Isu ini perlu dilihat secara holistik bukan
bersifat serpihan dan emosi. Umum mengetahui mereka yang lari ke Malaysia bukan
kerana kehendak mereka. Mereka adalah pelarian Perang yang tiada masa hadapan
dan nasib yang belum tentu bagaimana akhirnya sejak puluhan tahun dulu.
Manakala
rakyat keturunan Indonesia juga telah berabad lamanya berada di Sabah
disebabkan faktor geologi yang bersempadan dengan Kalimantan yang lebih
dikenali sebagai kepulauan Borneo.
Malahan apabila Sabah menyertai Malaysia, maka sektor pembangunan berkembang
maju yang memerlukan tenaga kerja. Disebabkan faktor jajaran perjalanan yang
agak mudah, maka kedatangan PATI Indonesia mudah berada di Sabah.
Persoalan
yang dibangkitkan bukanlah masalah, tetapi cara menyelesaikannya yang
bermasalah.
Isu
sabah sebenarnya cuma orang ISLAM yang susah dapatkan IC / kad pelarian (samada
penduduk asal atau luar) tetapi sekiranya kristian , mereka lebih mudah (
samada dibayar rasuah atau Persatuan Kristian yang membela kepentingan puak2
kristian disana).
Pertembungan
yang berlaku disana bukan sekadar SURVIVAL penduduk setempat yang rimas akan
kebanjiran PATI..tetapi lebih berkisar SURVIVAL ISLAM disana dan betapa ambil
berat hal saudara seislam kita.
Kebanjiran
PATI (sebenarnya- UMAT ISLAM TAUSUG; memberi kekuatan ISLAM disana jika
ditangani dengan cara yang bijaksana). Cuma bagi para pemuka gerakan PARTI
POLITIK melihat sudut pengaruh mereka akan memudarat samada dari Parti politik
SABAH ataupun dari Pakatan RAkyat
Menjadi
masalah Para Pelarian ini apabila keperluan asas mereka tidak lepas. Mereka
melakukan apa sahaja kerja asal mampu mencari sesuap nasi... Mereka hanya ada
sehelai dokumen yang membolehkan tinggal sahaja namun tiada hak-hak lain
seperti mendapatkan kerja (melainkan akan ditipu), hak mendapatkan pendidikan..dan
sebagainya. ISU KEMANUSIAAN masih banyak yang belum selesai.
Justeru
apabila manusia terdesak mereka akan
sanggup melakukan apa sahaja demi menyara anak dan isteri ...
Kini
penduduk sabah merengek-rengek bagai anak kecil mahu mereka yang datang dari
negara tetangga agar dihantar pulang sedangkan PATI yang datang itu tertindas,
memerlukan tempat berteduh dan IHSAN saudara seislamnya sendiri...
Mengapa
kita bersikap mementingkan diri sebegini rupa...?? Usahlah kita berperangai
seperti orang yang tiada iman didada...
Anda
menghantar semula mereka kesana..mereka akan tetap kembali kesini kerana
keluarga mereka semua disini....atau mereka akan mati ditengah lautan tanapa
diketahui sebabnya...adakah ini menyelesaikan masalah???
No comments :
Post a Comment