Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, February 21, 2015

SELEPAS 'LAWATAN' PEMIMPIN PKR KE AUSTRALIA, SIRUL AZHAR MAHU BERCAKAP, AKHBAR THE ADGE PUN TURUT MENYEBARKAN BERITA.... PELIK TAK?

Saturday, February 21, 2015

Kini ada persoalan-persoalan menarik yang sedang ditimbulkan selepas Sirul Azhar secara misteri melarikan diri ke Australia. Persoalan, siapa yang menyediakan pasportnya walaupun dia adalah banduan hukuman mati dan menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan, sudah mula timbul. Bagaimana dia boleh melepasi kawalan imigresen di sempadan negara sehingga butiran tentang jenayah dan kes yang dihadapinya, tidak terlibat, juga dipersoalkan.

Namun kini, sudah ramai yang bertanya, mengapa Rafizi Ramli bersusah payah ke Australia mencari Sirul Azhar dan selepas itu keluar cerita, Sirul Azhar bersetuju untuk membuat konferens 15 minit dengan Mahfuz Omar menerusi telefon dan disiarkan secara langsung menerusi siaran dalam talian.

Apa peranan Rafizi dalam isu yang dibangkitkan secara kelam-kabut ini? Mengapa semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Agung dan Mahkamah Persekutuan, Rafizi Ramli tidak memintas terlebih dahulu dan kemudian mendesak Sirul Azhar menceritakan perkara sebenar sebagaimana yang sedang cuba dilakukannya sekarang?

Mengapa perlu ditunggu sehingga hukuman mati dijatuhkan?

Kalau berdasarkan teori, kononnya orang yang hampir mati akan menceritakan perkara sebenar, ia adalah teori kosong dan bohong. Ramai banduan mati tetap bertegas mereka tidak melakukan pembunuhan. Ramai pembunuh bersiri yang tidak mengakui perbuatan mereka. Ramai penjenayah yang berada di penjara, tidak mengakui jenayah mereka. Malah ramai PELIWAT SEPERTI ANWAR IBRAHIM, yang tidak akan mengaku sampai mati pun perbuatan mereka, walaupun peguamnya mengakui liwat yang berlaku adalah SUKA SAMA SUKA.

Rafizi perlu menerangkan peranan yang telah dimainkannya di Australia, sehinggakan akhbar Australia tersalah lapor dan meletakkan gambar seorang penyanyi Korea yang telah membunuh diri yang dikatakan sebagai Altantuya Shiiribu. Rafizi Ramli juga perlu menceritakan berapa banyak bayaran yang telah dibuat kepada Akhbar The Age Australia yang terkenal dengan prinsip 'SIAPA BAYAR, BERITANYA DISIARKAN'.  Mengapa terlalu ketara sangat, selepas bergegas pemimpin PKR melawat Australia dan mencari Sirul Azhar, benda-benda ni pun mulai disiarkan di Australia?

Mengapa Rafizi Ramli sedangkan mungkin pemimpin PKR lain yang terlibat? Sebab dia adalah Setiausaha Agung PKR. Sebagai Setiausaha Agung PKR, dia pasti ada segala butiran yang berkaitan.

Persoalan yang lebih utama ialah, sampai bila akta berkaitan pengkhianatan negara terus didiamkan? Mengapa tidak digunakan? Mengapa pengkhianat-pengkhianat negara dibiarkan berleluasa dan mereka sekadar dikenakan tindakan ringan di bawah Akta Hasutan 1948 sedangkan mereka sepatutnya dikenakan tindakan di bawah hukuman mati kerana mengkhianati negara dan berusaha menghancurkan negara ini!!!

- The Saviour at 11:10 AM

Liwat II : Jude Pereira Dedahkan Diminta Mengaku Ada Konspirasi

Liwat II : Jude Pereira Dedahkan Diminta Mengaku Ada Konspirasi

Portal Malaysia-today hari ini mendedahkan bahawa Pegawai Penyiasat kes liwat II melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, DSP Jude Blacious Pereira pernah cuba diminta untuk membuat satu kenyataan media mengakui bahawa kes berkenaan memang satu konspirasi politik ke atas Anwar.

Dalam artikel yang bertajuk “Jude : I Was Asked To Subvert The Trial” tulisan Raggie Jessy, laman portal itu yang dikendalikan oleh blogger Raja Petra Kamaruddin memaklumkan bahawa Pengerusi badan mencegah jenayah MyWatch R Sri Sanjeevan turut terlibat dalam perkara itu.

Petikan artikel dari blog Malaysia-today.net

Selain Sanjeevan, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dikatakan turut terlibat di dalam perbuatan itu.

Orang yang meminta Jude Pereira membuat kenyataan itu ialah Sanjeevan sendiri dalam satu pertemuan antara mereka di Hotel PJ Hilton.

Pertemuan Dengan Sanjeevan

“Saya bertemu Sanjeevan di kafe di PJ Hilton, dia (Sanjeevan) sedang duduk di sebuah meja dilihat sedang meneliti beberapa dokumen.

“Sebaik saya duduk dengannya, dia memberitahu saya bahawa dia sedang membantu Anwar untuk kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dan menurutnya PKR memang pasti memenanginya.

“Sanjeevan memaklumkan kepada saya yang pada ketika itu, Anwar sedang berkempen di Ipoh.

“Dia begitu berterus terang, dia meminta adakah saya boleh membuat satu kenyataan media bahawa memang wujud konspirasi dalam siasatan saya ke atas Anwar.

“Sanjeevan turut memberitahu saya bahawa saya akan dijaga dengan baik jika PKR menang,” kata Jude dalam satu kenyataan yang beliau tulis sendiri kepada portal berkenaan.

Jude berkata beliau tidak boleh membuat kenyataan itu kerana siasatan beliau tidak mendapati ada wujudnya sebarang konspirasi.

“Kemudian, dia meminta saya hanya berkata ada campurtangan kerajaan dalam siasatan yang mana turut saya tolak.

“Saya kemudian mencadangkan jika mereka mahu saya membantu, saya boleh memberikan kenyataan bahawa saya menghormati keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar,” kata Jude Pereira.

Menurut Jude dalam kenyataan panjangnya, Sanjeevan kemudian menghubungi Anwar yang juga Ketua Umum PKR dan memaklumkan beliau ada bersama Sanjeevan.

Dia kemudian memberikan telefon kepada Jude dan meminta saya bercakap dengan Anwar.

“Saya hanya mengucapkan semoga Anwar berjaya dalam PRU-13 dan memaklumkan saya tidak boleh membuat kenyataan seperti yang dimahukan tetapi saya hanya akan berkata saya menghormati keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes liwat beliau.

“Anwar menjawab bahawa ia mencukupi untuk saya hanya berkata sedemikian,” kata Jude Pereira.

Selepas itu, Jude Pereira berkata Sanjeevan mencadangkan untuk menulis sesuatu untuk beliau katakan dalam kenyataan media berkenaan dan memaklumkan akan menghubungi pihak media pada waktu pagi jika beliau bersetuju.

