Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label teresa kok. Show all posts
Showing posts with label teresa kok. Show all posts

Wednesday, June 7, 2017

DAP Serang Umat Islam,Gelar Islam Ekstremis Apabila Bantah Perhimpunan Jerusalem Jubilee Di Bulan Ramadhan




Kenyataan media Teresa Kok,beliau anggap mana mana umat Islam yang membantah perhimpunan Jerusalem Jubilee adalah ekstremis.

Inilah nasib umat Islam dinegara ini yang agama rasminya adalah Islam. Dituduh ekstremis oleh evengelist kristian DAP yang diberi kerakyatan Malaysia .

*KENYATAAN MEDIA*

1. Rakyat Malaysia harus mengambil sikap terbuka untuk menerima penganjuran Jerusalem’s Jubilee sebagai sebahagian daripada hak kebebasan beragama yang dijamin negara ini seperti termaktub dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.
_”Perkara 11( 1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa setiap orang mempunyai hak untuk menganuti dan mengamalkan agama masing-masing serta berhak untuk mengembangkan ajaran agama masing-masing.”_
_”Perkara 11 (3) juga ada menyentuh setiap kumpulan agama mempunyai hak mereka tersendiri dalam menguruskan hal ehwal agamanya”_

2. Sambutan ini bukanlah keraian untuk ulang tahun penubuhan negara Israel seperti dihebahkan dalam media sosial, tetapi merupakan acara keagamaan penganut Yahudi dan Kristian untuk memperingati perjalanan kerohanian sebagai seorang pengikut Jesus yang setia.

3. Tindakan beberapa pihak menjadikan sambutan ini sebagai isu dipercayai bermotifkan politik dan bersifat ekstremis memandangkan sambutan ini diraikan di seluruh dunia termasuk di negara Islam Timur Tengah seperti Jordan.

4. Sebagai penganut Kristian, saya merasakan sambutan ini tidak harus dijadikan modal politik beberapa pihak terutama menjelang pilihan raya umum dan wajar diraikan atas konsep kepelbagaian agama serta multi-kaum di negara ini.

5. Saya menolak sikap ekstremis beberapa pihak dan saya percaya penganut Islam juga boleh menghormati hak penganut ajaran Jesus kerana acara ini julung kali diadakan di Malaysia.

6. Kita harus berbangga kerana Malaysia dipilih untuk menjadi tuan rumah sambutan ini kerana acara ini membuktikan bahawa negara kita dirahmati dan dihormati pengikut Kristian di peringkat global.

7. Sebagai sebuah negara, saya percaya toleransi adalah asas kepada perpaduan dan kesaksamaan untuk setiap rakyat mengamalkan dan mempercayai hak mereka seperti diberikan oleh ‘Our Founding Father’.

8. Secara peribadi, saya menolak sekerasnya sebarang tindakan dari mana-mana pihak terutama parti politik yang berasaskan perkauman untuk menjadikan isu ini sebagai bahan politik untuk meraih sokongan menjelang pilihan raya.


TERESA KOK
Ahli Parlimen Seputeh
Naib Pengerusi Kebangsaan DAP


-----------------------------------------------------------------

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan polis supaya mengharamkan perhimpunan Jerusalem Jubilee yang dijadual diadakan di Melaka dari 15 hingga 18 Jun ini.

Beliau yang juga menteri dalam negeri menegaskan penganjuran perhimpunan itu hanya akan melukakan hati umat Islam jika ia dibenarkan berlangsung.

“Bila hati umat Islam tersentuh, terhiris, dilukai …saya sebagai menteri dalam negeri mengarahkan pihak polis mengharamkan perjumpaan itu. Ini adalah mesej yang lantang dan jelas.

“Sesiapa yang menganjurkan Jerusalem Jubilee, permit kamu dibatalkan di bawah arahan rasmi saya selaku menteri dalam negeri,” katanya semasa berucap pada program Penerapan Nilai-nilai Murni di Bulan Ramadan Peringkat Negeri Perak di sini hari .

