Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label dana politik. Show all posts
Showing posts with label dana politik. Show all posts

Friday, January 15, 2016

Rupanya Tun M Membiayai Dana Politiknya Hasil Wang JUDI... Berjuang Untuk Bangsa Melayu Konon.


"Mengapa semua kroni dan taikun besar belaan Tun M bersatu membentuk satu konspirasi terancang termasuk sanggup membiayai berbillion ringgit semata-mata untuk menyerang Najib Tun Razak dan berusaha keras untuk menjatuhkan beliau? Jawapannya mudah. Najib juga secara terancang dan sistematik telah berjaya menghapuskan dan merombak semula sebahagian besar projek, lesen, konsesi yang pernah Tun M anugerahkan kepada rakan2 kroni beliau."



Saya berada di dalam Pejabat Ahmad Sebi Abu Bakar apabila Vincent Tan meluru masuk tanpa mengetuk pintu. Nampaknya Vincent Tan tidak perlu membuat temujanji untuk berjumpa dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atau Menteri Kewangan Daim Zainuddin. Beliau boleh masuk begitu sahaja walaupun terdapat orang lain di dalam bilik, termasuklah diplomat dan wakil asing.

Apapun, sebab Vincent Tan dipanggil bertemu orang kanan Tun Daim, Ahmad Sebi, yang ketika itu mengendalikan TV3 adalah untuk membincangkan hal Sports Toto. Mereka mahu Vincent Tan mengambil alih Sports Toto. Kerajaan Mahathir memanggilnya penswastaan. Kami di Dewan Perniagaan Melayu memanggilnya pelanunan.

Satu sebab mengapa ahli tidak begitu gembira dengan penswastaan ini adalah ianya tidak dilakukan dalam tender terbuka. Maka tiada ketelusan langsung bagaimana ianya dilakukan. Ianya dilakukan secara bawah meja dan memberikan manfaat kepada kroni yang berjalan di koridor kekuasaan - Melayu, Cina dan India.

(Maka penswastaan ini tidak bersifat rasis dan perkauman - yang bermakna Dasar Ekonomi Baru atau DEB lebih berkesan untuk bukan Melayu. Contohnya, Mahathir memberikan RM3 bilion kepada orang Cina dan hanya RM500 juta kepada orang Melayu untuk ‘bail out’ mereka yang berdepan risiko muflis ketika krisis ekonomi 1985).

Dan yang lebih dipertikaikan adalah aset, pelaburan, pegangan dan konsesi kerajaan yang diswastakan ini dijual pada harga yang cukup murah, kadang-kadang 10% atau kurang dari harga pasaran sebenar. Dengan hanya satu tandatangan, kroni menjadi jutawan dan bilionair sekelip mata.

Anda boleh baca selebihnya tentang isu ini seperti yang dilaporkan oleh Jomo K. S. dan Tan Wooi Syn di pautan ini:http://unpan1.un.org/intradoc/groups/public/documents/un/unpan021546.pdf

Seperti yang saya sebutkan, saya berada di situ ketika Vincent Tan diminta untuk membuat tawaran untuk sumber wang kerajaan yang sangat menguntungkan, Sports Toto. Pada tahun 1995, Sports Toto secara sulit dijual kepada Vincent Tan tanpa sebarang pengumuman dan tiada bidaan saingan.

70% yang pertama dijual pada harga RM28 juta kepada B&B Enterprise milik Vincent Tan, yang dikatakan 60% milik bumiputera, dan kemudiannya 10% dijual kepada Melewar Corporation - syarikat yang dimiliki oleh seorang lagi kroni Mahathir (dan rakan perniagaan Tan Sri Loy Hean Heong dari MBF), Tunku Tan Sri Abdullah Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

Baki 30% dijual kepada Raleigh Berhad milik Tun Daim, bernilai RM85 juta, yang dimiliki sebanyak 26% oleh seperti Tajuddin Ramli yang ‘terkenal’ dengan MAS. Walaupun penjualan kedua melibatkan harga sesaham 7 kali ganda lebih tinggi, perlu diingat ketika Sports Toto kali pertama diniagakan di BSKL, ianya mencatakan harga penutup yang lebih tinggi.

