Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, January 31, 2013

Rakyat Singapura Bantu Draf Bajet Alternatif Pakatan ?


Di sebalik Bajet Alternatif dan DAP ‘serang’ Syed Mokhtar

BENARKAH Bajet Alternatif yang diuar-uarkan pakatan pembangkang itu adalah hasil buah tangan seorang bekas pegawai penyelidik di Pejabat Menteri Besar Selangor, iaitu Tricia Yeoh?
Jika benar, apakah kehebatan wanita ini sehingga diberi tanggungjawab menyusun bajet yang menjadi agenda pembangkang untuk merampas Putrajaya itu?

Menurut blog Gelagat Anwar (gelagatanwar.wordpress.com), Tricia merupakan permata baru dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta dibayar gaji RM18,000 sebulan sebagai pegawai penyelidik kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kini beliau digunakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di peringkat nasional.

Blog ini berkata, sesiapa yang melihat penyediaan bajet pakatan pembangkang kali ini dapat merasai perbezaan yang ketara kerana Anwar kini lebih menekankan agenda meruntuh dan membina semula beberapa agensi kerajaan yang dibina oleh Barisan Nasional (BN) antaranya Petronas, selari dengan pemikiran Tricia yang dikatakan mempunyai pemikiran “sama rata".
Dalam pada Anwar percaya dengan kebijaksanaan Tricia - satu bab daripada bajet (mengenai perumahan) sebenarnya disediakan oleh orang lain. Tricia yang tidak faham sangat mengenai hartanah - telah subkontrak penyediaan bajet ini kepada seorang pegawai rendah undang-undang HDB (Lembaga Pembangunan Perumahan) Singapura. Anwar tidak ada modal lain kecuali menggunakan model HDB Singapura," katanya.

Ekoran itu, cadangan berkaitan perumahan dalam bajet pembangkang tidak berdasarkan realiti di Malaysia kerana ia menggunakan acuan Singapura yang tidak mempunyai negeri, tiada jawatan Menteri Besar dan Jadual 9 Perlembagaan yang meletakkan bidang kuasa tanah kepada kerajaan negeri.
Blog Kedahan 69-ers (kedahan69ers.com) berkata, kegilaan Tricia untuk menyamaratakan semua perkara menyebabkan timbulnya banyak kelemahan dalam Bajet Alternatif sedangkan soal kesamarataan ini adalah cerita basi dari zaman Stalin dan Karl Marx dahulu.
Justeru, menjadikan semuanya sama rata dan menganggap itulah konsep keadilan seperti yang cuba ditunjukkan oleh Tricia dalam bajet yang dibentangkan oleh Anwar (sebenarnya) sekadar satu pembohongan yang banyak dilakukan oleh Zionis, terutama dalam konsep perumahan yang turut dipanjangkan oleh Tricia," katanya.

Kata blog ini, Tricia banyak menulis tentang perumahan untuk rakyat walaupun kebanyakannya bermodelkan skim perumahan HDB Singapura tetapi beliau tidak mempunyai idea untuk mengatasi masalah rumah dan hartanah yang melambung tinggi di Selangor dan Pulau Pinang.

Di sebalik pendedahan penglibatan seorang wanita berbangsa Cina menyusun Bajet Alternatif, blog Gerakan Timur (gerakantimur.blogspot.com) pula membuat perbandingan antara bajet kerajaan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dengan Bajet Alternatif.

Katanya, tindakan pembangkang yang terus mempertikaikan bajet BN sebenarnya mahu mencari kelemahan dan menimbulkan keraguan dalam kalangan rakyat di samping mengalih pandangan terhadap bajet “tong kosong" mereka.

Katanya, jawapan yang diberi oleh pembangkang bahawa wujud percanggahan antara bajet alternatif dengan Buku Jingga menunjukkan mereka sememangnya berniat untuk mengelirukan rakyat.
DAP SERANG SYED MOKHTAR

TINDAKAN DAP yang ‘menyerang’ Syed Mokhtar Al-Bukhari sudah bermula sejak beberapa bulan lalu apabila tokoh korporat Melayu itu dikatakan bakal mengambil alih pengurusan Pelabuhan Pulau Pinang. Serangan tersebut berterusan kini sehingga soal hutang yang dimiliki oleh Syed Mohktar pula dipersoalkan.

Ekoran itu, blog MyKMU (www.mykmu.net) mempersoalkan tindakan parti itu terutama Tony Pua yang terus mendesak kerajaan mendedahkan hutang tokoh korporat itu sedangkan tidak pula mempersoalkan hutang-hutang yang ditanggung oleh tokoh perniagaan bukan Melayu.
Persoalannya, siapa Tony Pua untuk mempersoalkan tentang perniagaan milik persendirian? Mengapa Tony Pua mendesak akaun perniagaan Syed Mokhtar didedahkan di khalayak ramai?" katanya.
Katanya, serangan terhadap tokoh korporat Melayu itu dipercayai kerana DAP bimbang berhubung pengambilalihan Pelabuhan Pulau Pinang yang kini dikuasai oleh ahli perniagaan Cina yang banyak menyalurkan dana untuk parti berkenaan.

Tindakan DAP yang menyerang Syed Mokhtar juga tidak disenangi blog Penyokong Pas (penyokongpas.wordpress.com).

Katanya, langkah DAP yang secara menggila menyerang tokoh korporat itu boleh menimbulkan rasa tidak selesa bagi orang Melayu baik kalangan Pas mahupun UMNO.

Katanya, kenapa DAP hanya mempersoalkan hutang Syed Mokhtar sedangkan kenyataannya hutang terbesar di kalangan korporat di negara ini ditanggung oleh tokoh perniagaan Cina.
“DAP bantai syarikat Melayu tapi syarikat Cina dia tak bising. Melayu dapat projek DAP balun. Cina dapat projek? Senyap? Apa punya game (permainan) politik ni?
Sebab itu ana kata, DAP ini masih belum hilang anti-Melayunya. Masih buat perangai lama. Suruh kita transform jadi parti yang terbuka tapi mereka masih lagi pegang politik zaman lama," katanya.