Arahan Menteri Dalam Negeri cukup jelas,tetapi pihak evengelist melabelkan umat Islam yang membantah sebagai ekstremis.

Tahukah anda kenapa perlu dibatalkan perhimpunan ini.

1.   merujuk kepada tular poster yang tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat Islam dalam negara ini bertajuk “All Malaysian-Golden Gate Nation Revival Convocation” (AMGGNRC) sempena sambutan Jerusalem Jubilee yang akan diadakan pada 15 hingga 18 Jun 2017, bertempat di Calvary Live Assembly Chinese (CLAC), bandar Melaka.

2.      Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang moderate yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel sepatutnya tidak dimanipulasi oleh pihak-pihak berkepentingan jahat untuk mengadakan program berbaur hasutan seperti ini.

3.      Mana-mana pihak yang mengadakan program seumpama ini boleh dianggap menghina negara dan agama Islam kerana program ini dianjurkan sempena kemenangan orang-orang Yahudi ke atas umat Islam di Palestin dan kejayaan Israel Zionis menjajah negara umat Islam yang sah iaitu Palestin 50 tahun yang lalu. Umat Kristian seluruh dunia menyambut secara serentak Jerusalem Jubilee di bawah satu pertubuhan induk yang bernama International Christian Embassy Jerusalem. Kita juga berasa sungguh pelik kenapa Melaka dipilih sebagai tuan rumah? Sambutan ini dianggap sebagai satu sambutan bersejarah pihak Israel dan pihak Kristian Evangelis di Malaysia merayakannya secara besar besaran pula.

4.      Apa yang menarik ialah, sejak bila pula Kristian dan Zionisme berbaik-baik dan bekerjasama di bawah satu agenda induk? Kumpulan ini akan mengadakan sambutan besar-besaran Jerusalem Jubilee di Melaka pada 15-18 Jun 2017 nanti. Pada 1967, Perang Enam Hari (Six Day War). Pihak berkuasa Israel telah mengisytiharkan hari tersebut sebagai cuti umum sebagai merayakan kejayaan Yahudi Zionisme.

5.      Kenapa pihak Kristian Malaysia memilih untuk menyambut sambutan ke 50 Tahun kemenangan tentera Israel menggodam bumi Palestin pada bulan Ramadan dan di Melaka pula?

6.   sambutan ini ada kaitan dengan gerakan evangelisme di Malaysia. Program ini menjemput tokoh-tokoh Kristian dari luar negara bagi tujuan menghasut penganut Kristian Malaysia untuk mendokong gerakan Zionisme dan mengkelam-kabutkan keharmonian dan kedamaian di Malaysia dan seterusnya menjadikan negara Islam Malaysia sebagai sebuah negara berorientasikan Golden Gate Christian bagi tujuan kebangkitan Israel yang tertekan.

7.  program seumpama ini yang tidak menghiraukan sensitiviti umat Islam dalam negara ini bahkan menghina umat Islam, mencabar kedaulatan Raja-raja Melayu sebagai ketua agama Islam dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

8.  tiada umat Islam yang rela dan reda sambutan Jerusalem Jubilee bagi menyambut kejayaan rejim Israel merampas kota Jerusalem dalam peperangan 6 hari 1967 diadakan dalam negara Islam ini.


Monday, March 13, 2017

Penyamaran & Penipuan Identiti Modus Operandi Utama DAP



AIDCNews – Pada Julai 2012, bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP, Mohamad Razali bin Abdul Rahman pernah mendedahkan bahawa modus operandi utama DAP adalah melakukan penyamaran dan penipuan identiti yang bertujuan untuk mengelabui mata pengundi.

Jika sebelum ini ramai pengundi menyangkakan identiti agama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng adalah beragama Buddha berdasarkan identiti nama yang tertera di kad pengenalannya, namun Mohamad Razali mendedahkan sebaliknya.

Untuk pengetahuan Tuan-tuan dan Puan-puan, hampir 90% kepimpinan DAP adalah beragama Kristian. Lim Guan Eng, nama penuh dia pun Joseph Lim Guan Eng. Lim Kit Siang ke, Ronnie Liu, Teresa Kok..mungkin banyak orang tahu.

