Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, February 2, 2015

Gambar Terkini TS Jins Samsuddin yang mengidap parkinson.


Gambar terkini Tan Sri Jins Samsuddin ini telah membuatkan ramai penggiat seni serta peminat industri hiburan tanahair berasa sedih. Menurut maklumat, Jins Samsuddin kini menderita penyakit parkinson sehingga beliau sukar untuk bergerak kemana-mana.

Tan Sri Jins Shamsuddin yang lahir pada 5 November 1935, merupakan seorang pelakon, penggiat seni, pengarah filem serta senator Malaysia. Atas bimbingan Tan Sri P. Ramlee, beliau telah berjaya menjadi seorang pelakon yang terkenal pada tahun '50-an dan '70-an.

Dilahirkan sebagai Mohamed Zain Shamsuddin di Taiping, Perak, nama Senator Tan Sri Jins Shamsuddin kini terpahat sebagai legenda yang masih gigih menyumbangkan usaha dan tenaganya dalam pembangunan industri filem Melayu sehingga hari ini.


Marilah kita sama-sama berdoa supaya beliau dikurniakan kesihatan yang baik serta sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. - Utaranews.com

SENSASI! PEMILIK PORTAL TERKENAL DIDAKWA MEMBUAT KEUNTUNGAN USD1.4 BILLION AKIBAT KEJATUHAN RINGGIT!

1. Pemilik Portal Media Tong Kooi Ong "Edge Group and The Malaysian Insider" didakwa MalaysianExpose membuat keuntungan berbilion USD disebalik kejatuhan ringgit yang berlaku mutakhir ini dalam transaksi "Short Position Trading".

2. Menurut MalaysianExpose Sumber dalaman Bank Negara Malaysia, pemilik Portal ini telah mengeluarkan transaksi USD1.4 Billion melalui proksi bermula Ogos 2014 sehingga Januari 2015.


Apa itu Short Position Trading?

 

3. Short Position Trading adalah satu transaksi jangkaan bahawa Ringgit akan jatuh dan menyusut. Justeru , para pedagang "short position" ini akan memperdagangkan Ringgit Malaysia kepada USDollar. Jika kemudian hari, nilai ringgit menyusut , para pedagang dan pelabur matawang ini akan menerima banyak keuntungan apabila mereka membeli balik ringgit yang mempunyai nilaian yang rendah.


4. Apabila nilai matawang menyusut, Bank Pusat (dalam konteks Malaysia adalah Bank Negara) akan masuk campur untuk mengeluarkan rizab simpanan negara untuk menyeimbangkan nilai matawang.


5. Dalam senario Malaysia, ketika ini Ringgit sememangnya merudum, untuk menyelamatkan Ringgit dari terus merudum, BNM akan membeli ringgit sebagai pertukaran kepada Rizab USD yang mengalir keluar.

6. Spekulator matawang akan mengambil kesempatan (menggunakan wang sendiri atau wang pinjaman bank) untuk membeli USD dengan RM sehinggalah BNM kekurangan rizab, dan akan menyebabkan matawang merudum teruk.

7. Kemudian, pedagang akan kembali ke Bank dalam negara yang mereka pinjam duit untuk membeli matawang USD tadi dan membayar balik pinjaman tersebut dengan nilai ringgit yang mereka pinjam tersebut telah jatuh.


CONTOH KIRAAN SHORT TRADING

8. Contohnya , pada awalnya mereka pinjam di CitiBank sebanyak RM 1,000 000 untuk membeli USD . 1 US Dollar pada asalnya berkadaran RM3.30 , maka dengan RM1Juta tersebut, pedagang akan dapat membeli $ 303, 030.30 US  Dollar. 

9. Bayangkan ketika ini Ringgit jatuh, dan US Dollar mengukuh (either way, USDollar mengukuh sebab ringgit jatuh). Nilai Ringgit ketika ini didagang RM3.60 per 1 USD. Maka,Sekarang untuk kadar $ 303, 030.30  USDollar yang dipegang oleh Pedagang tadi adalah berkadaran RM 1, 090 909.90. Mereka membuat keuntungan RM 90,909.90!

10. Inilah adalah contoh RM1juta, biasanya Spekulator seperti ini bukan hanya bermain 'Short Position' RM1juta sahaja, malah sehingga BILLION USDollar.

Maka dengan cara itu lah mereka membuat keuntungan atas masalah negara.