Jude Pereira Diminta Pergi Ke Hotel Di KL Sentral

“Sanjeevan kemudian meminta saya untuk pergi ke sebuah hotel yang baru di KL Sentral dan bertemu dengan seseorang yang akan menunjukkan apa yang sudah ditulis bagi pihak saya untuk diberikan dalam sidang media keesokkannya.

“Dia juga memberitahu saya, saya akan dijaga dengan baik di hotel berkenaan dan saya boleh bermalam di situ semuanya sudah dibiayai.

“Oleh kerana ingin melihat sejauhmana perkara itu berlanjutan, saya bersetuju,” kata Jude Pereira.

Menurut beliau, apabila tiba di hotel berkenaan kira-kira pukul 8 malam, beliau bertemu dengan seorang lelaki India Muslim yang berjanggut dan seorang lagi sedang duduk di sebuah meja.

Jude Pereira berkata dia memperkenalkan dirinya dan mengatakan bahawa dia telah bertemu Sanjeevan sebelum itu sebelum diminta bertemu dengan mereka.

“Lelaki berjanggut itu sudah pun siap merangka satu surat dan meminta saya membacanya, jika saya bersetuju mereka akan menghubungi pihak media keesokan paginya.

“Saya terkejut apabila membaca satu petikan kira-kira 100 patah perkataan yang mengatakan bahawa saya adalah Pegawai Penyiasat dan Anwar sebenarnya tidak bersalah dan dia didakwa tanpa sebab yang kukuh serta bukti yang ada direka ke atasnya,” jelas Jude Pereira.

Jude Pereira berkata petikan itu membuatkannya kelihatan bodoh dan memperjudikan integriti ke atas tugasnya sebagai pegawai polis.

“Saya enggan memenuhi permintaan mereka dan terus beredar dari hotel berkenaan,” katanya.

Penglibatan Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan

Menurut Jude Pereira, Musa ada menghubunginya kira-kira seminggu sebelum PRU-13 ketika beliau berada di rumahnya di Ipoh.

Musa meminta Jude untuk menemuinya di rumah di Jalan Gasing, Petaling Jaya jika ada kelapangan.

“Sebelum saya menerima panggilan Musa, seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Sanjeevan, Pengerusi MyWatch ada menghubungi saya beberapa kali tanpa menjelaskan sebab sebenar pertemuan,” katanya.

Pertemuan Dengan Bekas IGP Musa Hassan

“Ketika itu pukul 2.30 petang semasa saya bertemu dengan Musa di rumahnya, kami keluar untuk minum teh di Restoran Lotus yang berhampiran rumah beliau.

“Musa memberitahu saya bahawa beliau kini merupakan Penasigat kepada MyWatch yang mana Sanjeevan ialah Pengerusinya.

“Menurut beliau, Sanjeevan dikaitkan rapat dengan Anwar dan Anwar telah memberitahu Sanjeevan bahawa Anwar mahu bersahabat dengan Musa,” jelas Jude Pereira.

Menurutnya, Musa bertanyakan secara terus kepadanya bahawa sebagai Pegawai Penyiasat kes liwat II, adakah wujud sebarang konspirasi dalam siasatannya.

Beliau agak terkejut dengan pertanyaan Musa kemudian memaklumkan bahawa beliaulah Ketua Polis Negara pada masa itu dan beliau pasti yang Musa juga tahu tiada sebarang konspirasi ke atas Anwar sepanjang siasatan.

“Saya memberitahunya, kenyataan daripada saksi adalah bukti dan bukannya sebahagian daripada konspirasi.

“Musa berkata beliau berpuas hati dengan jawapan saya,” katanya.

Menurut Jude Pereira, Musa sebenarnya mengetahui berkenaan pertemuan beliau dengan Sanjeevan di hotel PJ Hilton kerana Musa ada bertanyakan berkenaanya kemudian.

Beliau dihubungi Musa ketika memandu pulang selepas kejadian di hotel di KL Sentral bertanyakan berkenaan pertemuan dengan Sanjeevan melalui khidmat pesanan ringkas.

“Saya memberitahunya semua yang berlaku dan membalas bahawa saya telah melakukan perkara yang betul dalam memelihara integriti saya,” kata Jude Pereira.

Kes Liwat II

Anwar ketika ini sedang menjalani hukuman penjara selama lima tahun di Penjara Sungai Buloh kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan kira-kira tujuh tahun lepas.

Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lepas mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan yang membenarkan rayuan pasukan pendakwaan selepas Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan Anwar daripada tuduhan itu.

Mahkamah Tinggi dalam keputusannya dalam perbicaraan kes berkenaan membebaskan Anwar dalam pertuduhan itu.

Ketika prosiding 10 Februari lepas, pasukan pendakwaan diketuai oleh Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

- MYNEWSHUB.CC

Konspirasi Sirul Azhar...Komplot Menjatuhkan Najib Razk dari Australia?

Kenapa baru sekarang Pas bersimpati dengan keluarga Koperal Sirul Azhar? Kenapa sebelum ini Mahfuz, Idris Ahmad dan Suhaizan Kaiat tak pernah ambil tahu langsung pasal keluarga Sirul? Kenapa kini Mahfuz dan rakan-rakannya muncul seolah-olah nak jadi hero Tamil?

Rakyat sudah dapat meneka, kalau ada sesuatu yang luar biasa dilakukan oleh pemimpin-pemimpin politik Pas, pasti ada udang di sebalik batu. Dan didalam kes Sirul, Mahfuz dan kawan-kawan Pas nya cuba untuk mencari publisiti murahan dan juga cuba menghangatkan lagi isu pembunuhan warga Monggolia, Altantuya Saaribuu.

Persoalannya ialah.., kenapa sekarang? Dan kenapa Pas yang kedepan.., bukannya DAP ataupun PKR? Adakah Mahfuz dan kawan-kawannya dapat arahan untuk timbulkan isu ni balik? Atau ada agenda besar yang dirancangkan oleh puak-puak Pakatan untuk huru harakan negara?

Dalam kes Sirul, mahkamah dah putuskan bahawa dia serta Azilah bersalah membunuh Altantuya.., jadi apa lagi yang puak-puak haluan kiri tu nak sibuk-sibuk? Bukan kah dulu dorang yang beria-ia nak hukuman keras dikenakan pada dua anggota Polis berkenaan? Sekarang sudah tukar ke?

Lagi satu.., kenapa Mahfuz serta Pakatan tak persoalkan macam mana dan kenapa Sirul boleh lari ke Australia? Siapa yang bawa Sirul ke negara tu dan macam mana Sirul boleh dapat bantuan dari NGO di negara tersebut? Apakah Sirul ditaja oleh tangan-tangan ghaib berhaluan kiri di Malaysia?

