Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, January 1, 2014

LAMBORGHINI HURACAN LP610-4 : KERETA LUMBA TERKINI LAMBO (9 GAMBAR)

Lamborghini Venono yang merupakan model terbaharu dan pengeluar meraikan ulang tahun ke  50 Lamborghini. Tahun ini Lamborghini Huracan LP610-4 pula akan muncul di pasaran. Huracan ialah model pengganti Gallardo yang sudah dihentikan sejak 25 November yang tahun lalu. Ia diperkasakan enjin 5.2 liter dengan 610 kuasa kuda. Huracan ialah sebuah kenderaan 4WD dan mampu memecut sehingga 323 kilometer sejam. Lambroghini Huracan akan diperlihatkan secara rasmi Mac tahun ini. Buat masa ini harga jualan masih belum diumumkan. 


Belum ada arahan naik kadar tol

1 JAN : Kerajaan masih belum mengeluarkan arahan kepada mana-mana syarikat konsesi berhubung kenaikan kadar tol lebuh raya, kata Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof.

tol

Beliau berkata berdasarkan Perjanjian Konsesi sedia ada, terdapat beberapa lebuh raya di mana kadar tol akan dinaikkan pada 2014.

Bagaimanapun kerajaan sebaliknya masih lagi mempertimbang langkah terbaik untuk mengurangkan kesan kenaikan kadar tol kepada rakyat dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak, katanya dalam satu kenyataan media Selasa.

Ini termasuk mengadakan makmal yang dikendali Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) untuk mengkaji implikasi kenaikan kadar tol pada 2014.

Beliau menjelaskan sejak 2008, kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah dalam mengurangkan beban kewangan pengguna lebuh raya, antaranya penangguhan kenaikan kadar tol sejak 2008 hingga 2013, untuk 15 lebuh raya.

Selain itu, penutupan awal plaza tol dan pemansuhan kutipan tol yang melibatkan tujuh plaza tol turut dilaksanakan dalam tempoh tersebut.

“Kerajaan turut melaksanakan pengurangan kadar tol melibatkan tiga lebuh raya selain melakukan penstrukturan semula kadar tol melibatkan lebuh raya di bawah kendalian syarikat PLUS dan Kumpulan MTD,” katanya.

Fadillah berkata dalam mempertimbang langkah untuk mengurangkan kesan kepada rakyat, kerajaan juga perlu menghormati Perjanjian Konsesi yang ditandatangani.

Ini bagi memastikan Malaysia terus mendapat keyakinan pelabur dan tidak menjejaskan usaha meletakkan ekonomi negara di landasan lebih kukuh dan berdaya saing, katanya. – Bernama

Parang ditemui, tiga polis cedera rempuhan peserta himpunan haram

1 JAN : Empat bilah parang dan tiga pisau ditemui di dalam longkang berhampiran Kompleks Dayabumi, dipercayai dibuang oleh peserta perhimpunan haram yang memenuhi Dataran Merdeka malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, senjata itu ditemui oleh polis bantuan pada 9.30 malam.

parang

Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 6 Akta Senjata Berbahaya, katanya sambil memberitahu bahawa tiga anggota polis cedera di tangan apabila peserta perhimpunan merempuh kawalan anggota polis di Dataran Merdeka pada 11 malam.

Tiga anggota polis itu di rawat sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur, katanya kepada pemberita selepas perhimpunan haram itu di sini.

Beliau berkata, perhimpuan itu bertukar menjadi ganas apabila mereka mula merempuh kawalan pasukan keselamatan.

Zainuddin berkata, sehingga kini tiada tangkapan dibuat terhadap peserta perhimpunan haram itu dan polis sedang mengumpul keterangan daripada orang ramai bagi mengambil tindakan mengikut Seksyen 15 Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Kami juga akan menyiasat insiden membaling botol air mineral ketika Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berucap untuk menenangkan keadaan,” katanya.

Beliau berkata, polis juga akan mengesan beberapa pemimpin politik yang dilihat berada pada perhimpunan haram itu.

Perhimpunan itu dianjurkan oleh empat badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Gerakan Turun Kos Sara Hidup, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Jingga 13 dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Para peserta perhimpunan telah menyerbu masuk ke Dataran Merdeka dan mengganggu konsert sempena menyambut tahun baharu yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kira-kira setengah jam sebelum detik 12 tengah malam.

Zainuddin berkata, berikutan keganasan peserta perhimpunan haram itu, konsert berkenaan yang dihadiri 25,000 penonton terpaksa dihentikan.  – Bernama

Wajah-wajah pembangkang disebalik topeng TURUN

1 JAN: Betul anggapan sesetengah pihak bahawa himpunan haram TURUN hanya topeng pembangkang untuk terus menekan kerajaan dan menunjukkan rasa tidak puashati bukan kerana harga barang naik tetapi kegagalan mereka pada PRU 13.