Kalimah Allah hak Islam


Kalimah Allah hak Islam


AHMAD Fairuz Sheikh Abdul Halim (depan, dua kanan) bersama Dr. Hasan Ali (kanan), Nasharudin Mat Isa dan Ismail Mina Ahmad beramah mesra selepas majlis perjumpaan wakil wakil NGO Islam mempertahankan kalimah Allah di Masjid Negara, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/NOORADZRENE MOHD NOOR

KUALA LUMPUR 30 Jan. - Penganut-penganut agama lain tidak mempunyai hak untuk menuntut kesamarataan dalam soal beragama termasuk penggunaan kalimah suci Allah kerana tindakan seumpama itu amat bertentangan dengan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan negara ini.

Sehubungan itu bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim meminta penganut-penganut bukan Islam sedar tentang kedudukan tersebut terutama kedaulatan Islam sebagai Agama Persekutuan supaya mereka lebih bijak membawa diri dengan tidak menyentuh isu-isu sensitif.

Beliau berkata, penggunaan kalimah Allah sememangnya amat berkaitan dengan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan langkah mempertahankannya daripada dicemari oleh pihak tidak bertanggungjawab merupakan satu jihad yang perlu digalas oleh seluruh umat Islam negara ini.
''Hanya Islam sahaja Agama Persekutuan dan bukannya agama Kristian, Buddha atau Sikh. Penganut-penganut agama lain harus sedar tentang kedudukan ini dan sebab itu mereka tidak boleh menuntut hak kesamarataan dalam soal beragama,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan ringkas selaku Pengerusi Sekretariat Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Persekutuan selepas pembentukan rasminya di Masjid Negara di sini hari ini.
Hadir sama Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dan Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) Ismail Mina Ahmad.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis pembentukan sekretariat itu Ahmad Fairuz berkata, Perlembagaan tidak menghalang penganut bukan Islam mengamalkan agama masing-masing tetapi hendaklah dibuat secara aman damai
''Usaha mereka hendak menggunakan kalimah Allah merupakan satu perkara yang sensitif bagi orang Islam dan kemungkinan boleh mencetuskan perbalahan dan juga perkara-perkara yang tidak diingini.
''Ini bererti penganut-penganut agama lain itu telah tidak mengamalkan agama mereka secara aman dan damai,'' katanya.
Dalam perkembangan sama, Ahmad Fairuz mengakui sejak negara merdeka lebih 50 tahun yang lalu beliau tidak pernah melihat bagaimana Islam telah dicemari dengan begitu hebat.
''Sebagai seorang Islam saya sendiri terasa amat sangat. Jika kita sebagai seorang Islam tidak mempertahankan hak kita sebagai muslimin apa ertinya kita sebagai seorang Muslim.
''Saya rasa kebanyakan orang Islam akan mengatakan kita perlu berjihad dalam hal hak kita telah dipermainkan, diperlekehkan dan cuba dicemarkan oleh penganut-penganut agama lain,'' katanya.
Sementara itu, beliau turut menarik perhatian pemberita bagaimana Kamus Dewan turut merujuk perkataan God kepada tuhan.

''Sebentar tadi saya melihat kamus dwibahasa menyatakan perkataan God itu merujuk kepada tuhan dan tidak menyatakan Allah tetapi ada juga disebut salah satu pengertiannya merujuk kepada Allah namun khusus untuk Islam sahaja.
'
'Dalam kamus sendiri telah menjelaskan Allah itu hanya untuk Islam, jadi orang bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah Allah,'' ujarnya.
Beliau turut menyentuh mengenai pelaksanaan Enakmen Kawalan Agama Bukan Islam di 10 negeri yang antara lain mengharamkan penganut-penganut agama lain daripada menggunakan kalimah Allah.

''Cuma saya memikirkan mengapa kita tidak menguatkuasakan undang-undang yang telah dibuat di 10 negeri ini. Mungkin juga tiada laporan dibuat.

''Saya fikir jika laporan dibuat sudah tentu penyiasatan akan dibuat oleh pihak polis dan sekiranya ada kes pendakwaan boleh dijalankan. Isu ini sebenarnya amat sensitif dan boleh membangkitkan kemarahan orang Melayu dan Islam khususnya,'' ujarnya.

Menjawab satu soalan beliau berkata, tindakan penganut agama lain membawa isu penggunaan kalimah Allah itu ke mahkamah mungkin ada motif tertentu.
''Mereka tahu Allah itu hak Islam namun mereka tetap pergi ke mahkamah untuk mendapatkan deklarasi daripada mahkamah bahawa Allah bukan hak orang Islam sahaja.
''Kalau Allah bukan hak orang Islam mengapa ada Enakmen Kawalan Agama Bukan Islam di 10 negeri. 

Saya tidak tahu mengapa mereka tidak guna nama tuhan tetapi mahu juga guna nama Allah. Mereka tahu tuhan mereka 'Trinity' tetapi Allah di dalam Islam adalah bersifat Esa (Ahad) seperti mana surah al-Ikhlas. Mungkin ada motifnya,'' katanya lagi.

Sehubungan itu pihak-pihak yang berkepentingan politik dalam  Pakatan Rakyat  hendaklah menarik balik ketetapan yang dibuat agar situasi tegang dalam soal ini kembali tenang.

Perdebatan kalimah “Allah” dipercayai bermula semasa permohonan memperbaharui permit oleh akhbar Herald – The Catholic Weekly kepada Kerajaan untuk cetakan akhbar versi bahasa Melayu pada 2007. Lihat Di Sini