Kini dikhabarkan Sirul sudah bersedia untuk 'menghancurkan' negara dengan dakyah-dakyah fitnah yang sudah dirancang oleh pihak-pihak terbabit. Siapakah pihak-pihak terbabit tersebut? Nanti kita akan dedahkan satu demi satu..

Yang pastinya.., skrip serta imbuhan kepada Sirul sudah disediakan.. Khabarnya imbuhan untuk menjatuhkan 'kerajaan Malaysia' tersebut mencecah berpuluh juta Ringgit Malaysia. Tak hairanlah Sirul boleh gelap mata..

Nantikan pendedahan selanjutnya..

Sumber

Wednesday, February 18, 2015

Shafie Berdialog DiTuduh Mewakili UMNO...Pakatan Meroyan

Shafee sesi berdialog dengan orang ramai.....

KUALA LUMPUR 17 Feb. - Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang merupakan pendakwa raya dalam kes liwat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menegaskan, beliau tiada sebarang kepentingan dalam mengendalikan kes berkenaan.

Dalam satu majlis dialog terbuka, Shafee berkata, dakwaan bahawa dirinya mengendalikan kes berkenaan bagi pihak UMNO adalah tidak berasas kerana dia merupakan seorang peguam profesional yang tidak mempunyai kaitan atau menjadi ahli dengan mana-mana parti politik.

Bahkan, jelas peguam itu, beliau adalah antara "peguam utama" yang menyebabkan UMNO diharamkan oleh mahkamah pada 1986, dengan mewakili pihak yang kemudiannya menubuhkan parti Semangat 46, ketika berlaku kemelut dalaman UMNO pada ketika itu.

"Jika tahu sejarah saya dengan UMNO, macam mana tuan-tuan boleh kata saya peguam UMNO," jelas beliau pada sesi Dialog Bersama Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah di Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI) di sini malam tadi.

Justeru, Shafee berkata, mengambil langkah untuk menyertai sesi dialog terbuka malam ini bagi menjelaskan perkara sebenar memandangkan langkah berkenaan tidak akan menyebabkan beliau mengingkari mahupun menghina mahkamah kerana perbicaraan kes berkenaan kini telah tamat.

"Ini adalah masa yang sesuai untuk menyampaikan kebenaran kerana kesemua dokumen berkait dengan kes tersebut kini menjadi dokumen awam dengan tamatnya perbicaraan.

"Paling penting, dialog-dialog sebegini dan dokumen-dokumen berkenaan boleh membuktikan bahawa saya tidak mempunyai kepentingan dalam kes ini dan tiada sebarang konspirasi politik yang berlaku," jelas beliau dalam sesi dialog selama hampir dua jam itu.

Shafee berharap segala penjelasan yang diberikan dapat memperbetulkan segala salah tanggapan dan salah faham yang dibuat terhadap kes Ketua Pembangkang itu, yang telah ditimbulkan oleh parti pembangkang dan Majlis Peguam.

Cr: Melayu Berwawasan

DAP Mahu Hapus Identiti Melayu....?

Wednesday, February 18, 2015

DAP MAHU HAPUS IDENTITI MELAYU....?

Pemimpin DAP, Nga Kor Ming dalam laman Twitter dan FB memuatnaik gambar ini. Ia hanya gambar yang cukup simple, tetapi mesejnya cukup terang - menghapuskan identiti Melayu untuk menjayakan konsep 'Malaysian Malaysia' yang diperjuangkan parti itu sejak sekian lama.

Konsep tersebut menganggap semua bangsa adalah sama rata dan DAP mahu menghapuskan istilah bangsa. Mereka mahu setiap bangsa punya hak dan keistimewaan yang sama rata. Ia sejajar dengan Perlembagaan DAP yang menggariskan visi "menghapuskan perbezaan bumiputera dan bukan bumiputera."

Pendek kata, tiada lagi istilah 'hak dan keistimewaan orang Melayu' seperti termaktub dalam Perlembagaan. Tiada lagi istilah tanah rizab Melayu. Tiada lagi diskaun untuk bumiputera membeli rumah, tiada lagi kuota bumiputera dalam kemasukan di universiti, tiada lagi kuota bumiputera untuk mendapat biasiswa. Semuanya sama rata.

Konsep Malaysian Malaysia menengahkan konsep kesaksamaan ekonomi, kesamarataan kaum dan agama serta agihan kekayaan yang adil termasuk membuat beberapa perubahan dasar khususnya sektor awam yang dimonopoli bumiputera.

Kenapa DAP begitu benci dengan istilah 'Melayu' dan 'bumiputera'? Apa yang orang bumiputera buat sehingga mereka dilihat sebagai satu ancaman? Pemimpin DAP termasuk Nga Kor Ming harus berhenti dengan sangkaan bahawa hanya kerana mereka punya sedikit kuasa, mereka boleh bebas untuk mempersoalkan apa sahaja sehingga mengguris hati orang bumiputera. Mereka perlu tanya diri sendiri mengenai realiti berikut:

1. DAP mengetepikan sama sekali fakta sejarah bahawa orang Melayu bersifat mulia menghulurkan tangan persahabatan menerima kaum lain yang dibawa British, malahan berlapang dadah bersetuju memberikan berjuta mereka kerakyatan tanpa syarat. Orang Melayu tidak minta apa-apa selain satu perkara - menghormati hak-hak dan keistimewaan seperti yang dipersetujui oleh ketua-ketua kaum ketika itu.

2. Sejak negara ini merdeka, adakah mana-mana kaum bukan Melayu dilarang memperkembangkan budaya dan adat mereka? Malah, dalam banyak perkara,kerajaan tanpa prejudis memperjuangkan adat dan budaya kaum lain sebagai satu misi nasional. Bukankah semua kaum mengekalkan identitinya, bahasanya, adatnya, agamanya malah sekolahnya?

3. DAP mahu mewujudkan Malaysian Malaysia tetapi mereka sama sekali tidak mahu menghapuskan sistem persekolahan vernakular untuk memberi laluan kepada sistem persekolahan tunggal. Kenapa? Kalau perkara asas begini pun DAP enggan dengan alasan mahu mengekalkan identiti Cina, sepatutnya DAP juga perlu hormati intipati kontrak sosial lain yang sudah dipersetujui termasuk dalam soal hak dan keistimewaan bumiputera.

4. Jika DAP mahu hapuskan konsep bangsa kerana sebab ekonomi, DAP perlu lihat kaum mana yang menguasai ekonomi negara sejak sekian lama. Rasanya kalau ada 1,000 orang paling kaya di Malaysia, 970 daripadanya adalah orang Cina. Jika ia kerana politik, setakat ini, tidak ada orang Cina di negara ini yang dihalang daripada menjadi calon, malah DAP boleh membolot semua kerusi yang ditandinginya di Pulau Pinang. Malah ramai calon Cina mengalahkan calon Melayu di kawasan majoriti Melayu dan ramai diberi jawatan Menteri.

