana upah yang mahal.

18. Majoriti masyarakat Melayu ketinggalan dan peratusan bukan Melayu semakin besar dan mereka adalah rakyat yang membentuk negara.

19. Tetapi persoalannya mengapakah masyarakat Melayu masih memilih untuk mengakomodasi mereka yang bukan Melayu pada ketika itu?

20. Apa faktor yang menyebabkan timbulnya konsensus penduduk pribumi menerima bukan pribumi berkongsi negara yang luar biasa itu?

21. Faktor utama penerimaan pribumi terhadap bukan pribumi ketika itu adalah ekonomi, ancaman komunis dan pengaruh pemimpin UMNO.

21A. Ekonomi: Kaum Cina dan India merupakan penyumbang utama sektor ekonomi yang penting seperti timah, getah dan perdagangan.

21A1. Golongan elit Melayu yang terlibat secara langsung dengan pentadbiran kerajaan British sedar sekiranya mereka tidak menerima dan mengakomodasi bukan pribumi akan wujud ketidakstabilan sosial yang ketara.

21A2. Di pihak masyarakat Cina dan India, pemimpin kaum masing-masing memarakkan semangat menuntut hak kerakyatan dan ianya disokong British.

21A3. Kerajaan British di England menyokong tuntutan tersebut bagi menjaga kepentingan mereka dalam sektor getah, timah tidak terganggu walaupun selepas Malaya merdeka.

21A4. Memberi kerakyatan kepada bukan pribumi merupakan cara terbaik mengekalkan kepentingan ekonomi British ketika itu.


21B. Faktor kedua adalah ancaman komunis yang mendapat sokongan komuniti Cina pada tahun 1948 dan seterusnya.

21B1. Memberikan kerakyatan kepada bukan pribumi dapat menjauhkan kaum Cina dari idealogi komunis yang menjanjikan KESAMARATAAN.

21B2. Pemimpin UMNO menolak keras kesamarataan dan komunis dan berkongsi tekad bersama British bagi menghancurkan pemberontakan 1948.

21B3. Dengan memberi kerakyatan kepada bukan pribumi atas dasar konsensus, UMNO mengharapkan lahirnya semangat kesetiaan mereka pada Negara baru.


21C. Selain itu adalah peranan pemimpin MCA dan MIC yang berjaya menyakinkan pemimpin UMNO pada ketika itu untuk menerima bukan pribumi sebagai rakyat.

21C1. Semangat setiakawan pemimpin UMNO, MCA, MIC adalah tinggi kerana mereka bekerjasama erat menuntut kemerdekaan.

21C2. Semangat setiakawan UMNO, MCA, MIC itu membuka jalan bagi kaum pribumi memberikan konsensus kepada kerakyatan bukan pribumi.


22. Orentasi kepimpinan UMNO yang menjurus ke arah pengakodasian boleh dikaitkan dengan latar belakang sosial mereka.

23. Susur galur kepimpinan UMNO ketika itu terdiri dari golongan elit tradisonal (aristokrat / bangsawan), pentadbir dan guru.

24. Kerana latar belakang sosial ini, mereka berada dalam kedudukan istimewa dimata masyarakat Melayu, Cina dan India.

25. Sungguhpun kaum Cina lebih kaya (peniaga), tapi mereka tidak mampu mencabar status golongan bangsawan (hierarki feudal).

26. Ketika itu, antara pergerakan nasionalis Melayu, UMNO adalah kumpulan yang mempunyai pendedahan paling meluas kepada bukan Melayu.

27. Menerusi kedudukan sebagai Menteri Besar, Pegawai Daerah, Penolong Pegawai Daerah dan guru. Pemimpin-pemimpin utama UMNO terdedah dengan isu-isu kaum Cina, India yang mahu mendapat status sah.

28. Lagipun tiada ancaman ketara kerana simbol utama kerajaan Melayu iaitu KESULTANAN MELAYU kekal terpelihara dan dijamin Perlembagaan 1957.

29. Perlembagaan mengakui Sultan, Islam, bahasa, kedudukan istimewa orang Melayu dan dengan jaminan tersebut orang-orang Melayu tidak keberatan berkongsi negara.