Maka , tidak mustahil , kita tengok Portal-portal mereka teruk menghentam negara. Mungkin untuk melihat ekonomi negara terus merudum dan mereka mendapat kesenangan ini!

MalaysianExpose dikhabarkan telah membuat laporan terhadap 'Enemy of State' ini kepada BNM . Rujuk MalaysianExpose.

Akhir Kalam "Kenal Musuh Sebenar Anda "

Sekian,


Sumber rujukan dari Sumber .

Jom Baca Sejarah Penubuhan PKNS oleh UMNO



PERBADANAN Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ditubuhkan pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen PKNS, 1964 (Sel. Enact.No.4 of 1964) sebagai badan berkanun dan agensi pembangunan peringkat negeri bertujuan mengisi kemerdekaan menerusi pengagihan dan penggalakan pertumbuhan sosio-ekonomi dalam mewujudkan masyarakat yang stabil.


Sebenarnya di Selangor sebelum kewujudan PKNS, pada 1952 telah wujud Petaling Jaya Authority (PJA) yang ditugaskan memajukan bandar Petaling Jaya. PJA bertukar nama kepada Perbadanan Kemajuan Petaling Jaya (PJDC) dan dibubarkan pada 1963.

Menteri Besar Selangor pada ketika itu Datuk Harun Haji Idris merupakan antara individu yang menyumbang usaha kepada kewujudan PKNS. Ternyata PKNS memainkan peranan mewujudkan kesejahteraan dan keadilan sosial. PKNS cukup terkenal dalam pembangunan hartanah, pembangunan perdagangan, pembangunan perindustrian dan pelaburan.

Walaupun orang ramai mengenali PKNS sebagai pemaju perumahan tetapi PKNS juga berperanan memajukan bandar-bandar baru. Shah Alam yang diisytiharkan sebagai ibu negeri Selangor pada 7 Disember 1978 cukup terancang dibangunkan hasil kejayaan PKNS.

Bukan itu sahaja Bangi dikenali sebagai Bandar Baru Bangi dibangunkan sebagai bandar institusi dan pusat latihan, Ampang membangun sebagai bandar satelit, Antara Gapi dan Batu Arang sebagai kawasan baru dengan identiti desa.

Jenama PKNS cukup berjaya dalam membina perumahan mampu milik kepada pasangan muda untuk memiliki rumah. Rumah murah PKNS yang berharga RM25,000 hingga RM35,000 cukup tinggi budinya kepada rakyat yang baru membina kehidupan.

Dalam konteks rumah pangsapuri kos rendah antara projek terakhir rumah tersebut di Selangor adalah semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) di Selangor sebelum 2008. Di Selangor projek rumah kos rendah terdapat di Seksyen 7 Shah Alam di mana majoriti penduduk pangsapuri tersebut merupakan penduduk setinggan dari sekitar Batu Tiga Shah Alam dan dari seluruh pelosok Selangor.

Begitu juga di Kem Rimba, Padang Jawa Shah Alam terdapat projek pangsapuri kos rendah yang menempatkan setinggan dari Seksyen 16 Shah Alam di bawah Program Setinggan Sifar. Di Bukit Semenyih Hulu Langat sebelum 2008 turut terdapat perumahan kos rendah yang dibina oleh PKNS sebagai antara projek-projek perumahan untuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

Kini sudah tiada lagi kedengaran PKNS melaksanakan projek perumahan untuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana apatah lagi untuk golongan muda. PKNS seperti sudah lari dari matlamat asal, hanya memenuhi keperluan perumahan kelompok bangsawan berbanding golongan marhaen yang amat memerlukan tempat berlindung. Pengurusan tertinggi PKNS sepatutnya melihat agenda keuntungan mesti dibawa bersama dengan tanggungjawab sosial.

Projek mewah lot komersial di tapak yang diisytiharkan zon hijau di SS7 Kelana Jaya adalah contoh kebimbangan rakyat tentang hala tuju PKNS. Rakyat tidak mempertikaikan kemampuan PKNS dalam melaksanakan projek pembangunan namun kasihanilah rakyat yang tidak mampu membayar yuran keahlian kelab kecergasan di sekitar Kelana Jaya sehingga kawasan riadah rakyat dikorbankan. Untuk golongan muda yang berpendapatan rendah yuran keahlian boleh menanggung sebahagian kos perkahwinan.