Ketika bursa saham ditutup semalam, pemodalan pasaran Sports Toto pemodalan pasaran Sports Toto mencecah RM4.2 bilion - satu pulangan yang cukup lumayan daripada RM28 juta untuk 70% saham yang dibayar ketika Mahathir menjualnya kepada Vincent Tan.





Memandangkang Berjaya Corporation (syarikat pegangan B&B) memilki hampir 56% pada penghujung tahun kewangan 1990-1991 dengan 42% adalah milik bumiputera, Jones and Fadil telah menyimpulkan kepentingan swasta Bumiputera telah melepaskan pegangan dengan menjual saham-sahamnya,dan dalam masa yang sama telah memberikan pulangan dana yang memberansangkan untuk kepentingan bukan bumiputera.

Sports Toto dipercayai adalah aset yang paling menguntungkan di dalam konglomerat milik Tan. Keuntungan Sports Toto diransang oleh kadar cukai yang rendah - berbanding dengan firma perjudian lain, dimana kadar cukai itu ditentukan secara rahsia oleh Kementerian Kewangan - dan juga sumbangannya - yang sering diberikan publisiti meluas - kepada pembangunan sukan di Malaysia.

Pada tahun 1988, operasi loteri Big Sweep telah diswastakan kepada Pan Malaysian Sweep Sdn Bhd, yang dikuasai oleh Ananda Krishnan, seorang lagi sekutu rapat Mahathir (New Straits Times, 16 February 2016). Lesen untuk loteri Big Sweep hanya dikeluarkan kepada Kelab Lumba Kuda Selangor, Perak dan Pulau Pinang, yang hanya menjual tiket loteri itu kepada ahli kelab mereka.

Dengan pengambilalihan oleh Pan Malaysia Sweeps, sejak Februari 1989, tiket loteri telah djiual kepada orang awam. Hadiah Big Sweep yang lebih lumayan telah menjejaskan jualan tiket loteri Kementerian Kebajikan iaitu Loteri Kebajikan Sosial, yang akhirnya ditutup oleh Kerajaan, selaras dengan polisi Islamisasi - lalu memberikan monopoli kepada Big Sweep dalam jualan tiket loteri, monopoli yang bertahan selama 25 tahun hingga ke tahun ini.

Juga pada Januari 1989, Lembaga Totalisator Malaysia, satu badan berkanun kerajaan yang menganjurkan dan mengawal selia totalisator lumba kuda sejak 1961, telah melantik Usaha Tegas Sdn Bhd milik Ananda Krishnan untuk menguruskan Operasi Nombor Ramalan Totalisator (NFO)

Pengurusan NFO telah diambil alih oleh subsidiari milik penuh Usaha Tegas, Pan Malaysian Pools Sdn Bhd, yang diperbadankan pada Julai 1988. NFO mengendali 2 aktiviti perjudian - operasi ‘3 digit’ yang bermula pada tahun 1961, dan operasi ‘1+3’ digit, yang diperkenalkan oleh Pan Malaysian Pools pada September 1989 (Malaysian Business, 16 November 1991) - yang mengukuhkan lagi monopoli perjudian Ananda Krishnan.

Selain dari keuntungan beratus juta ringgit yang dicatatkan selama lebih 2 dekad, operasi ini yang telah dinamakan semula sebagai Da Ma Cai, telah dijual pada 2011 oleh Ananda Krishnan pada harga RM2.1 bilion kepada sekumpulan taikun cina yang terkenal - mengagumkan untuk satu operasi yang diperolehi hampir secara percuma oleh Ananda apabila beliau dilantik (bukan dijual kepada beliau) untuk mengambil alih operasi.

