Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, June 5, 2014

TERKINI ! MALAYSIAKINI PANIK BILA TERIMA WRIT SAMAN PM @NAJIBRAZAK ?!

Di bawah adalah surat writ saman pihak Perdana Menteri, DS Najib Razak kepada portal pro-pembangkang yang tersebar di dalam internet :


Writ dan pernyataan tuntutan diserahkan kepada portal pro-pembangkang itu di pejabat mereka.

Ia menamakan penerbit Malaysiakini, Mkini Dotcom Sdn Bhd; Ketua Pengarang Kumpulan, Steven Gan dan Ketua Pengarang, Fathi Aris Omar. Kes tersebut ditetapkan pada 18 June di hadapan Hakim SM Komathy Suppiah.

Yang memualkan ialah kenyataan portal pro-pembangkang itu yang telah'menawarkan' kepada Najib 'hak' untuk menjawab kepada pembaca portal pro-pembangkang itu. 

Seriously ?

Realitinya :
1. Komentar-komentar yang dijadikan bahan berita portal pro-pembangkang itu hanya sekadar memakai nama anonymous dan samaran. 
2. Dan kini, MalaysiaKini 'menawarkan' Najib Razak menjawab sumber-sumber yang tidak dikenali, tidak reliable dan tidak dipercayai?
Please SorosKini MalaysiaKini....don't make a fool of yourself.


NED ?




Yang lebih memualkan ialah kenyataan Ketua Pengarang MalaysiaKini yang seterusnya iaitu perdana menteri dan Umno 'patut menyatakan pandangan mereka yang akan disiarkan dalam Malaysiakini, dan bukan melalui prosiding fitnah terhadap organisasi media'. 

Bukankah itu hipokrit namanya? 


Where are they when their colleagues in Utusan Malaysia were summoned by Lim Guan Eng and the rest of the opposition leaders?


Yang kelakarnya apabila Ketua Pengarang portal itu berkata, 
"Ini adalah asam garam kerjaya wartawan, terutamanya jika anda memilih untuk melaporkan tanpa rasa takut atau pilih kasih," 
Tanpa rasa takut atau pilih kasih?

Come on.... ketua pengarang!

Kalau 'tanpa rasa takut', kenapa tidak disiarkan nama sebenar mereka yang menuduh dan membuat tohmahan?

Dan portal pro-pembangkang MalaysiaKini 'melaporkan tanpa rasa pilih kasih' ? Anda sendiri sudah tentu tahu jawapannya!

Untuk rekod, SorosKini MalaysiaKini turut berdepan dengan beberapa kes saman yang lain : 
1. Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin menyaman Ahli Parlimen (MP) Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Malaysiakini berkaitan komen beliau yang disiarkan dalam lamanweb ini semasa pilihan raya umum ke-13 
2. National Feedlot Corporation (NFC) menyaman MP Pandan, Rafizi Ramli dan Malaysiakini berkaitan komennya mengenai skandal NFC seperti yang disiarkan dalam KiniTV 
3. Raub Australian Gold Mining menyaman Malaysiakini berkaitan laporan yang memtik penduduk Bukit Koman yang mendakwa kaedah syarikat perlombongan mengekstrak emas telah menyebabkan masalah kesihatan terhadap penduduk. 
MalaysiaKini juga dilaporkan kalah dalam kesnya di Mahkamah Tinggi berkaitan larangan Menteri Dalam Negeri terhadap buku kartun '1 Funny Malaysia' karya kartunis Zunar, yang diterbitkan portal tersebut. Kes itu masih belum selesai di Mahkamah Rayuan.

Jika anda ingin tahu perincian kes saman PM Najib Razak :
 KLIK SINI  


Credit Blog; Dr MiM

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.