sumberi dari : Utusan

Wednesday, January 30, 2013

India Muslim, Mamak dan Melayu


India Muslim adalah mereka yang berketurunan India dan beragama Islam. Tamil, Kerala, Punjabi, Sindhi, Mahratta, Hydrabad dsb tergolong dalam India Muslim. Di Malaysia, majoriti India Muslim bertutur dalam bahasa Tamil. Justeru itu terma India Muslim lazimnya ditujukan kepada mereka yang bertutur dalam bahasa tersebut.
Di Malaysia, India Muslim juga dikenali sebagai Mamak, DKK (Darah Keturunan Keling), Keling dan Jawi Peranakan.
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari, Zainuddin Mydin, Siti Nurhaliza binti ‘Thaarudeen’, Hakim Haidar Mohd Noor, Ahmad Nawab, Akbar Nawab, P Ramlee, Man Bhai, Tan Sri Elyas Omar, Tan Sri Abul Hassan, semua mereka adalah dari keturunan India Muslim. Tan Sri CM Yusuf, speaker pertama parliament Malaysia adalah mamak. Begitu juga pengerusi tetap UMNO Tan Sri Sulaiman ‘Ninam’ Shah. ‘Ninam’ adalah singkatan untuk ‘Naina Mohamed’.
Bekas Ketua Menteri Sabah Dato Haris Salleh dan Musa Aman, Ketua Menteri Sabah hari ini adalah mamak. Mereka bukan dari keturunan Pushtun, Pakistan atau  Yemen.
Bapa Tun Dr Mahathir Mohamad adalah India Muslim, dan Tun Abdullah Badawi juga dari keturunan mamak disebelah bapa. Begitu juga dengan isteri Perdan menteri pertama Malaysia, Toh Puan Sharifah Radziah Syed Alwi ‘Barakbah’. Malah Tunku sendiri berdarah campuran Siam dan mamak. Bapa Anwar Ibrahim juga seorang mamak. Kassim Ahmad dan Farish Noor, dua intelek Melayu ini juga berbapakan mamak.  Tan Sri Muhammad Noordin Sopiee adalah mamak. Munir Majid adalah mamak yang fasih berbahasa Tamil. Tengku Adnan Tengku Mansor juga mamak.
Perlu dijelaskan di sini tentang gelaran ‘Syed’ dan ‘Sheikh’ di pangkal nama. Di kalangan India Muslim, gelaran Syed atau Sheikh adalah perkara biasa, samalah juga dengan ‘Shah’ dan ‘Khan’. Nama-nama ‘Melayu’ seperti ‘Chik’, ‘Tamby Chik’ dan ‘Keling’ sememangnya nama mamak.
Ramai penduduk kampung percaya bahawa mereka yang bergelar Syed dan Sheikh berasal dari negeri Arab, dan Syed pula dikaitkan dengan ‘keturunan nabi’. Kepada penduduk kampung, gelaran-gelaran tersebut membawa erti tersendiri.
Menyedari ketaksuban orang Melayu dengan gelaran dan keturunan ‘Arab’, maka itu terdapat sebilangan India Muslim yang mengaku, atau tidak menafikan kalau mereka dianggap sebagai orang Arab (Yemen).
Hari ini, terdapat ramai Syed dan Sheikh di kalangan orang Melayu, walaupun pada hakikatnya mereka ini hanyalah ‘mamak’ yang dikitar semula.
Dalam kelompok elit Melayu, ramai yang beranggapan bahawa Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari berasal dari Yemen, tapi sebenarnya keluarga beliau berasal dari India. Begitu juga dengan Tan Sri Elyas Omar, bekas datuk Bandar Kuala Lumpur – beliau juga adalah dari keturunan mamak.
Gelaran ‘Shah’, walaupun jarang digunakan dalam nama-nama Melayu, tapi amat sinonim dengan raja. Sultan Azlan Shah dan Raja Nazrin Shah umpamanya. Shah bukan berasal dari negeri Arab. Ia berasal dari Parsi (Iran) dan dibawa ke negara ini menerusi pengaruh India Muslim.
Satu lagi nama mamak yang biasa kita dengar ialah ‘Maricar’. Sebenarnya nama itu ialah ‘Marikiyaar’. Lama kelamaan ia bertukar kepada ‘Merican’. Maka itu, mereka yang membawa gelaran ‘Merican’ adalah juga dari keturunan mamak. Walaupun kumpulan ini menggelar diri mereka Jawi Peranakan, tapi pada hakikatnya mereka juga adalah mamak.
Dikalangan orang Melayu, mereka lebih bersedia menerima mamak kalau berasal dari Pakistan. Mungkin kerana Pakistan itu hampir dengan Bollywood, maka ramailah yang mengaku bahawa mereka berasal dari Pakistan. Bekas Ketua Menteri Sabah, Harris Salleh dan Ketua Menteri Sabah sekarang dikatakan dari keturunan Pakistan tapi sebenarnya mereka dari keturunan mamak, yang lazimnya bertutur dalam bahasa Tamil.
Mamak terdiri dari pelbagai warna kulit dan raut wajah, dari yang gelap hingga yang berkulit cerah, bermata hijau atau coklat. Kalau berkunjung ke Masjid Kapitan Keling di Pitt Street Pulau Pinang atau Masjid India di Kuala Lumpur pada hari Jumaat nescaya akan dapat menyaksikan kepelbagaian mereka..
India Muslim di Malaysia hari ini boleh dibahagikan kepada:
  1. Mamak yang telah berkahwin dengan orang Melayu dan diiktiraf sebagai Melayu. Susur galur keluarga kelompok ini hanya boleh diketahui dari nama/gelaran seperti Merican, Shah, Syed, Sheikh dsb, atau dengan melihat raut wajah mereka – bentuk hidung dan mata yang bulat.
  2. Mereka yang tidak berkahwin dengan orang Melayu tapi mengamalkan budaya Melayu. Mereka hanya boleh bertutur dalam Bahasa Melayu, dan telah putus hubungan dengan negara asal – India. Ini termsuklah ribuan mamak di Pulau Pinang, Kedah, Melaka dan di tempat-tempat lain. Cuma DNA sahaja yang menunjukkan asal usul mereka, selebihnya mereka adalah Melayu.
  3. Mereka yang masih lagi dikategorikan sebagai Tamil yang hanya boleh bertutur Bahasa Melayu (pasar). Walaupun sudah putus hubungan dengan negara asal, tapi mereka masih menonton filem Tamil, tidak membaca akhbar Bahasa Melayu dan kurang arif tentang adat resam Melayu. Walaupun dilahirkan di Malaysia, mereka tak dapat membezakan antara ‘kuih talam’ dan ‘otak-otak’. Ramai anggota KIMMA termasuk dalam kategori ini.
  4. Mereka yang tergolong sebagai Tamil dan tak dapat bertutur dalam Bahasa Melayu walau Bahasa Pasar sekalipun. Mereka masih mempunyai talian kekeluargaan yang rapat dengan negara asal. Mereka menonton filem Tamil dan lebih mengetahui perkembangan politik di Tamil Nadu dari politik Malaysia. Mereka membaca Tamil Nesan dan Tamil Nanban setiap hari untuk mengetahui perkembanagn di Tamil Nadu dan India. Ramai ahli KIMMA tergolong dalam kumpulan ini.
Sebelum tahun 1970, kelompok 3 dan 4 di atas kebiasaanya bersikap prejudis terhadap orang Melayu. Ramai antara mereka bukan warga negara dan menggelar orang Melayu dengan slanga ‘yalayan-katti’. Terma ini dicipta oleh pekerja estet, dan diguna-pakai oleh kebanyakan orang Tamil termasuk India Muslim.
‘Yayalan’ bermaksud dawai, dan ‘Katti’ membawa maksud ‘ikat’. Jadinya ‘yalatan katti’ membawa pengertian ‘seorang yang mengikat dawai’. Apa maksudnya?
Bila getah mula ditoreh di Malaya, pihak British mendapati penorh getah orang Melayu gagal menoreh dengan baik malah lebih banyak mendatangkan kecederaan kepada pohon getah yang menyebabkan hasilnya berkurangan. Berbeza dengan  hasil-kerja pekerja Tamil yang dibawa dari India. Sejak itu, orang Melayu hanya diberi tugas  membuat kerja yang lebih mudah – mengikat  dawai penyangkut cawan ke pohon getah. Dan dari situlah nama ‘valayan-katti’ bermula.
Nama lain yang mereka gunakan untuk orang Melayu ialah ‘naattu kaaran’ atau ‘naattan’ yang membawa erti ‘peribumi’.
Sebelum 1970, kelompok 3 dan 4 di atas memandang sepi (pandang sebelah mata) terhadap orang Melayu. Selepas 1970, dan dengan pelancaran DEB, mamak-mamak ini mula buka mata. Merka bergantung harap kepada orang Melayu untuk serba serbinya, khususnya untuk mendapatkan ‘permit kemasukan’ atau mendapatkan status pemastautin tetap. Sebelum pelancaran DEB, tidak ramai golongan ini yang berkahwin dengan penduduk tempatan. Mereka akan kembali ke India untuk mencari jodoh.
Trend untuk berkahwin di India lenyap setelah kerajaan memperkenalkan dasar DEB. Susulan dari keengganan orang Melayu (kerajaan) memberi ‘permit kemasukkan’ kepada pasangan isteri atau suami yang dikahwini di India, kadar perkahwinan antara mamak dan Melayu meningkat dengan mendadak.
Hari ini, penyerapan mamak dalam keluarga Melayu menerusi perkahwinan kian bertambah, malah bukan asing lagi untuk keluarga mamak bermenantukan orang Melayu.
Pasca 1970, golongan mamak ini menyedari bahawa kuasa politik dan ekonomi telah beralih kepada orang Melayu. Namun, mereka tidak menghadapi masalah dengan peralihan kuasa  kerana ramai dari golongan ini yang memegang jawatan tinggi dalam kerajaan. Speaker pertama Parliamen sebagai contoh – CM Yusuf - adalah mamak. Walaupun pada mulanya kelompok 3 dan 4 yang tersebut di atas sukar untuk menjadikan diri mereka sebagai orang Malaysia, tapi pada hari ini mereka berlumba-lumba untuk diiktiraf sebagai bumiputra, untuk mendapatkan ‘bin’ dalam sijil kelahiran dan kad pengenalan.
Hari ini, beribu-ribu ahli UMNO keturunan mamak yang taksub memperjuangkan hak orang Melayu. Dalam PAS juga ada mamak  yang memperjuangkan Islam (hak Melayu). Hanipa Mydin adalah mamak tulen. Munkin juga Husam Musa ada pertalian darah dengan mamak.
Dalam parti Keadilan, Abdul Rahman Othman juga mamak tulen.
Dalam perkhidmatan awam dan dunia koporat Melayu, terdapat beribu-beribu orang mamak yang terlibat melaksanakan DEB.
Untuk mencari Melayu tulen di Pulau Pinang amat sukar. Selewat dekad 80an, mereka hanya boleh ditemui di Sungai Ara, Balik Pulau dan di tempat-tempat terpencil. Selain dari tempat-tempat tersebut, DNA mamak adalah satu kemestian. Justeru lahirlah nama-nama ‘chacha’ dan ‘nana’ sebagai rencah Melayu Pulau Pinang.
Sebelum mamak ‘hadir’ di Pulau Pinang, mereka telah lama bertapak di negeri Kedah dan Melaka – sejak zaman Portugis, Belanda dan Inggeris. Ini bermakna DNA mamak di negeri-negeri tersebut semakin berkurangan atau terus terhakis, diserap oleh orang Melayu.