Selain dari itu, beberapa tahun kemudian pada tahun 1993, Ananda Krishnan telah diberikan hak untuk mengambil alih tanah Kelab Lumba Kuda Selangor di Jalan Ampang pada harga RM400 juta dengan menggunakan wang yang diperolehi beliau dari operasi perjudian beliau.

Dengan pantas, Petronas diarahkan untuk membiayai dan mengambil alih projek ini dan dinamakan sebagai KLCC. Di dalam proses itu, hanya dalam tempoh beberapa tahun yang pendek selepas dibenarkan mengambil alih tanah tersebut, berbilion ringgit wang Petronas mengalir ke poket kroni Mahathir ini, iaitu Ananda Krishnan.

Tetapi ini adala kisah untuk hari lain. Cukup untuk mengatakan yang Petronas mengambil alih satu menara pada harga 2 menara ditambah dengan harga tanah. Maka Ananda Krishnan mendapat menara kedua secara percuma - yang begitu tidak disenangi oleh Petronas tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana perjanjian itu ditandatangani oleh antara Mahathir dan Ananda Krishnan.

Dan anda mahu bercakap tentang 1MDB? Aduh. Mari kita berbicara mengenai urusniaga-urusniaga lain yang lebih meragukan. Tony Pua dan DAP tidak akan menyalak berkenaan isu ini kerana mereka menerima jumlah derma yang besar dari orang-orang ini. Walaupun bukan RM2.6 bilion, ianya masih besar. Saya serahkan kepada anda Muhyiddin Yassin! Beritahulah berapa yang anda terima juga.

Sekarang, mengapa semua kroni ini bersatu membelasah Najib Tun Razak dan membiayai Dr Mahathir untuk menjatuhkan beliau? Jawapannya mudah. Najib secara sistematik menghapuskan semua projek, lesen, konsesi yang telah diberikan Mahathir kepada rakan kroni beliau.

Sejak Najib menjadi Perdana Menteri, Big Sweep dan Da Ma Chai kini hanya menjadi badan kebajikan berbanding menyumbangkan untung ke dalam poket Ananda Krishnan. Najib telah menggantung lesen pertaruhan sukan Vincent Tan yang diberikan oleh Mahathir sebulan sebelum beliau bersara. Permintaan Vincent Tan untuk menjadikan Bukit Tinggi Kasino tidak diluluskan. Dan Ananda Krishnan hilang IPP beliau yang menguntungkan kepada 1MDB.

Anda perlu menjadi saintis ke untuk mengorek sebab sebenar semua ini terjadi? Anda betul-betul fikir ianya mengenai 1MDB ke? Jika begitu, anda lebih bodoh dari apa yang sepatutnya.





Oleh Raja Petra Kamarudin,

http://www.malaysia-today.net/how-mahathir-turned-millionaire-vincent-tan-into-a-billionair

Saturday, August 22, 2015

6 Negara Di Dunia Terima Dana Politik


21 Aug 2015

NAMPAKNYA isu membabitkan dana dan derma politik yang diterima Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak berjumlah RM2.6 bilion baru-baru ini masih lagi hangat diperkatakan sehingga menimbulkan banyak pertanyaan dalam kalangan orang ramai.

Malah, ia terus dipersoalkan meskipun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa dana yang dimasukkan dalam akaun Najib merupakan sumbangan dari penderma Timur Tengah.

Di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK), derma dari pihak korporat adalah tidak dibenarkan tetapi di Australia dan Malaysia ia boleh diterima.

Realitinya, sumbangan politik di Malaysia adalah sah disisi undang-undang.

Mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya (1954), calon yang bertanding bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibenarkan mengawal selia perbelanjaan maksimum dalam tempoh berkempen.

Dengan pengumuman dana politik berjumlah RM2.6 bilion yang diterima oleh Najib sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 itu, mari kita lihat bagaimana negara-negara lain di seluruh dunia memperoleh dana sebagai sumbangan politik.

