Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label swasta. Show all posts
Showing posts with label swasta. Show all posts

Sunday, May 14, 2017

9 Perjanjian, MoU Sektor Swasta Malaysia-China Bernilai RM31.26 Bilion



PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menyaksikan pemeteraian sembilan perjanjian dan memorandum persefahaman (MoU) antara sektor swasta Malaysia-China.

Ia membabitkan cadangan pelaburan bernilai AS$7.22 bilion (RM31.26 bilion) yang meliputi pelbagai sektor termasuk pembinaan, pertanian, bursa saham, kerjasama pelabuhan dan penerbangan.

* Perjanjian pertama ialah Kerjasama Strategik bagi membangunkan bandar raya masa depan robotik di Johor membabitkan pelaburan AS$3.458 billion (RM15 bilion).

* MoU kedua bernilai AS$2 bilion (RM8.75 bilion) bagi membina kompleks metanol dan derivatif di Tanjung Kidurong, Bintulu, Sarawak dan ketiga Perjanjian Kerjasama Rangka Kerja Pelaburan bagi memajukan projek Melaka Gateway bernilai RM6.92 bilion.

* MoU keempat bagi memaju dan menggalakkan Kluster Inovasi Malaysia dalam China-Malaysia Qinzhou Industrial Park (CMQIP) dan kelima Perjanjian Ejen Ekslusif bernilai AS$1.53 bilion (RM6.6 bilion) antara Agrofresh International Sdn Bhd dengan Dashang Co Ltd bagi pembekalan pisang cavendish dan buah-buahan tropika.

* Keenam ialah Perjanjian Rangka Kerja bagi memajukan projek pembangunan bercampur The Shore di Kota Kinabalu, Sabah AS$132.58 juta (RM574 juta).

* Ketujuh ialah MoU antara Bursa Malaysia Bhd dengan Shanghai Stock Exchange bagi meninjau kaedah meningkatkan akses pasaran dan produk di kedua-dua bursa saham serta promosi pasaran.

* Kelapan MoU antara Northport (Malaysia) Bhd dengan Weifang Sime Darby Port Co Lt bagi mewujudkan hubungan antara pelabuhan.

* Janji niaga kesembilan ialah MoU antara AirAsia Bhd dengan China Everbright Group dan Henan Government Working Group bagi penubuhan syarikat penerbangan tambang murah di China.

Sebahagian besar projek berkenaan akan dilaksanakan di Malaysia.

Bagi projek Melaka Gateway, KAJ Development bersama Power China, Shenzhen Yantian Port Group dan Rizhao Port Group akan secara bersama memajukannya sebagai pembangunan bercampur merangkumi empat pulau pelancongan, bandaraya pintar dan hab komersial, pelabuhan laut dalam serta taman industri maritim pembinaan dan pembaikan kapal.

Nilai pembangunan kasar Projek Melaka Gateway ialah RM30 bilion.

Bagi Bandaraya Masa Depan Robotik di Johor Bahru, Johor Corporation dan Siasun Robot Investment Co Ltd akan memajukan tanah seluas 405 hektar dengan pelaburan RM15 bilion.

Projek itu bermatlamat memajukan industri robotik, pada masa sama menggalakkan pertumbuhan pelbagai perniagaan rantaian pembekalan di Malaysia.

Bagi projek pembangunan kompleks metanol dan derivatif di Sarawak, ia membabitkan kerjasama antara Yayasan Hartanah Bumiputera Sarawak dan Konsortium Huanhqiu Contracting dan Engineering Co and MACFEAM Sdn Bhd.

Projek bernilai RM2 bilion itu akan dilaksanakan dalam dua fasa dan dijadualkan siap pada 2021.




Monday, February 27, 2017

Bagaimana DAP Menswastakan Segalanya Demi Rakyat




DAP baru-baru ini telah mengumumkan bahawa pada PRU-14 mereka akan menggunakan “Delivered As Promised” (Ditunaikan Sebagaimana Dijanjikan) sebagai mesej pilihan raya mereka.

Selain daripada koleksi propaganda pembohongan berulang yang telah lama dibongkarkan seperti “kami mengurangkan hutang sebanyak 90%”, Chow Kon Yeow dalam mesej “Delivered As Promised” mendakwa bahawa salah satu pencapaian mereka ialah memperbaiki KOMTAR.

Beliau kemudian menyambung berkata, “Kami membina KOMTAR Tech Dome untuk anak-anak kita”.

Walau bagaimanapun, mereka tidak membinanya. Ia dibina oleh sebuah syarikat swasta yang mengenakan caj pada kanak-kanak RM15 (5 tahun hingga 12 tahun), pelajar RM20 dan orang dewasa RM25 setiap kemasukan.


Bandingkan ini dengan Pusat Sains Negara yang lebih besar di Kuala Lumpur yang mengenakan caj pada semua kanak-kanak dan pelajar RM3 serta orang dewasa RM6 sekali masuk.

Jangan tersilap, Tech Dome yang DAP dakwa mereka bina bukanlah “untuk anak-anak kita” tetapi sebuah syarikat swasta yang mahu membuat keuntungan.

Juga, Chow terlupa untuk menyebut bahawa oleh kerana mereka telah menswastakan KOMTAR untuk 60 tahun akan datang, rakyat Pulau Pinang kini perlu membayar RM88 bagi orang dewasa dan RM48 bagi kanak-kanak untuk melihat pencakar langit bandar mereka sendiri sedangkan sebelum ini mereka boleh melihat secara percuma kerana KOMTAR adalah bangunan milik kerajaan negeri sebelumnya.



Selain itu, Chow juga terlupa untuk menyebut bahawa DAP menswastakan tapak bersejarah tertua di Pulau Pinang, Fort Cornwallis yang dibina oleh Kapten Francis Light pada tahun 1786, untuk 35 tahun akan datang pada kadar hanya RM30,000 sebulan.

Belum lagi dikira berbilion tanah kerajaan dan aset negeri yang dijual kepada pemaju swasta sejak tahun 2008.

Ya. DAP telah “Menunaikan Sebagaimana Dijanjikan”.

Tetapi apa yang DAP tidak nyatakan adalah bahawa mereka menyerahkan Pulau Pinang, tanah dan aset kepada tangan pihak swasta dan pemaju.





DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.