Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, December 28, 2012

KBBGATE RM445 Juta : Anwar, Taikun Quek & Warlord Kroni

SELAMA hari ini rakyat sering kali didoktrinkan dengan pemikiran bahawa Pakatan Rakyat berupaya membawa Malaysia ke satu tahap yang baru, dibandingkan dengan Barisan Nasional (BN). Kunci kepada idea pembaharuan tersebut ialah dengan meletakkan Anwar sebagai ikon pemimpin yang suci, bersih dari segala penyalahgunaan kuasa dan rasuah – mengambil teladan dari rekodnya sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebelum dipecat pada 1998.

Justeru, amat penting sekali Anwar dan Pakatan Rakyat ‘dilihat’ bebas dari sebarang unsur-unsur berkaitan rasuah dan salah guna kuasa. Kalau pun ada, ia perlu cepat-cepat di sapu ke bawah karpet sebelum ada yang nampak dan cuba mempersoalkan.

Paling tidak, tuduh UMNO sebagai dalang dan nescaya perkara itu akan cepat dilupakan. Inilah strateginya.

Tapi perkembangan mutakhir dalam kes saman antara ahli perniagaan Low Thiam Hoe dengan Hong Leong Bank Berhad berhubung skandal pembelian Kewangan Bersatu Berhad (KBB) bernilai RM 445 juta pada 1998, yang menyaksikan nama Anwar dan Pengerusi Hong Leong, Tan Sri Quek Leng Chan turut terbabit,


Berbekalkan dokumen-dokumen kes saman Hong Leong Finance Bhd. (Hong Leong Finance) dengan Low Thiam Hoe dan kes saman balas oleh Thiam Hoe terhadap Hong Leong, LHG Capital Markets Sdn Bhd dan Seow Lun Hoo, blogger Raja Petra Kamarudin (RPK) membongkar satu lagi operasi gelap yang mengaitkan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama taikun Tan Sri Quek Leng Chan.

Kes saman yang membabitkan pinjaman bersindiket berjumlah RM445 juta itu sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Malaya, Kuala Lumpur.

Dalam perkara 4, salah satu dokumen yang dimuat turun oleh RPK di lamannya, malaysia-today.net antara lainnya menyebut, “Dua defenden adalah Hamzah Harun dan Mohd Faiz Abdullah mewakili Arus Murni Sdn Bhd yang secara prinsipnya mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim (Menteri Kewangan) dan Tan Sri Quek Leng Chan (Pengerusi Eksekutif Hong Leong Finance)”

Pada tahun 1993, ketika Anwar mengambil alih jawatan Timbalan Perdana Menteri selepas menyingkirkan Ghafar Baba ramai berpendapat inilah salah satu pemilihan UMNO yang paling terkotor. Sesetengah berpendapat sebanyak RM200 juta telah dibelanjakan untuk menggulingkan Ghaffar – permulaan ‘politik wang’ yang menjadi barah dalam UMNO, ‘budaya hitam’ yang UMNO terpaksa bergelut sampai sekarang.

"Walau bagiamanapun, apa sahaja angka, ia adalah dalam angka beratus-ratus juta. Namun, ramai yang tidak tahu, dan topik utama perdebatan : Dari mana Anwar mendapatkan sumber kewangan tersebut ?”, kata RPK dalam kolumnya, The Corridors of Power, bertajuk “Episode 23 : The Anwar Ibrahim-Quek Leng Chan Saga“.

RPK mendedahkan sebagai Menteri Kewangan, Anwar dikelilingi taikon-taikon Cina yang saling bersaing antara satu sama lain, antaranya Tan Sri Dato Vincent Tan Chee Yiou, Tan Sri Dato Khoo Kay Peng dan Tan Sri Quek Leng Chan.

Khoo Kay Peng adalah pemilik Kwong Lee Bank Berhad yang kemudiannya ditukar nama kepada Malayan United Bank Berhad (MUI Bank).

Pada mulanya, seorang taikon perniagaan Cina, Tan Sri Dato Vincent Tan Chee Yioun, melalui Berjaya Corporation, telah membuat tawaran untuk membeli bank itu (MUI Bank). Terdapat khabar angin mengatakan bahawa Khoo Kay Peng tidak berminat untuk menjual banknya tetapi ditekan untuk berbuat demikian.

