Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, August 30, 2017

Dua Berita Baik Untuk 1MDB Hari Ini

Portal lidah pembangkang, Malaysiakini, baca di sini, melaporkan Red Granite Pictures Inc memfailkan usul bagi membantah cadangan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat untuk menangguhkan saman fitnah berkaitan 1MDB.

Usul itu difailkan oleh peguam syarikat Matthew Schwartz yang berhujah bahawa,

"Kerajaan tidak menunjukkan bahawa penemuan berkenaan bakal menjejaskan sebarang siasatan yang berterusan. Pihak yang menuntut (Red Granite) tidak sepatutnya harus menunggu lebih lama lagi untuk membersihkan namanya. Kes ini masih belum selesai selepas lebih setahun dan siasatan kerajaan masih berjalan, menurut laporan akhbar. Red Granite mempunyai minat mendalam dalam mempertahankan tindakan itu dan mendapatkan semula penggunaan hartanya.Namun, berdasarkan jangkaan bahawa penemuan 'akan mempunyai kesan buruk' terhadap siasatan, kerajaan sedang berusaha untuk menangguhkan kes ini. DOJ dalam permohonan mereka berkata, bahawa prosiding sivil mungkin mempunyai "kesan buruk terhadap keupayaan kerajaan menjalankan siasatan jenayah berkaitan."

Usul yang difailkan oleh peguam Red Granite secara jelas mendedahkan DOJ dengan sengaja melengah-lengahkan kes saman fitnah berkaitan 1MDB kerana DOJ mungkin tidak cukup bukti atau tiada bukti langsung untuk mensabitkan 1MDB dalam sebarang salah laku atau kes jenayah.

Kedua, Utusan Malaysia, baca di sini, pula melaporkan, Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua lagi untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan saman mereka terhadap DS Najib Tun Razak yang didakwa melakukan salah laku dalam pentadbirannya berhubung kes 1MDB.

Panel tiga hakim diketuai oleh TS Idrus Harun sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi setelah bersetuju dengan hujahan peguam, TS Cecil Abraham yang mewakili Perdana Menteri bahawa DS Najib tidak boleh disaman dengan alasan beliau adalah seorang anggota Pentadbiran Persekutuan dan bukannya penjawat awam.

Mahkamah turut memerintahkan Tun Dr Mahathir bersama dua lagi perayu iaitu bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, DS Khairuddin Abu Hassan dan bekas ahli Wanita UMNO Langkawi, Anina Saadudin membayar kos RM30,000 kepada DS Najib.

Nota Kaki: Jangan lupa, hari ini adalah tarikh akhir penulis kitab 1MDB, Claire Rewcastke Brown, penulis Sarawak Report mesti mengemukakan bukti terhadap dakwaannya di Mahkamah United Kingdom.

Terdapat dua perkara yang mesti dikemukakan oleh Claire. Pertama, Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak telah merasuah Presiden PAS DS Haji Hadi Awang sebanyak RM90 juta. Kedua, Mahkamah di Malaysia mengamalkan rasuah.

Credit; CTS.

Sudah-Sudah la @cmlimguaneng Berlakon Jadi "Mangsa" MACC #Negaraku#Malaysia

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng harus berhenti berlakon sebagai mangsa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan bangkit mempertahankan diri beliau serta kerajaan negeri dari tuduhan rasuah yang terpalit ekoran skandal banglo dan juga kilang haram di Sungai Lembu. Setelah 10 tahun memerintah Pulau Pinang, Kerajaan negeri kini dilihat tidak efisien, lemah dan lembab dalam mentadbir negeri sehingga memberikan kesusahan kepada rakyat Pulau Pinang.

Jika dilihat data kemasukan dana/pelaburan asing ke Pulau Pinang, prestasi kerajaan negeri langsung tidak memberangsangkan. Banyak syarikat gergasi Multi National Companies (MNC) lebih suka untuk beroperasi dari Johor berbanding Pulau Pinang ekoran polisi kerajaan negeri Johor yang lebih mesra kepada pelaburan asing dan juga hubungan baik kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.Lim Guan Eng perlu sedar bahawa sikap beliau yang suka bergaduh dengan kerajaan pusat langsung tidak menguntungkan rakyat Pulau Pinang. 