Ada setengah masih guna nama Cina tapi mereka adalah merupakan anutan Kristian,” dedah Mohamad Razali.


Dakwaan Mohamad Razali itu hampir sama dengan pendedahan yang dilakukan oleh bekas penulis Malaysiakini, Helen Ang.


Selain Guan Eng, Helen menamakan Teresa Kok, Tony Pua, Hannah Yeoh, Nga Kor Ming, Teo Nie Ching dan Ngeh Koo Ham sebagai orang kuat Kristian dalam DAP.


Helen turut menamakan ramai lagi aktivis Kristian dalam DAP termasuk Ong Kian Ming, Violet Yong, Yeo Bee Yin dan lain-lain.


Pada 2014, Teresa Kok pernah mendedahkan gambar Dr Wong Chin Huat berada dalam sebuah Gereja Our Lady of Lourdes di Klang.

Dr Wong Chin Huat merupakan pakar rujuk ‘Maqasid Syariah’ di Penang Institute.


Turut dipaparkan juga muka Zainah Anwar (Sister In Islam) dan Ivy Josiah, aktivis Kristian dari Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO).


Gambar aktivis Kristian, Jerald Joseph yang terlibat aktif dalam CAN (Community Action Network) dan KOMAS (Pusat Komunikasi Masyarakat) juga turut dipaparkan.

Penang Institute, Sister In Islam, WAO, CAN dan KOMAS merupakan  pendokong utama pergerakan BERSIH.

Gereja ini penuh dengan rakan-rakan Katolik dan beberapa ahli politik Kristian seperti Charles Santiago, Dr Xavier (Jayakumar), Yeo Bee Yin.
Aktivis NGO-bukan (jenama) Kristian seperti Wong Chin Huat dan beberapa anggota kumpulan wanita yang diketuai oleh Ivy Josiah, Marina Mahathir, Zainah Anwar, Siti Kassim dan lain-lain juga berada di sana untuk menunjukkan sokongan,” tulis Teresa Kok dalamFacebooknya.

Sunday, January 25, 2015

DATUM JELATIK, Dosa Azmin Ali Didalangi Teresa Kok Untuk Hapuskan Melayu Di Kawasan Majoriti Melayu Untuk Kesenangan DAP Pada Masa Hadapan

Sunday, 25 January 2015

Detum Jelatek... projek yang membuktikan bahawa PKR bersekongkol dengan DAP untuk menjahanamkankan kawasan bermajoriti Melayu, bukan sahaja kerana nilai tanah dan komisyen yang diterima, tetapi juga untuk strategi politik pada masa yang hadapan yang memberikan jaminan kemenangan berpanjangan.

Menariknya, walaupun dilaksanakan pada zaman Khalid Ibrahim, tetapi projek ini sebenarnya telah dibayangkan pada zaman Khir Toyo lagi. Bezanya, pada zaman Khir Toyo, ia sekadar satu bayangan dengan setiap pemilik unit rumah pangsa empat tingkat di Taman Keramat akan menerima pampasan sekurang-kurangnya RM400,000 (pada waktu itu) setiap seorang selain rumah mampu milik yang disediakan kepada mereka di tapak dan lokasi yang sama.

Apabila Kerajaan Khir Toyo jatuh pada tahun 2008, Kerajaan Khalid Ibrahim menerusi PKNS yang berada di bawah genggaman Azmin Ali dan Teresa Kok melaksanakan projek dalam bayangan tersebut. Bagaimanapun, berbeza daripada bayangan Khir Toyo, projek berkenaan bukan untuk Melayu, bukan juga untuk orang marhein, sebaliknya pemilik unit dipaksa terima pampasan sekitar RM150,000 untuk unit kediaman mereka di Rumah Pangsa Taman Keramat yang dimusnahkan bagi tujuan pembinaan projek Detum Jelatek.

