Pemaju
hartanah terkenal Eco World Development Group Bhd disebut-sebut akan
mendapat projek bernilai RM7 bilion membangunkan semula tanah tapak
Penjara Pudu di Kuala Lumpur, harta UDA Holdings Bhd yang
sangat bernilai di mana firma-firma Bumiputera sebelum ini berkata ia
hanya boleh dibangunkan oleh mereka.
Menurut
The Malaysian Insider Eco World akan menjalankan usaha sama 70:30
dengan UDA bagi tanah berprestij 7.85ha di segitiga emas ibu negara
itu yang sebelum ini menjadi tapak penjara utama di Kuala Lumpur,
iaitu Penjara Pudu berusia 101 tahun yang ditutup secara rasmi pada
tahun 1996.
"Eco
World akan mendapat projek ini, pengumuman dijangka akan dibuat tidak
lama lagi," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider, yang
berkata tapak itu ditinggalkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini
walaupun menjadi projek Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Pada
tahun 2011, pemaju yang berpangkalan di China, Everbright
International Construction Ltd disebut-sebut akan mendapatkan projek
itu melalui pelaburan RM2 bilion dengan UDA, yang mempunyai tanah
tetapi tidak mempunyai wang untuk membangunkan projek.
Tetapi
beberapa ahli Umno dan pemaju Melayu membantah perjanjian itu dan
mendorong pemegang saham tunggal UDA, iaitu Kementerian Kewangan
untuk mengarahkannya untuk membuat rancangan baru.
Kini
Eco World mendapat projek itu yang akan dinamakan Pusat Bandar Bukit
Bintang (Bukit Bintang City Centre), selepas UDA membuka tendernya
September lalu.
Sumber
berkata, keputusan tender tidak didedahkan dan terdapat rungutan
kedengaran bahawa UDA sepatutnya mempertimbangkan semua tawaran
sebelum membuat keputusan mengenai kontrak secara rundingan terus
itu.
"Tidak
ada maklumat tentang bagaimana Eco World mendapat projek ini. Kami
memahami bahawa Kementerian Kewangan membuat keputusan, bukan Lembaga
Pengarah UDA," kata sumber berkenaan.
Menteri
Kewangan adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak manakala
Menteri Kewangan Kedua adalah Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah -
kedua-dua mereka mempunyai kuasa ke atas UDA yang ditubuhkan untuk
membangunkan semula kawasan bandar dan meningkatkan penyertaan
Bumiputera.
Eco
World mendapat banyak projek besar sejak penubuhannya tahun lepas dan
pengarahnya Tan Sri Liew Kee Sin adalah seorang pemaju hartanah
terkenal yang meletak jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif SP
Setia Bhd 30 April lepas.
Liew
adalah Pengarah Urusan kumpulan SP Setia sejak tahun 1996 dan berjaya
menukar syarikat RM200 juta pada tahun 1998 kepada firma hartanah
antarabangsa bernilai berbilion ringgit.
Beliau
berhenti hanya lebih setahun selepas syarikat pelaburan negara
Permodalan Nasional Bhd membeli SP Setia, menyebabkan khabar angin
bertiup kencang beliau akan menyertai Eco World kerana anaknya, Tian
Xiong, merupakan pengarah dan pemegang saham utama syarikat itu.
Eco
World memulakan satu program untuk memperluaskan pemilikan tanah dan
projek bernilai sehingga RM30 bilion selepas penyusunan korporat
tahun lepas.
Usaha
sama dalam Bukit Bintang City Centre dipercayai untuk membantu UDA
mengurangkan hutangnya dan mengumpulkan wang untuk projek
afirmatifnya.
UDA
sepatutnya mendapat Everbright sebagai rakan kongsi dua tahun lalu
kerana tawaran RM2 bilion dari firma China itu adalah tiga kali ganda
nilai tanahnya, tetapi sebuah firma yang berkaitan politik
membocorkan perjanjian itu.
Penganalisis
berkata keputusan projek pembangunan semula Penjara Pudu adalah satu
lagi ujian komitmen Najib untuk meliberalisasikan ekonomi kerana
hardliners dalam Umno, Perkasa dan Utusan Malaysia, pernah mengkritik
UDA kerana didakwa mengenepikan agenda Bumiputera kerana tidak
melantik syarikat Bumiputera dalam projek tersebut.
UDA,
yang asetnya dianggarkan bernilai RM2 bilion dua tahun lalu,
mempunyai lebih RM900 juta hutang.
Ia
mempunyai premium tanah tertunggak bernilai RM104 juta untuk
tanah di Pudu itu yang sepatutnya dijelaskan pada September 2012.
Sumber : TMI
No comments :
Post a Comment