Malah, bukan sahaja dalam isu pelaburan, kini kerajaan negeri juga terpalit dengan skandal rasuah. Tidak pernah dalam sejarah Pulau Pinang seorang Ketua Menteri didakwa di mahkamah atas tuduhan salah guna kuasa dan rasuah. Malangnya, walaupun didakwa di mahkamah, Lim Guan Eng bukan mahu membersihkan nama beliau secepat mungkin tetapi berusaha bersungguh - sungguh untuk menangguhkan kes beliau.

Persoalanya kenapa?

Ini berbeza dengan pemimpin MCA seperti Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong. Sebagai Menteri dan pemimpin tertinggi MCA, mereka berdua dilihat mempunyai imej yang bersih dan Mr. Clean.  Malah kedua - dua orang pemimpin ini juga konsisten dalam berkhidmat untuk rakyat, berbeza dengan pemimpin DAP yang hanya dilihat sibuk berpolitik siang dan malam tanpa menghiraukan keperluan rakyat. 

Cuma bagi kita mengharapkan masyarakat Cina perlu membuat keputusan yang penting pada PRU - 14 yang akan datang. Adakah mereka tetap mahu mengundi DAP yang sudah terbukti korup atau pun mahu kembali mengundi serta menyokong MCA yang sudah terbukti ikhlas berkhidmat kepada rakyat.

Credit ; KL Chronicle

Thursday, August 24, 2017

Ngeh Koo Ham Dan Afif Bahardin Pemenang YB Bengap



Cts :Hari ini, Yang Berhormat (YB) Pakatan Harapan berlumba-lumba menunjukkan kebodohan mereka. Bukan seorang tetapi dua. Saya tidak dapat menentukan pemenang bagi YB Paling Bengap hari ini melainkan menjadikan kedua-dua mereka sebagai pemenang.

Pertama, ADUN DAP Ayer Tawar, Ngeh Koo Ham telah mengitar semula isu tol di Thailand. Katanya, Thailand tiada tol sebab tiada UMNO dan Barisan Nasional. Tidak perlu ulas panjang, saya sertakan gambar plaza tol di Thailand seperti di bawah.





Kedua, sebelum dari itu ADUN Seberang Jaya yang juga merupakan EXCO Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin, Dr Afif Bahardin cuba untuk menjadi Nujum Pak Belalang dengan meramalkan harga minyak.

Beliau mencanangkan bahawa RON95 akan naik 10 sen bermula tengah malam ini. Seperti biasa DS Najib Tun Razak dipersalahkan walaupun harga minyak ditentukan oleh harga minyak pasaran dunia.

Rupa-rupanya harga tidak berubah dan kekal seperti minggu lepas kecuali diesel yang  turun 3 sen. Ini sahajalah standard YB Pakatan Harapan. Nama saja ada 'doctorate', tetapi otak letak di kepala lutut.








Wednesday, August 23, 2017

ECRL Dan Nostalgia Kereta Api Bukit Besi




NOSTALGIA dan pemandangan gerabak kereta api melewati Sura Gate

NOSTALGIA dan pemandangan gerabak kereta api melewati Sura Gate di Dungun, Terengganu sekitar 1950-an dijangka kembali menggamit menjelang tahun 2024 apabila projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bernilai kira-kira RM55 bilion siap sepenuhnya. MEDIA SOSIAL



KECUALI generasi yang berusia 50 tahun ke atas, tidak ramai yang me­ngetahui bahawa Terengganu adalah salah sebuah negeri yang pernah mempunyai sistem pengangkutan kereta api di negara ini. Menurut laman blog Bukit Besi (http://bukitbesi.blogspot.my) laluan kereta api Dungun-Bukit Besi mula dibuka pada tahun 1930 bagi membawa hasil bijih besi yang dilombong di Bukit Besi, sebuah pekan kecil di daerah Dungun.

Bukit Besi terkenal kerana mempunyai hasil bijih besi berkualiti tinggi yang terbesar di dunia. Sejarah kegiatan perlombongan bijih besi di kawasan itu dimulakan oleh seorang ahli kaji bumi dari Jepun, Kuhara yang datang ke Cemuak, Hulu Dungun pada tahun 1916. Beliau mendapati daerah itu kaya dengan hasil galian tersebut. Syarikat Kuhara Mining Ltd mula menjalankan aktiviti melombong bijih secara tidak rasmi sejak 1927. Syarikat itu kemudian bertukar nama kepada Nippon Mining Company (NMC) setelah kerajaan negeri Terengganu mengeluarkan lesen melombong secara rasmi pada 13 Januari 1929.