[GAMBAR] GOYANG GERUDI DI SERAMBI MEKAH! AKU PEDULI APA!

TUBIK MASUK






"Para penonton.. ibu-ibu, bapak-bapak semuanya... jangan heran kalo inul sedang goyang, rada panas agak seksi, maafkanlah..." PERKHH!!! lirik die.. bikin guek hangat.. kihkihkih. itu baru lirik, blm tgk goyangnya lagi. dgn pinggul yg ala2 tayar buldozar, memang bikin mazi mari lah. opps!! :)

Apa nih?!! apa nih?!! kenapa nih?!! why?!! kenapa mesti ada benda mcm ni dlm BANDARAYA ISLAM????!! aduhhh! malu guek dgn rakan2 diluar Kelate yg duk perli pasal pusat2 maksiat yg tumbuh bagai cendawan di sekitar Kota Bharu dn daerah2 lain.


salah sebuah pusat judi&urut dlm bndar Kota Bharu.


Salah sebuah kedai arak yg trdapat di Kota Bharu.
xder tulisan pun yg kate org Islam xleh masuk beli..



Mana pergi Skuad AMRU?! mana pergi UNIT AMAL?! mana pergi pemuda2 PAS?! mana pergi pejuang2 MAYA PAKATAN?! mana pergi PIHAK BERKUASA TEMPATAN?! mana pergi WAKIL RAKYAT?! mana pergi EXCO?! mana pergi NIK AZIZZZZZZZZZZ?!!! puiii!!! semua xleh pakai! sembang kemaih, cakap xjatuh!



terlindung disebalik pokok adalah sebuah pusat karaoke brdekatan KBMall yg memang happening
giler di waktu malam.


