"Mengapa
semua kroni dan taikun besar belaan Tun M bersatu membentuk satu konspirasi
terancang termasuk sanggup membiayai berbillion ringgit semata-mata untuk
menyerang Najib Tun Razak dan berusaha keras untuk menjatuhkan beliau?
Jawapannya mudah. Najib juga secara terancang dan sistematik telah berjaya
menghapuskan dan merombak semula sebahagian besar projek, lesen, konsesi yang
pernah Tun M anugerahkan kepada rakan2 kroni beliau."
Saya
berada di dalam Pejabat Ahmad Sebi Abu Bakar apabila Vincent Tan meluru masuk
tanpa mengetuk pintu. Nampaknya Vincent Tan tidak perlu membuat temujanji untuk
berjumpa dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atau Menteri Kewangan
Daim Zainuddin. Beliau boleh masuk begitu sahaja walaupun terdapat orang lain
di dalam bilik, termasuklah diplomat dan wakil asing.
Apapun,
sebab Vincent Tan dipanggil bertemu orang kanan Tun Daim, Ahmad Sebi, yang
ketika itu mengendalikan TV3 adalah untuk membincangkan hal Sports Toto. Mereka
mahu Vincent Tan mengambil alih Sports Toto. Kerajaan Mahathir memanggilnya
penswastaan. Kami di Dewan Perniagaan Melayu memanggilnya pelanunan.
Satu
sebab mengapa ahli tidak begitu gembira dengan penswastaan ini adalah ianya
tidak dilakukan dalam tender terbuka. Maka tiada ketelusan langsung bagaimana
ianya dilakukan. Ianya dilakukan secara bawah meja dan memberikan manfaat
kepada kroni yang berjalan di koridor kekuasaan - Melayu, Cina dan India.
(Maka
penswastaan ini tidak bersifat rasis dan perkauman - yang bermakna Dasar
Ekonomi Baru atau DEB lebih berkesan untuk bukan Melayu. Contohnya, Mahathir
memberikan RM3 bilion kepada orang Cina dan hanya RM500 juta kepada orang
Melayu untuk ‘bail out’ mereka yang berdepan risiko muflis ketika krisis
ekonomi 1985).
Dan
yang lebih dipertikaikan adalah aset, pelaburan, pegangan dan konsesi kerajaan
yang diswastakan ini dijual pada harga yang cukup murah, kadang-kadang 10% atau
kurang dari harga pasaran sebenar. Dengan hanya satu tandatangan, kroni menjadi
jutawan dan bilionair sekelip mata.
Anda
boleh baca selebihnya tentang isu ini seperti yang dilaporkan oleh Jomo K. S.
dan Tan Wooi Syn di pautan
ini:http://unpan1.un.org/intradoc/groups/public/documents/un/unpan021546.pdf
Seperti
yang saya sebutkan, saya berada di situ ketika Vincent Tan diminta untuk
membuat tawaran untuk sumber wang kerajaan yang sangat menguntungkan, Sports
Toto. Pada tahun 1995, Sports Toto secara sulit dijual kepada Vincent Tan tanpa
sebarang pengumuman dan tiada bidaan saingan.
70%
yang pertama dijual pada harga RM28 juta kepada B&B Enterprise milik
Vincent Tan, yang dikatakan 60% milik bumiputera, dan kemudiannya 10% dijual
kepada Melewar Corporation - syarikat yang dimiliki oleh seorang lagi kroni
Mahathir (dan rakan perniagaan Tan Sri Loy Hean Heong dari MBF), Tunku Tan Sri
Abdullah Almarhum Tuanku Abdul Rahman.
Baki
30% dijual kepada Raleigh Berhad milik Tun Daim, bernilai RM85 juta, yang
dimiliki sebanyak 26% oleh seperti Tajuddin Ramli yang ‘terkenal’ dengan MAS.
Walaupun penjualan kedua melibatkan harga sesaham 7 kali ganda lebih tinggi,
perlu diingat ketika Sports Toto kali pertama diniagakan di BSKL, ianya
mencatakan harga penutup yang lebih tinggi.
Ketika
bursa saham ditutup semalam, pemodalan pasaran Sports Toto pemodalan pasaran
Sports Toto mencecah RM4.2 bilion - satu pulangan yang cukup lumayan daripada
RM28 juta untuk 70% saham yang dibayar ketika Mahathir menjualnya kepada
Vincent Tan.
Memandangkang
Berjaya Corporation (syarikat pegangan B&B) memilki hampir 56% pada
penghujung tahun kewangan 1990-1991 dengan 42% adalah milik bumiputera, Jones
and Fadil telah menyimpulkan kepentingan swasta Bumiputera telah melepaskan
pegangan dengan menjual saham-sahamnya,dan dalam masa yang sama telah
memberikan pulangan dana yang memberansangkan untuk kepentingan bukan
bumiputera.
Sports
Toto dipercayai adalah aset yang paling menguntungkan di dalam konglomerat
milik Tan. Keuntungan Sports Toto diransang oleh kadar cukai yang rendah -
berbanding dengan firma perjudian lain, dimana kadar cukai itu ditentukan
secara rahsia oleh Kementerian Kewangan - dan juga sumbangannya - yang sering
diberikan publisiti meluas - kepada pembangunan sukan di Malaysia.