Secara tidak langsung, Detum Jelatek sebenarnya adalah buah tangan Azmin Ali yang dikhabarkan menerima komisyen berpuluh-puluh juta untuk projek berkenaan, memandangkan dia adalah ADUN Bukit Antarabangsa. Sempadan DUN Bukit Antarabangsa adalah sehingga ke Jalan Enggang, Keramat.

Taman Keramat dan AU Keramat merupakan projek PKNS dari zaman Barisan Nasional bagi tujuan menyediakan kawasan penempatan dan kediaman Melayu-Bumiputera. Namun selepas Pakatan Rakyat mengambilalih Selangor dan PKNS sendiri, tanggungjawab sosial tersebut telah dihapuskan dan digantikan dengan keuntungan segera kepada ahli-ahli politik yang menjadi ahli lembaga pengarah PKNS dan ADUN serta Ahli Parlimen di kawasan terbabit.

Hari ini, hampir 100 orang penduduk membuat tindakan protes ke atas pemaju kondominium mewah Detum Jelatek di Taman Keramat dan bertukar agresif. Mereka telah memecah masuk ke kawasan pembinaan tersebut untuk menghalang projek tersebut yang mereka rasakan akan bertukar menjadi kawasan jajahan Cina.

Demonstrasi pada mulanya berlangsung aman dengan perarakan ke tapak projek tersebut tetapi bertukar ganas apabila sebahagian daripada mereka mengoyakkan zink yang memagari kawasan projek berkenaan dengan beberapa orang daripada mereka memecah masuk ke tapak berkenaan.

Polis bagaimanapu, berjaya mengawal keadaan dan orang ramai kemudiannya beredar. Dua buah trak polis dilihat berada di tapak tersebut. 

Walaupun tindakan para penunjuk perasaan tersebut dilihat bertentangan dengan undang-undang negara tetapi ada beberapa perkara yang perlu sebenarnya diperhatikan secara teliti.

Projek kondominium mewah Detum Jelatek berada di atas tapak empat blok Rumah Pangsa PKNS yang dihuni oleh 100% Melayu. Rumah Pangsa PKNS Taman Keramat telah dimusnahkan sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor menerusi PKNS pada penghujung 2010.

Berdasarkan kepada nilai pasaran tanah semasa, setiap unit rumah pangsa tersebut dinilai pada kadar sekurang-kurangnya RM1 juta setiap satu tetapi pemilik hanya diberikan pampasan sebanyak RM150 ribu sahaja.

Walaupun penduduk sebenarnya tidak menentang pembangunan semula di tapak tersebut, tetapi bekas penghuni Rumah Pangsa Taman Keramat mahukan perumahan mampu milik di atas tapak tersebut dan keutamaan diberikan kepada mereka yang pernah menghuni di rumah pangsa di situ. Mereka tidak mahu kondominium mewah yang tidak mampu buat mereka.

Kerajaan Negeri Selangor merancang studio apartment (apartment tanpa bilik) berukuran 538 kaki persegi yang berharga RM700,000 setiap satu dan tidak mungkin mampu dibeli oleh komuniti Melayu Taman Keramat.

Sudah lama, masyarakat dan penduduk memberi amaran, keganasan mungkin akan tercetus sekiranya projek tersebut diteruskan.

Persoalannya:

1) Mengapa Kerajaan Negeri Selangor memusnahkan rumah pangsa kos rendah milik mereka dan menggantikannya dengan projek kondo mewah?

2) Adakah pampasan RM150 ribu, membolehkan penduduk asal mencari rumah-rumah ganti di sekitar tempat tersebut?

3) Adakah sebarang rumah pangsa kos rendah alternatif yang ditawarkan kepada penduduk-penduduk asal empat blok rumah pangsa yang telah dimusnahkan dan merupakan pemilik?

4) Semenjak pemusnahan pada tahun 2010, empat tahun sepatutnya menjadi tempoh yang matang bagi Kerajaan Negeri Selangor menyelesaikan sebarang masalah dengan penduduk serta pemilik sebelum tercetus insiden ganas hari ini. Ada atau tidak, Kerajaan Negeri Selangor yang ditunjangi oleh PKR dan didalangi oleh DAP mencari jalan penyelesaian atau sebaliknya mereka sekadar menyalahkan UMNO untuk menutup skandal penyelewengan kuasa serta kewangan yang mereka terlibat sepenuhnya.

