Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, April 28, 2015

Terbongkar !!! Identiti Wanita Buka Baju Tayang Payudara Untuk Bayr Makanan !!!

TUESDAY, 28 APRIL 2015

Identiti seorang wanita yang beraksi separuh bogel untuk mengelak dari membayar minuman yang dibelinya di Petaling Stret akhirnya dibongkar oleh beberapa portal online.

Menurut laman Forum.com, beliau dikatakan seorang model bernama Shanna Avril dan pernah menyertai pertandingan Ratu Cantik tempatan, Dewi Remaja pada tahun 2005.

Majalah model, Jurgita juga melaporkan Shanna gadis kacukan Kadazan, Cina dan India pernah muncul dalam beberapa rancangan tv popular.

Jumaat lepas, sebuah video telah tersebar secara dalam talian menyaksikan wanita ini menanggalkan pakaiannya hinggan menampakkan buah dada di khalyak ramai.

Pengajaran buat kita semua.... kenapa arak itu diharamkan dalam Islam ???

Sumber

Monday, April 27, 2015

Pengalaman Tun M dan Najib Hampir Sama


Tun Dr. Mahathir memang terkenal sebagai seorang yang kritis . Sejak zaman pemerintahan PM yang pertama Tunku Abdul Rahman lagi , Tun tidak gentar untuk mengkritik kepimpinan yang ada pada ketika itu. Sehingga Tunku meletak jawatan , beliau digantikan dengan ayahanda kepada Perdana Menteri kita sekarang iaitu Tun Abdul Razak . Semasa pemerintahan Tun Abdul Razak , Tun Mahathir memegang portfolio sebagai Menteri Pelajaran (1974-1977) . Beliau kemudian menjadi Menteri Perdagangan dan Industri (1978-1981) semasa Tun Huseein Onn menjadi Perdana Menteri . Jarangan diperkatakan kritikan-kritikan panas yang dilemparkan Tun Mahathir terhadap kedua-dua PM selepas Tunku ini.  Selepas itu beliau mengambilalih jawatan PM (1981-2003)

Sama seperti yang dialami PM Najib Razak pada ketika ini , Tun semasa memegang jawatan PM Malaysia turut menerima pelbagai tuduhan daripada pihak pembangkang mengenai cara urus tadbir yang dikatakan boros dan mementingkan kroni . Namun begitu, serangan terhadap Tun Mahathir adalah sangat minimal memandangkan media pada ketika itu sangat mudah dikawal . Permainan persepsi adalah hampir 100% memihak pada kerajaan .Pembangkang pada ketika itu memainkan isu PERWAJA , "bail-out" syarikat-syarikat kroni dan pelbagai tuduhan lain. Malah Tun juga turut menerima tekanan daripada orang parti sendiri iaitu Tengku Razaleigh (sebelum penubuhan S46) bagi menjelaskan isu-isu berkenaan. 




Walaupun pelbagai penjelasan telah dibuat oleh Tun pada ketika itu, alasan-alasan tidak diterima oleh 'blogger' pada zaman itu yang menggunakan domain-domain popular pada ketika itu seperti tripod.com . Salah satu url adalah seperti berikut;

 http://mari209.tripod.com/2002feb/2002-0339.htm


Namun kerana penggunaan media sosial pada ketika itu tidak berapa popular dan menyeluruh seperti apa yang berlaku sekarang , maka impaknya adalah sangat kecil . Selain isu yang dinyatakan di atas isu-isu lain adalah seperti tuduhan mengenai MISC iaitu tuduhan penglibatan kroni-kroni beliau di dalam syarikat berkenaan.  Baca di url berikut tuduhan/fitnah untuk rujukan ;

