Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, December 25, 2012

Nurul Izzah Hina Syed Mokhtar Dan Julang Robert Kuok Di Jalan Kebun


 

Malam tadi di bertempat di Dewan MBSA, Jalan Kebun, Nurul Izzah menjulang nama Robert Kuok dan menghina usahawan sebangsa dengannya, Syed Mokhtar Al-Bukhari. Tergamak sungguh Nurul menghina bangsanya sendiri di kawasan perkampungan tradisi yang penduduknya 100% Melayu.

Dalam program yang dianjurkan oleh Pemuda Pakatan Rakyat Parlimen Kota Raja itu, Nurul Izzah menyifatkan bahawa Syed Mokhtar sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap kenaikan gula di Malaysia. Nurul Izzah bercakap bak sedap mulut, walhal klik SINI untuk mengetahui Tradewinds milik Syed Mokhtar bukanlah bukan monopoli tunggal dalam industri gula di Malaysia.

Nurul Izzah turut menuduh Syed Mokhtar sebagai proxy Tun Dr Mahathir, disamping menguasai IPP (melalui Malakof) dan mengaut keuntungan besar. Benarkah begitu?
Sebaliknya, jika kita merujuk kepada perakuan berkanun yang dibuat oleh Dato' Abdul Murad Khalid (bekas Penolong Gabenor BNM), ada menyebut perkara di bawah:-

  1. Amongst the most significant corporate exercises is the takeover
    of Sikap Power, the concession holder of the Independent Power Project
    (IPP) at Lumut, Perak.

    The concession was sold to MRCB on the instruction of Datuk Seri
    Anwar Ibrahim and MRCB later injected the concession into Malakof
    Berhad, which is the subsidiary of MRCB.

    I believe that a profit of about RM50 million from this deal went to one of DSAI’s political funds.
Perakuan berkanun penuh Murad boleh dibaca klik SINI.

Nurul Izzah mungkin boleh menipu semua orang, tapi pada masa yang sama tidak semua orang akan tertipu dengan kata-katanya. Di bawah adalah bukti transaksi penjualan Malakof yang asalnya dikuasai oleh MRCB kepada MMC (dikuasai oleh Syed Mokhtar) yang hanya berlaku pada tahun 2001.


Seterusnya : di sini



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.