Justeru, PKNS perlu kembali kepada matlamat asal penubuhannya untuk menjadi penyedia perumahan rakyat tidak kira dari Selangor mahupun dari serata negara ini. Keperluan perumahan melepasi sempadan fahaman politik.

Bayangkan harga rumah yang tidak terkawal di Shah Alam, adakah kita mahu menafikan rumah adalah tempat berlindung dan status sosial untuk seorang buruh, kerani, penarik kereta hatta seorang kerani PKNS sendiri.

Sewajarnya PKNS menilai semula misi dan visi mereka kerana apabila PKNS meletakkan harga tinggi untuk hartanah jualan maka mereka ibarat penentu kepada pasaran hartanah. Apa yang lebih membimbangkan kerjasama strategik PKNS dan kerajaan negeri boleh menjadikan bayaran premium tanah di negeri ini menjadi tinggi dengan kriteria tertentu.

Apabila premium tinggi, kerajaan negeri mendapat dua keuntungan iaitu dari bayaran premium dan keuntungan PKNS sendiri. Lebih memeritkan rakyat Selangor yang tidak berkemampuan terus menjadi mangsa. Tidak kesampaian untuk memiliki rumah sendiri.

PKNS perlu kembali menjadi hero rakyat bukan menjadi tukang bayar (pay master) hutang yang dibeli kerajaan negeri dari Talam Corporation (Talam) seperti yang didakwa. Isu pengambilalihan hutang Talam oleh PKNS berjumlah RM392 juta sehingga hari ini tidak mendapat penjelasan dari pengurusan PKNS. Kalaulah dakwaan yang dibuat oleh pihak-pihak berkenaan tidak benar maka PKNS harus mengambil tindakan undang-undang.

Kalau benar PKNS begitu budiman membantu Talam maka ia juga patut bersedia membantu golongan berpendapatan sederhana dan rendah bagi membolehkan mereka menduduki kediaman yang lebih selesa. Jumlah RM392 juta begitu besar untuk membantu membina rumah mampu milik untuk golongan muda. Tentulah mendukacita apabila wang sebanyak itu digunakan sewenang-wenangnya untuk menyelesaikan hutang pihak lain yang tiada kaitan dengan rakyat Selangor?

Satu demi satu isu salah laku pentadbiran PKR terbongkar. PKNS sebagai agensi pembangunan kerajaan negeri tentunya melaksanakan polisi pembangunan dari kerajaan negeri. Rakyat Selangor menilai polisi kerajaan negeri sedia ada tidak mendahulukan rakyat. PKNS akan kembali ke matlamat asal sekiranya mereka bersama kerajaan negeri yang mendahulukan rakyat dan menepati janji. PRU-14, rakyat akan memberi pengajaran.


Sumber

Tekanan Ekonomi Negara Bukan Salah Kerajaan, Tapi Faktor Luaran – Tengku Razaleigh



Bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah mahu rakyat tidak boros berbelanja tetapi mesti bijak menabung wang bagi menghadapi sebarang kemungkinan kemerosotan ekonomi negara.

Tengku Razaleigh yang juga anggota Palimen Gua Musang, bagaimanapun menafikan bahawa masalah tekanan ekonomi sekarang berpunca daripada kelemahan kerajaan, tetapi sebaliknya faktor luaran kerana ia turut membabitkan semua negara luar.

Beliau berkata rakyat perlu faham apa yang berlaku serta tidak mudah melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan, sambil menjelaskan tekanan ekonomi itu tidak banyak menjejaskan pasaran komuniti seperti sawit dan getah.

“Harga sawit masih berada pada tahap yang stabil kerana pasaran utama sawit negara kita adalah ke China dan India,” katanya ketika berucap pada majlis Penyampaian Sumbangan Tunai dan Barangan Elektrik kepada mangsa banjir warga Felda di Sekolah Kebangsaan (SK) Chiku 7, di sini pada Ahad.

Hadir sama Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Pengurus Besar Felda Wilayah Gua Musang, Che Noh Che Pa dan Pengerusi Majlis Belia Felda (MBF) Kelantan Mohd Norfazly Mohd Daud.

Tengku Razaleigh berkata industri sawit di negara ini hanya mempunyai persaingan utama dengan pengeluaran sawit di Indonesia, namun ia tidak menghalang pasaran ke negara luar.

Katanya negara luar mengimport minyak kerana mudah dan boleh digunakan untuk semua keperluan.