Pada
tahun 1988, operasi loteri Big Sweep telah diswastakan kepada Pan Malaysian
Sweep Sdn Bhd, yang dikuasai oleh Ananda Krishnan, seorang lagi sekutu rapat
Mahathir (New Straits Times, 16 February 2016). Lesen untuk loteri Big Sweep
hanya dikeluarkan kepada Kelab Lumba Kuda Selangor, Perak dan Pulau Pinang,
yang hanya menjual tiket loteri itu kepada ahli kelab mereka.
Dengan
pengambilalihan oleh Pan Malaysia Sweeps, sejak Februari 1989, tiket loteri
telah djiual kepada orang awam. Hadiah Big Sweep yang lebih lumayan telah
menjejaskan jualan tiket loteri Kementerian Kebajikan iaitu Loteri Kebajikan
Sosial, yang akhirnya ditutup oleh Kerajaan, selaras dengan polisi Islamisasi -
lalu memberikan monopoli kepada Big Sweep dalam jualan tiket loteri, monopoli
yang bertahan selama 25 tahun hingga ke tahun ini.
Juga
pada Januari 1989, Lembaga Totalisator Malaysia, satu badan berkanun kerajaan
yang menganjurkan dan mengawal selia totalisator lumba kuda sejak 1961, telah
melantik Usaha Tegas Sdn Bhd milik Ananda Krishnan untuk menguruskan Operasi
Nombor Ramalan Totalisator (NFO)
Pengurusan
NFO telah diambil alih oleh subsidiari milik penuh Usaha Tegas, Pan Malaysian
Pools Sdn Bhd, yang diperbadankan pada Julai 1988. NFO mengendali 2 aktiviti
perjudian - operasi ‘3 digit’ yang bermula pada tahun 1961, dan operasi ‘1+3’
digit, yang diperkenalkan oleh Pan Malaysian Pools pada September 1989
(Malaysian Business, 16 November 1991) - yang mengukuhkan lagi monopoli
perjudian Ananda Krishnan.
Selain
dari keuntungan beratus juta ringgit yang dicatatkan selama lebih 2 dekad,
operasi ini yang telah dinamakan semula sebagai Da Ma Cai, telah dijual pada
2011 oleh Ananda Krishnan pada harga RM2.1 bilion kepada sekumpulan taikun cina
yang terkenal - mengagumkan untuk satu operasi yang diperolehi hampir secara
percuma oleh Ananda apabila beliau dilantik (bukan dijual kepada beliau) untuk
mengambil alih operasi.
Selain
dari itu, beberapa tahun kemudian pada tahun 1993, Ananda Krishnan telah
diberikan hak untuk mengambil alih tanah Kelab Lumba Kuda Selangor di Jalan
Ampang pada harga RM400 juta dengan menggunakan wang yang diperolehi beliau
dari operasi perjudian beliau.
Dengan
pantas, Petronas diarahkan untuk membiayai dan mengambil alih projek ini dan
dinamakan sebagai KLCC. Di dalam proses itu, hanya dalam tempoh beberapa tahun
yang pendek selepas dibenarkan mengambil alih tanah tersebut, berbilion ringgit
wang Petronas mengalir ke poket kroni Mahathir ini, iaitu Ananda Krishnan.
Tetapi
ini adala kisah untuk hari lain. Cukup untuk mengatakan yang Petronas mengambil
alih satu menara pada harga 2 menara ditambah dengan harga tanah. Maka Ananda
Krishnan mendapat menara kedua secara percuma - yang begitu tidak disenangi
oleh Petronas tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana perjanjian itu
ditandatangani oleh antara Mahathir dan Ananda Krishnan.
Dan
anda mahu bercakap tentang 1MDB? Aduh. Mari kita berbicara mengenai
urusniaga-urusniaga lain yang lebih meragukan. Tony Pua dan DAP tidak akan
menyalak berkenaan isu ini kerana mereka menerima jumlah derma yang besar dari
orang-orang ini. Walaupun bukan RM2.6 bilion, ianya masih besar. Saya serahkan
kepada anda Muhyiddin Yassin! Beritahulah berapa yang anda terima juga.
Sekarang,
mengapa semua kroni ini bersatu membelasah Najib Tun Razak dan membiayai Dr
Mahathir untuk menjatuhkan beliau? Jawapannya mudah. Najib secara sistematik
menghapuskan semua projek, lesen, konsesi yang telah diberikan Mahathir kepada
rakan kroni beliau.
Sejak
Najib menjadi Perdana Menteri, Big Sweep dan Da Ma Chai kini hanya menjadi
badan kebajikan berbanding menyumbangkan untung ke dalam poket Ananda Krishnan.
Najib telah menggantung lesen pertaruhan sukan Vincent Tan yang diberikan oleh
Mahathir sebulan sebelum beliau bersara. Permintaan Vincent Tan untuk
menjadikan Bukit Tinggi Kasino tidak diluluskan. Dan Ananda Krishnan hilang IPP
beliau yang menguntungkan kepada 1MDB.
Anda
perlu menjadi saintis ke untuk mengorek sebab sebenar semua ini terjadi? Anda
betul-betul fikir ianya mengenai 1MDB ke? Jika begitu, anda lebih bodoh dari
apa yang sepatutnya.
Oleh
Raja Petra Kamarudin,
http://www.malaysia-today.net/how-mahathir-turned-millionaire-vincent-tan-into-a-billionair
No comments :
Post a Comment