Kuala
Lumpur: Tujuh lelaki menyerang dan merosakkan sebuah kedai telefon bimbit di
tingkat bawah Plaza Low Yat, di sini, 7.50 malam tadi.
Sumber
polis berkata, suspek memecahkan peralatan di dalam kedai itu selain turut
memukul pekerja kedai berkenaan.
Katanya,
kerugian dianggarkan lebih RM 70,000. “Kejadian berpunca daripada perasaan
tidak puas hati apabila salah seorang rakan suspek ditahan pengawal keselamatan
Plaza Lowyat kerana didakwa mencuri telefon bimbit di kedai itu sebelum
diserahkan kepada polis.
“Kes
disiasat mengikut Seksyen147/427 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.
Sementara
itu, insiden berkenaan turut ‘viral’ di media sosial selepas video dan gambar
kejadian tersebar.
Sumber
No comments :
Post a Comment