5. Jika tuntutan DAP ini kerana faktor agama, DAP perlu tanya diri sendiri adakah mana-mana penganut agama di negara ini dilarang mengamalkan ritual agama mereka? Nga Kor Ming sendiri pernah mempersoalkan kenapa peruntukan untuk masjid lebih banyak dari rumah ibadat lain, DAP juga pernah mengusulkan supaya azan dilarang di kawasan majoiriti Cina. Kenapa susah sangat hendak menghormati kedudukan Islam sebagai agama rasmi di negara ini? Islam diterima sebagai agama rasmi bukan baru, kenapa sekarang begitu galak hendak mempersoalkannya?

6. Orang Melayu tidak akan lupa bagaimana pemimpin DAP, Lim Guan Eng memulakan percikan api perkauman dan sentimen agama apabila mempolitikkan isu kalimah Allah. Nga Kor Ming jangan ingat orang Melayu boleh lupa apabila dia mendesak supaya lima negeri meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam. Orang Melayu juga tidak lupa bagaimana sepupunya, Ngeh Koo Ham menyamakan al-Quran dengan kitab Bible selain mempersoalkan bantahan umat Islam terhadap filem yang hina Nabi Muhammad sebagai perbuatan membuang masa. Pernahkah umat Islam begitu biadab seperti ini dengan mempersenda agama bukan Islam?

Kalau DAP dan Nga Kor Ming sendiri tidak punya asas untuk menjawab semua persoalan ini, maka sudah terang dan nyata bahawa DAP sememangnya parti rasis dan membenci Melayu dengan berniat untuk menghapuskan Melayu terus dari sejarah Malaysia sepertimana yang terjadi di Singapura. Sepatutnya, kalau DAP tidak mampu menghormati intipati Perlembagaan, maka mereka tidak layak pun untuk mengaku sebagai rakyat Malaysia.

Tulisan ini pastinya disambut dengan tuduhan rasis. Namun, admin tidak akan membangkitkannya jika tidak kerana gambar yang dimuatnaik oleh Nga Kor Ming ini. Namun, begitulah sikap DAP selama ini, mereka yang sering memulakan segala-galanya. Mereka yang memulakan provokasi, dan apabila orang Melayu tampil mematahkan hujah mereka dengan fakta-fakta, mereka Melayu dilempar dengan gelaran rasis dan perkauman!

Percayalah, selagi DAP masih terus tebal dengan dasar cauvinis dan konsep Malaysian Malaysia, orang Melayu tidak akan pernah berhenti mempertahankan apa yang haq. Orang Melayu dan bumiputera tidak mempunyai tanah asal sepertimana China, dan India. Kaum Melayu hanya mempunyai Malaysia sahaja dan ia tetap akan dipertahankan!

cr:Melayu Berwawasan

Saturday, February 14, 2015

GAGAL DAPAT SAMBUTAN DEMONSTRASI BESAR, NURUL IZZAH BAKAR SEMANGAT KUMPULAN ANARKI MENGGANAS DENGAN MEROSAKKAN HARTA AWAM!

Saturday, 14 February 2015

GAGAL!

Itulah yang boleh diperkatakan tentang 'MARCH TO FREEDOM' yang diinisiatifkan oleh anak-beranak Anwar Ibrahim bersama konco-konco mereka.

Walaupun Nurul Izzah penuh bersemangat memberikan ceramah, mencipta pembohongan kononnya Anwar Ibrahim adalah banduan politik, walaupun hakikatnya KETUM adalah banduan jenayah yang disabitkan dengan kesalahan MELIWAT bekas pembantu peribadinya, jumlah yang hadir di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur, cukup mendukacitakan.

Dengan jumlah tidak sampai 100 orang, mereka terpaksa melakukan sekatan jalanraya dan mengupah kumpulan ANARKI dan perosak harta awam untuk menimbulkan provokasi sekaligus cuba menarik penyertaan anak-anak muda yang berpelesiran pada hujung minggu.

Malaysiakini dan The Malaysian Insider yang diketahui portal pro-Anwar, membesar-besarkan angka menjadi 400 orang PELAJAR-PELAJAR UNIVERSITI sedangkan sebahagian besar daripada mereka adalah kumpulan anarki yang cukup terkenal dengan kempen memperjuangkan sistem Komunisme di negara ini.

Antara yang turut berucap selain daripada Nurul Izzah adalah Nik Nazmi Nik Ahmad yang merupakan ADUN Seri Setia, Fariz Musa yang kerupakan Koordinatior Jingga 13 dan bekas PENGKHIANAT TUDM, Zaidi Ahmad. Dalam ucapan mereka, mereka berulang-ulang kali menyatakan bantahan keputusan Mahkamah Persekutuan dan menuduh keputusan tersebut adalah di bawah arahan UMNO-BN. Mereka juga menyeru anak-anak muda untuk menghidupkan semula semangat reformasi 1998.

"Kita akan meneruskan perhimpunan seumpama ini sehingga Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan," kata Nurul Izzah.

Hakikatnya, jumlah yang hadir semakin berkurangan tidak lama kemudian, terutama selepas kumpulan anarki mula melakukan kerosakan harta-harta awam. Begitu juga dengan penunjuk-penunjuk perasaan dari kalangan warga Cina, turut beredar dan enggan terlibat dalam provokasi yang dilakukan oleh kumpulan terbabit.

PKR dilihat semakin terdesak dan kekecewaan Nurul Izzah kerana upacara 'vigil candlelight' di hadapan Penjara Sungai Buluh begitu dingin sambutannya, ketara dalam ucapannya yang mengharapkan peristiwa 1998 dengan lautan manusia berdemonstrasi demi Anwar Ibrahim berulang kembali. 

Cr : buletin sengal

Wednesday, February 11, 2015

Luahan Sayu Isteri Saiful Bukhari Tentang Kes Liwat Anwar Ibrahim

Wednesday, February 11, 2015

“Sedih suami saya maka sedihlah saya. Gembira suami saya begitu juga saya. Syukur dakwaan suami saya did#engar dan diadili sewajarnya.

“Yang pasti, saya lega apabila Mahkamah Persekutuan mengesahkan dakwaan suami saya itu benar dan beliau seorang saksi 'credible'.

“Perjalanan kami masih jauh. Wala#upun ada kesukaran dalam kami mencari rezeki, berurusan dengan orang, kami percaya Allah tidak akan menzalimi hambaNya. Apa yang penting kini adalah untuk kami ke hadapan meneruskan hidup.

“Terima kasih kepada seluruh keluarga kami, sahabat, rakan media, sahabat blogger, rakyat Malaysia yang ikhlas menyokong perjuangan suami saya Saiful Bukhari Azlan, Allah sahaja mampu membalasnya.”

Daripada Facebook Sue Megat De#raman

Sumber

Wednesday, February 4, 2015

Ismail Sabri juga menganggap pemimpin PAS Mahfuz Omar tidak mengikuti perkembangan semasa dunia.


KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini membidas
tindakan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang cuba mempolitikkan isu kenaikan harga barangan kawalan.