30. PAS parti politik yang menggunakan label agama ketika itu MENENTANG akomodasi atas dasar Malaya hak Melayu.

31. PAS menentang isu kerakyatan bukan Melayu dan meletakkan ISLAM sebagai justifikasi bagi pendiriannya.

32. Pada Oktober 1962 PAS telah mengemukakan resolusi di Parlimen berkenaan isu tersebut.

33. Hanya selepas PRU 1969 (13 Mei) PAS menerima bukan Melayu sebagai status quo tanah air ini (fait accompli).

34. Dalam kata lain, kepimpinan UMNO lah yang menjadikan pengakomodasian kaum bukan Melayu satu kenyataan.

35. Selepas 13 Mei, wujud kesedaran dikalangan pemimpin negara untuk membetulkan ketidakseimbangan ekonomi antara pribumi dan bukan.

36. Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan dengan matlamat PERTAMA DEB iaitu 'menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum'.

37. Keperluan masyarakat yang menjadi panduan dalam memberi bantuan kewangan, sokongan pendidikan, dasar perumahan dan lain-lain.

38. Matlamat kedua DEB adalah 'mengurangkan hubungan antara identifikasi fungsi ekonomi dengan etnik'.

39. Bagi menyelesai masalah ketidakseimbangan ekonomi orang Melayu perlu memperkukuhkan KUASA POLITIK. Kuasa membaiki kesejahteraan ekonomi.

40. Tetapi dalam proses itu (selepas 13 Mei), pemimpin UMNO tidak pernah mengabaikan asas akomodasi dalam apa juga keadaaan pun.

41. Fakta kesediaan UMNO berkongsi kuasa adalah sejak dulu, kekal 1/3 ahli Parlimen Malaysia BN terdiri daripada bukan Melayu, Islam.

42. Nisbah yang sama dilihat dalam barisan Kabinet Persekutuan dan dasar perkhidmatan awam.

43. Sebelum dan selepas DEB peranan kaum Cina dalam sektor ekonomi kekal signifikan. Polisi kerajaan BN JELAS mengalakkan pertumbuhan.

44. Masyarakat Cina yang membentuk 1/4 dari penduduk Malaysia menguasai 3/4 dari senarai 40 orang terkaya di Malaysia.

45. Struktur kekayaan negara jelas membuktikan masyarakat Cina terus mendominasi lapisan atas sektor ekonomi sebelum dan selepas DEB.

46. Kecuali negara China dan India hanya Malaysia yang mengiktiraf Bahasa Cina/Tamil sebagai bahasa pengantar dalam sistem sekolah rendah.

47. Perbagai aspek budaya Cina, India dapat diamalkan tanpa halangan malah perayaan agama turut diberikan CUTI KEBANGSAAN.

48.Jika dinilai dengan jujur, kerajaan BN yang ditunjangi UMNO telah melayani dan berkhidmat dengan adil, saksama sejak merdeka.

#MelayuBersatu
#HidupBersama 
#SIM
#SayaIslamMelayu

Dari Whass App

Monday, September 14, 2015

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?


Melayu dikhianati?




Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.



''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.


Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.


Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?


Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma.


Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.


Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.


Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang?




Di manakah dalam sejarah dunia?

Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami?

Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?


-Awang Selamat-

================================================

Komen:
Bukan saja melayu dikhianati,malah ada melayu sendiri punyai sindrom gadai apa saja yang boleh,sepertimana juak pakatan haprak mempromosi sama rata.

Anwar Berahi sanggup mengadai apa saja hatta bangsa dan negara semata mata mahukan kerusi PM.

Saya masih teringat kata kata Anwar semasa perjumpaan beliau bersama beberapa pemimpin UMNO Pulau Pinang yang diadakan secara sulit sebelum pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Yang menemui beliau semuanya adalah rakan rakan beliau yang masih didalam UMNO sehingga sekarang." Pasal apa hang sanggup buat semua ni,sampai pertikai hak melayu nak bagi semua sama rata kat india dan cina?kenapa sampai tergamak buat macam tu" itulah kata kata pemimpin UMNO pada Anwar dalam perjumpaan sulit tersebut, jawab beliau " Aku peduli apa,yang penting aku dapat jadi PM,apa nak jadi jadi lah aku tak peduli"

Kata kata Anwar pada saat itu jelas telah menghiris hati ramai rakan rakan beliau didalam UMNO ketika itu, sejak saat itu Anwar terus mengila dengan kempen sama rata .

Bagai mengantuk disorong bantal, golongan bukan melayu yang buta sejarah amat menantikan saat ini.Buat penyokong pakatan haprak yang berhati hitam menerima dengan bulat bulat hinggakan ada dalil menyatakan apa salahnya jika jawatan PM diberikan kepada bukan melayu.

Kebodohan tak bertempat,baik hati tak kena gaya itulah yang sedang berlaku ketika ini.

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.