Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, September 2, 2016

Jika Skandal Dengan Isteri Orang Itu Fitnah, Kenapa Muhyiddin Takut Untuk Saman

Seperti dijangkakan, reaksi yang ditunjukkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad berhubung ketidak boleh percayaan Muhyiddin untuk mengetuai sesebuah parti, nyata agak keras.

Dalam kenyataan yang disiarkan menerusi Malaysia Kini sebentar tadi, beliau memperlekehkan dakwaan skandal beliau dengan isteri orang dan melabelkan para penyokong Perdana Menteri hanya tahu menjaja kisah seks sebagai modal utama untuk mempertahankan Datuk Seri Mohd Najib dan mengalih perhatian rakyat berhubung isu yang beliau perjuangkan, iaitu isu 1MDB, lapor  PRU14.tv

Dalam kenyataan yang sama, beliau turut menafikan sebarang skandal dengan individu yang bernama Nika Gee seperti yang didedahkan oleh Raja Petra Kamaruddin di dalam akuan bersumpah melibatkan Muhyiddin sebelum ini. Kes berkenaan masih berjalan di Mahkamah dan sememangnya nama Muhyiddin ada terkandung dalam afidavit yang difailkan oleh bekas suami Nika Gee.

Dalam hal ini, cukupkah sekadar menafikan sahaja tanpa perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mendedahkan kecurangannya? Seperti yang beliau nyatakan dalam temubual yang sama dengan Malaysia Kini, beliau mencabar Datuk Seri Mohd Najib menyamannya jika kenyataan beliau berhubung isu 1MDB itu fitnah, kenapa beliau sendiri takut untuk menyaman Raja Petra atau bekas suami Nika Gee itu sendiri?

Tiada keperluan untuk Datuk Seri Mohd Najib menyaman beliau kerana semua dakwaan yang dibuat oleh Muhyiddin dan Tun Dr Mahathir sebenarnya telah di sahkan tidak benar oleh PDRM, SPRM, BNM, Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Audit Negara. Malah, Jawatankuasa Kira-Kira Wang negara juga turut mengesahkan Datuk Seri Mohd Najib langsung tidak terlibat dalam mana-mana salah laku membabitkan 1MDB.

Datuk Seri Mohd Najib tidak perlu untuk mengadakan sidang media setiap hari untuk menerangkan kedudukannya dalam isu 1MDB. Berlainan dengan Muhyiddin, sehingga kini seoalh-olah menjadi burung kakak tua yang berulang kali menafikan skandalnya dengan isteri orang tanpa ada sebarang tindakan undang-undang diambil untuk membersihkan namanya.

Timbul persoalan, siapa yang kini menjadi anak jantan dalam isu yang membabitkan diri mereka? Adakah Muhyiddin atau Datuk Seri Mohd Najib? Jika masih ingat, Datuk Seri Mohd Najib menjemput mana-mana pihak untuk menyiasat dirinya dalam isu 1MDB. Beliau sedia dihadapkan ke mahkamah andai didapati beliau melakukan sebarang kesalahan.

Bagi Muhyiddin pula, beliau lebih senang mengalunkan irama penafian tanpa sedikitpun berhajat untuk mengambil tindakan undang-undang. Adakah ini langkah anak jantan seperti yang beliau laungkan sebentar tadi? Bagaimana pula mentor beliau Tun M yang sehingga kini cukup takut untuk mengheret mana-mana pihak yang mendakwa beliau melesapkan RM 100 bilion sepanjang 22 tahun pentadbirannya?

Adakah beliau mahu mengatakan bahawa Tun M pengecut dan tidak berani mendakwa mana-mana pihak yang kononnya memfitnah dirinya? Sebenarnya, bukan hanya kisah kecurangannya sahaja yang telah didedahkan, tetapi bagaimana beliau melesapkan RM 4.077 bilion dalam satu projek 1BestariNet yang jelas gagal sama sekali hasil daripada kerjasama dengan YTL yang diterajui oleh kroni utama Tun M, Tan Sri Francis Yeoh.

Muhyiddin harus sedar, bukan hanya kecurangannya dengan Nika Gee sahaja yang sudah terdedah, malah isu yang membabitkan dirinya dengan Istana Johor sepanjang beliau menjadi Menteri Besar juga sudah didedahkan kepada orang ramai. Apa yang pasti, kem Datuk Seri Najib tidak terlalu kemaruk seks sehingga menjaja kisah kecurangannya dengan Nika Gee sahaja untuk menjatuhkannya.

1 comment :

Anonymous said...

JABATAN AGAMA ISLAM dan SPRM mesti MENYIASAT! TAKkanlah si BETINA KAPIR tu TERKANGKANG secara PERCUMA; dan VVIP boleh pula TERLEPAS undg2 ISLAM! Maka, ini bukan hanya pasal budaya dan undg2 AGAMA ISLAM yg. diREMEHkan si JANTAN CILAKA yidinSONDOL ni tetapi juga MELIBATkan isu KESELAMATAN rakyat dan NEGARA - apalgi dia PEMIMPIN!

DASYATnya si TERORIS HOMO/PORNO DAPJUBOQ BABI/PKRHOMO MENGGILAI si JANTAN YidinSEMBAP GILA SEKS tu – yg. MIANG nak MAMPOS ni , TAK pula SEDAQ DIRI; masih nak jadi PEMIMPIN Bumiputera/Islam konon – lu diTUDUH buat JENAYAH ZINA dgn. BETINA SUNDAL KAPIR yg. disyaki EJEN ZIONIS-MOSSAD/DAPJUBOQ BABI – sampai memBAHAYAkan tugas lu (sbg. antara bekas pemimpin tertinggi negara dan UMN*) dulu, utk. melindungi BANGSA, AGAMA & NEGARA; tak pula lu SEDAQ DIRI si YidinSEMBAP OI?!!! JIJIKnya org. tua HIPOKRIT & PENGKHIANAT ni! TAK bermoral lansung - lepas tu BERANGAN nak jadi PM -PI MAMPOS si JANTAN KITOL MIANG oi!

Jadi, si YidinSEMBAP, kami dok tunggu ni (kami akn terus BANGKITkan isu ni), bila lu nak SAMAN suami BETINA SUNDAL tu & RPK – JANGAN hanya tuduh itu FITNAH! Inikan Malaysia, bukan Barat (akibat "Free Speech" PALSU depa); jadi bolehlah SAMAN! Takkanlah loyar2 JAMBAN yg. berlambak dr. TERORIS PKRHOMO/DAPJUBOQ BABI lu tak boleh bagi khidmat GUAMAN yg. PERCUMA no! Lu kan PENJILAT GALAK depa; mcm. si puaka-puaka LANUN/PENYANGAK/PENYAMAQ/PERASUAH/PEMBUNUH-madey ANAK BERANAK Berijazah JAMBAN tu!

Nek Tempoyak.

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.