Ismail Sabri juga menganggap pemimpin pembangkang itu tidak mengikuti perkembangan semasa dunia kerana mendakwa kenaikan harga barang berpunca daripada kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) menguruskan ekonomi negara.

“Kalau ikut cakap dia (Mahfuz) seluruh dunia lah gagal macam tu, sebab seluruh dunia ketika ini mengalami kenaikan harga barang…ianya satu fenomena global. Cuba suruh dia sebut negara mana yang turun harga barang,” katanya pada sidang media, di sini.

Beliau mengulas kenyataan Mahfuz yang semalam mendakwa kenaikan harga barang kawalan sejak kebelakangan ini berpunca daripada kegagalan pengurusan ekonomi dan kewangan negara oleh kerajaan BN.

Ismail Sabri berkata kerajaan pusat juga tidak pernah menghalang kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang untuk menurunkan harga barangan di negeri masing-masing jika benar dakwaan Mahfuz bahawa BN punca kenaikan harga barang.

“Suruhlah negeri pembangkang buat, turunkan harga, dia kena supportla penjual nasi kerabu, nasi dagang, mahu bagi duit ke atau subsidi, kita tak sekat tapi akhirnya dia tak akan buat apa-apa…cakap lebih mudah dari melakukan,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai kenaikan harga barangan kawalan sekarang, Ismail Sabri berkata pihaknya tidak pernah menafikan perkara itu, namun pada masa yang sama kerajaan berusaha mengurangkan kesannya ke atas rakyat.

“Kalau di negara lain, kerajaannya hanya akan cakap, ‘leave it to the market’, tapi kita di sini melakukan pelbagai usaha bagi mengurangkan kos hidup kesan kenaikan harga barang global,” katanya seperti dilapor Bernama.

Beliau memberi contoh pengenalan skim harga barang kawalan sempena perayaan dan Kedai 1Malaysia serta Bidang Keberhasilan Utama Negara bagi menangani kos hidup rakyat yang kini dilaksana kerajaan BN. Baca sini


Ditanya mengenai penguatkuasaan skim kawalan harga barangan terkawal sempena Aidilfitri, beliau berkata ia dikuatkuasakan bermula hari ini dan seramai 3,000 pegawai penguatkuasa akan digerakkan bagi tempoh 14 hari bagi pemantauan, dengan dibantu 50,000 rakan pengguna.

Tuesday, February 3, 2015

MELAYU OH MELAYU

Kepada MELAYU

Pernahkah MELAYU terfikir

Ekonomi Malaysia Cina yang kuasai

Akademik Cina yang mendahului

Sekarang kuasa politik sebenarnya Cina mempengaruhi...

Semua ni sebab apa???

Sebab Melayu sentiasa berbalah....

Selalu iri hati selalu prasangka buruk

Melayu tak mahu bersatu....

Bila Datuk Kazim cuba menyedarkan melayu
Cina melenting buat laporan polis.... dimana Melayu?

Bila Dato Ismail Sabri bercakap tentang kuasa pengguna Melayu

Pemuda MCA panas jubur, protes.... mana suara Melayu PEMUDA UMNO?????

Kenapa Melayu tak sedar sedar2....

Masih ingatkah????

Ketika Penang jatuh ke tangan DAP
Gerakan dgn senang hati menyerahkan peralihan kuasa dgn simbolik....

Tentang HUDUD bila DAP membantah, MCA bersama2 turut menambah perasa...

Melayu tidur???

Melayu tak buka mata???

Ini semua kenapa???

Semua kerana Melayu leka

Melayu selesa....

Sekarang Melayu tak sedarkah???

Kita hilang banyak kuasa...

Kita hilang banyak harta....

Kita hanya tinggal cerita

Kita ketawa sebenarnya berduka....

Sampai bila Melayu???

Sampai bila Melayu??

RON95 harga RM1.70 seliter

Harga milo berapa secawan???

Bukalah mata wahai Melayu

Jangan tidur....

Kembalikan kuasa kita dan jadikan minoriti tetap minoriti...

DIMANAKAH PEMIMPIN MELAYU YG LAIN.....

Mengapa MENIKUS sedangkan di arena PERGUNG mengaum sakan dgn menitiskan air mata RETORIK....

Jangan sampai suatu hari nanti anak cucu kita meludah di batu nesan kita kerana kegagalan kita, kerana ketamakan kita....kerana cucuk mencucuk kita. Kerana berebut nak jadi ketua.

Kerana tikam sahabat kita sendiri...

MCA jadi suara DAP bidas panggilan boikot Ismail Sabri



MCA membidas Ismail Sabri yang memanggil supaya diboikot peniaga-peniaga yang tidak turunkan harga barang. Baca SINI

Padahal Ismail Sabri hanya kata boikot peniaga yang tidak turunkan harga. Baca MyKMU 
SINI

Hairannya, kenapa MCA begitu sensitif dan sanggup jadi suara DAP? Bukankah perlu suara consumerism menjadi kuat dan lantang untuk menghadapai kegiatan mengambil untung yang melampau? Sepatutnya kepimpinan yang diberi kepada ISmail Sabri kepada agenda consumerism patut dicontohi dan disokong!!!

Hujah yang MCA guna adalah racism. JIka demikian, mahu juga kami cadangkan MCA buang huruf C dari akronim nama parti dan hentikan perjuangkan sekolah cina untuk perjuangkan sekolah 1malaysia serta berhenti juangkan bahasa cina lalu juangkan bahasa Malaysia.

Jika isu OLD TOWN WHITE COFFEE yang ditimbulkan Ismail Sabri dan disindir blogger pembangkang SINI menjadi sebab MCA membidas, jelaslah MCA perjuangkan DAP.
Terima kasih Anak Sungai Derhaka kerana tegur dan ingatkan ahli UMNO serta orang Islam amnya yang masih mahu kunjungi kedai kopi kepunyaan Ngeh Nga rasis DAP.  




Ingat orang Islam, jom beli makanan yang pastinya Halalan Taoyyiba dengan membeli barangan orang Islam. Barangan Halaalan Toyyiba tidak ada keuntungan berlebihan dan harga mereka berpatutan.Samping itu, majukan orang Islam. Kita bina ekonomi orang Islam supaya bukan Muslim tidak lagi mengugut dan menuntut bukan-bukan!
Dah masa ada jenama HALAL&MUSLIM. Banyak halal tapi dipunyai dan dibuat oleh bukan Islam masih ada was-was. Cr

Monday, February 2, 2015

GEMPAR!!! Pengakuan Berani Gadis Yang Mengejutkan Kelantan!!!


Astaghfirullah al azim...... istighfar panjang apabila membaca pengakuan dan pendedahan yang dikongsikan oleh gadis remaja ini. Segalanya akibat keterlanjuran diri bersama teman lelaki serta desakan hidup selepas dihalau keluarga dari rumah, seorang gadis sanggup menjual diri untuk menyara kehidupannya.