“(Bagaimanapun) minyak mentah kita dijual pada harga mahal, sebaliknya kita pula mengimport minyak dari negara luar pada harga murah bagi memperoleh keuntungan.

“Kita faham mengenai teguran rakyat berhubung perkara itu kerana mereka mungkin tidak tahu perkara sebenar yang dilakukan kerajaan,” katanya.


BERNAMA

'DAHAGA BATIN' RM50

Sebuah pusat hiburan di Selayang dikesan mengumpan gadis muda yang berpakaian seksi bagi menarik perhatian lelaki hidung belang untuk menghilangkan 'dahaga batin'.

Difahamkan, gadis muda warga asing ini akan mengenakan bayaran antara RM50 hingga RM200 untuk menemani pelanggan dan turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan jika bayaran yang ditawarkan kena pada harganya.

Bagaimanapun, tembelang itu terbongkar apabila 12 daripada mereka ditahan dalam Operasi Ops Sayang dan Ops Selera yang diadakan Jabatan Imigresen Selangor bermula 11 malam dan berakhir jam 4.30 pagi.

Pengarah Jabatan Imigresen Selangor Amran Ahmad berkata, seramai 44 warga asing ditahan kerana gagal menunjukkan dokumen perjalanan sah selain dikesan melakukan pelbagai kesalahan imigresen lain.

Menurutnya, operasi dijalankan hasil daripada aduan orang ramai mengenai kebanjiran warga asing yang menjalankan aktiviti tidak bermoral di empat lokasi di sekitar Puchong, Selayang dan Subang Jaya.


- Harian Metro

OTHMAN WOK PAP: TELADAN BUAT PENGKHIANAT BANGSA



1.Kerana kuasa politik orang Cinalah Singapura terpaksa dipisahkan dari Malaysia. Othman Wok lah yang paling banyak membantu mempengaruhi orang Melayu Singapura yang kemudiannya dijadikan menteri dalam kerajaan Lee Kuan Yew sebagai ganjaran. UMNO tewas ke semua kerusi di Singapura. Peranannya Othman Wok mirip Anwar mahupun parti Melayu Zuhud(PAS) terus memperdayakan Melayu agar memberi undi kepada sekutu kuasa politik orang Cina.

2.Singapura wujud sehingga kini sebagai pengajaran kepada orang Melayu agar ia tidak berulang lagi. Namun sayang hanya sebilangan saja yang mahu mengambil pelajaran..Ini bukan soal rasuah dan kronisme. .. Ini soal mempertahankan legasi nenek moyang kita.

3.Pada awal 70 an, Lee Kuan Yew telah mencadangkan agar semua jenazah orang Islam Singapura dibakar kerana kawasan kuburan sangat terhad. Othman Wok yang juga Menteri mewakili orang Melayu membuktikan ketaatannya dengan menyokong pendirian Lee Kuan Yew itu sehingga mencetuskan bantahan MUIS dan seluruh masyarakat Islam.

4.Sikap yang ditunjukkan Othman Wok saling tak tumpah dengan sebilangan pemimpin Melayu di dalam Pakatan Rakyat yang sentiasa akur dengan DAP sebagai kata pemutus muktamad. ADAKAH KITA MASIH LAGI BOLEH DIPERBODOHKAN DAN MENERIMA MELAYU SEPERTI OTHMAN WOK SEBAGAI PEMIMPIN KITA? "
SIAPA OTHMAN WOK?

5.Othman Wok dilahirkan pada 8 Oktober 1924 di Singapura adalah bekas Menteri Sosial dan ahli parlimen PAP yang mewakili Kawasan Pasir Panjang antara tahun 1963 dan 1977. Di awal kerjayanya dia adalah seorang tokoh wartawan Bahasa Melayu yang kemudiannya menjadi timbalan editor akhbar berbahasa melayu, Utusan Melayu Singapura.

6.Beliau menyertai PAP selepas beberapa hari sahaja penubuhannya pada tahun 1954. Ketika itu beliau percaya pada hak samarata dan dasar multi-perkauman dan anti kepada raja-raja melayu (seperti apa yang PKR perjuangkan sekarang ini. Ketika itu beliau banyak membantu melalui penulisan mengenai penubuhan negara multi-perkauman dan hak samarata serta dasar anit raja-raja melayu di dalam akhbar "Petir" sebuah suratkhabar berbahasa melayu keluaran Parti PAP (sama seperti Harakah). Selepas itu beliau dipilih sebagai salah seorang ahli dewan editorial buletin Petir dan dalam masa yang sama juga seorang lagi pemimpin tertinggi PAP iaitu Ahmad Ibrahim menjemput dia untuk menjadi ketua cawangan PAP Geylang Serai / Tampines pada tahun 1959.