Industri pengeluaran bijih besi yang begitu rancak antara tahun 1936 hingga 1940 bagaimanapun mula malap dan berakhir pada tahun 1945 selepas Jepun menyerah kalah kepada British dalam Perang Dunia Kedua. Tidak ada lagi aktiviti perlombongan sepanjang tempoh 1946 hingga 1949 ke­rana darurat selain permintaan yang perlahan. Bagaimanapun setelah kerajaan British menjual harta lombong Bukit Besi kepada Eastern Mining and Metal Company (Emmco), aktiviti perlombongan kembali rancak dan pengeluaran secara besar-besaran bermula pada tahun 1950-an.

Ketika itu aktiviti melombong dijalankan secara terus-menerus selama 24 jam tanpa henti kecuali pada hari Jumaat dengan menggunakan pelbagai jentera dan kelengkapan mo­den. Dalam tempoh antara tahun 1960 hingga 1964, sejumlah 2.6 juta tan bijih besi berjaya dikeluarkan. Bagi memenuhi kepesatan industri tersebut, landasan kereta api dibina untuk laluan Dungun-Bukit Besi. Ini untuk memudahkan hasil galian itu dibawa ke pelabuhan yang lebih dikenali sebagai Sura Jeti, sebelum dieksport ke Jepun dan Eropah. Industri berkenaan membantu merancakkan pertumbuhan ekonomi di Bukit Besi dan Dungun pada waktu itu. Dalam tahun 1935, jumlah penduduk di pekan Bukit Besi meningkat kepada 6,000 orang. Pendapatan penduduk juga dikatakan sangat mewah.

Kereta api itu selain digunakan untuk mengangkut muatan bijih besi ke pelabuhan turut menjadi sistem pengangkutan utama para penduduk di daerah tersebut berulang-alik ke tempat kerja di Bukit Besi. Kenangan zaman kanak-kanak, melihat ge­rabak kereta api melintasi pekan Sura Gate setiap hari akan terus kekal dalam ingatan penulis.

Penulis berasal dari daerah Dungun. Pada masa itu pekan Sura Gate sangat sibuk dan meriah. Kegiatan ekonomi seharian sangat rancak. Daerah ini pada zaman tersebut sudah mempunyai padang golf, kolam renang dan kelab tenis.

Sehingga sekarang kesan-kesan peninggalan lombong bijih besi Bukit Besi masih dapat dilihat dengan jelas di bandar Dungun. Ketulan bijih besi boleh dilihat di mana-mana sahaja. Sisa-sisa bijih besi itu terjatuh daripada gerabak kereta api yang dalam perjalanan ke pelabuhan di Sura Jeti yang sa­ngat sinonim dengan ‘tiang-tiang Opal’. Bagi mengembalikan ingatan tentang zaman kegemilangan ini juga pihak berkuasa tempatan telah membina satu replika gerabak kereta api dengan muatan bijih besi di persimpangan lampu isyarat utama di Sura Gate. Itulah sahaja kenangan yang tinggal.

Nostalgia dan pemandangan gerabak kereta api melewati daerah ini bagaimanapun dijangka kembali menjelang tahun 2024 apabila projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bernilai kira-kira RM55 bilion siap sepenuhnya. Projek pengangkutan awam mega berkelas dunia dan ‘berteraskan rakyat’ itu akan menghubungkan Lembah Klang dengan Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Perjalanan yang bermula dari Terminal Pengangkutan Bersepadu (ITT) di Gombak ke Kota Bharu, Kelantan hanya mengambil masa kira-kira empat jam berbanding purata tujuh jam pada hari biasa dan ber­belas-belas jam ketika musim perayaan terutama ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tren ECRL akan berhenti di 22 stesen termasuk di Dungun dan Kampung Raja, Besut dua daerah yang sangat dekat di hati penulis.

Projek ECRL ini akan merubah wajah tiga negeri di Pantai Timur itu. Daerah-daerah di sepanjang jajaran landasan tersebut sudah pasti menerima kesan langsung dari aspek impak ekonomi dan sosial. Aktiviti perniagaan dan ekonomi dijangka kembali rancak selain menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Apa yang pasti, kemudahan kereta api bakal menjadi pilihan utama rakyat negara ini untuk ke Pahang, Terengganu dan Kelantan. Para pengguna yang sudah ‘muak dengan azab’ kesesakan jalan raya terutama pada musim cuti dan musim perayaan sangat mengha­rap­kan ada satu per­khidmatan tren bersepadu se­perti mana perkhidmatan tren elektrik (ETS) ke negeri-negeri di utara Semenanjung. Walaupun harga tiket menimbulkan sedikit rungutan, orang ramai masih memilih ETS kerana mudah dan selesa.