Memetik artikel dari portal iMoney.my, berikut beberapa senarai negara yang turut menerima dana politik;

1. AS: Pilihan Raya 2014
Jumlah: AS$1 bilion (RM4.2 bilion)

Di AS, pembiayaan politik atau lebih dikenali sebagai kewangan kempen. Pada peringkat persekutuan ia dikawal oleh undang-undang yang digubal oleh Kongres dan dikuatkuasakan Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan (FEC) iaitu sebuah agensi persekutuan bebas.

Individu yang menerima pembiayaan kerajaan biasanya tertakluk kepada had perbelanjaan ke atas wang tersebut.

Kewangan kempen dikategorikan mengikut beberapa kriteria seperti individu yang menyumbang dalam jumlah yang kecil iaitu kurang AS$200; individu yang menyumbang dalam jumlah yang banyak melebihi AS$200; Jawatankuasa Tindakan Politik (PAC); dan pembelanjaan sendiri (wang calon).

Ia dianggap menyalahi undang-undang sekiranya menerima derma daripada pihak asing yang berkepentingan.

Tambahan, derma dari syarikat korporat disifatkan haram, melainkan sekiranya PAC yang dibentuk dimana mereka boleh menerima sumbangan secara sukarela daripada pihak yang dilarang.

Dana tersebut mestilah digunakan untuk menyokong calon persekutuan dan jawatankuasa politik.

2. UK: Pilihan Raya 2015
Jumlah: AS$168 juta (RM692 juta)

Di UK, sumber pembiayaan politik menjadi isu kontroversi selama bertahun-tahun. Terdapat tiga cara utama pembiayaan parti poltik iaitu yuran keahlian, derma dan dana negeri (walaupun hanya untuk kos pentadbiran).

Pada masa ini, perisytiharan hendaklah dibuat untuk derma melebihi £5,000 (RM30,107) bagi parti negara dan £1,000 (RM6,021) atau lebih untuk persatuan tempatan.

Walaupun sumbangan tanpa nama dibenarkan, namun sebarang jumlah melebihi £50 (RM301) adalah dilarang.

Di Britain pula, derma dan pinjaman perlu dilaporkan secara atas talian kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk memastikan ketelusan dalam pembiayaan parti.

3. Australia: Pilihan Raya 2013
Jumlah: AS$42,8 juta (RM175 juta)

Kebanyakkan negara mengamalkan sistem demokrasi mengharamkan sumbangan daripada syarikat-syarikat, pihak asing yang berkepentingan, atau mereka mungkin memerlukan kelulusan pemegang saham untuk derma syarikat.

Malah sama dengan Malaysia, Australia juga tidak mempunyai larangan tersebut.

Suruhanjaya Pilihan Raya Australia (AEC) akan mengemukakan nilai sumbangan setiap tahun dengan menyenaraikan setiap derma sebagai 'kadar pendedahan'.

Jumlah 'kadar pendedahan' semasa dari 1 Julai 2015 sehingga 30 Jun 2016 adalah lebih daripada A$13,000 (RM37,703).

4. India: Pilihan Raya 2014
Jumlah derma: AS$55.5 juta (RM240 juta)

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Persatuan Reformasi Demokratik (ADR) pada tahun 2014, sebanyak 29 daripada 45 parti yang diiktiraf di India tidak mengemukakan laporan sumbangan mereka kepada Suruhanjaya Pilihan Raya India (ECI) pada September 2014, dan tarikh akhir penyerahan adalah pada 30 November 2014.

ECI dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 29 Ogos 2014 menyatakan kebimbangan terhadap kuasa wang yang boleh mempengaruhi pelbagai pihak, sekaligus menganggu persaingan sihat dan kesucian pilihan raya.

5. Singapura: Pilihan Raya 2011
Jumlah derma: Tidak diketahui

Walaupun jumlah keseluruhan dan pecahan sumbangan politik untuk Pilihan Raya lepas di Singapura tidak didedahkan kepada umum, namun Akta Derma Politik di negara ini adalah lebih ketat berbanding India.