http://proojeet.tripod.com/mm.htm

Kalau kita teliti semula , apa yang berlaku semasa pentadbiran Tun Mahathir sama seperti apa yang berlaku pada Najib . Kalau dulu Mahathir pernah dikritik pentadbirannya oleh PM sebelumnya iaitu Tunku Abdul Rahman , kini Najib pulak dikritik oleh Mahathir.  Kalau dulu Mahathir terpaksa berdepan dengan duri dalam daging UMNO (Tengku Razali) , Najib juga terpaksa berdepan dengan beberapa duri dalam daging UMNO (pemimpin UMNO bernada pembangkang) .  Kalau dulu Mahathir dikaitkan memainkan peranan dalam jatuh naik anak-anak beliau dalam bisnes (MISC) , Najib pula dikaitkan dengan pelbagai tuduhan terhadap isteri beliau. Kalau zaman Mahathir dahulu negara ini pernah mengalami krisis ekonomi yang menyebabkan ramai usahawan Melayu gulung tikar (krisis kewangan 80-an dan 98) , di zaman Najib juga berlaku turun naik dalam ekonomi. Pola yang berlaku terhadap kedua-dua pemimpin ini hampir serupa.

Walau bagaimanapun, ujian yang diterima oleh Najib sebagai PM lebih besar memandangkan kerajaan pada ketika ini tidak mempunyai kawalan penuh terhadap media , apabila media sosial digunakan secara meluas . Tahap penyebaran berlaku sangat cepat , dan serangan demi serangan dilakukan secara berturut-turut . Sekiranya media sosial wujud dan digunakan secara meluas di zaman pemerintahan Tun Mahathir penulis percaya , perkara yang sama turut akan berlaku terhadap mantan PM itu. Rakyat akan terus mendesak bertanyakan mengenai isu PERWAJA & MISC walaupun telah diberi penjelasan. Penulis sebagai penyokong setia Tun pada ketika itu menerima penjelasan yang diberikan disebalik keraguan-keraguan yang dinyatakan, disebabkan alasan itu juga penulis menerima penjelasan yang diberikan untuk isu-isu yang dibangkitkan Tun Mahathir baru-baru ini. 

Penulis mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap kedua-dua pemimpin ini . Penulis juga yakin, masih ramai kepimpinan dalam UMNO menyokong Najib . Senario Najib dan Pak Lah adalah 2 perkara yang berbeza , ramai yang sedar tentang perkara ini . Sebab itu ramai yang terus menzahirkan sokongan terhadap Najib , terbaru pagi ini BNBBC turut melahirkan hasrat yang sama . Kalau Najib dikatakan lebih lemah dari Pak Lah , tentu perkara yang sama dibuat sejak awal-awal lagi untuk menjatuhkan Najib . Namun gelombang yang cuba dibuat oleh beberapa blogger veteran yang khabarnya puas mendapat laba yang besar sebelum ini gagal . Mungkin tak keterlaluan jika penulis katakan yang blogger-blogger veteran ini antara golongan yang menjadi punca teguran yang dibuat Tun terhadap Najib , mereka sendiri sebelum ini gagal menyampaikan fakta kebenaran mengenai manipulasi pembangkang berhubung isu PERWAJA dan MISC dan sekarang mereka pula mempersoalkan isu-isu lain ? Bukankah itu sesuatu yang sangat bias ??! Seterusnya

Friday, April 24, 2015

Kepentingan syarikat IPP belakang Tony Pua... YTL ke?




Laporan Sarawak Report yang disiarkan semalam di SINI, ada laporkan berikut:

This new information raises huge new concerns about the management of 1MDB on the day that Tony Pua has himself revealed the extent to which electricity prices for Malaysian customers are due to be hiked (in some cases by over 20%) as part of the Government’s efforts to bail out the failing development fund through a series of favoured power deal concessions. [Ini fitnah reka cipta]

Damningly, Pua reveals that 1MDB has even been allowed to sell on a concession, which was controversially awarded to the company instead of to the lowest bidder just this February, in a move that will further push up prices [ini namanya naik tambah]:

