Menteri
Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim membidas Ahli Parlimen Puchong,
Gobind Singh Deo yang dikatakan membidas projek pembinaan Lebuhraya
Kinrara-Damansara (Kidex) tanpa mendengar dahulu penjelasan daripada
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Kerajaan Negeri Selangor.
Tegas Khalid, Ahli Parlimen Puchong itu sepatutnya mendengar dahulu penjelasan berhubung pelaksanaan Kidex itu sebelum membuat bantahan.
“Sebelum menentang pelaksanaan Kidex dengar dulu, selepas dengar nak bantah kita terima dan berikan opsyen lain bagi menggantikan projek itu.
"Dengar dulu penjelasan LLM dan juga perancang bandar dan desa kemudian barulah perbincangan produktif boleh dijayakan.”
Begini kah perilaku Ahli Parlimen yang dipilih rakyat sedangkan manfaat projek itu juga adalah untuk rakyat biarpun rakyat terpaksa mengeluarkan sedikit wang bagi bayaran tol.
Terdahulu Gobind mendesak menteri besar mengadakan pertemuan bersama Ahli Parlimen dan ADUN untuk menerangkan status kerajaan negeri berhubung pembinaan Kidex.
Abdul Khalid turut mengingatkan pihak yang membantah bahawa kodmitmen untuk menghapuskan tol hanya akan direalisasikan jika Pakatan Pembangkang berjaya menawan Kerajaan Persekutuan.
Menurutnya, Pakatan Pembangkang hanya menguasai Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang, yang tidak memiliki kuasa penuh untuk menolak bagi memenuhi janji kepada rakyat Selangor dalam manifesto Pilihan Raya Umum lalu.
“Selangor tidak ada kuasa langsung untuk halang pembinaan lebuh raya bertol kerana di bawah tanggung jawab pemiliknya iaitu LLM dan di bawah Kerajaan Persekutuan,” katanya ketika sidang media.

No comments :
Post a Comment