Jika tidak sembunyi batu tangan, sekilas ikan di air sudah tahu bawa pemimpin pembangkang terutaama PKR dan PAS terbabit dalam penganjuran perhimpunan yang sekaligus menyebabkan sambutan Tahun Baharu di Dataran Merdeka dihentikan.

demo1114a


Kemunculan beberapa  pemimpin PKR dan PAS ibarat sudah terang lagi bersuluh bahawa merekalah disebalik ‘topeng’ himpunan TURUN atau Guling Kerajaan yang diuar-uarkan kononnya membantah kenaikan harga barangan dan sebagainya.

Kelibat Ketua Angkatan Pemuda Keadilan yang juga Ahli Parlimen PKR Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mat Akin, Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli yang juga merupakan Pengarah Strategik parti itu bersama-sama peserta perhimpunan haram sudah cukup mengambarkan siapa dalang disebalik semua itu.

demo1114
RAfizi seronok bergambar. Petugas media pun tumpang sekaki.

Selain itu juga, Naib Ketua Pemuda PAS Perak, Khairil Nizam Khairuddin; Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin, atau Chegubard dan Pengerusi TURUN, Mohamad Azan Safar.

Ternyata kebiadapan peserta demo memuncak apabila konsert Ambang Tahun Baru bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur itu terpaksan dibatalkan 30 minit sebelum jam 12 tengah malam.

Sebelum itu, mereka merempuh hadangan polis dan cuba mencabar pihak berkuasa dengan provokasi kata-kata kasar.

Tindakan peserta demo yang melampau sehingga membaling objek ke arah pentas mencetuskan kekecohan di kalangan artis yang hadir untuk menghiburkan penonton konsert itu. 

demo1114b
Suasana kecoh sekitar Dataran Merdeka pada malam Tahun Baharu

Laungan slogan melbatkan peserta demo diantaranya ialah ‘guling kan kerajaan zalim’ ‘turun kerajaan’, dan beberapa slogan yang tidak mencerminkan niat asal mereka untuk menggesa menurunkan kos sara hidup. 

Ini dilihat berpunca apabila dalang mereka turun ke padang bersama-sama sehingga menyebabkan mereka berani bertindak biadap termasuk tidak menghormati Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib yang meminta pihak terbabit  menghormati penonton konsert yang ingin menyambut Tahun Baharu  seperti biasa. 

Sebaliknya, dengan tindakan kekerasan yang berlaku semalam menjadikan sambutan Ambang Tahun Baharu tidak seperti biasa tanpa percikan bunga api dan dentingan 12 kali jam di Bangunan Sultan Abdul Samad seperti tahun-tahun sebelum ini. 

demo1114c
Shamsul Iskandar pun ada

Dalam masa sama, ada ibu bapa terus memperjudkan nasib anak-anak yang masih mentah dengan membawa mereka ke perhimpunan yang boleh mempengaruhi pemikiran untuk menentang kerajaan apabila dewasa.  -bnbbc.my

Antara TURUN dan harga NAIK: Siapa UNTUNG?

1 DIS : Akhbar Cina melaporkan 14 NGO menyokong demonstrasi ‘TURUN’ bertujuan membantah kenaikan harga barang yang diadakan pada malam Tahun Baru di Dataran Merdeka di ibu negara.

Sama ada laporan itu betul ada sebaliknya, kita tidak menjangka penglibatan NGO ini, mahupun masyarakat Cina secara langsung dalam demonstrasi tersebut.

Sebaliknya, melihat persiapan demonstrasi yang lengkap dengan ‘t-shirt’, promosi dan penerangan yang rapi, kita pasti adanya dalang yang menjadi penganjur dan menyalurkan dana untuk tujuan ini. 

Walapun, pengajur demonstrasi ‘TURUN’ berselindung atas nama kebangkitan rakyat yang menentang kenaikan harga barangan, tidak sukar menelah siapa disebalik demonstrasi yang sudah strategi utama pembangkang.

demobrgnaik
Masyarakat Cina tidak berminat berdemo isu barang naik seperti ini

Namun, mungkin kerana takut ditangkap, maka mereka memilih untuk mengambil sikap ‘baling batu sembunyi tangan’ sahaja. 

 Bagaimanapun, kemunculan beberapa pemimpin pembangkang dari PKR dan PAS antaranya Rafizi Ramli dan Salahuddin Ayob, rakyat sudah nampak agenda sebenar himpunan ini.   

Lebih dari itu, tindakan mempromosi gerakan menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi yang sama mengakibatkan ramai penyokong pembangkang sendiri merasa takut dan mula keliru dengan niat sebenar pihak penganjur.

Dalam perancangan yang kabur tetapi dana yang jelas, sokongan 14 NGO yang disebut oleh akhbar Cina tadi membuatkan kita tertanya-tanya.