‘Sengsara’ memandu meredah kesesakan jalan raya yang berulang saban tahun bagi penduduk tiga negeri itu juga akan berakhir dengan adanya kereta api ECRL ini. Projek ini menjadi ‘anugerah bermakna’ untuk penduduk tiga negeri tersebut. Selama ini para pengguna jalan raya sudah lama dicengkam dengan ‘azab.’ Mereka berhadapan dengan tekanan dan stres kesesakan jalan raya, bebanan harga tol, kenaikan harga minyak, saman lalu lintas serta keadaan lebuh raya yang tidak selamat seperti Lebuh raya Pantai Timur 2 (LPT2) yang ‘popular’ dengan berita kemalangan ngeri dan kemalangan maut.

Rakyat Malaysia, marilah sama-sama kita berdoa agar projek ECRL berkelas dunia ini berjalan lancar, tanpa penangguhan, tidak terbengkalai dan siap sepenuhnya menjelang tahun 2024. Penulis (yang ketika itu sudah menghampiri usia 60 tahun) berdoa agar diberikan kesihatan yang baik dan panjang umur dan dapat ‘merasa’ pengalaman balik kampung ke Dungun dan Kampung Raja, Besut menaiki ECRL dengan isteri, anak dan cucu-cucu. Insya-Allah. 


Utusan


Terkini! Pengakuan Terbuka Penyokong Tegar Mahathir !



Dr MiM : Akhirnya, penyokong tegar Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat pengakuan bahawa kerugian skandal FOREX adalah terbesar di dunia.


 


Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Zainudin Maidin di dalam twitter beliau.

Tetapi beliau masih cuba menegak benang yang basah dengan mendakwa bahawa skandal FOREX ini 'tak heboh sedunia macam 1MDB sebab tak rasa.'


 


Kita faham dengan situasi Zainudin Maidin yang perlu pertahankan boss beliau tetapi kenyataan ini ternyata begitu dangkal dan bodoh.

Ianya semudah merujuk google.search dan kita boleh lihat bahawa media sedunia sudah melaporkan skandal tersebut. Ironinya, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) baharu sahaja bersidang 2 hari tetapi skandal FOREX ini sudah pun diketahui umum seluruh dunia.


 

 



Bayangkan apa yang berlaku seterusnya apabila pihak RCI mendedahkan lebih banyak lagi rahsia-rahsia dalaman yang selama ini disembunyikan oleh Dr Mahathir. Pastinya pihak media dunia akan berminat untuk melaporkan perjalanan dan penemuan RCI tersebut.

Dan jika Zainudin Maidin turut merujuk suasana era 1990-an ketika skandal ini berlaku di mana 'tak heboh sedunia', beliau salah sekali lagi kerana ketika itu tidak ada blog, facebook dan pelbagai aplikasi media sosial yang menyediakan informasi secara terbuka dalam masa yang cepat dan tidak terhad.

Yang ada cuma media tradisional seperti akhbar-akhbar cetak, radio dan TV yang kesemuanya pro-kerajaan ketika itu.

Kita sedia maklum bahawa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RC) telah mula bersidang berkenaan siasatan kerugian urus niaga mata wang asing (FOREX) oleh Bank Negara di zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad sekitar 1980-an dan 1990-an.

Di antara yang menganggotai suruhanjaya ialah Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Wira Kamaludin Md Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia berhad, Datuk Tajuddin Atan; Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik, Kementerian Kewangan, Datuk Dr Yusof Ismail; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan, Tan Sri Saw Choo Boon; dan Ahli Institut Akauntan Malaysia, S.A.K Pushpanathan.

Suruhanjaya ini ditubuhkan pada 15 Julai 2017 dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Prosiding RCI Forex telah dipengerusikan oleh Pengerusi Petroliam Nasional Berhad (Petronas), Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Datuk Suhaimi Ibrahim sebagai pegawai pengendali.