Bisik-bisik politik menyebut pada masa itu Vincent Tan telah diberitahu supaya ‘berundur sebab Anwar mahukan bank itu’. Sebagai hamba yang taat, Vincent Tan berundur untuk memberi ruang kepada Quek Leng Chan mengambil alih bank itu.
Tetapi Vincent Tan tidak berundur dengan tangan kosong. Sebagai pampasan, beliau telah dibenarkan menjalankan ‘cabutan bertuah’ Sports Toto, projek kroni Anwar yang juga rakan tenisnya, S. Nallakaruppan. Cabutan bertuah Sports Toto adalah pendapatan lumayan aliran wang tunai yang mencukupi untuk menampung ‘dana pemilihan’ UMNO. Dikatakan bahawa inilah permulaan hubungan antara Anwar dan Nalla, aliran tunai cabutan bertuah (Sports Toto)”, kata RPK.

Menurutnya, pada 24 Mac 1997, satu pinjaman bersindiket berjumlah RM420 juta telah diperolehi di bawah lapan orang penama, yang kesemuanya bertindak sebagai ‘calon’ untuk orang-orang tertentu – RM420 juta adalah jumlah pinjaman asal dengan tambahan RM25 juta yang diberikan kepada Faiz Abdullah untuk menampung faedah tertunggak.

Pemberi pinjaman sindiket tersebut adalah Hong Leong Finance, Sime Bank Berhad, BSN Commercial Bank (Malaysia) Berhad dan DCB Bank Berhad.

Manakala pemudahcara pinjaman tersebut adalah Hong Leong Finance Berhad dan HLG Capital Markets Sdn Bhd.

Tujuan pinjaman adalah untuk membeli saham-saham Inchcape Timuran dan Kewangan Bersatu Berhad (KBB) atau Kewangan Usaha Bersatu Berhad (KUBB)
KBB dimiliki oleh Ishak Ismail, kroni Anwar yang mengawal Idris Hydraulic dan Bendahari Umno Pulau Pinang di mana ketika itu Anwar merupakan pengerusi UMNO negeri itu.

Wang RM420 juta telah diluluskanr tetapi pengambilalihan KBB tidak pernah berlaku. Jadi apa yang berlaku kepada wang tersebut ? “, soal RPK.

Menurutnya, Anwar yang bercita-cita mahu menumbangkan Tun Dr Mahathir Mohamad perlu menyingkirkan Ghaffar Baba terlebih dahulu, jika belanja RM200 juta untuk menumbangkan Ghaffar, maka kos yang lebih besar perlu diperolehi untuk menumbangkan Dr Mahathir.

Kata RPK, hanya dengan ‘wang rakyat’ dan kroni-kroninya merupakan jalan terbaik Anwar menumbangkan Dr Mahathir, maka tidak hairan, Anwar memperkayakan kroni-kroninya termasuk Tong Kooi Ong, Chan Ah Chye, TK Lim, Kamaruddin Jaafar, Ishak Ismail dan lain-lain.

Seorang individu yang bertaruh besar bahawa Anwar akan menjadi Perdana Menteri selepas menyingkirkan Dr Mahathir adalah Quek Leng Chan. Individu yang sama yang mendapat kedudukan di bank di bawah pemerhatian Anwar.

Ketika Anwar dan Quek melaksanakan perancangan operasi mereka, pelaksana sebenar diberikan kepada Nazri Abdullah, panglima (warlord) Anwar yang sekarang ini menetap di London (dan salah satu keuntungan RM600 juta daripada MBO Media) dan Seow Lun Hoo adalah panglima Quek.

Rundingan dengan Inchcape Timuran diuruskan oleh Seow bersama Faiz Abdullah, kroni Anwar dan peguam yang juga bertindak sebagai penulis ucapan Anwar sama seperti Dr Munawar Anees, individu yang kemudiannya dipenjarakan selama enam bulan kerana membenarkan Anwar meliwatnya”, katanya.