Kenapa mesti ada kelab dangdut, pusat karaoke, rumah urut, pusat tonggang arak, pusat pelacuran, pusat kegiatan maknyah di Kota Bharu tercinta ini? sedangkan sudah lebih 20 tahun PAS memerintah dgn slogan "membangun bersama Islam". mana penguatkuasaan? mana pergi "RASUAH SIFAR" dlm pntadbiran krajaan Nik Aziz? kalo xder 'duit bawah meja' xkan wujud premis2 sperti ini dlm Kelate.


lorong maknyah brdekatan stesen bas dalam bandar Kota Bharu


Kenapa bila kita keluarkan isu ini, pncacai pakat diam? knp Nik Aziz blh cakap UMNO lah puncanya? eh herel snggh la main nga demo..  Kenapa pelacuran di Jalan Hamzah masih blm dpt dihapus sampai sekarang? Jawapan dia adalah krn ada pegawai2 Nik Aziz yg makan rasuah. krn sistem pntadbiran krajaan Nik Aziz adalah lemah. Ini bukan sebuah negara, ini hanya sebuah negeri. Sepatutnya dgn mandat yg diberi berpuluh2 tahun, tokey2 Kelab maksiat ini sudah takut utk buka premis2 sperti ini di Kelantan.

Seorang pelacur di Jalan Hamzah mnutup wajahnya, konon2 malu.. kikiki

 BK ada trbaca 1 tulisan dr seorang facebooker PAS yg telah membuat aduan tentang perkara ini kpd YB2 PAS dan jawapan yg die terima adalah amat mengecewakan. YB2 ini xdpt beri jaminan sekiranya report yg dibuat kpd PBT xkan sampai kpd tokey2 ini. apo nih?!!
Kelab malam di Jalan Sri Cemerlang

Sebagai seorang yg sygkan negeri yg penuh unik ini, bukan niat BK utk burukkan negeri sendiri, BK cuma mahu akan ada tindakan yg sewajarnya utk bersihkan imej 'SERAMBI MEKAH-BANDARAYA ISLAM' dari terus di cop sbg negeri di bawah pentadibran 'Islam" yg kluk-klek. Semoga tempat sperti ini dpt dihapuskan dgn kadar yg segera. Bab judi nbr ekor kita bincang kemudian.. :)



sumber  : Bicara Kelantan

Keberanian Mahathir di Bosnia Yang Tidak Akan Diceritakan Pecacai Pakatan Rakyat


Tun Mahathir solat

Disebabkan kegagalan itulah, Mahathir sentiasa menjadi ancaman kepada mereka sehinggakan proksi Zionis perlu melantik atau melatih seseorang yang boleh menjatuhkan Mahathir, seterusnya menghukum Mahathir sepertimana yang mereka inginkan. 
Anda tentu seringkali mendengar cakap-cakap Anwar Ibrahim kononnya, apabila dia menjadi Perdana Menteri nanti, perkara pertama yang akan dilakukannya adalah MEMENJARAKAN TUN DR. MAHATHIR dan 'KRONI-KRONI'nya kerana kononnya mereka telah mencuri wang negara. 
Tun_Mahathir_Sembahyang
Itu cakap Anwar Ibrahim sahaja. Hakikatnya, semua orang tahu, mengapa Anwar Ibrahim ingin benar memenjarakan Tun Dr. Mahathir serta beberapa orang pemilik syarikat korporat berbangsa Melayu dan beragama Islam yang dilihat terlalu banyak memberikan bantuan kepada Tun Dr. Mahathir dalam usaha membela umat Islam tertindas di seluruh dunia. Semua orang juga tahu, Anwar Ibrahim menerima titah dan perintah daripada tuan-tuan besarnya yang membela Zionis dan negara haram Israel selain melihat umat Islam kekal sebagai golongan yang teraniaya di seluruh dunia. 
Ramai tertanya-tanya, daripada sekian banyak negara, mengapa Bosnia-Herzegovina dan Kosovo begitu menyanjung tinggi Malaysia. Tentunya ramai yang masih ingat, bagaimana Yasser Arafat dan Nelson Mandela begitu mesra dengan Dr. Mahathir dan berkunjung ke Malaysia sehinggakan untuk mereka, perhimpunan telah diadakan di Stadium Negara.
Terlebih penting, mengapa bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra begitu marah apabila Dr. Mahathir memberikan cadangan agar empat wilayah selatan Thailand diberikan status autonomi kerana itu sahajalah cara yang paling afdal untuk mengamankan wilayah-wilayah tersebut. Dan selepas itu, Thaksin menuduh Malaysia menjadi pangkalan pasukan pemberontak, malah kononnya Malaysia melatih dan membekalkan pejuang-pejuang pemisah itu senjata.
Ada satu kisah yang cukup popular di kalangan bekas anggota tentera yang pernah ke Bosnia dan menjaga keselamatan Tun Dr. Mahathir sewaktu Mahathir ke negara itu. 
Mahathir telah diminta untuk memakai pakaian kalis peluru. Bagaimanapun dia enggan berbuat begitu. Mahathir memberikan alasan, ajal mautnya di Tangan Allah Taala. Kalau Allah Taala telah mentaqdirkan ajalnya di bumi Bosnia, maka dia redha.
Semua baju kalis peluru yang diberikan kepadanya, enggan dipakai oleh Tun Dr. Mahathir. Sedangkan dia akan memasuki sebuah kawasan yang dikenali sebagai zon perang, dan penembak-penembak curi besar kemungkinan berkeliaran dan cuba mencari nama dengan membunuh seorang dif kehormat yang berkunjung ke Bosnia. 

mahathir
Bagaimanapun, seorang anggota polis yang mengawalnya, berjaya memaksa Tun Dr. Mahathir memakai baju kalis peluru itu. Baju kalis peluru yang dipakai oleh Tun Dr. Mahathir adalah baju kalis peluru yang tersarung pada badan anggota polis berkenaan. 
Bukan kerana takut dengan herdikan dan ketegasan anggota polis berpangkat rendah tersebut, tetapi Mahathir menyanjung sikap anggota polis tersebut yang sanggup berkorban untuknya walaupun nyawanya sendiri mungkin terancam. 
Akhirnya, baik Tun Dr. Mahathir mahupun anggota polis yang menanggalkan baju kalis peluru di badannya untuk Dr. Mahathir, kedua-duanya memakai baju kalis peluru dan kedua-duanya selamat pulang ke Malaysia.
Itu secebis kisah Tun Dr. Mahathir yang tidak akan sama sekali disebut-sebut oleh para pecacai Pakatan yang berasakan Anwar Ibrahim lebih pandai dan berani berbanding Dr. Mahathir, walaupun hakikatnya antara kedua-duanya memang ada jurang yang sangat besar dengan Anwar Ibrahim adalah tentera upahan Zionis di Malaysia.
mahathir2
Dan kini, baru beberapa hari lepas Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak ke Gaza pula bersama-sama Zulkifli Nordin dan Nasharuddin Mat Isa. Dan sebelum Nasharuddin Mat Isa sempat membuka mulut, pada 13 Januari lalu, dia telah dipecat dari Majlis Syura Ulama PAS. 
Apa sebenarnya yang ditakuti oleh PAS tentang Nasharuddin Mat Isa ke Gaza? Adakah kerana ia mempunyai kaitan dengan IKHWANUL MUSLIMIN yang mana PAS dikatakan 'menerima' arahan daripada badan tersebut? Adakah PAS akan memberi alasan yang merek atidak perlu menerima sebarang kata-kata daripada Nasharuddin Mat Isa kerana bekas Timbalan Presiden PAS itu kini hanya ahli biasa dan tidak mempunyai sebarang keistimewaan lagi?
Rahsia akan terbongkar tidak lama lagi!
sumber : Kedah69ers.com

