Dari
awal lagi telah diperkatakan bahawa DAP akhirnya mencapai kata
sepakat untuk menyalahkan PAS sekiranya calon mereka, Dyana
Sofya kalah di PRK Teluk Intan. PAS bukan sahaja akan
dipersalahkan kerana memperjuangkan hudud tetapi juga
kerana gagal menarik lebih ramai pengundi Melayu untuk mengundi
DAP terutama sekali di DUN Changkat Jong yang merupakan
kubu kuat UMNO.
Kubu
kuat UMNO bererti di kawasan tersebut, majoriti pengundinya
adalah Melayu.
Selepas
DAP bergolak seketika, terutama sekali puak-puak DAP Perak
yang diketuai oleh Ngeh Kor Ham dan Nga Kor Ming membelasah Lim Kit
Siang dan anaknya, Lim Guan Eng kerana kegagalan mereka, kini
giliran PAS pula dijadikan kambing hitam bagi membolehkan masalah
dalaman DAP tidak diperkatakan secara umum, sekaligus
menghilangkan kepercayaan ahli-ahli parti kepada parti chauvinist
tersebut.
Orang
yang paling sesuai melakukannya adalah Gobind Singh Deo, Ahli
Parlimen Puchong yang juga merupakan anak Karpal Singh
dan peguam Anwar Ibrahim.
Gobind
Singh, sama seperti bapanya, tidak pernah bersetuju dengan hudud
kerana mereka berpendapat hudud mencabuli kebebasan
beragama di negara ini. Mereka juga beranggapan
hudud merupakan penjajahan umat dan sistem siasah
Islam ke atas bukan Islam di Malaysia.
Justeru
dari awal lagi, Dyana Sofya ketika permulaan kempen
di Teluk Intan, menegaskan bahawa dia akan menolak
hudud sekiranya dipilih sebagai Ahli Parlimen. Tujuannya
bukanlah untuk umat Islam, sebaliknya
untuk pengundi-pengundi Cina dan India yang mengatasi
jumlah pengundi Melayu Islam pada kadar 58%
sekiranya digabungkan.
PAS
pula menerusi beberapa orang pemimpinnya yang sudah dikenalpasti
sebagai penjilat ulung Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim,
turut menyokong Dyana Sofya sehinggakan terkeluarlah pelbagai
‘fatwa-fatwa’ pelik termasuklah, Dyana Sofya
bukanlah menjadi mudarat jikalau tidak menutup aurat
kerana mudarat UMNO lebih besar
dari mudarat aurat Dyana Sofya. Bahkan Mujahid Anak
Lelaki Yusof Rawa turut mengeluarkan hujah bahawa, aurat Dyana
Sofya bukanlah sesuatu yang penting berbanding mengalahkan UMNO
di Teluk Intan walhal UMNO tidak bertanding pun di Teluk
Intan walaupun menjadi jentera utama
kempen pilihanraya parti komponen Barisan Nasional,
GERAKAN di situ.
Dari
awal lagi sudah dikesan yang DAP telah mengarahkan PAS
agar langsung tidak bercakap tentang hudud di Teluk
Intan. Malah di kalangan pengundi-pengundi Islam
juga diarahkan PAS agar tidak menyentuh
langsung tentang hudud. PAS hanya diarahkan
untuk menceritakan kebaikan DAP, keterbukaan DAP dan betapa
rasionalnya DAP untuk menghapuskan Melayu-Bumiputera dan Islam
di Malaysia, sebaliknya mewujudkan Malaysian Malaysia.
Dan
seperti yang diduga, PAS melakukan dan akur
dengan arahan tersebut tanpa banyak bersoal jawab atau
mengeluarkan hujah sepertimana kegemaran
mereka bertaki dan bertengkar dengan orang UMNO.
Memang tidak ada langsung kempen hudud di Teluk
Intan oleh PAS.
Malangnya,
Dyana Sofya tetap juga kalah. Pengundi-pengundi Cina seramai 15%
dan pengundi-pengundi India seramai 10%
telah berpaling daripada menyokong DAP kepada memilih
Barisan Nasional.
Mahu
tidak mahu terpaksalah para pecacai Pakatan sekaliannya
mencari-cari salah dan silap SPR untuk dihebahkan
sebagai alasan mengapa Dyana Sofya kalah di Teluk
Intan. Sehinggakan jumlah kertas undi yang
tidak memasukkan sekali undi pos
dan kertas undi awal turut ‘dihilangkan’
daripada hujah mereka semata-mata
untuk membuktikan wujudnya kertas-kertas undi hantu.
DAP
Perak yang diketuai oleh Nga Kor Ming dan Ngeh Kor Ham
serta Hew Kuan Yau yang cukup terkenal dengan ceramah maki
hamunnya, mengambil kesempatan membalun Lim Kit Siang dan Lim
Guan Eng secara terbuka. Kepimpinan DAP yang condong kepada Lim
anak beranak itu, akhirnya mencapai kata pemutus
bahawa yang perlu dipersalahkan adalah PAS dan HUDUD
PAS.
Itu
sahajalah nasib yang ada pada PAS. Kalah DAP, mereka yang
dipersalahkan. Menang DAP, mereka tetap juga bertaraf
pemegang bendera dan pengguling di atas jalanraya
seperti yang berlaku pada Februari 2009 di Kuala
Kangsar.
1 comment :
PAS dh jd parti pencacai..ahli2 PAS seme ahli pencacai..suh jilat ..dia jilat..islam ke mana ..apa pn kemana..ambik kopiah gi lempar dlm laut
Post a Comment