This is because the debt-laden and cash-stricken 1MDB has no money to fund the project.  Furthermore no bank is willing to lend any more money to the company.
However, instead of cancelling the award due to breach of concession terms, the Energy Commission is allowing 1MDB to profit from the license award by on-selling its rights to Tenaga Nasional Bhd (TNB). To sweeten the deal for TNB to acquire the concession from 1MDB, it is understood that TNB will be allowed to renegotiate the tariff which was set earlier during the bid.  Once again, it means higher profits for 1MDB for doing absolutely nothing other than to on-sell the concession” 
Tony Pua media statement, 22nd April 2015

Nampak sangat Tony Pua memperjuangkan kepentingan IPP. Khabarnya YTL ... baca SINI SINI SINI SINI dan banyak lagi.

Banyak pemimpin pembangkang yang dibiayai YTL.

Khabarnya Rafizi pun dibiayai dengan juta wang di akaun overseas. Syarikat IPP dah main billion. Apa salah belanja beberapa juta untuk lobbyist.

Tak ngapa. Boleh nafi saja tuduhan ini. Memang takde bukti. Cuma info dari sumber yang boleh dipercayai. Oleh kerana sumber tak boleh didedahkan maka susah Unspinners nak yakinkan.   

Sumber diyakini sebab professional dan bukan sokong 1MDB tapi tahu Rafizi dibayar.
Entah ada lagi ke yang bising ada kepentingan dengan IPP? 


Wednesday, April 22, 2015

ABIM Selesa Serang Islam DARIPADA BELA ISLAM

Wednesday, April 22, 2015

Bila salah silap umat Islam, ABIM cepat serang. Tapi bila idolanya mencemar akidah dalam gereja, ABIM diam ...

Apabila orang Kafir seperti Eric Paulsen hina dan ugut Islam, ABIM diam ...

Semuanya rosak dan sesat ditangan Anwar

Note :

MBPJ sudah keluarkan kenyataan. Gereja tersebut tiada permit tapi Exco pula kata gereja tak perlu buat permit. Tujuan Majlis adalah untuk memastikan keharmonian sebelum meluluskan permit. Bila dah buat kerja tak ikut peruntukan undang-undang, inilah hasilnya. Tapi apa-apa halpun tahniah kepada PAS kawasan Taman Medan terutamanya ahli majlis yang merupakan hardcore PAS. anda semua telah membuktikan bahawa anda adalah haram jadah.

Friday, April 17, 2015

Pengarah Pengarah Melayu BIAR PENCUCIAN ETNIK terhadap Melayu dalam Maybank!!!

Thursday, April 16, 2015

Ia menceritakan mengenai usaha pencucian etnik di dalam Maybank oleh pengurusan IT Omputih dan Cina ke atas pekerja tetap Maybank yang asal.

Omputih ni bawa cina ramai2 tapi bila projek dia gagal dua kali, dia buang pekerja asal dan bukan pekerja yang dibawa masuk dan gagal. Malah dikatakan ada berlaku sabotaj untuk gagal yang disengajakan.

Cara pengurus dan pekerja dilayan untuk dibuang menyerupai harimau melapah daging. Harimau adalah ikon Maybank. Kekerasan yang dilakukan secara terancang sama macam zaman Gestapo bawah rejim Hiter.

Isunya bukan meritokrasi kerana pengurusan cina yang dibawa tak competent lalu dikambinghitam pengurusan dan staff lama yang majoriti adalah Melayu. Mereka yang faham business process Maybank tapi cina yang datang dari CON-sultant tak mahu dengar dan ingat dah handal sangat.

Nak bangun IT yang mustahak dahla ilmu, pemahaman dan pengalaman tentang business process dan bukan hal teknoloji yang bleh ditukar dan ditambah. Core dalam sistem yang terbina yang penting dan bukan gadget2 terbaru.  

Blogger The Chulan  mengeluh:
http://thechulan.blogspot.com/2015/04/pengurusan-pnb-tido-ke-kalau-rasa-tak.html?m=1

Kadang kala muak juga tengok komen komen orang orang tertentu hentam kerajaan. Yang buat kita mual tu sebab yang komen tu sendiri dari jenis yang tidak betul.

