Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label sirul. Show all posts
Showing posts with label sirul. Show all posts

Monday, February 1, 2016

PEMBANGKANG TAK PAYAH NAK SPIN CERITA PEMBUNUHAN ALTANTUYA


Sirul Azhar Umar telah bersumpah bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat dalam pembunuhan model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Menerusi satu video berdurasi 55 saat, bekas komando polis itu dilihat duduk dengan menggenggam kedua-dua tangannya.

“Saya mengerti apa kehendak sesetengah pihak yang berkepentingan untuk menjatuhkan seseorang,” kata Sirul.

“Saya tidak pernah diajar atau diasuh untuk memfitnah seseorang. Adalah berdosa besar kepada saya jika saya memfitnah seseorang itu.

“Dan saya lafazkan di sini, Wallahi… Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak langsung tidak ada terlibat, tidak ada kaitan dengan kes ini,” katanya.

Ia merupakan video ketiga Sirul bersuara mengenai kes pembunuhan Altantuya.

Menerusi video pertama, Sirul berkata, terdapat pihak berkepentingan yang cuba mensabotaj seseorang, tetapi tidak menyatakan sebarang nama.

Video kedua menunjukkan Sirul mendedahkan “wanita”, yang merujuk kepada Altantuya, tidak mengandung.

Pada 13 Januari tahun lalu, Mahkamah Persekutuan memutuskan Sirul dan anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Azilah Hadri bersalah dan disabitkan atas tuduhan membunuh Altantuya.-mstar

Saturday, February 21, 2015

SELEPAS 'LAWATAN' PEMIMPIN PKR KE AUSTRALIA, SIRUL AZHAR MAHU BERCAKAP, AKHBAR THE ADGE PUN TURUT MENYEBARKAN BERITA.... PELIK TAK?

Saturday, February 21, 2015

Kini ada persoalan-persoalan menarik yang sedang ditimbulkan selepas Sirul Azhar secara misteri melarikan diri ke Australia. Persoalan, siapa yang menyediakan pasportnya walaupun dia adalah banduan hukuman mati dan menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan, sudah mula timbul. Bagaimana dia boleh melepasi kawalan imigresen di sempadan negara sehingga butiran tentang jenayah dan kes yang dihadapinya, tidak terlibat, juga dipersoalkan.

Namun kini, sudah ramai yang bertanya, mengapa Rafizi Ramli bersusah payah ke Australia mencari Sirul Azhar dan selepas itu keluar cerita, Sirul Azhar bersetuju untuk membuat konferens 15 minit dengan Mahfuz Omar menerusi telefon dan disiarkan secara langsung menerusi siaran dalam talian.

Apa peranan Rafizi dalam isu yang dibangkitkan secara kelam-kabut ini? Mengapa semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Agung dan Mahkamah Persekutuan, Rafizi Ramli tidak memintas terlebih dahulu dan kemudian mendesak Sirul Azhar menceritakan perkara sebenar sebagaimana yang sedang cuba dilakukannya sekarang?

Mengapa perlu ditunggu sehingga hukuman mati dijatuhkan?

Kalau berdasarkan teori, kononnya orang yang hampir mati akan menceritakan perkara sebenar, ia adalah teori kosong dan bohong. Ramai banduan mati tetap bertegas mereka tidak melakukan pembunuhan. Ramai pembunuh bersiri yang tidak mengakui perbuatan mereka. Ramai penjenayah yang berada di penjara, tidak mengakui jenayah mereka. Malah ramai PELIWAT SEPERTI ANWAR IBRAHIM, yang tidak akan mengaku sampai mati pun perbuatan mereka, walaupun peguamnya mengakui liwat yang berlaku adalah SUKA SAMA SUKA.

Rafizi perlu menerangkan peranan yang telah dimainkannya di Australia, sehinggakan akhbar Australia tersalah lapor dan meletakkan gambar seorang penyanyi Korea yang telah membunuh diri yang dikatakan sebagai Altantuya Shiiribu. Rafizi Ramli juga perlu menceritakan berapa banyak bayaran yang telah dibuat kepada Akhbar The Age Australia yang terkenal dengan prinsip 'SIAPA BAYAR, BERITANYA DISIARKAN'.  Mengapa terlalu ketara sangat, selepas bergegas pemimpin PKR melawat Australia dan mencari Sirul Azhar, benda-benda ni pun mulai disiarkan di Australia?

Mengapa Rafizi Ramli sedangkan mungkin pemimpin PKR lain yang terlibat? Sebab dia adalah Setiausaha Agung PKR. Sebagai Setiausaha Agung PKR, dia pasti ada segala butiran yang berkaitan.

Persoalan yang lebih utama ialah, sampai bila akta berkaitan pengkhianatan negara terus didiamkan? Mengapa tidak digunakan? Mengapa pengkhianat-pengkhianat negara dibiarkan berleluasa dan mereka sekadar dikenakan tindakan ringan di bawah Akta Hasutan 1948 sedangkan mereka sepatutnya dikenakan tindakan di bawah hukuman mati kerana mengkhianati negara dan berusaha menghancurkan negara ini!!!

- The Saviour at 11:10 AM

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.