Keterangan dari pelbagai saksi termasuk Murad, bekas kakitangan Bank Negara, Abdul Aziz Abdul dan bekas juruaudit dalaman Bank Negara, Ahmad Hizzad Baharuddin, telah mendedahkan kerugian itu berjumlah sekurang-kurangnya RM31.5 bilion.

Jumlah ini adalah 23.3% daripada keseluruhan KDNK Malaysia sebanyak RM135 bilion pada tahun 1991, satu nilai yang amat besar ketika itu.

Yang pastinya, wang RM31.5 bilion (nilai ringgit ketika itu) hangus hilang begitu sahaja. Dan bayangkanlah berapa banyak projek-projek rakyat yang boleh dilaksanakan dengan nilai RM31.3 bilion.


Contohnya:

a. 7 juta rakyat Malaysia akan dapat menafaat BR1M untuk 4 tahun berturut-turut. Kos BR1M tahun 2017 ialah RM6.8 bilion.

b. 780,000 unit rumah Mesra Rakyat boleh dibina. Rumah Mesra Rakyat adalah unit rumah yang disubsidi oleh Kerajaan sehingga RM20 ribu seunit (RM200 juta untuk membina lebih 5000 unit Rumah Mesra)

c. 3 Lapangan Terbang setaraf KLIA boleh dibina (Kos pembinaan KLIA ialah RM 8.5 Billion)




Penjelasan Isu UNISEL, Pejabat MBI Dan Jana Niaga Dalam Bahasa Mudah





Jana Niaga Sdn Bhd merupakan syarikat yang dilantik sebagai 'concessionaire' untuk Universiti Selangor (UNISEL), ketika zaman DS Khir Toyo menjadi Menteri Besar Selangor pada tahun 2003. Antara kontrak tersebut adalah membina, mengoperasi dan menguruskan kediaman pelajar dan kakitangan.

Pada tahun 2011, ketika zaman TS Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor, UNISEL telah membatalkan perjanjian dengan Jana Niaga berhubung kerja mereka yang tidak memuaskan. Jana Niaga kemudian membawa kes ini ke mahkamah.

Pada Ogos 2012, asrama UNISEL di Bestari Jaya telah ditutup sementara kerana Jana Niaga mendakwa UNISEL berhutang dengan mereka sebanyak RM17 juta. Pada Disember 2012, Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan supaya Jana Niaga dan UNISEL menyelesaikan pertikaian mereka melalui timbang tara. Jana Niaga juga kalah dalam perbicaraan ketika membawa kes berkenaan ke Mahkamah Rayuan.

Pada Julai 2017, Pejabat Menteri Besar Incorporated (MBI) mengeluarkan kenyataan menafikan tuduhan mengenai pembayaran sebanyak RM60 juta kepada Jana Niaga. EXCO Pendidikan, Nik Nazmi Nik Ahmad pula mengatakan UNISEL dan Jana Niaga tidak ada lagi kontrak di antara mereka.

Jadi apa isunya?

Isunya adalah Jana Niaga gagal menyiapkan kerja berdasarkan perjanjian kontrak untuk kerja yang dilakukan pada tahun 2012. Mereka juga dibatalkan kontrak kerana tidak menepati kontrak. Namun kenapa pula MBI membuat pembayaran kepada Jana Niaga dan menyambung kontrak syarikat berkenaan? Tindakan Azmin Ali dan MBI membayar RM16 juta kepada Jana Niaga dan menyambung semula kontrak menjadi kontroversi kerana dibantah Mantan Naib Canselor UNISEL, Prof Redzuan Othman. 

Dua pembayaran yang dibuat kepada Jana Niaga, pada 2015 sebanyak RM10juta, pada 2016 pula sebanyak RM6 juta, kedua-dua pembayaran ini dilakukan ketika zaman Azmin Ali menjadi Menteri Besar Selangor. Baca di sini.

Pengarah Komunikasi Strategik, Pejabat Menteri Besar, Yin Shao Loong menafikan Azmin Ali terlibat dalam perjanjian di antara UNISEL dan Jana Niaga. Itu memang tidak dapat dinafikan Kaitannya bukan di sana. Kaitannya adalah pertama jawatan Azmin Ali di dalam MBI. Kedua, yang membuat pembayaran itu adalah MBI, dan ianya dipengerusikan oleh Azmin Ali. 