Pendedahan RPK berdasarkan dokumen-dokumen mahkamah itu merupakan tip of the iceberg daripada pendedahan bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid pada Oktober 1999.

Abdul Murad dalam Akuan Berkanun yang diikrarkan di depan Pesuruhjaya Sumpah di sini pada 26 Oktober 1999 berkata Anwar Ibrahim mengawal 20 Akaun Induk (Master Accounts) yang diuruskan oleh kroni-kroninya membabitkan aset, saham dan wang bernilai lebih RM3 bilion.

Abdul Murad, membacakan Akuan Berkanun beliau itu pada sidang akhbar yang diadakan di Hotel Grand Olimpic dengan nada kesal mengakui bahawa beliau juga ialah salah seorang kroni yang menguruskan akaun induk milik Anwar.

Bagaimanapun, beliau mendakwa terpaksa melaksanakan arahan-arahan Anwar seperti mengatur pinjaman-pinjaman bank dalam jumlah beratus-ratus juta ringgit untuk kroni-kroni lain walaupun ini bertentangan dengan undang-undang “kerana sebagai Menteri Kewangan dia akan cincang saya jika arahan-arahan tersebut tidak dilaksanakan”.

Anwar dan Vincent Tan

Beliau juga mengaku memperkenalkan seorang lelaki Cina bernama Tong Kooi Ong juga terlibat dalam memberi bantuan kewangan kepada Anwar.

Tong ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Phileo Allied Berhad, sebuah syarikat yang tersenarai di papan utama BSKL. Phileo Allied Bank berada di bawah kawalan Tong.

Anwar mengarahkan Tong supaya mengambil Shamsidar Taharin dan seorang lagi yang bernama Rahman bekerja dengan banknya.

Shamsidar ialah isteri kepada Azmin Ali, bekas Setiausaha Sulit kepada Anwar.
Kata Abdul Murad: “Adalah diketahui dengan meluas bahawa Shamsidar dibayar gaji yang tinggi dan disediakan dengan sebuah kereta dan pemandu dan pada kebanyakan masa dia tidak perlu pergi bekerja.”

Pengakuan bersumpah itu juga menyebut Anwar mengarahkan Abdul Murad membantu kumpulan bekas Ketua Pengarang Berita Harian, Datuk Nazri Abdullah untuk mengambil alih Kumpulan New Straits Times daripada Renong.

Saya mendapatkan Kumpulan Hong Leong untuk menstrukturkan urus niaga itu. Saya bercakap dengan Seow Lun Hoo dan Quek Leng Chan dari Hong Leong. Mereka mencadangkan supaya kumpulan Datuk Nazri menggunakan MRCB sebagai saluran untuk mengambil alih saham New Straits Times.

Saya kemudian bercakap dengan Maybank untuk mengatur pinjaman kepada Nazri bagi membeli MRCB dan satu lagi pinjaman untuk membeli NST.”

Beliau juga telah diarahkan oleh Anwar untuk membantu Faiz Abdullah, seorang penulis teks ucapan Anwar yang juga salah seorang peguam bekas Timbalan Perdana Menteri itu, untuk mendapatkan pinjaman bank berjumlah lebih RM400 juta untuk membeli Kewangan Usaha Bersatu Berhad (KUBB).

Pada masa itu KUBB dimiliki oleh Idris Hydraulic Berhad. Skim itu melibatkan penggunaan Arus Murni Berhad yang sebelum itu dikenali sebagai Timuran Berhad, sebuah syarikat yang disenaraikan di papan utama BSKL sebagai syarikat pemegang.

Saya menemui bank-bank berikut untuk membantu mendapatkan pinjaman untuk membeli saham KUBB bernilai lebih RM400 juta: 1. Hong Leong Bank, 2. Hong Leong Finance, 3. Sime Bank, 4. RHB Bank, 5. Southern Bank, 6. BSN Commercial Bank,” katanya.


Kenyataan bersumpah Abdul Murad menyifatkan Faiz “seorang penulis hantu yang bijak dan operator politik untuk Anwar. Beliau juga seorang peguam, bekas wartawan dan bekas pegawai Cawangan Khas polis.”

AIDC

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.