Dikenali dengan panggilan Sa, gadis berusia 21 tahun dari Bachok ini berkata, bagi meneruskan kelangsungan hidup, dia terpaksa melakukan kerja itu setelah dijual kepada ‘bapa ayam’ oleh rakan lelaki yang dikenalinya tidak sampai setahun.

Menceritakan detik dia terjerumus dalam kancah terbabit, menurut Sa, dia ingin mendapatkan pekerjaan setelah tidak lagi tinggal bersama kedua ibu bapanya di Bachok selepas dihalau keluar akibat perbalahan adik beradik.

“Kehidupan kami umpama kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Saya adalah anak kelapan daripada sembilan beradik. Kehidupan yang daif memaksa kami untuk mencari pekerjaan sendiri demi mendapatkan sesuap nasi.

“Saya juga terpaksa berhenti sekolah sejak darjah enam lagi dan turut mencari pekerjaan sendiri termasuk bekerja di kedai makan di merata tempat untuk menyara keluarga,” katanya.

Sa ditemui pemberita pada majlis sambutan hari raya bersama penghuni penjara di Blok Wanita Penjara Pengkalan Chepa, di sini, kelmarin.

Hadir dalam majlis terbabit, Pengarahnya, Zawari Abd Rashid serta Timbalan Penguasa Penjara, Rosliza Ishak.

Selepas rakan lelakinya yang baru dikenali terdapat pekerjaan di Kota Bharu, dia teruja namun tidak mengetahui akan bergelumang dalam kancah pelacuran.

Namun segala-galanya terlambat apabila dia telah diserahkan kepada bapa ayam dan bermulalah kehidupannya sebagai ‘kupu-kupu malam’ yang terus membawa dirinya semakin hanyut dengan wang yang mudah diperolehi dari lelaki-lelaki yang melanggannya.

“Memang nampak mudah, apabila saya hanya perlu melayan lelaki yang datang mendapatkan khidmat saya dan selesai tugas, saya dibayar mengikut harga yang ditetapkan.

“Lebih 100 lelaki telah melanggan saya dan setiap malam saya memperoleh RM400 hingga RM500 setiap kali dilanggan dan akan bertambah apabila musim perayaan.

“Saya tidak mampu lari lagi dan terus melakukan kerja terbabit, sehinggalah saya ditangkap khalwat bersama teman lelaki berusia 20 tahun dalam sebuah rumah empat bulan lalu dan atas kesalahan itu saya dipenjarakan,” katanya.

Sa berkata, selepas ditahan dan pemeriksaan kesihatan dilakukan, dia terkejut apabila turut disahkan positif HIV akibat cara hidup lampau yang bergelumang dalam dunia pelacuran.

“Sesungguhnya, saya insaf dan bertaubat kepada ALLAH SWT, semoga segala perlakuan saya selama ini diampunkan dan saya nekad untuk berubah demi untuk meneruskan kehidupan walaupun dalam jangka masa yang tidak lama.

“Sedih memang sedih. Kadangkala jika tidak mempunyai pedoman mungkin saya akan bunuh diri, namun saya harap selepas dibebaskan Disember ini, saya berjanji dengan teman lelaki untuk berkahwin walaupun berat hati saya untuk menyatakan kepada bakal suami bahawa saya disahkan menghidap HIV,” katanya. -kamithemedia

Allah berfirman:

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” [2:286]

Memang hidup ini tidak akan pernah sunyi dari setiap dugaan dan ujian. Apa yang boleh saya katakan, sebagai umat Islam seharusnya kita yakin sesungguhnya setiap cabaran dan ujian hidup itu adalah bukti kasih sayang Allah terhadap kita.

Sebenarnya kita tidak tahu bahawa allah amat sayang kepada kita, sebab itu allah datangkan kepada kita dengan pelbagai ujian dan musibah, kerana allah tahu kita adalah hamba yang mampu mnghadapi ujianya,jika sebaliknya allah tidak akan menguji kita jika kita hamba yang tidak mampu.

Bila kita ditimpa musibah, carilah ALLAH. mengadu dan menangislah, kerana ia akan memberikan kelegaan pada jiwa.

ALLAH berfirman,

Maksudnya: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali.” (Al Baqarah 02:156)

Oleh kerana itu, adalah wajib bagi kita untuk terus beristiqamah dalam mempertahankan keislaman kita. Jangan mudah tertipu oleh pujuk rayu syaitan bertopengkan manusia. Jangan sesekali mati kecuali tetap memegang teguh dengan agama Islam. Cr


KES AL-TANTUNYA : LOKASI TERKINI SIRUL AZHAR & KONSPIRASI POLITIK YG BAKAL MELETUP !!

KES AL-TANTUNYA : LOKASI TERKINI SIRUL AZHAR & KONSPIRASI POLITIK YG BAKAL MELETUP !!
1. Australian Broadcasting News (ABC) di laporan terbarunya bertajuk Malaysianfugitive Sirul Azhar Umar seeks Australian lawyer to avoid extradition, deathpenalty over Mongolian model's murder melaporkan bahawa Sirul Azhar Umar ditangkap di Brisbane minggu leaps sebelum dipindahkan ke Villawood Immigration Detention Centre di Sydney.

 

2. ABC juga melaporkan bahawa peguam Sirul Azhar sedang mendapatkan bantuan peguam tempatan untuk menguruskan isu beliau di sana. Sinar Harian pula melaporkan bahawa Sirul Azhar Umar  tidak mahu pulang ke Malaysia.

Hasnal Rezua Merican yang kini berada di Australia mengatakan baru bertemu dengan Sirul kelmarin untuk membincangkan jalan membebaskannya daripada tahanan di negara itu, lapor akhbar tersebut.
"Sirul ada mengatakan dia tidak mahu balik. Siapa pun yang ada kedudukan seperti dia, mesti tidak mahu balik," kata Hasnal kepada Sinar Harian. 
Menurut Hasnal, setakat ini mereka langsung tidak berbincang mengenai isu ekstradisi.
"Soal ekstradisi setakat ini belum berbangkit.

"Kami hanya berbincang bagaimana hendak bebaskan dia daripada tahanan dan dia juga mengamanahkan kepada kami (seorang lagi peguam, Kamarul Hisham Kamaruddin) untuk berunding bagi pihaknya, berbincang dengan peguam-peguam di sini (Australia) mengenai perkara itu," katanya.
3. Sebelum ini ramai di antara kita tidak tahu bahawa Australia mempunyai polisi tidak mengiktiraf hukuman mati, malah negara itu menentang keras hukuman tersebut dijalankan dalam sistem perundangan negara lain.

4. Australia juga telah menyatakan pendirian tiada ekstradisi ke atas Sirul untuk dibawa balik ke Malaysia.

5. Sekarang timbul persoalan, siapakah yang sebenarnya dibelakang Sirul Azhar Umar yang menyusun segala permindahan beliau ke negara Australia?

