Cadangan
menjadikan sumbangan dana politik maklumat umum bukannya baru diutarakan malah telah dicadangkan PM Najib pada tetapi
sekali lagi dibangkitkan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru
iMac 2012 lagi. Ini sebagai sebahagian cadangan mengelak atau mengurangkan peluang berlakunya
rasuah dan salah guna kuasa.
Melalui
Pelan Transformasi Kerajaan (GTP), Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi tidak
menghampakan harapan rakyat untuk penambahbaikan sistem pentadbiran negara dan
dengan beraninya bersetuju sumbangan dana semua parti politik wajib dibuat
terus ke akaun rasmi parti, berserta resit penerimaan.
Perdana
Menteri juga berharap langkah ini dapat mengelakkan ahli-ahli politik
menyalahgunakan nama parti untuk meminta atau menerima apa-apa sumbangan yang
kemudiannya diselewengkan untuk kepentingan peribadi.
Mungkin
satu lagi tamparan hebat kepada pihak tertentu yang cuba memainkan isu rasuah
dalam kerajaan, langkah ini diharap dapat menangkis persepsi umum dan
antarabangsa kononnya undang-undang negara hanya menjaga kepentingan sesetengah
pihak dan tidak setaraf dengan 'kemajuan' sistem politik Barat.
Untuk
Barisan Nasional (BN) dan parti-parti komponennya, ini mungkin sekadar satu
lagi pemantauan yang sudah biasa dihadapi dalam kerajaan tetapi bagaimana pula
kesannya terhadap parti politik lain apabila nama dan jumlah sumbangan
'penderma rahsia' mereka didedahkan?
Bagi
rakyat, ini semestinya sesuatu yang amat dialu-alukan sama ada di pihak BN
mahupun pembangkang demi menjamin ketelusan dan mengelak campur tangan 'dana
asing' yang dikhuatiri cuba memanipulasi sistem urus tadbir negara ini.
Bagi
ahli politik, langkah ini mungkin akan mengetatkan lagi cara dan jumlah
peruntukan mereka diagihkan ketika pilihan raya tetapi dapat menjamin dana
tersebut disalurkan kepada pihak sepatutnya dan menghapuskan dakwaan pembelian
undi oleh pihak lawan masing-masing.
Langkah
berani itu juga dapat mendedahkan kepada umum siapa yang menyokong dan
membiayai BN mahupun parti-parti politik lain, dan ini mungkin akan menjadi
titik penting merungkai pelbagai teori konspirasi dan agenda rahsia individu
mahupun kumpulan tertentu dalam menentukan hala tuju politik di negara ini.
Dengan
mewajibkan penggunaan akaun rasmi parti, resit penerimaan dan rekod dana parti
yang perlu diaudit setiap akhir tahun kewangan, mungkinkah kawalan pembiayaan
politik ini akan mengubah corak politik dan lebih penting lagi persepsi rakyat
terhadap dunia politik Malaysia?
Ketua
Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Profesor
Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berpendapat sistem baru itu lebih telus dalam
mendedah sumber dana serta mengelak salah tanggapan tentang penajaan ahli atau
parti politik tertentu.
"Melalui
sistem ini, kita akan tahu siapa yang derma dan kepada siapa. Tambahan pula ia
boleh dipantau dan diaudit bagi mengelakkan sumbangan dari sumber tidak
diketahui atau tidak elok, terutamanya jika dana itu daripada pihak asing
mahupun mereka yang boleh mengancam negara.
"Langkah
ini bukan perkara baru kerana negara seperti Amerika Syarikat (AS) juga sudah
lama menggunakannya untuk calon Presiden serta anggota Kongres dan Senat
mereka," katanya.
Menurut
beliau, pilihan berani Perdana Menteri itu juga tepat dalam mengelakkan
tohmahan dan tuduhan liar kepada mana-mana pihak berkenaan sumber kewangan
politik mereka dan kaedah penggunaan dana tersebut.
Beliau
menekankan bagaimana sistem tersebut juga berkesan dalam mengekang gejala
rasuah terutamanya jika dapat dibentuk sebagai sebuah peruntukan undang-undang
khas untuk menyelia dan mentadbir urusan kewangan parti-parti politik di
Malaysia.