Apakah semua ini sekadar ‘gimmick’ untuk mengaburi mata majoriti rakyat terhadap agenda sebenar pihak tertentu?

Hakikatnya, kaum Cina, yang mewakili golongan peniaga utama merupakan golongan yang paling beruntung dengan kenaikan harga barang.

Justeru itu, tidak hairanlah rakyat tidak melihat gologan peniaga merungut mengenainya akhir-akhir ini, dan sokongan 14 NGO terhadap kenaikan harga barang nampak bagai lakonan yang skrip sudah diketahui umum.

demo1114d
Hanya huru hara yang tiada kesudahan akibat perhimpunan haram

Seperti diketahui, peniaga tidak perlu menanggung kos kenaikan tetapi hanya perlu memindahkan kos tersebut ke atas bahu pengguna.

Contohnya, seorang tauke kilang kain yang menanggung kos elektrik yang lebih tinggi pasti akan meningkatkan harga kain yang dihasilkannya.

Seorang tauke kedai kain yang membeli dari kilang itu dan terpaksa membayar harga yang tinggi dar sebelumnya pula pasti akan meningkatkan juga harga kain yang dijualnya.

Secara dasarnya, tauke kilang kain dan tauke kedai kain tadi tidak perlu menanggung apa-apa kenaikan tetapi peningkatan harga sebenar hanya akan ditanggung oleh pengguna.

Kitaran yang sama berulang bagi semua barangan lain.

Peningkatan kos barangan sebenarnya lebih banyak dikawal oleh peniaga berbanding kerajaan.

Amalan monopoli perniagaan oleh kaum Cina menambahkan lagi parahnya keadaan.

Akhir-akhir ini, masyarakat Melayu yang mewakili pengguna terbesar semakin matang dan bijak untuk memahami hakikat perniagaan di Malaysia.

Tindakan peniaga Cina mengawal barangan asas di musim perayaan sudah cukup membuktikan wujudnya ‘permainan’ dalam isu harga barang dalam negara ini.

Maka tidak hairanlah akhir-akhir ini orang-orang Melayu bertindak balas dengan melancarkan kempen boikot barangan Cina.

Jika selama ini orang Melayu cukup terbuka dan tidak rasis dalam memilih barangan tetapi kini semakin ramai yang peka dan hanya memilih barangan bumiputera atau bukan Cina sahaja.

Kaum Cina tidak dapat memperbodohkan pengguna dengan ‘gimmick’ marahkan kerajaan kerana harga barang naik.

Untuk makluman mereka, pemikiran rakyat telah berubah seiring dengan kemajuan negara di bawah pemerintahan Barisan Nasional.

Orang Melayu sudah semakin sedar di mana sebarang usaha untuk memperbodohkan mereka tidak lagi membawa kesan yang sama seperti dahulu.

Apa yang berlaku membuktikan bahawa kaum Cina itu hanya memikirkan keuntungan tanpa menghiraukan kesan kepada negara dan golongan yang kurang berkemampuan.

Kononnya mereka inginkan keadilan.  Tetapi keadilan dalam kamus kaum Cina ialah apabila mereka mendapat segala-galanya

GEMPAR!!! BLOGGER PAS BERJAYA BUKTIKAN ROSMAH MANSOR PINDAH ASET BERBILION RINGGIT

Hebatnya gaya fitnah blogger PAS sorang ni. Penuh berseni gaya fitnahnya. Kalau ye pun bencikan Rosmah, beragaklah juga dengan Allah SWT. Bencikan Rosmah, kau jemput Allah datang jenguk bagaimana cara kau memfitnah. Kau ingat Allah tak alert ke dengan posting kau ni? 


Kasihan. Sedih. 

Beginilah Islam di tangan para pejuang PAS. Matlamat sentiasa menghalalkan cara mereka berjuang.  

KVMRT Malaysia (Siemens Inspiro)

Cantik dan Menarik..

Ini ialah rupa keretapi yang bakal digunakan pada sistem MRT terkini Kuala Lumpur yang dijangka siap 2016. Siemens Inspiro keluaran Siemens ialah keretapi yang baru kerana hanya mula dihasilkan pada tahun 2012. Oleh itu beberapa design feature yang moden diletakkan pada setiap koc. Sebagai contoh pintu Inspiro dilengkapi sistem LED bagi memberitahu penumpang berapa lama ianya akan terbuka. Lampu di dalam kabin penumpang juga boleh diubah mengikut mood. Siemens Inspiro dengan 4 gerabak mempunyai kelajuan maksimum 90 kilometer sejam dan membawa sehingga 1000 orang penumpang pada satu-satu masa. masa Buat masa ini hanya Metro Warsaw dan MRT Kuala Lumpur sahaja menggunakan gerabak Siemens Inspiro. Pihak MRT Kuala Lumpur sudahpun menempah 58 set keretapi 4 gerabak untuk digunakan kelak. Very cool looking indeed.









DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.