Akta ini pada dasarnya berfungsi untuk menghalang derma parti-parti politik daripada individu yang tidak ditakrif sebagai penderma yang dibenarkan seperti pihak asing.

Penderma tanpa nama juga dilarang. Derma tanpa nama hanya akan dipertimbangkan sekiranya penerima tidak dapat mengenal pasti identiti penderma.

Walau bagaimanapun, ia tidak terpakai jika penderma meminta untuk tidak mendedahkan identiti mereka.

Tambahan pula, parti tidak dibenarkan untuk menerima derma lebih daripada S$5,000 (RM14,141) tanpa nama dalam jumlah kewangan lebih satu tahun.

Ini bermakna, jika pihak yang menerima pelbagai sumbangan tanpa nama dan jumlah itu melebihi S$5,000, lebihan itu hendaklah dikembalikan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan.

Persatuan politik boleh mengembalikan keseluruhan sumbangan kepada orang yang menyampaikannya (selain daripada penderma) atau institusi kewangan atau jika ia tidak boleh dilakukan, lebihan tersebut akan diserah kepada Pendaftar Derma Politik.

6. Malaysia: Pilihan Raya 2013
Jumlah derma: Sekurang-kurangnya AS$700 juta (RM2.6 bilion)

Isu membabitkan sejumlah wang bernilai RM2.6 bilion yang dipindahkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri baru-baru ini telah menimbulkan banyak persoalan mengenai undang-undang membabitkan pembiayaan politik untuk memastikan ketelusan dalam kalangan setiap ahli politik negara ini.

Tidak ada laporan rasmi mengenai jumlah sumbangan yang dikutip oleh semua parti politik di Malaysia.

Tambahan pula, tidak ada had kepada sumbangan tanpa nama, dan tidak ada larangan ke atas sumbangan korporat dan pihak asing.

Daripada enam contoh di atas, ia adalah agak jelas bahawa negara-negara di Asia, dan bukan hanya Malaysia, setiap negara perlu menekankan aspek ketelusan apabila menerima pembiayaan politik untuk mengelakkan rasuah.

Friday, August 21, 2015

RM2.6 Bilion Itu Sikit Agaknya Berbanding Apa Yang Anwar Terima Sejak 1998.




SPRM sudahpun membuat kenyataan, bahawa memang benar sejumlah RM2.6 bilion itu singgah sekejap di akaun peribadi Perdana Menteri, sebelum difaraidkan mengikut keperluan untuk PRU yang lalu.

Memang tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia, seorang PM menerima wang sebegitu banyak dalam akaun peribadi. Sekurang-kurangnya Najib sudah cipta sejarah. Malaysian Book of Record. Mengkagumkan juga.

RM2.6 bilion untuk PRU13 sahaja? Untuk satu pilihanraya? Apakah jumlah itu besar atau kecil?

Soalnya, pernah atau tidak kita tanyakan berapa jumlah collection PKR dan Kak Wan sepanjang beberapa pilihanraya yang lalu.

1999
2004
2008
2013
PRU14 nanti?

Ada sesiapa yang bertanya dengan Kak Wan, Rafizi, Izzah – berapa collection sebenar mereka peroleh untuk pilihanraya yang lepas-lepas? RM1b setiap PRU? Atau berapa?

Penting juga, kalau kita korek dan gali akaun peribadi Najib, berapa agaknya penerimaan akaun PKR dan sebarang yayasan, entiti yang rapat dengan parti tersebut?
Bukan soal diversion. Kalau kita nak Najib terbuka, kita juga perlu sama-sama bogelkan akaun parti sendiri. Baru sedap.

Berapa Konrad Adeanuer Foundation beri? Berapa wang dari Turki? Berapa wang dari NID? Berapa wang daripada Open Society? Berapa wang dari Singapura? Berapa wang tunai yang diseludup dari Thailand sepanjang 4 PRU yang lalu?