7.Othman Wok adalah seorang penyokong kuat Lee Kuan Yew dan dia lah orangnya yang kerap kali menentang perlaksanaan Hak-hak Keistimewaan orang Melayu. Setiap kali dia berceramah, setiap kali itu juga dia mengatakan yang hak-hak keistimewaan orang melayu dan raja-raja melayu ini hanya retorik dan mainan Tunku. Kononnya Tunku ada agenda lain, iaitu untuk merampas tanah orang Melayu di Singapura.

8.Beliau juga mendakwa rusuhan kaum yang terjadi pada Julai 1964 telah dirancang oleh UMNO dan Tunkulah dalangnya. Beliau amat gembira tentang berita pemisahan Singapura daripada Malaysia dan ada juga yang mengatakan yang beliaulah yang menulis skrip temuramah BBC dengan Kuan Yew sewaktu malam berpisahnya Singapura dari Malaysia, yang mana ketika itu kuan yew menangis tersedu-sedu kononnya terlalu sedih dengan terkeluarnya Singapura dari Malaysia, padahal itu semua skrip yang dikarang oleh Othman Wok hanya semata-mata untuk orang Melayu berasa simpati dengan Kuan Yew dan membenci Tunku.

9.Sehingga sekarang ini Othman Wok masih dianggap sebagai pengkhianat Melayu oleh kebanyakan orang Melayu Singapura, kerana hasutan dialah, Lee Kuan Yew mengharamkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS aka UMNO Singapura) salah satu sayap UMNO di Singapura.

10.Dia bersama-sama dengan berberapa pemimpin sayap Melayu dalam PAP antaranya Ishak Rahim, Rahmat Kenap, Ariff Suradi, Buang Omar Junid, Mahmud Awang dan Yaacob Mohamed turun ke kampun-kampung Melayu menghasut orang Melayu supaya membenci UMNO dan Tunku.

11.Pada tahun 1959, dia bertanding menjadi calon untuk PAP di kawasan Majlis Bandaran bagi kawasan Kampung Kembangan berlawan dengan calon UMNO, dia tewas dalam pertandingan itu, akibat terlalu malu dengan kekalahan itu beliau menuduh UMNO yang mengugut pengundi di situ supaya tidak mengundi dia.
Apabila penduduk kampung mengetahui tentang cerita itu maka seluruh penduduk berkumpul dihadapan pejabatnya di Tampines dan menghalau dia keluar dari pejabatnya dan memaki hamunnya sebagai pengkhianat bangsa Melayu. Othman Wok sekali lagi bertanding di parlimen Pasir Panjang dan kali ini beliau menang atas bantuan dan sokongan dana dari Kuan Yew.

12.Selepas Singapura berpisah dari Malaysia pada tahun 1963, dia telah dilantik oleh Kuan Yew sebagai Menteri Hal Ehwal Sosial. Satu jawatan menteri yang tidak mempunyi apa-apa fungsi kerana Kuan Yew telah melantik seorang Cina untuk menjaga hal ehwal sosial dan Cina ini di letakkan di bawah jabatan Perdana Menteri. Selepas 14 tahun beliau menjadi menteri goyang kaki maka pada 1978 dia pun tidak lagi menjadi menteri kabinet Kuan Yew kerana keluarga Kuan Yew merasakan tidak ada apa apa manfaat bagi PAP.

"Orang yang tidak mengenal sejarah akan diajar sekali lagi oleh sejarah itu sendiri"

Click like jika anda baca sampai habis

Yang ikhlas memberi fakta,


-Ketua Pengakap-

Sumber

SEKARANG TUDUNG HANYA JADI FESYEN BUKAN TUNTUTAN!!!



Trend Model Jilboob(gabungan kata jilbab dan boobs (p*yudara) Terbaru di kalangan remaja saat ini serta foto jilbob sangat cepat berkembang memicu kontroversi kerana terdapatnya trend model jilboob iaitu berjilbab tapi dengan pakaian ketat menonjol P*yudara menyembul kemana-mana.


Beberapa tahun ini perkembangan mode busana muslim dan jilbab  sangat pesat, makin banyak wanita muslimah yang memenuhi kewajibannya untuk menutup aurat dan memakai jilbab.