Ada yang baru jadi pengurus syarikat milik kerajaan dan buat macam ayah dia punya syarikat. Baru urus benda macam tu dah tak amanah dan gelecoong. Jawatan pulak bukan sebab kebagusan diri tapi kerana network peribadi.

Kita sebagai bloggers picisan pun dapat in box macam macam berkenaan peneraju GLC sengget ni. Ada kakitangan yang  sudah mati sebab  berubat kampung konon nya mohon medikal dari syarikat tidak di layan. Tapi syarikat tu mampu pula taja benda benda yang tak ada faedah untuk puas kan hati orang atas.

Menurut Rocky, pihak Yayasan Pelaburan Bumiputera berkata tak boleh dipersalahkan Dato Najib dan tulisan blogger tak salahkan Dato Najib. Dia hanya terlibat dalam urusan polisi tapi urusan harian adalah urusan PNB dan Maybank.

Baca siri ke 4 ..... http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2015/04/malay-massacre-in-maybank-part-4-but.html 
dan dari situ ada link2 yang lain. Mari kita bantu ketengahkan ke pengetahuan PM akan apa yang berlaku di bawah. Kasi PM sedar akan bertapa hopeless pengurusan Melayu lliberal dalam Maybank dan PNB.

Tun Ahmad Sarji dan pengurusan Maybank sila jawab. Ahmad Sarji ini adalah pejuang DEB dulu. Kenapa bleh terjadi macam gini?

Kami bertanya saja bukan suruh resign lagi...

CR : The Unspinners

Thursday, April 16, 2015

RAKYAT MALAYSIA - Cermin- Cerminlah Diri Kita


# Mereka mahu mengajar kerajaan menguruskan ekonomi negara, tetapi mereka sendiri saban bulan gagal melunaskan bil-bil dan bayaran tertunggak di rumah.

# Mereka marahkan kerajaan mempunyai defisit yang tinggi, tetapi mereka sendiri berhutang sekeliling pinggang dan setiap bulan menambah pula hutang baru.

# Mereka menghina isteri pemimpin negara kerana tidak bertudung dan menutup aurat, tetapi mereka sendiri tidak pernah menegur adik atau anak perempuan atau sedara mara mereka yang memakai 'legging' sendat menampak alur punggung.

# Mereka menuduh pemimpin negara tidak mengamalkan Islam, tetapi solat mereka sendiri masih belum cukup lima waktunya.

# Mereka mengherdik kerajaan apabila kerajaan lambat menghulurkan bantuan kepada rakyat yang ditimpa musibah, tetapi mereka sendiri cukup bakhil untuk membantu orang lain.

# Mereka haramkan kerajaan mengenakan cukai terhadap rakyat, tetapi mereka sendiri mahu kerajaan menyalurkan pelbagai subsidi dan bantuan kepada mereka.

# Mereka mahu kerajaan bersikap telus, tetapi mereka sendiri tidak mahu mendengar penerangan yang disediakan malah menolaknya mentah-mentah.

# Mereka mahu kerajaan yang lebih baik, tetapi mereka sendiri hanya tahu mengherdik, menghina dan menfitnah kerajaan, malah hanya membisu apabila diminta memberi cadangan.

Mereka inilah rakyat kita, rakyat Malaysia.

Sungguh.

Cr : Unspinners

Kemana Hilangnya RM42 Billion Duit 1MDB?

Thursday, April 16, 2015

RM42 bilion yang dipinjam oleh 1MDB tidak hanya hilang begitu sahaja. Inilah yang anda dapat dari wang itu.

1) Membeli dan memiliki 15 loji kuasa dan desalinasi di lima buah negara - dengan kapasiti penjanaan tenaga bersih 5594MW

- Mesir, Bangladesh, UAE, Sri Lanka, Pakistan dan Malaysia.
- IPP terbesar di Mesir dan Bangladesh. Kedua terbesar di Malaysia.