Kalau Sheikh Sungai Buloh tak boleh jadi transparen dan telus, barulah kita ada level playing field.

Ini tidak, bab gomen, bab PM nak ketelusan. Tapi apa pula integriti dan ketelusan kepada pembangkang?

Ke mana lebihan sumbangan yang diperolehi oleh Ketua Pembangkang selama ini? Ke mana?

PKR menang pun setakat lebih kurang 30 kerusi. Kalau bahagi-bahagi, mahunya PKR dapat lebih daripada apa yang UMNO dapat.
Siapa nak jawab tu?

-GelagatAnwar

Wednesday, August 19, 2015

BOHONG TAHAP DEWA | 'DAP TAK pernah TERIMA SATU SEN pun DANA ASING' - Lim Kit Siang




Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mendakwa bahawa parti itu tidak pernah menerima satu sen pun dana asing sejak penubuhannya.

Beliau menegaskan demikian selepas menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengumumkan jumlah dana asing yang diterima oleh Umno dan BN semasa kempen pilihan raya umum lepas.

"DAP tidak pernah menerima satu sen pun dana asing sejak lima dekad perjuangan politik kami untuk demokrasi dan keadilan di Malaysia," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Tegasnya, jika DAP telah menerima hanya satu ringgit pun  dana asing, mereka akan dituduh sebagai ejen dan alat kuasa asing.

Menurut Lim lagi, Najib menerima RM2.6 bilion dana asing untuk pilihan raya umum lepas.


Selain Najib, Lim juga mahu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan berapa banyak dana asing yang mereka terima bagi pihak BN bagi setiap pilihan raya umum dari 1982 hingga 2008.


Sementara itu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak menafikan dakwaan partinya menerima dana politik daripada, George Soros dan beliau sekadar ketawa dan merasa ia hanya membuang masa untuk dilayan dengan memberi jawapan apabila diajukan pertanyaan oleh media tentang dakwaan tersebut.

Baru-baru ini Datuk Abdul Rahman Dahlan, Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional mendakwa Parti DAP telah menerima sumbangan dana politik daripada pedagang mata wang antarabangsa, George Soros.

Rahman juga mendakwa yang parti-parti pembangkang telah menerima sumbangan dana daripada sebuah organisasi yang berpusat di Amerika syarikat iaitu National Endowment for Democracy (NED).

Apa yang menghairankan apabila pemimpin DAP seperti Tony Pua dan Lim Kit Siang kelihatan hipokrit dalam mendesak Dato’ Seri Najib Tun Razak mendedahkan sumber pembiayaan politik bagi BN dan UMNO, sedangkan pembangkang menentang cadangan supaya sumber dana setiap parti politik diisytiharkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Jumlah sumber kewangan pembangkang yang mengalir masuk bagi membiayai kepentingan politik pembangkang didakwa bernilai puluhan billion ringgit dan sumber terbesar sumber kewangan tersebut adalah daripada luar negara.

Kemampuan Parti DAP memiliki ibu pejabat parti bernilai jutaan ringgit di Pulau Pinang dalam tempoh dua tahun Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri juga menjadi tanda tanya dari manakah sumber kewangan mereka. Malah kemampuan pembangkang mengeluarkan bajet yang besar pada pilihan raya kecil dan menggerakkan jentera pilihan raya secara besar-besaran menjadi persoalan jika tidak melalui dana politik yang besar.


Tuesday, August 4, 2015

Keberanian dedah dana politik

Cadangan menjadikan sumbangan dana politik maklumat umum bukannya baru diutarakan malah telah dicadangkan PM Najib pada tetapi sekali lagi dibangkitkan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru iMac 2012 lagi. Ini sebagai sebahagian cadangan mengelak atau mengurangkan peluang berlakunya rasuah dan salah guna kuasa.