Pengertian Jilboob adalah yaitu gabungan kata jilbab dan boobs (p*yudara) kerana memakai baju ketat sehingga p*yudara terlihat sangat menonjol. Fenomena Jilbob ini juga yang seringkali dijadikan alasan orang enggan berjilbab, dengan alasan “tak berguna berjilbab jika kelakuannya buruk”.


Sejumlah perempuan muslim berusaha keras agar terlihat mampu mengikuti trend, tapi tidak mengerti bahawa apa yang mereka lakukan justru keliru buat pandangan muslim.


Beberapa penilaian adanya trend foto gadis jilbob iaitu “Pakai t shirt singkat atau lengan pendek dilapis dengan kaos ketat, lalu atasnya jilbab maka jadilah jilboob (Jilbab dan Boobs/p*yudara), sudah jelas sekali itu tidak sesuai dengan ketentuan agama.


Sebab, bila berbicara mengenai aurat, harus siap dengan pakaian yang longgar, panjang, dan tidak memerlihatkan lekuk tubuh, bentuk payudara, terlebih lekukan punggung.

Pada dasarnya, memakai jilbab tidak sekedar menutup kepala hingga seluruh rambut tidak nampak. Memakai jilbab seharusnya diiringi dengan pemenuhan syarat lain untuk menutup aurat, iaitu tidak menampilkan bentuk tubuh, kecuali telapak tangan dan wajah. Di sini, syarat ini dinilai belum dipenuhi, banyak orang memakai jilbab, fashionable, tetapi lupa dengan syarat lainnya.


Pakaian Masih Ketat


Lekuk tubuh wanita lebih tampak dibandingkan lelaki, inilah yang membuat para wanita harus menyamarkan bentuk tubuhnya dengan memakai pakaian longgar.

Sayangnya, masih banyak wanita muslimah yang memakai jilbab, tetapi memakai pakaian yang ketat dan masih memperlihatkan lekuk tubuhnya.


“Dari yang aku lihat sehari-hari, masih banyak wanita yang memakai jilbab tetapi memakai pakaian yang menonjolkan bahagian tubuh dan cenderung kepada ketat.”


Tidak Menutup Dada

Trend Model Jilbob Terbaru - Salah satu syarat penampilan santun dalam Islam adalah memakai jilbab hingga menutup bahagian dada. Hal ini juga menimbulkan banyak spekulasi dan kontroversi, kerana banyak pemakai jilbab yang hujungnya tidak sampai menutup bahagian dada.


“Agak sayang, kerana salah satu syarat menutup aurat adalah memakai jilbab hingga menutup dada. Sekarang ini lebih banyak yang memakai jilbab sebagai tutup kepala saja, tapi dadanya menonjol kemana-mana.”


Lengan Pendek

Foto Jilbob Cewek


Disedari atau tidak, ada beberapa wanita yang memakai jilbab hingga rambutnya tidak terlihat, tetapi memakai pakaian dengan lengan yang pendek.


Entah itu lengan 3/4 atau lengan 1/8. Ada yang menyesuaikan pakaian dengan memakai manset lengan panjang, tetapi ada juga yang membiarkan bahagian lengannya nampak.


“Sayang sekali kalau ada yang pakai jilbab, tertutup, tapi lengannya bogel.”


Kulit Pinggang Masih Terlihat


 

Malang sekali. Di saat wajah sang wanita telah cantik dalam balutan jilbab, tetapi kulit di sekitar pinggang masih tampak. Sering terlihat wanita berjilbab yang kulit pinggangnya masih kelihatan saat dia membungkuk turun dari kereta. Kurang selesa melihatnya.”


Itulah beberapa kontroversi wanita muslimah yang memakai jilbab tetapi dirasa belum sempurna dan sesuai dengan aturan yang dianjurkan.


Di luar itu semua, seseorang perlu proses perubahan dari tidak memakai jilbab, menuju penampilan santun yang sesuai dengan aturan agama. Proses inilah yang kadang berbeda antara satu wanita dengan wanita lain, ada yang langsung memakai busana muslim dan jilbab sesuai aturan, ada juga yang perlahan-lahan dan membiasakan diri.


 



Demikianlah pembahasan mengenai trend model jilbob terbaru di kalangan remaja saat ini serta foto jilboob sangat marak dan memicu kontroversi. Cr


DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.