Selepas Tadbir Pulau Pinang Selama 9 Tahun, Guan Eng Salahkan BN



“Jika polisi ini tidak dibenarkan dan kita perlu merobohkan struktur haram termasuk kilang dan gerai peniaga, jangan salahkan kami kerana ini adalah salah Barisan Nasional,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Untuk rekod, DAP mula mentadbir Pulau Pinang sejak 2008.

Dan kerja merobohkan gerai peniaga bukanlah asing di Pulau Pinang.



Guan Eng turut mendakwa jika berlaku kerja-kerja merobohkan ia adalah akibat desakan dari Barisan Nasional.

Ahli Dewan Undangan PKR bagi Penanti, Dr Norlela Ariffin sebelum ini pernah mendedahkan aduan terhadap kilang haram itu dibuat sebanyak dua kali pada 2015 namun tidak diendahkan.

“Saya telah memulakan dan perjuangkan sebagai Adun Penanti dari Keadilan di dalam membela rakyat Penanti dan penduduk Sg Lembu khususnya sejak mula saya dapat aduan dan terus buat lawatan mengejut pd 18 Februari 2015 dan 6 Mei 2015 bersama Pejabat Tanah, Pejabat Pertanian dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) ke kilang bakar 2,000 ton habuk kayu (sawdust) setiap bulan.

“Pada tahun ini 2017, saya telah menerima 18 mukasurat petisyen bantahan terhadap kilang haram yang masih beroperasi ini yg di tandatangani hampir 180 penduduk perkampungan,” kata Dr Norlela.

Guan Enfg berkata demikian ketika hadir di mahkamah bagi memberi sokongan kepada Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh yang memohon semakan perintah reman.

Boon Poh ditahan pada Jumaat lalu oleh SPRM untuk disiasat kerana menyalahgunakan kuasa berkaitan satu surat yang ditulis mengarahkan penguatkuasaan terhadap kilang haram itu ditangguhkan.

Boon Poh, 66, diperintah direman selama lima hari bermula Sabtu lalu bersama dua pemilik kilang haram itu yang masing-masing berusia 37 dan 70 tahun.

“Jika semua surat seumpama ini adalah salah, saya telah meminta semua wakil rakyat untuk bersiap sedia. Bersiap sedia jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu menahan mereka kerana surat dikeluarkan wakil rakyat,” katanya.

Beliau juga turut menyatakan akan berpegang teguh kepada polisi untuk tidak merobohkan bangunan haram, struktur, kuil atau gerai peniaga yang dibina sebelum 2008, selagi ia tidak menghalang trafik atau menjejaskan penduduk sekitar.

Bagaimanapun, Dr Norlela turut mendedahkan sebelum ini, kewujudan kilang haram yang melepaskan asap pembakaran habuk kayu turut menyebabkan penduduk mengalami kanser dan turut meragut nyawa.

Mahkamah Tinggi Georgetown hari ini membenarkan permohonan semakan terhadap perintah reman selepas mendengar hujah dari kedua-dua peguam Boon Poh dan timbalan pendakwaraya.

Boon Poh dibenarkan dibebaskan selepas perintah reman dibatalkan.

Reman terhadap Boon Poh sepatutnya berakhir Rabu ini.


Credit: MyNation


Jika Rafizi Gagal Dalam Rayuan Akta Rahsia Rasmi (OSA) tidak Boleh bertanding PRU14




Hebat Pakar Strategik PKR ini kan? Adakah Rafizi Ramli akan melakukan sekali lagi 'hatrick' seperti apa yang beliau lakukan pada tahun 2016?


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengekalkan hukuman 18 bulan  penjara ke atas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.  Hakim Datuk Azman Abdullah dalam penghakiman lisan yang turut mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen pada November lalu, yang mensabitkan Rafizi atas kesalahan membocor dokumen 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada sebuah sidang akhbar di bangunan Parlimen tahun lalu.
   



Menurut peguam Rafizi Gobind Singh oleh kerana kes itu bermula di Mahkamah Sesyen, rayuan anak guamnya akan berakhir di Mahkamah Rayuan dan jika rayuan akhir belum diputuskan ketika Parlimen dibubar, Mohd Rafizi tidak boleh bertanding pada PRU14.


Pada 14/11/2016, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan bagi setiap pertuduhan terhadap Rafizi Ramli yang menghadapi dua pertuduhan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972. Hukuman tersebut diperintah berjalan serentak, sebelum Rafizi Ramli memfailkan rayuan berhubung keputusan itu.