Melalui Pelan Transformasi Kerajaan (GTP), Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi tidak menghampakan harapan rakyat untuk penambahbaikan sistem pentadbiran negara dan dengan beraninya bersetuju sumbangan dana semua parti politik wajib dibuat terus ke akaun rasmi parti, berserta resit penerimaan.

Perdana Menteri juga berharap langkah ini dapat mengelakkan ahli-ahli politik menyalahgunakan nama parti untuk meminta atau menerima apa-apa sumbangan yang kemudiannya diselewengkan untuk kepentingan peribadi.

Mungkin satu lagi tamparan hebat kepada pihak tertentu yang cuba memainkan isu rasuah dalam kerajaan, langkah ini diharap dapat menangkis persepsi umum dan antarabangsa kononnya undang-undang negara hanya menjaga kepentingan sesetengah pihak dan tidak setaraf dengan 'kemajuan' sistem politik Barat.

Untuk Barisan Nasional (BN) dan parti-parti komponennya, ini mungkin sekadar satu lagi pemantauan yang sudah biasa dihadapi dalam kerajaan tetapi bagaimana pula kesannya terhadap parti politik lain apabila nama dan jumlah sumbangan 'penderma rahsia' mereka didedahkan?

Bagi rakyat, ini semestinya sesuatu yang amat dialu-alukan sama ada di pihak BN mahupun pembangkang demi menjamin ketelusan dan mengelak campur tangan 'dana asing' yang dikhuatiri cuba memanipulasi sistem urus tadbir negara ini.

Bagi ahli politik, langkah ini mungkin akan mengetatkan lagi cara dan jumlah peruntukan mereka diagihkan ketika pilihan raya tetapi dapat menjamin dana tersebut disalurkan kepada pihak sepatutnya dan menghapuskan dakwaan pembelian undi oleh pihak lawan masing-masing.

Langkah berani itu juga dapat mendedahkan kepada umum siapa yang menyokong dan membiayai BN mahupun parti-parti politik lain, dan ini mungkin akan menjadi titik penting merungkai pelbagai teori konspirasi dan agenda rahsia individu mahupun kumpulan tertentu dalam menentukan hala tuju politik di negara ini.

Dengan mewajibkan penggunaan akaun rasmi parti, resit penerimaan dan rekod dana parti yang perlu diaudit setiap akhir tahun kewangan, mungkinkah kawalan pembiayaan politik ini akan mengubah corak politik dan lebih penting lagi persepsi rakyat terhadap dunia politik Malaysia?

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Profesor Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berpendapat sistem baru itu lebih telus dalam mendedah sumber dana serta mengelak salah tanggapan tentang penajaan ahli atau parti politik tertentu.

"Melalui sistem ini, kita akan tahu siapa yang derma dan kepada siapa. Tambahan pula ia boleh dipantau dan diaudit bagi mengelakkan sumbangan dari sumber tidak diketahui atau tidak elok, terutamanya jika dana itu daripada pihak asing mahupun mereka yang boleh mengancam negara.

"Langkah ini bukan perkara baru kerana negara seperti Amerika Syarikat (AS) juga sudah lama menggunakannya untuk calon Presiden serta anggota Kongres dan Senat mereka," katanya.

Menurut beliau, pilihan berani Perdana Menteri itu juga tepat dalam mengelakkan tohmahan dan tuduhan liar kepada mana-mana pihak berkenaan sumber kewangan politik mereka dan kaedah penggunaan dana tersebut.

Beliau menekankan bagaimana sistem tersebut juga berkesan dalam mengekang gejala rasuah terutamanya jika dapat dibentuk sebagai sebuah peruntukan undang-undang khas untuk menyelia dan mentadbir urusan kewangan parti-parti politik di Malaysia.

"Sekarang wujud pelbagai persepsi tidak tepat orang ramai dan pengundi terhadap ahli dan dunia politik. Melalui sistem telus dan terbuka begini, umum juga dapat melihat wang rakyat dan sumber awam tidak digunakan untuk parti politik," jelasnya.