"Sekarang
wujud pelbagai persepsi tidak tepat orang ramai dan pengundi terhadap ahli dan
dunia politik. Melalui sistem telus dan terbuka begini, umum juga dapat melihat
wang rakyat dan sumber awam tidak digunakan untuk parti politik,"
jelasnya.
Tambahnya,
pihak yang rasa tergugat jika sistem ini dilaksanakan perlu melihat kepada
negara Barat yang menggalakkan sokongan atau tentangan terhadap individu atau
parti politik tertentu dibuat secara terbuka.
Bagi
beliau, mereka yang menentang ketelusan dalam dana politik juga tidak bersedia
menerima sistem tadbir urus yang baik atau ada sesuatu yang mahu disorokkan
daripada umum.
"Jelas
kaedah ini akan meningkatkan integriti dalam dunia politik tempatan dan
mengelakkan tohmahan berkaitan unsur rasuah.
"Mungkin
ia akan timbulkan sedikit rasa kurang selesa pelbagai pihak pada awalnya tetapi
yang menerima dan yang memberi derma itu perlulah berani menerima impak
peralihan dana mereka diketahui umum kelak," ujarnya.
Mohamed
Mustafa berharap penderma dana politik juga jujur dan berani untuk tunjukkan
kepada rakyat siapakah individu serta parti politik yang mereka sokong.
Beliau
menasihatkan mereka yang takut menerima kesan akibat derma mereka diketahui,
lebih baik menderma kepada anak yatim tetapi jangan main sorok-sorok dalam
sumbangan dana politik.
"Jika
mereka yang disokong itu menang sekalipun, habuannya lebih sukar 'dituntut'
kini dengan pelaksanaan sistem perolehan kontrak dan projek yang lebih telus
dan terbuka oleh kerajaan.
"Walaupun
ada manusia yang berkepentingan yang akan cuba manipulasi sistem ini tetapi
sekurang-kurangnyua ia juga dapat mengelakkan wang jenayah digunakan untuk
mengawal ahli dan parti politik tempatan," tegasnya.
Bagi
Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan, penyaluran
dana kepada individu dan parti politik tetap berlaku di Malaysia dan negara
lain sama ada wujudnya sistem pamantauan ataupun tidak.
"Untuk
mengelakkan salah faham, lebih elok sistem yang menjaga secara telus pergerakan
dana politik dalam negara kerana ia sesuatu yang positif kepada penerima dan
juga penderma.
"Paling
utama sekali, perundangan baru ini akan membawa perubahan positif dan mendadak
dalam mendedahkan siapakah penderma kepada parti-parti politik yang seterusnya
akan mendedahkan tujuan dan agenda tersirat mereka," katanya.
Beliau
berpendapat, sistem baru itu tidak akan menyusahkan BN tetapi akan meneliti
dana politik parti-parti politik lain terutamanya dari pakatan pembangkang yang
terpaksa mendedahkan sumber kewangan mereka untuk menggerakkan pelbagai
aktiviti selama ini.
Beliau
bagaimanapun merasakan pembangkang akan menentang usaha Perdana Menteri itu di
Parlimen dengan pelbagai helah walaupun mereka yang paling lantang menuntut ketelusan
dan menghapuskan rasuah.
"BN
mungkin dijadikan kambing hitam sekali lagi dengan tuduhan cuba mengorek rahsia
pemimpin dan parti politik pembangkang untuk 'mengenakan' mereka.
"Sepatutnya,
kawalan serupa juga dikenakan terhadap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) agar
sumber dana mereka didedahkan terutamanya dalam mengelak sumbangan pihak asing
yang mempunyai niat jahat," tegasnya.
Menurut
Azmi, selain menyekat kemasukan wang jenayah dan mengelakkan wang rakyat
digunakan parti politik, sumbangan dana asing juga sesuatu yang perlu disekat
seperti mana diamalkan di Barat.
"Parti
politik AS, United Kingdom dan Australia juga banyak menerima sumbangan dana
tetapi mereka menetapkan syarat tidak menerima bantuan dana daripada pihak
asing.
"Selain
mengehadkan jumlah sumbangan yang boleh dibuat pihak tertentu kepada mana-mana
parti politik bagi mengelakkan konflik kepentingan, saya juga menyarankan hanya
warganegara Malaysia boleh menderma bagi mengelakkan campur tangan pihak
asing," ujarnya.
No comments :
Post a Comment