2) Membina 3 lagi Loji kuasa baru
- 2000MW Jimah East Power di Port Dickson (RM11b untuk kos)
- 2000MW Loji Kuasa Gas di Melaka - http://tinyurl.com/pxulqx8
- 50MW (RM1b untuk kos) Loji Solar di Kedah - terbesar di Malaysia - http://tinyurl.com/ljjar4a
- Membeli 310 ekar  tanah berharga RM300 juta di Pulau Indah untuk projek-projek yang berkaitan dengan tenaga. http://tinyurl.com/qfw22gh

3) Membantu mengurangkan kos kuasa IPP kepada TNB sehingga separuh pada tahun 2012 setelah berunding untuk kadar yang lebih rendah bagi loji kuasa sedia ada dan baru.

- Ini telah membantu pembekuan peningkatan harga elektrik yang dijadualkan pada bulan Julai 2014, Jan 2015 dan juga membenarkan TNB untuk mengurangkan kadar elektrik pada bulan Mac 2015 (pertama kali dalam sejarah bahawa kadar elektrik dikurangkan dalam Sejarah Malaysia) mungkin dengan satu lagi pengurangan kadar elektrik pada bulan Julai 2015.

4) Mengkonsepsikan, merancang dan membangunkan  70 ekar tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang mempunyai Nilai Pembangunan  Kasar (GDV) sebanyak RM40 bilion

- Dijangka menarik lebih 250 syarikat global, mewujudkan 500,000 pekerjaan secara langsung dan tidak langsung

- Menjadi pusat global bagi kewangan antarabangsa, perdagangan dan perkhidmatan terutamanya bagi Kewangan Islam

- Jualan dan pembangunan Pertama adalah projek RM8b dengan syarikat terbesar di Australia, Lend Lease ditandatangani pada bulan Mac 2015 - http://tinyurl.com/knqebe2

5) Mengkonsepsikan, merancang dan membangunkan 495 ekar projek Bandar Malaysia dengan nilai pembangunan kasar RM155 bilion

- Termasuk hubungan melalui 60-90minute Keretapi Berkelajuan Tinggi ke Singapura dan MRT Kuala Lumpur (satu stesen dari TRX).

- Dijangka mempercepatkan pembangunan koridor selatan Malaysia dengan kawasan pertumbuhan satelit di Seremban, Batu Pahat, Muar, Melaka dan Bandar Nusajaya.

6) Membeli, membina dan melengkapkan lapan kemudahan ketenteraan baru untuk TUDM dan PDRM berharga RM2.7b (http://tinyurl.com/7eduhru)

- Termasuk dua lapangan terbang udara baru – 500 ekar pangkalan TUDM di Sendayan dan flying wing PDRM di Subang.

7) Merancang dan membeli tanah untuk beberapa projek bagi 30.000 rumah kos rendah dan mampu milik di seluruh Malaysia - khususnya di Pulau Pinang (9999 unit rumah mampu milik dengan kos tanah RM1.3b (http://tinyurl.com/ous4pcj) dan Lembah Klang (20,000 unit di Bandar Malaysia).

8) Menjalankan hampir RM400 juta projek CSR yang termasuk menghantar 2,300 orang di antara 2011 dan 2014 untuk menunaikan Haji, subsidi tayar untuk pemandu teksi di bawah TR1MA 1.0 dan 2.0, 15 tempat pemulihan untuk pelajar di Sarawak, projek bekalan elektrik dan air luar bandar dan klinik bergerak 1Malaysia. http://tinyurl.com/q225juq

- Termasuk membaik pulih rumah lama untuk golongan miskin di bawah program Nadi Kasih pada tahun 2011, dengan kos RM90.5 juta.

9) Membina dan mendalami hubungan dengan negara-negara utama di Timur Tengah - termasuk urusan dengan Arab Saudi yang telah membantu Malaysia meningkatkan kuota haji sebanyak 20,000 jemaah haji setiap tahun dan juga membantu pelajar  kita keluar dari Mesir.