6. Ianya kerana, agak sukar untuk kita percaya bahawa segalanya ini adalah satu kebetulan terutamanya apabila kita tahu bahawa Australia mempunyai polisi tidak mengiktiraf hukuman mati.

7. Tidak mungkin segalanya ini difikirkan oleh Sirul Azhar Umar seorang. Tentu ada pihak yang lebih arif tentang selok belok undang-undang atau hak kebebasan Australia yang menjadi 'tangan ghaib' membawa pembunuh Al-Tantuya itu ke Australia.

8. Malah, tindakan sesetengah pemimpin PAS yang tiba-tiba hadir menunjukkan simpati kepada ibu dan keluarga Sirul Umar itu dirasakan tidak secara 'kebetulan'. Kehadiran pemimpin PAS itu sungguh tidak ikhlas kerana sebelum ini, mereka tidak pun peduli dengan keluarga Sirul Umar.

9. Ironinya, mereka ini terdiri daripada pemimpin-pemimpin PAS yang dikenali sebagai kumpulan Anwarinas dan bukan kumpulan ulamak di dalam parti itu. Kenapa mereka?

10. Yang lebih ironinya ialah Anwar Ibrahim menzip mulut tidak bercakap langsung tentang isu Sirul Umar di Australia. Begitu juga kepimpinan tertinggi PKR yang lain. Kenapa?

11. Dan berbalik kepada 'tangan ghaib' atau 'broker' yang membawa Sirul Umar ke Australia. Kita akan terfikir mereka ini mempunyai motif politik untuk memperalatkan Sirul Umar demi permainan politik mereka. Apa tidaknya, Sirul Umar dan kes pembunuhan Model Al-Tantuya ini sengaja dikaitkan dengan DS Najib Razak, Perdana Menteri kita walau pun sudah terbukti bahawa Najib Razak tidak terlibat langsung dalam kes ini.

12. Dan apakah terdapat 2 pihak yang terlibat iaitu satu di Malaysia dan satu lagi di Australia yang saling berhubungan untuk membawa Sirul Azhar keluar daripada Malaysia?

13. Dalam isu ini, kita dapat mengagak situasi Sirul Azhar yang sangat terdesak untuk menerima apa sahaja cadangan untuk menyelamatkan diri beliau termasuk lari ke Australia. Dan MiM percaya bukan setakat lari ke Australia sahaja tetapi lebih daripada itu. Apakah perkara itu?

1. Kita berbalik kepada kenyataan peguam Sirul Azhar iaitu mereka sedang berusaha untuk membebaskan beliau daripada Villawood Detention Centre. Timbul persoalan, bagaimana seorang pembunuh boleh dibebaskan daripada tahanan tersebut dan bolehkah penjenayah kes berprofil tinggi ini dibenarkan bergerak bebas di negara Australia
Apakah wujud polisi negara Australia yang akan membenarkan Sirul Azhar bergerak bebas seolah-olah beliau ini tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah? Atau mungkin ada cerfew atau kawalan daerah kepada Sirul Azhar jika benar beliau dapat dibebaskan? 
2. Soalan-soalan di atas pula kita kaitkan dengan 'simpati secara tiba-tiba' yang ditunjukkan oleh pemimpin Anwarinas dalam PAS kepada keluarga Sirul Azhar. Selain daripada menunjukkan 'simpati yang tidak ikhlas' itu, mereka mengeluarkan kenyataan 'Sirul dan Azilah harus diberi hak untuk membuat kenyataan umum' walau pun kita semua tahu bahawa kedua-dua individu ini telah diberikan sebanyak ruang untuk mempertahankan dan mendedahkan apa sahaja di dalam Mahkamah. 
Dan tidak ada sesiapa pun yang patut menggunakan alasan 'sistem kehakiman tidak adil atau tali barut kerajaan BN' kerana sistem kehakiman ini juga yang telah memenangkan banyak kes saman pemimpin Pakatan Pembangkang terhadap pihak-pihak yang pro-BN.
14. Maka, jika kita kaitkan kedua-dua di atas, kita akan nampak seperti satu pattern licik atau pelan tersusun yang dapat mengaitkan penyertaan Pakatan Pembangkang dalam isu Sirul Azhar di Australia. Apa tidaknya, jika Sirul Azhar dapat dibebaskan dengan apa cara yang ada di dalam undang-undang negara itu, apakah langkah seterusnya bagi Sirul Azhar untuk menyara hidup di negara asing itu?

15. Perkara ini boleh dikaitkan pula dengan kenyataan pemimpin PAS itu iaitu 'membuat kenyataan umum'. Apakah ini langkah seterusnya yang telah diatur oleh 'broker' yang membawa Sirul Azhar ke Australia?

16. Dan 'kenyataan umum' ini tidak mungkin free of charge dan sudah pasti ramai pihak, sama ada di dalam atau pun luar Malaysia yang sanggup menawarkan apa sahaja supaya Sirul Azhar 'membuat kenyataan umum'.

17.Jika isu Sirul Azhar ini benar-benar sampai ke tahap ini, kita dapat mengagak bahawa Sirul Azhar mungkin akan berkata apa sahaja termasuk berbohong dan mereka-reka cerita seperti yang diskripkan oleh 'broker' dan 'tangan ghaib' tersebut?  

18. Cerita yang diskripkan dan ditambah reka itu sudah tentu akan bermaksud untuk memburuk-burukkan serta menjatuhkan imej beberapa individu berjawatan tinggi di negara ini. DS Najib Razak dilihat akan dijadikan sasaran utama di dalam rekaan cerita tersebut.

19. Ianya kerana 'broker' dan mereka yang berkepentingan ini tahu bahawa persepsi sahaja walau pun ianya tidak benar dan bohong belaka, sudah cukup untuk mewujudkan polemik di Malaysia.

20. Dan Sirul Azhar yang desperado tapi terhutang budi kerana ibarat 'mati hidup balik' ini akan ikut sahaja apa skrip yang telah disediakan itu?

21. Dan jika saat itu benar-benar berlaku di masa hadapan, kita akan saksikan satu lagi polemik politik yang lebih panas serta dapat menenggelamkan segala keburukan dan pertelingkahan sesama DAP dan PAS.

22. Ianya akan lebih menyengat kerana tatkala itu, kesemua parti dalam Pakatan Pembangkang mempunyai hanya satu fokus sahaja iaitu 'kenyataan umum' Sirul Azhar. Dan jika benar DS Najib Razak akan difitnah kelak, kita jangan terkejut jika opportunis-opportunis dalam parti UMNO itu sendiri yang akan menggunakan polemik Sirul ini untuk menekan DS Najib Razak.

23. Dan jika sekarang pun sudah dengar pelbagai cerita dalam parti UMNO, 'kenyataan umum' Sirul Azhar ini ibarat pucuk dicita ulam mendatang bagi mereka!