ISU RCI SABAH : PENDEDAHAN MENGEJUTKAN SEMALAM !



isu RCI sabah sedang dalam proses soal siasat.

isunya mengenai dakwaan kerajaan malaysia memberikan ribuan IC kepada warganegara luar sekitar tahun 1990 an yang menjurus dan membolehkan mereka ini LAYAK MENGUNDI sewaktu pilihanraya 1995.

benarkah dakwaan ini ?

dakwaan yang mengatakan kerajaan memberikan IC kepada warganegara luar untuk membolehkan mereka mengundi BN pada pilihanraya 1995 ?

LIHAT KENYATAAN MALAYSIAKINI 2 MINGGU LEPAS.
mohd nasir sungip merupakan timbalan pengarah jabatan pendaftaran negara (negeri sabah) mengesahkan jabatannya pernah menyertai operasi durian burok dari tahun 1992-1995.

operasi ini bertujuan untuk memberikan kewarganegaraan ( IC BIRU) kepada warganegara yang layak lantas membenarkan mereka ini mengundi.

tambah nasir sungip, ini adalah arahan SPR.

SOALAN ?
benarkah ini arahan SPR ?

lihat jawapan di bawah yang dikeluarkan oleh malaysianinsider semalam.
 





1) bekas pengarah JPN , ramli kamarudin telah menjual 16 ribu resit JPN dengan harga RM1 juta, lantas memberikan warganegara peluang untuk mengundi. ramli memberitahu beliau melakukan demikian kerana wang.


2) bekas pengarah JPN, datuk abdul raouf sani telah menjual 6305 resit JPN dengan harga RM 167,300.00. datuk raouf juga mengaku dalam sesi soal jawap semalam, beliau melakukan tindakan tersebut atas kapasitinya sendiri dan tanpa arahan pihak atasan.

KESIMPULANNYA.

seramai 94 orang termasuk 24 pegawai JPN telah disumbat ke dalam ISA kerana isu penjualan IC BIRU  ini.

2 bekas pengarah JPN di atas antara yang telah  mengaku mereka melakukan perkara sedemikian adalah disebabkan mahu extra duit dan penjualan IC BIRU tersebut dilakukan tanpa arahan dari pihak atasan.

cubaan pembangkang untuk memburukkan nama bekas perdana menteri dr mahathir dan SPR semakin tidak berjaya kerana hampir kesemua yang terlibat mengaku mereka memberikan IC atas dasar mahu mencari keuntungan peribadi.

itu pasallah tun m kata dia sedia disiasat dan didakwa... tiada hal punya kata tun m..!

sumber : GAP Kembali

  DAP  MEMULAKAN  KEMPEN  RUMAH  KE  RUMAH













Pembangkang khasnya Dap terkini memulakan kempen Gerakan Anti BN dari rumah ke rumah di taman-taman perumahan dalam Parlimen Kota Melaka. Penekanan diberikan perihal negara akan muflis sama ada disebabkan oleh hutang yang bertambah maupun hutang luar Negara. Dap mendakwa disebabkan negara gagal ditadbir dengan baik maka hutang telah meningkat, manakala  rakyat akan menanggung  RM17,000 setiap orang.

Inilah dakyah yang dicanangkan  Dap dengan menyasarkan rakyat keturunan Cina sebagai sasaran kempen.  Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak terus dikecam bilamana Dap mendakwa hutang-hutang negara terus bertambah secara mendadak sebaik beliau mengambil-alih jawatan Perdana Menteri. Sebaliknya Dap mengagung-agungkan Singapura yang tidak mempunyai banyak hutang negara.

Dap memainkan semula isu rasis dalam PRU 12 dahulu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum di negara ini dengan mendakwa perniagaan kaum Cima diganggu  kerajaan Barisan National. Ia dibuat dengan pelbagai cara untuk “songlap” duit rakyat. Malah dalam usaha mengekalkan penguasaan mereka di Parlimen Kota Melaka, Dap terus memainkan sentimen perkauman seperti isu tanah yang dianugerahkan kepada kaum Bumiputra. Manakala hak kaum Bumiputra dalam peruntukan khas kuota membeli dan memiliki rumah  yang disediakan oleh pemaju-pemaju perumahan juga diungkit kembali. Dap juga  mendakwa Barisan Nasional tidak berlaku adil kepada semua rakyat dimana kaum Cina dipinggirkan serta susah untuk membeli dan memiliki rumah.

Tidak cukup dengan dakwaan-dakwaan  tersebut Dap melaung-laungkan yang kerajaan Barisan Nasional meminjam dari dana asing untuk membayar BR1M sebagai salah satu cara membeli undi. Kerajaan Barisan Nasional juga dituduh melebih-lebihkan peruntukan untuk agama Islam serta tidak menghormati hak agama lain..

Sebenarnya Malaysia hanya memiliki hutang luar negara berjumlah RM17.6 bilion sahaja, manakala hutang terbesar ialah hutang dalam negara (domestik) yakni RM484.8 bilion. Kelantan yang memiliki hutang RM1.1 bilion berbanding pendapatan hanya sekitar RM350 juta, tetapi  gerombolan pembangkang tidak melihat ini sebagai isu. Kenapa?

Kalaupun keseluruhan hutang dalam negara dan hutang luar negara melebihi 55%, negara kita tidak akan muflis pun kerana rekod sebelum pada tahun 1990 menunjukkan negara kita pernah mencecah hutang 75.5 peratus daripada KDNK.