- Membangkitkan minat dan menarik berpuluh-puluh bilion pelaburan dari negara-negara asing - terutamanya daripada kerajaan dan syarikat-syarikat dari Timur Tengah ke Malaysia sejak 2009 dalam pelbagai projek 1MDB dan projek bukan 1MDB yang lain.

Saturday, April 11, 2015

VAN JENAZAH untuk himpun anti GST

April 11, Saturday 2015

Monday, April 6, 2015

Ulamak-PASMA Gaduh Di Malaya Tapi Cemolot Dengan DAP di Sarawak?

Monday, April 6, 2015

POM PANG! POM PANG! CUMA WAYANG!

HAHAHA.... MEMANG HAMPAS

Kita di Malaya ingatkan golongan ulamak dan PASMA berkelahi tapi rupanya mereka boleh keluar berkempen bersama di Sarawak.

Gambar di atas adalah gambar Haji Hadi dan Mahfuz di lapangan terbang Kuching pada tengahhari Jummat lepas menaiki MH2742. SOlat jumaat di mana Haji?

Ingatkan PAS dan DAP bbergaduh tapi perjanjian untuk PAS bantu DAP di Sarawak tetap kekal sebagaimana disetujui Lim Guan Eng dan Phahrolrazi di pejabat Guan ENg awal tahun ini.

Adakah pergaduhan PASMA-Ulamak, DAP Sarawak-DAP KL dan DAP Sarawak-PAS hanya lakunan saja?

Dr Hatta Ramli pun ada di Sarawak. Kelihatan sedang terbongkang tidor di Airport.

Dia dilihat kelihatan bersama dalam program yang dianjur oleh Ketua Penerangan PAS Sarawak, Andri Zulkarnian Hamdan @ Abu Siraj Almuner. DIa ni bukan ke PATI?

Program Hatta di Bekenu Miri di sebuah kedai kopi. Dia dilelong sebagai hero rakyat tapi masa banjir di Kuala Krai Kelantan, batang hidung pun tak nampak. Kencing punya kaki sik.

Dia di sana bukan untuk apa tapi untuk ajak rakyat berdemo di KL pada bukan Mei dan jual kalender..

Turut juga membuka pusat khidmat DUN Lamir di Taman Tunku Miri. Ukan guna apa pun tapi hanya untuk jadi pusat khidmat orang Kelantan yang berada di Miri.

ELok Adenan Satem hantar balik orang-orang Kelantan yang kerja gomen. Banyak ejen PAS berlaka.

Di kg Tukau Jaya Lambir, dia memberi sumbangan buat surau. Penipu dan OPPORTUNIS!!!

Kerajaan negeri dah nak buat surau tapi ada masaalah tanah sebab tanah dipunyai syarikat. Pergilah selesaikan masaalah tanah tu, Hatta!

Bang Put pula dilihat berada di Miri dan gambar di atas keliahatan Mahfuz sedang  menyebar risalah. ENtah risalah atau buku komek Mr Bean terbaru berjodol Hello! Hello! Hello SIrul!

Pastinya risalah isu GST yang sedang cuba di exploitasi.

Dia masuk Kampung Tek bawa beras dan gula kemudian jaja akan selesaikan masaalah kemiskinan. Kelantan tu kenapa ramai masih miskin lagi setelah berada lebih 25 tahun bawah PAS? Duit air dipusing ke urusan parti dan balak Kelantan menyebabkan bencana banjir.

Selepas itu dia ke Tamu Emart di Tudan untuk jual modal Sirul yang dah tak laku di Semenanjung jika tidak dihidupkan balik oleh Tun Dr Mahathirr.

Semalam Haji Hadi dijangkakan berada di Miri juga tapi telah ke Bintulu saja. Lalu terus balik KL..

Cr :The Unspinners

Tunggu Masa Mazlan Aliman Layak ganti Mahfuz...

.... sebagai Mr Bean.