24. Kita tunggu dan lihat percaturan seterusnya 'broker' Sirul Azhar selepas ini. Jika benar-benar berlaku, kita sepatutnya sudah dapat menilai dan menolak segala cerita yang akan direkacipta. Cr

KEMPEN TURUN HARGA BARANG SEMAKIN VIRAL DAN PANAS !! #turunhargabarang

Sekarang ini rakyat telah bangkit menyuarakan tuntutan kepada agar pihak peniaga menurunkan harga barang disebabkan harga minyak yang telah turun. Sebelum ini pihak peniaga memberi alasan harga barang dinaikkan disebabkan oleh harga minyak naik.


Tetapi sekarang, harga minyak telah turun 2 kali tetapi rakyat dapati pihak peniaga begitu liat untuk menurunkan harga barang. Yang lebih meluatnya ialah terdapat suara-suara sumbang pro-BN yang bersekongkol dengan lawan politik mereka, parti DAP apabila DS Ismail Sabri bertegas agar pihak peniaga menurunkan harga barang.

Mereka masih mahu menafikan dominasi peniaga kaum Cina di dalam bidang peniagaan padahal rakyat pun tahu situasi dan realiti ini. Yang terbaru ialah penjelasan Ismail Sabri mengenai saranan beliau kepada pihak peniaga.

Anda baca :
Penjelasan Datuk Seri Ismail Sabri mengenai status di FB semalam:
"Ya.. statement itu bukan ditujukan kepada semua kaum Cina tetapi kepada pemborong dan peniaga Cina yg masih tidak mahu menurunkan harga walaupun harga minyak sudah turun. Sewaktu kenaikan harga minyak mereka gunakan alasan... seolah-olah sengaja dilakukan bagi wujudkan kemarahan kepada kerajaan.Bagi saya pengguna tidak harus mengharapkan kepada kerajaan semata-mata untuk lindungi diri mereka dari kenaikan harga tapi perlu gunakan kuasa mereka sebagai pengguna untuk turunkan harga spt boikot dan sebagainya.
"Pengguna majoriti manakala peniaga adalah minoriti.. tentu kuasa majoriti mampu mengatasi suara minoriti.
Tentang Melayu untuk boikot peniaga Cina ini saya respond kepada FB yg mana mereka marah-marah kepada peniaga-peniaga Cina yang degil tidak mahu turunkan harga.
"Jadi prinsipnya sama iaitu mereka yang majoriti dan gunakan kuasa majoriti dan tidak hanya merungut dan bercakap dalam FB semata-mata.
"Tindakan mana-mana peniaga yang tidak turunkan harga barangan selepas penurunan harga minyak yang begitu banyak, adalah seolah-olah satu sabotaj untuk menaikkan kemarahan rakyat kepada Kerajaan," katanya.
Rakyat perlu bangkit menekan pihak peniaga menurunkan harga barang yang dulunya dinaikkan kerana harga minyak naik.


Adalah sangat tidak adil apabila mereka mendapat keuntungan berganda dengan penurunan harga minyak. Cr

Apa Kena Mengena Husam Dengan Pusat Karaoke Di Ipoh?



Hairan juga apabila tiba-tiba sebuah pertubuhan atas nama Gabungan Impian Kelantan (GIK) ditubuhkan, dengan dakwaan dianggotai oleh 39 NGO dan pertubuhan politik.GIK dilaporkan telah melantik Naib Presiden PAS, Husam Musa sebagai Ketua Eksekutif, menurut laporan dalam blog Lim Kit Siang.

Malahan DAP secara lebih serius menubuhkan satu Jawatan Kuasa peringkat parti, diketuai oleh Anthony Loke serta turut dianggotai oleh Teresa Kok, Liew Chin Tong, Vincent Wu, Young Syefura dan Dr Tajuddin Shaffee.

Bila disebut sebagai Ketua Eksekutif oleh Lim Kit Siang, apakah bermakna Husam mendapat imbuhan dari DAP?

 

Seperkara yang menarik, samada kebetulan atau dirancang, sebuah syarikat yang berdaftar di Ipoh 'Gabungan Impian Sdn Bhd' merupakan syarikat yang menjalankan aktiviti karaoke, dibawah jenama 'K Box Karaoke'.

Maka ini menimbulkan tanda tanya, apakah GIK (Gabungan Impian Kelantan) punya kaitan dengan Gabungan Impian Sdn Bhd (pemilik K Box Karaoke)?

 



Harap-harap janganlah dari bilik ini tercetus idea melahirkan GIK! Cr

(FOTO) PENUNTUT UITM MAUT DIKELAR TEMAN LELAKI SEMASA MEMANDU

BUKIT GANTANG: Seorang penuntut wanita sebuah UITM Pulau Pinang telah meninggal selepas dikelar di leher dalam satu kejadian di lebuhraya PLUS KM 228.2 Menghala Selatan di sini.


Kejadian yang berlaku pada pukul 11.55 pagi itu, mangsa Nursyuhada Bt Johari, 17, pelajar tahun pertama 1 di UITM Permatang Pauh yang memandu sebuah kereta Proton Perdana warna hitam telah ditemui oleh seorang penunggang motosikal yang sedang melalui kawasan terbabit.




Menurut saksi kejadian, Md IKhbal B Ahmad, mangsa dilihat telah keluar daripada kereta melalui pintu pemandu dan jatuh ke atas jalan dengan seorang lelaki keluar daripada kereta sambil menarik mangsa ke tepi.

"Selepas menyedari kehadiran saksi dan orang ramai yang berhenti untuk membantu suspek tersebut telah cuba melarikan diri masuk ke dalam hutan.

"Semasa mendekati mangsa saya telah melihat ada kesan kerah pada lehernya dan tiba-tiba suspek muncul kembali untuk mendapatkan telefon bimbit yang ada di dalam kereta.

"Suspek telah berkata minta maaf dia telah buat silap dan juga berkaka dia tak mampus lagi ke ?!'," cerita saksi.

Menyedari kehadiran kembali suspek orang ramai telah menangkapnya dan menyerahkannya kepada pihak polis.

Mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Kangsar dengan ambulan pukul 2.00 petang dan disahkan meninggal di Hospital.

Menurut jurucakap pihak polis ASP Rahimi B Abdul Rahman, siasatan awal, suspek, Syarafi B Abu, 24, yang bekerja sebagai tukang masak di Melaka dikatakan mempunyai masalah mental dan juga merupakan teman lelaki mangsa.

Pihak polis menemui sebilah pisau lipat yang digunakan suspek telah dibuang di bawah bukit tepi lebuhraya.

Kes disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh dengan niat yang boleh dijatuhkan hukuman hukuman gantung sehingga mati mandatori. - Siakapkeli.com.my

Punca Asri Wababi Dilantik Semula Sebagai Mufti..!



Dah takda ilmuan agama lagi agaknya di Perlis sekarang ni..! atau wababi ni terima kerana...




Bukan kita cakap..! dia yang sebok nak bercakap cakap..! Jerat tak pernah lupa pelandok..!

Kerana tu ke..! Cr

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.