SUMBER : Selangor Chronikel

Thursday, August 15, 2013

Bila Teresa Kok Jadi Ketua Polis Negara


Propaganda terbaru DAP yang melantik Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok sebagai Ketua Pasukan Bertindak Terhadap Jenayah (CAT) "Head Anti Crime Task Force" bagi parti itu baru-baru ini.

Setiausahanya, Lim Guan Eng mengumumkan perlantikan tersebut yang menjadikan Teresa sebagai Ketua DAP untuk melawan jenayah di Malaysia sebaik selesai mesyuarat tergempar di Kuala Lupur baru-baru ini.

Secara spontan terbayang wajah Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Ini disebabkan Perlantikan Teresa sebagai “big boss” untuk memerangi jenayah seolah-olah mengenepikan peranan dan tugas hakiki Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Perlantikan sebagai “Ketua Polis DAP” ini adalah satu lagi siri sandiwara DAP untuk mengubah tumpuan ramai terhadap kontroversi integriti dan ketelusan yang menjadi pertikaian di kalangan ahli parti “chauvinis ultra kiasu” itu.




Untuk mengalih tumpuan umum, “andartu” itu perlu dilantik menjadi “heroin” untuk “mengkambing hitamkan” PDRM. Padahal, mereka mahu mengelak dari terus dikutuk berkenaan pemilihan CEC parti yang dicemari dengan kontroversi “kroni Dinasti Lim”…

Lebih pelik lagi, tugas pertama Teresa ialah mendesak pihak polis meningkatkan guna tenaga kerja anggota dalam Jabatan Siasatan Jenayah untuk memerangi jenayah. Mereka mahu tingkatkan jumlah anggota?

Tidak dinafikan kebelakangan ini kejadian tembak menembak mengakibatkan banyak kematian berlaku di negara kita. Namun apakah wajar kita menghukum pihak berkuasa khasnya Tan Sri Khalid tidak melakukan sebarang tindakan atau siasatan mengenainya?

Apakah kita fikir KPN kini sedang lepak-lepak di “coffee house” hotel 5 bintang sambil minum cappucino caramel sambil menghisap cerut Cuba dan menghembus asapnya berkepul-kepul? Pihak polis berpeluk tubuh saja, kah?

Mungkin ada pihak yang “termakan” dakyah pembangkang yang sengaja memperlekehkan peranan dan tindakan pihak PDRM dalam usaha mengekang jenayah yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Malah ada yang membuta tuli berpandangan sama seperti Pakatan Haram yang sesuka hati mengatakan bahawa Malaysia kini sudah “tidak selamat”. Benarkah Malaysia sudah tidak selamat? Atau mereka hanya terpengaruh dengan tohmahan pembangkang?

Sebagaimanan tuan-puan, saya juga percaya pihak polis tidak pernah berdiam diri malah sedang bertungkus lumus menyelesaikan apa jua kes-kes jenayah yang berlaku..

Cuma, biarlah logik sikit bila berfikir. Takkanlah pihak polis boleh selesaikan kes tersebut sekelip mata? Baru dua minit mangsa mati ditembak, lima minit kemudian dapat ditangkap terus penjenayahnya? Ini bukan cerita main “police and thief” macam budak-budak main itu…Agenda sebenar pendakyah itu hanyalah bermotif menjatuhkan kreadibiliti polis semata.

DAP nak tolong bayar gaji anggota polis, kah? Kalau boleh bayar “Red Bean Army”, takkanlah tak boleh bayar gaji polis, bukan?

Persoalannya, takkanlah tugas “Ketua Polis DAP” hanya untuk mendesak pertambahan anggota pihak berkuasa dalam JSJ? Itu bukan “Ketua Polis DAP” namanya. 

Itu namanya “Ketua Pendesak dan Perlekeh PDRM”. Letaklah nama jawatan begitu, bukankah senang nak faham?


Baca seterusnya : di sini

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.