Mazlan Aliman kata Genting beli saham dalam FGV lalu pemegang saham FGV terjebak dalam kegiataan perjudian yang haram. Dia pass ke tidak LCE atau SRP dulu?

Hello! Hello! Hello ... Sirul! Ada orang baru akan ganti abang Put untuk talipon ko.

Baca seterusnya ; The Unspinners

Apa kata Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures (FGVH), Datuk Sabri Ahmad.

Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) hari ini sekali lagi menjelaskan bahawa Genting Bhd bukan pemegang saham syarikat itu.

FGV juga menegaskan bahawa ia tidak memberikan mana-mana saham kepada Genting semasa dan selepas tawaran awam permulaannya.

"Mustahak bagi FGV untuk memberikan penjelasan itu agar orang ramai dan juga peneroka Felda tidak terkeliru dengan laporan yang tidak jelas," kata Presiden Kumpulannya Datuk Sabri Ahmad dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata demikian sebagai memberi reaksi kepada satu artikel yang diterbitkan oleh MalaysiaKini bertajuk "Umno MP: Why did unrelated person get one million FGV shares?"

Merujuk kepada jadual yang dilampirkan bersama artikel itu yang menyenaraikan pemegang saham utama FGV, Sabri berkata: “407.005 juta yang dinyatakan dalam jadual itu ialah bilangan saham yang dipegang secara langsung oleh Genting dalam Genting Plantations Bhd pada 7 Mei 2012 berasaskan kepada Laporan Tahunan 2011 Genting Plantations.

"Kami mempercayai media termasuk media yang mengamalkan kewartawanan yang baik, yang mendukung rangka kerja etika kukuh untuk mendapatkan sumber yang membantu menjadikan suatu berita menarik.

"Bagi bahagian kami, kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama bagi membetulkan sebarang kemungkinan kekeliruan di kalangan pembaca dan orang ramai," katanya.

Sementara itu, Sabri berkata saham FGV mematuhi Syariah seperti yang disahkan oleh Majlis Syariah.

Beliau berkata saham-saham itu kekal "halal" walaupun sekiranya Genting memutuskan untuk menjadi pemegang saham dalam FGV.

"Jika sekiranya ini berlaku, Genting yang melabur dalam FGV, dan bukan sebaliknya di mana FGV membeli dan memiliki saham Genting," kata Sabri.- Bernama

Saturday, April 4, 2015

AL FATIHAH - Tan Sri Jamaluddin Jarjis Maut Selepas Hadir Perkahwinan Anak PM

April 4, Saturday 2015

Tan Sri Jamaluddin Jarjis adalah antara enam terkorban selepas helikopter mereka naiki terhempas di Semenyih, petang tadi, manakala Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengesahkan semua mayat sudah ditemui.

Beberapa media perdana melaporkan, selain Jamaluddin terdapat lima lagi penumpang antaranya ahli perniagaan Datuk Robert Tan dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Azlin Alias.

Turut terbunuh juruterbang helikopter Kapten Cliff Fournier, pemilik Chempaka Aviation, Ajdiana Baiziera dan pengawal peribadi, yang dikenal pasti sebagai Raskan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Jamaludin terbunuh dalam nahas udara itu.

Sumber mengatakan helikopter jenis AS 3655N2 Dauphin (9M-1GB), dikatakan terbakar sebelum terhempas.

Semua mangsa nahas itu dikatakan pulang dari majlis perkahwinan anak perempuan Datuk Seri Najib Razak di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, di Pekan, Pahang. Helikopter itu dikatakan terbang ke Subang dari Kuantan.

Manakala jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kajang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.57 petang tadi.

Berikutan itu, sebanyak tiga pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Kajang, Bangi dan Semenyih diarah ke lokasi kejadian.

Sementara itu jurucakap pasukan penyelamat JPAM berkata, kemalangan itu berlaku ketika hujan dan angin kencang. Unit Forensik polis akan melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti mangsa nahas itu. - Laporan Crime Team

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.