Tambahnya, pihak yang rasa tergugat jika sistem ini dilaksanakan perlu melihat kepada negara Barat yang menggalakkan sokongan atau tentangan terhadap individu atau parti politik tertentu dibuat secara terbuka.

Bagi beliau, mereka yang menentang ketelusan dalam dana politik juga tidak bersedia menerima sistem tadbir urus yang baik atau ada sesuatu yang mahu disorokkan daripada umum.

"Jelas kaedah ini akan meningkatkan integriti dalam dunia politik tempatan dan mengelakkan tohmahan berkaitan unsur rasuah.

"Mungkin ia akan timbulkan sedikit rasa kurang selesa pelbagai pihak pada awalnya tetapi yang menerima dan yang memberi derma itu perlulah berani menerima impak peralihan dana mereka diketahui umum kelak," ujarnya.

Mohamed Mustafa berharap penderma dana politik juga jujur dan berani untuk tunjukkan kepada rakyat siapakah individu serta parti politik yang mereka sokong.

Beliau menasihatkan mereka yang takut menerima kesan akibat derma mereka diketahui, lebih baik menderma kepada anak yatim tetapi jangan main sorok-sorok dalam sumbangan dana politik.

"Jika mereka yang disokong itu menang sekalipun, habuannya lebih sukar 'dituntut' kini dengan pelaksanaan sistem perolehan kontrak dan projek yang lebih telus dan terbuka oleh kerajaan.

"Walaupun ada manusia yang berkepentingan yang akan cuba manipulasi sistem ini tetapi sekurang-kurangnyua ia juga dapat mengelakkan wang jenayah digunakan untuk mengawal ahli dan parti politik tempatan," tegasnya.

Bagi Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan, penyaluran dana kepada individu dan parti politik tetap berlaku di Malaysia dan negara lain sama ada wujudnya sistem pamantauan ataupun tidak.

"Untuk mengelakkan salah faham, lebih elok sistem yang menjaga secara telus pergerakan dana politik dalam negara kerana ia sesuatu yang positif kepada penerima dan juga penderma.

"Paling utama sekali, perundangan baru ini akan membawa perubahan positif dan mendadak dalam mendedahkan siapakah penderma kepada parti-parti politik yang seterusnya akan mendedahkan tujuan dan agenda tersirat mereka," katanya.

Beliau berpendapat, sistem baru itu tidak akan menyusahkan BN tetapi akan meneliti dana politik parti-parti politik lain terutamanya dari pakatan pembangkang yang terpaksa mendedahkan sumber kewangan mereka untuk menggerakkan pelbagai aktiviti selama ini.

Beliau bagaimanapun merasakan pembangkang akan menentang usaha Perdana Menteri itu di Parlimen dengan pelbagai helah walaupun mereka yang paling lantang menuntut ketelusan dan menghapuskan rasuah.

"BN mungkin dijadikan kambing hitam sekali lagi dengan tuduhan cuba mengorek rahsia pemimpin dan parti politik pembangkang untuk 'mengenakan' mereka.

"Sepatutnya, kawalan serupa juga dikenakan terhadap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) agar sumber dana mereka didedahkan terutamanya dalam mengelak sumbangan pihak asing yang mempunyai niat jahat," tegasnya.

Menurut Azmi, selain menyekat kemasukan wang jenayah dan mengelakkan wang rakyat digunakan parti politik, sumbangan dana asing juga sesuatu yang perlu disekat seperti mana diamalkan di Barat.

"Parti politik AS, United Kingdom dan Australia juga banyak menerima sumbangan dana tetapi mereka menetapkan syarat tidak menerima bantuan dana daripada pihak asing.

"Selain mengehadkan jumlah sumbangan yang boleh dibuat pihak tertentu kepada mana-mana parti politik bagi mengelakkan konflik kepentingan, saya juga menyarankan hanya warganegara Malaysia boleh menderma bagi mengelakkan campur tangan pihak asing," ujarnya.



DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.