Islam
umatnya disuruh memakai pakaian yang menutup aurat dan tidak ketat kerana
setiap larangan yang ada dalam Islam tersebut sudah pasti mempunyai alasan yang
kukuh. Menutup aurat bagi lelaki dan wanita Islam adalah wajib, maka kita dengarlah
ayat-ayat dari mereka.
”Janganlah
nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”
“Walaupun
tidak tutup aurat, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku”
Ayat
biasa yang sudah pasti akan dengarkan. Tetapi adakah anda berani menjamin
bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan
iman setinggi anda juga Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak
membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda?
Kini
dalam bulan Ramadan, pergi ke bazar Ramadan tidak bolehkah mengenakan pakaiaan
sopan sedikit? sebab ada segelintir masyarakat melayu pergi bazar Ramadan
dengan pakai ketat sana sini, dah bertudung elok tapi aset belakang 'mengembang
serlah' macam buah nangka.
Perlakuan
mereka ini seolah-olah tidak menghormati bulan Ramadan, sedangkan banyak
dikongsi dilaman sosial, ada pak cik Cina tu nak buka tudung tin air pun
perlahan-lahan sebab hormat orang Islam berpuasa, ini kita sendiri orang melayu
tidak hormat saudara sebangsa seagama berpuasa.
Ini
mereka pergi bazar tayang aset, bagi lelaki ajnabi tengok. Perlu ingat orang
lain berpuasa bukan sahaja menahan dari lapar dan dahaga tetapi melawan nafsu.
Senang cakap sudah pasti ramai akan melihat dan melihat kali kedua (zina mata).
Bak
kata orang Pak Aji datang bazar pun boleh tercabut kopiah tengok mereka-mereka
ini.
No comments :
Post a Comment