Malah dari tahun 80-an hingga awal 90-an, hutang negara kita pernah beberapa kali melebihi 55 peratus dari KDNK, namun tidak sekalipun negara mengalami kemuflisan atau bankrap. Negara tidak akan bankrap hanya kerana menurunkan 1% cukai pendapatan yang memberi manfaat kepada 170,000 orang rakyat. Dan negara tidak akan muflis hanya semata-mata meneruskan dasar BR1M kepada kelompok berpendapatan rendah.

Imbuhan wang yang rakyat perolehi dari BR1M, kenaikan kadar pencen kepada pesara serta bonus satu bulan gaji kepada kakitangan awam akhirnya kelak akan menggerakkan ekonomi negara kerana wang tersebut telah dibelanjakan dan hasilnya pula merancakkan aktiviti perniagaan. Malaysia berada pada kedudukan ekonomi semasa yang baik berbanding banyak negara lain, termasuk negara-negara maju walaupun dunia kini berhadapan dengan krisis ekonomi. Berdasarkan perkembangan ekonomi pada suku ketiga tahun lepas, Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi 5.2 peratus, sedangkan banyak negara maju mencatatkan perkembangan yang kurang baik.

Jepun mencatatkan 0.1 peratus, Amerika Syarikat (2.6 peratus), United Kingdom (0.0 peratus), Korea Selatan (1.6 peratus) dan Singapura (0.0) manakala zon Euro mencatatkan pertumbuhan negatif selama beberapa sukuan.

Suku ke-empat masih belum diumumkan. Unjuran tahun lepas dicatatkan antara 4.0 hingga 5.0 peratus. Ia masih merupakan ekonomi kukuh kerana permintaan domestik dan pelaburan kita sangat kukuh dan penggunaan sangat tinggi.Sepanjang tahun lepas, perdagangan dicatatkan berlebihan. Eksport masih sangat tinggi berbanding banyak negara lain.

Hutang negara kepada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) adalah 53.6 peratus. Kerajaan mahu memastikan pembiayaan berhemah ditetapkan tidak lebih daripada 55 peratus. Pertumbuhan ekonomi kita adalah positif. Kutipan LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) dan kastam sangat positif.

Tiada petunjuk menunjukkan Malaysia akan jatuh muflis. Hutang kita 53.6 peratus (berbanding) Singapura 107 peratus. Adakah mereka akan muflis? Jepun 221.3 peratus, United Kingdom 90.4 peratus, Amerika Syarikat 72.5 peratus. Jerman, yang merupakan kunci kepada pertumbuhan Kesatuan Eropah (EU), 82.3peratus.

Justeru dakwaan pembangkang khasya Dap bahawa Malaysia sudah muflis tidak berdasarkan fakta dan angka yang sebenar. Rakyat perlulah berhati-hati agar tidak mudah digula-gulakan oleh pembangkang dengan dakwaan-dakwaan palsu mereka.


> megat panjialam.




Tuesday, January 29, 2013

MAT SABU TAK FAHAM PERJUANGAN KOMUNIS

Mat Sabu Tak Faham Perjuangan Komunis - Khoo Kay Kim
Prof Emeritus Khoo Kay kim

KENYATAAN kontroversi Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau Mat Sabu mengenai kes serangan komunis di Bukit Kepong pantas mengundang kritikan dan kecaman majoriti. Gerombolan komunis diangkat sebagai pejuang sebenar, bukan anggota polis dan ahli keluarga mereka yang terbunuh dalam insiden 23 Februari 1950 itu.


Ikuti wawancara Wartawan Berita Minggu, SYUHADA CHOO ABDULLAH mendapatkan ulasan daripada pemerhati politik dan tokoh sejarawan negara, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim untuk mengupas polemik berkenaan

APA pendapat Tan Sri mengenai kenyataan kontroversi Mat Sabu dan boleh Tan Sri huraikan berdasarkan hakikat sejarah, apa matlamat sebenar komunis, muslihat serta tindakan untuk mencapai matlamat mereka.

Berdasarkan dakwaan itu, saya pasti Mat Sabu tidak faham apakah perjuangan komunis. Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan atas arahan Komunis Antarabangsa (Soviet Union). Apa yang diharapkan oleh Komunis Antarabangsa? Berdasarkan sejarah, pihak komunis waktu itu berpecah dua.

Satu terikat kepada Parti Komunis China dan satu kepada Komunis Antarabangsa. Komunis Antarabangsa mahu mewujudkan Orde Komunis Dunia, maka seluruh dunia harus menerima ideologi komunis. Komunis Antarabangsa juga berpegang kepada slogan ‘Workers of the World Unite’ mahu dunia diperintah oleh pekerja.

Bagi Komunis Antarabangsa, yang dimaksudkan pekerja ialah golongan marhain, iaitu pada dasarnya pekerja dalam industri, tidak termasuk petani. Waktu itu di negara ini, istilah marhain belum digunakan.

Mat Sabu juga mendakwa Allahyarham Datuk Onn Jaafar dan Almarhum Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap pejuang kemerdekaan kerana mereka pegawai British.

Mereka tidak pernah bekerja dengan British. Kerajaan Melayu tidak pernah menjadi jajahan British.Kerajaan Melayu dulu secara rasmi dikenali sebagai Negeri Melayu Naungan, iaitu di bawah perlindungan British, tetapi tetap diperintah oleh Raja. Kehadiran British adalah berasaskan perjanjian dengan Raja setiap kerajaan.

Pegawai British ditugaskan menjalankan pentadbiran, kedaulatan tetap pada Raja. Maksudnya dari segi undang-undang, British tidak pernah menjajah kerajaan Melayu, hanya Negeri-Negeri Selat yang dikenali sebagai ‘Tanah Jajahan Mahkota British.’ Pegawai British utama di Negeri-Negeri Selat dikenali sebagai gabenor, padahal kedudukan pegawai yang sama di kerajaan Melayu dikenali sebagai ‘High Commissioner’ (Pesuruhjaya Tinggi).

Gabenor Hugh Clifford dalam ucapannya kepada Majlis Persekutuan pada Januari 1949 mengatakan apabila beliau merujuk kepada kerajaan Melayu: ‘They were, they are and they must remain Malay states. These states were when our cooperation in government was first invited Mohamedan monarchies. And such they are today. We have neither the right nor the desire to vary the system of government”.