Mengikut pertuduhan pertama, Rafizi Ramli didakwa memiliki satu halaman muka surat 98 mengenai Laporan Pengauditan 1MDB yang merupakan kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972. Kesalahan itu didakwa dilakukan di lobi bangunan Parlimen, Jalan Parlimen, di sini pada 3 petang, 24/03/2016, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972 yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun.

Bagi pertuduhan kedua pula, Rafizi Ramli, turut didakwa mendedahkan kandungan laporan tersebut dalam sidang media di tempat dan masa sama pada 28/03/2016, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iv) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun.

Menurut Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan seseorang itu tidak layak menjadi calon sekiranya dijatuhi hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya dan di bawah artikel sama, seseorang wakil rakyat boleh hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen sekiranya dijatuhi hukuman sama. 

Sementara itu Rafizi Ramli juga sedang menunggu perbicaraan di mahkamah minggu ini  dan September 2017 seperti berikut ;

1. Perbicaraan dakwaan memfitnah Tabung Haji (criminal defamation) di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan. Bermula Isnin, 21/08/2017 selama seminggu sehingga Khamis, 24/08/2017.
2. Perbicaraan dakwaan di bawah BAFIA kes National Feedlot Corporation (NFC). Hakim akan memutuskan sama ada Rafizi Ramli akan dipanggil membela diri pada 21/09/2017.


[ Foto ] Gara-Gara Polis Wanita Cantik Ramai Nitizen Rela Ditembak




Siapakah sicantik manis yang memakai seragam biru apabila gambarnya menular di media-media sosial beberapa hari lalu.

Gadis bernama Zarith Aqilah ini tular di media sosial selepas gambarnya yang sedang bertugas menjaga keselamatan sempena Sukan SEA2017 di sekitar Kuala Lumpur menjadi perhatian ramai.


 



Beliau merupakan seorang anggota polis Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC), Polis DiRaja Malaysia. Nampak 'smart' apabila berunifom polis, bertambah anggun bila berpakaian biasa.


 



Mana taknya, jarang sekali kita dapat melihat kakak polis yang hot kebabom sedang memegang senjata canggih di tangan berada bersama khalayak.






Nampaknya selepas ini ramai lah yang nak menjadi pencuri semata-mata mahu ditangkap berdasarkan kepada kapsyen-kapsyen seperti yang dipaparkan.




Menjadi tumpuan ramai






sumber : facebook Zarith Aqilah



Saya Bukan Betul-Betul Nak Bogel:




PETALING JAYA: Seorang wanita cantik menjadi perhatian ramai selepas kenyataannya di Twitter bahawa dia mahu berbogel tular di media sosial.
“Aku rasa team Polo Malaysia menang, sebab diorang memang terer. Malaysia menang aku bogel!,” katanya di laman sosial, pagi Selasa.

Keputusan acara polo ekuestrian Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur (KL2017) pada Selasa berpihak kepada Malaysia yang berjaya menewaskan Brunei 12-4.

Perlawanan yang ditunggu-tunggu ramai gadis itu menyaksikan pertarungan antara dua pasukan membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Putera Brunei, Putera Abdul Mateen Bolkiah.

Bagaimanapun kenyataan yang dibuat oleh gadis yang baharu berusia 23 tahun itu dipadam selepas beberapa jam.
Nurul Adillah Abd Rahim (gambar) menjelaskan bahawa apa yang ditulisnya di laman sosial itu hanyalah sekadar gurauan mesra tanpa berniat untuk melakukannya.

“Saya tak sedar gurauan saya ini dianggap sesuatu yang serius. Perkataan ‘bogel’ itu bukan bermakna saya akan betul-betul nak bogel pun.
“Ia juga bukan satu taruhan kalau pasukan Malaysia menang atau kalah. Ia bukan sesuatu yang disengajakan,” katanya kepada mStar Online.

Lebih dikenali sebagai Laila, pengamal media itu benar-benar tidak menyangka kenyataan tersebut boleh menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.
“Saya akui perkataan ‘bogel’ itu agak sensitif dan saya mohon maaf sekiranya ada yang salah faham di atas kenyataan itu,” kata anak sulung daripada tiga beradik ini.

Berikutan kekecohan itu, Lala memberitahu bahawa dia akan lebih berhati-hati selepas ini dalam membuat sebarang kenyataan di laman sosial.



sumber:- mstar


DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.