Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label selfie. Show all posts
Showing posts with label selfie. Show all posts

Saturday, September 26, 2015

[BERUK & MANUSIA SELFIE SUDAH SETARAF] Mohon Beruk diberi hak cipta gambar selfie



San Francisco (Amerika Syarikat): Sebuah pertubuhan hak asasi haiwan memfailkan saman di sebuah mahkamah di sini bagi mengisytiharkan seekor beruk diberikan hak milik gambar selfie yang dirakamnya sendiri.

Pertubuhan Layanan Beretika untuk Haiwan (PETA) memohon supaya beruk itu diberikan hak terhadap gambar selfie yang dirakamnya di Indonesia pada 2011.

Beruk yang dikenali sebagai Naruto itu merakam gambar selfienya menggunakan sebuah kamera yang dipasang jurugambar Britain, David J Slater.

PETA menuntut mahkamah mengisytiharkan Naruto adalah jurugambar dan pemilik yang sah gambar berkenaan. 


Pertikaian hak milik gambar itu tercetus pada tahun lalu selepas sebuah laman sesawang, Wikimedia Commons menyiarkan semula gambar selfie itu dengan label milik umum.

Slater kemudian meminta Wikimedia memadamkan gambar itu kerana mendakwa imej berkenaan adalah miliknya.

“Saya yang memasang kamera dan beruk itu hanya menekan butangnya,” kata Slater.

Bagaimanapun, Wikimedia enggan memadamkan gambar itu dengan alasan ia bukan milik Slater kerana dia tidak merakamkan imej berkenaan sendiri.

PETA dalam satu kenyataan menegaskan bahawa, undang-undang di Amerika Syarikat tidak menghalang haiwan memegang hak cipta.

“Naruto sendiri yang merakamkan gambar, oleh itu haiwan berkenaan memegang hak terhadap imej berkenaan sama seperti manusia,” katanya. - Agensi 

Sunday, August 23, 2015

Gambar-Gambat Khairudin Ex Muflis Dan Matthias Chang 'Selfie' Dan MakanAngin Di Eropah


Teruja melihat kesungguhan suami Umie Aida yang bebas dari muflis tidak sampai setahun selepas membuat laporan polis ke atas Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak serta bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir, Matthias Chong, yang cuba menghidupkan kembali isu 1MDB yang kini suam-suam kuku.

Kegigihan mereka untuk mengadakan lawatan ke Eropah seperti di Switzerland, Paris dan London serta ber'selfie' amat dikagumi. Pada 20/08/2015, mereka berdua kelihatan ber'selfie' di pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern.


Pada 20/08/2015, mereka meneruskan 'selfie' di Ibu Pejabat Polis Lyon, Peranchis.
Pada 21/082015 jam 6:30 petang waktu tempatan, mereka ber'sefie' Balai Polis Chairing Cross, London. Kesemuanya dengan alasan dan andaian, mereka membuat laporan polis berkaitan dengan 1MDB.


Macam budak-budak permainan kali ini. Main ugut-ugut bodoh dengan bergambar di hadapan balai polis. Kalau ianya pun hendak menunjukkan logik sedikit, keluarkanlah laporan polis yang telah dibuat di sana. Barulah nampak 'real' sikit! Banyak sungguh kan sponsor menaja si Kahiruddin dan Matthias Chong untuk pergi makan angin dan ber'selfie'?

Namun tidak sebanyak kot duit untuk menebus si Khairuddin dari terus menjadi muflis selepas beliau membuat laporan polis di bawah satu ketika dulu. Mereka ingat Rakyat Malaysia bodoh seperti mereka dan macai-macai mereka? We shall not deter our internal matters to foreign powers. Its 'neo-colonialism'. Its a treason. Guard our own sovereignty. Seterusnya




DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.