Dalam undang-undang memang ada dua keadaan, satu ‘de jure’ (selaras dengan undang-undang) dan satu lagi ‘de facto’ (apa sebenarnya berlaku atau boleh juga dikatakan melanggar undang-undang). Datuk Onn mula-mula bekerja dengan kerajaan Johor dan Tunku dengan kerajaan Kedah. Mereka bekerja di negeri yang dianggap Negeri Melayu Tidak Bersekutu, iaitu Raja masih ada banyak autonomi.

Selepas perang, mula-mula Datuk Onn kemudian Tunku diterima oleh British sebagai presiden UMNO yang diakui British sebagai parti politik orang Melayu (iaitu mereka yang dianggap ‘rakyat Raja’). Oleh sebab orang Melayu menentang Malayan Union, British tidak melaksanakan Malayan Union. British selanjutnya berunding dengan Raja-Raja juga UMNO untuk menentukan sistem lebih sesuai.

Akibatnya pada Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu diwujudkan. Pihak British sejak 1943 sudah membuat keputusan menubuhkan Tanah Melayu sebagai negara bangsa, tetapi butirannya belum jelas.

Selanjutnya British cuba mencari sistem paling sesuai kerana ada ramai bukan Melayu yang sudah lama tinggal di Tanah Melayu, mula menganggap Tanah Melayu negara mereka. Sejak 1949 apabila Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum ditubuhkan, British cuba mencari jalan menyatupadukan penduduk Tanah Melayu, tapi penduduk negara ini lebih suka duduk secara berasingan. British tidak mengamalkan dasar ‘pecah perintah’.

Apabila Datuk Onn berundur daripada UMNO, British tidak lagi menganggap beliau wakil orang Melayu. Tunku mengambil tempat Datuk Onn, kemudian Tunku dan Parti Perikatan dianggap wakil rakyat Tanah Melayu kerana menang (51-1 undi) pada pilihan raya persekutuan 1955.

Bagaimana pula dengan kenyataan Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man seperti dilaporkan sebuah portal berita online (www.malaysiakini.com.my) bahawa sekiranya tafsiran sejarah dibuat secara jujur tanpa prejudis, tujuan, motif dan situasi suatu peristiwa adalah berlainan dari satu era ke satu era.

Dalam sejarah, yang terpenting ialah menentukan apakah hakikatnya. Siapa wira siapa pengkhianat kadang-kadang susah ditentukan kerana banyak bergantung kepada siapa yang menulis sejarah. Bagi ahli sejarah profesional, yang penting ialah menjawab soalan ‘apa sudah terjadi?’ Ini hanya dapat dijawab kalau dia dapat maklumat yang boleh dipertanggungjawabkan.

Dalam kes Mat Indera, yang penting ialah apakah niat komunis? Kalau British dianggap penjajah, selepas British diusir apa akan terjadi kepada Tanah Melayu? Apakah perjuangan Komunis Antarabangsa? Mat Sabu perlu menjawab soalan-soalan seperti yang saya sebutkan. Bukan semua tulisan sejarah diputarbelitkan.

Mereka yang menulis berasaskan penyelidikan dan sesudah mendapat latihan akademik biasanya tidak berbuat demikian. Mereka yang terpengaruh oleh ideologi, sudah tentu tidak dapat menulis dengan tidak berat sebelah kerana bagi mereka, hanya ideologi mereka yang dapat dianggap betul. Maka apabila ada tulisan sejarah, pembaca harus juga mengetahui latar belakang ahli sejarah untuk menentukan dia memang seorang yang tidak berat sebelah.

Semakin ramai pemimpin dan penyokong pembangkang mendesak tafsiran baru dibuat terhadap sejarah negara. Adakah Tan Sri melihat timbul sebarang keperluan untuk menilai, menyusun dan menulis semula sejarah.

Ramai yang minta supaya sejarah Malaysia ditulis kembali pun sebenarnya kurang faham mengenai sejarah Malaysia kerana mereka kurang membuat penyelidikan. Kritikan saya sendiri mengenai buku Sejarah sekolah yang ada sekarang ialah konsep sejarah hanya tertumpu kepada politik, padahal sejarah meliputi segala yang pernah wujud atau berlaku sebelum sekarang. Misalnya dalam sejarah Malaysia di sekolah, perkara seperti ketibaan percetakan, ketibaan teknologi, pembinaan infrastruktur, proses pembandaran, hubungan dengan negara luar, kegawatan ekonomi dan langkah diambil untuk mengatasinya dan sebagainya tidak dibincangkan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga memaklumkan beliau difahamkan kini ada anasir mengajar kanak-kanak di sekolah bahawa Allahyarham Tunku Abdul Rahman ialah pengkhianat bangsa. Bagaimana Tan Sri melihat perkara ini, terutama dari segi kesan atau risiko jangka panjang sekiranya perkara itu tidak dibendung.

Saya tidak pernah membaca buku sekolah yang mengatakan Tunku adalah pengkhianat bangsa. Kalau ada, bagaimanakah kenyataan itu dapat dipertanggungjawabkan? Sejarah yang berasaskan fakta memang dapat disampaikan kalau dikehendaki oleh rakyat yang sepatutnya memahami bahawa mulai 31 Ogos 1957, Raja sudah pindahkan kedaulatan (sovereignity) kepada rakyat. Kini Malaysia (dulu Tanah Melayu) memang mengamalkan demokrasi berparlimen. Demokrasi ialah ‘government of the people, by the people, for the people’. Pihak pemerintah mesti sentiasa patuh kepada rakyat.

Apa penilaian dan perasaan Tan Sri sebagai ilmuwan dan sejarawan terhadap tindakan pemimpin pembangkang mengheret fakta sejarah dalam permainan atau provokasi politik sehingga boleh mengelirukan generasi muda. Apa tindakan perlu diambil terhadap pihak yang cuba memesongkan pemahaman dan penghayatan rakyat terhadap sejarah.

Dalam politik, bukan saja di negara ini, memang selalu ada ahli politik yang cuba mendapat sokongan pengundi dengan jalan yang berbagai-bagai. Kalau pengundi kurang berpengetahuan, mereka akan berjaya. Hanya ada satu cara untuk menjamin agar ini tidak berlaku. Golongan muda mesti diberi pendidikan yang boleh menjamin mereka dapat menerima sesuatu dengan sikap kritis. Nasihat saya kepada rakyat, setiap kali ada orang membuat kenyataan mengenai sejarah, tanya dia dari mana dia dapat maklumat.


DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.