Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, May 1, 2019

Saksi Pendakwa Tembak Kes Tommy Thomas


Gambar Hiasan

21 April 2019, laman blog nie pernah siarkan tulisan yang bertajuk 'Perbicaraan DS Najib Cuma Helah Untuk Tutup Belang Mahathir Dan Daim Beri Beribu Ekar Tanah Pada China' ( BACA DI SINI )... dan juga ( DI SINI )...

Admin dah duga, 'perbicaraan wayang' yang Mahathir jadi Tok Dalang akan menyaksikan perjalanan perbicaraan yang merapu...

Kertas siasatan yang dikatakan dah disiapkan sebelum PRU 14 lagi dan mempunyai bukti yang cukup kukuh untuk mensabitkan kesalahan DS Najib, menyaksikan keadaan yang sebaliknya berlaku bila kes SRC di bicarakan di mahkamah!!!


Saksi Pendakwa Beri Keterangan Yang Akan Buat Mahathir Dan Tommy Thomas Berpeluh



Keterangan Umma Devi Yang Membuktikan Ada Konspirasi Untuk Manipulasi Akaun DS Najib

Keterangan saksi ke 27 kes SRC, Puan R. Umma Devi, Pengurus Ambank Cawangan Raja Chulan, secara tidak langsung telah menerangkan kepada kita semua apa yang di maksudkan oleh Ketua Peguambela DS Najib, Tan Sri Shafiee Abdullah, sebagai kes SRC akan 'menelanjangkan' ramai orang dan akaun DS Najib telah di manipulasi oleh pihak2 tertentu tanpa pengetahuan DS Najib...


Ramai cytro2 pro PH yang ketawa sampai bergolek2 bila dengar kenyataan TS Shafiee...


Tapi keterangan dari Umma Devi akan membuat macai2 PH berhenti ketawa serta merta dan yang ada sakit jantung tu, dinasihatkan agar memastikan ubat ada di dalam poket...


Umma Devi memberi keterangan bahawa terdapat salah laku ketara dengan tanda tangan beberapa surat arahan pemindahan berkaitan dengan transaksi wang yang melibatkan akaun SRC International di AmBank...


Umma Devi memberitahu mahkamah bahawa tandatangan yang diturunkan dalam beberapa surat pemindahan berjuta2 ringgit adalah tidak sama...


Saksi ke-21 itu memberitahu bahawa Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Sdn Bhd, Nik Faisal Ariff Kamil, pernah mengeluarkan sepucuk surat arahan pemindahan wang bertarikh 23 Jun 2014 untuk memindahkan RM3 juta dari akaun Najib bernombor 211-202-201188-0...


Surat arahan yang sama bertarikh 8 Julai 2014, di keluarkan oleh Nik Faisal untuk memindahkan RM20 juta dari akaun yang sama...


Nik Faisal juga mengarahkan AmBank untuk memindahkan RM10 juta ke akaun AmBank milik Najib yang bernombor 211-202-2011898...


Dalam satu lagi surat bertarikh 21 Ogos 2014, Nik Faisal mengarahkan pemindahan wang RM10 juta dari akaun Najib bernombor 211-202-2011898...


Nik Faisal ketika itu dilantik oleh Najib sebagai pegawai yang bertanggungjawab untuk menguruskan 3 akaun bank beliau di AmBank...


Semasa pemeriksaan utama, Umma Devi mengenal pasti sepucuk surat bertarikh 3 Mac 2015 dari Nik Faisal...


Dalam surat itu, Nik Faisal mengarahkan pihak bank menutup 3 akaun Najib :


Akaun bernombor 2112022011898...

Akaun bernombor 2112022011880...

Akaun bernombor 2112022011906...


Nik Faisal memindahkan wang dari akaun tersebut ke akaun Ihsan Perdana Sdn Bhd...


Ketua peguam defendan, Tan Sri Muhammad Shafee memaklumkan kepada media bahawa testimoni oleh Umma Devi mengukuhkan hujah pihaknya bahawa ada asas dan bukti Najib mungkin dimanipulasi oleh pegawai yang tidak bertanggungjawab...


Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa Nik Faisal mungkin menyebabkan Najib menjadi suspek kes itu...


 Najib tidak tahu tentang semua transaksi ini...


 Atau menjelaskan tentang pemalsuan tandatangannya...


Beliau berkata pasukannya akan mendedahkan lebih banyak bukti kepada mahkamah termasuk perbualan antara pengurus perhubungan awam AmBank, Joanna Yu Ging Ping dan Jho Low menerusi sejumlah emel


Perkara itu akan didedahkan bagi membuktikan Najib menjadi mangsa konspirasi penipuan pemindahan wang...


Cytro2 PH jangan rasa semput dulu yer tapi yang ada sakit jantung tu, pastikan ubat ada berhampiran sebelum baca keterangan Umma Devi seterusnya...


Umma Devi Memberitahu Mahkamah Bahawa Bank Negara MENGETAHUI Dan MENGIZINKAN Transaksi Masuk Dan Keluar Dana Politik Dari Akaun DS Najib



Umma Devi memberitahu mahkamah bahawa transaksi masuk dan keluar dana politik yang bernilai berbilion ringgit dari akaun DS Najib memang DI KETAHUI DAN DI IZINKAN oleh pihak Bank Negara Malaysia...

Umma Devi menambah, pihaknya telah memaklumkan untuk mendapat kelulusan mengenai transaksi tersebut dari Bank Negara melalui Ringgit Operation Monitoring System...

Umma Devi juga memberitahu mahkamah, Gabenor Bank Negara ketika transaksi yang berlaku sekitar tahun 2011 hingga 2013 ialah TS Zeti Aziz...


Rekod Penerimaan MENGESAHKAN RM2.6 Bilion Di Terima Dari Kerabat Di Raja Arab Saudi



Tarik nafas panjang2 yer cai...

Lapangkan dada dan tenangkan hati...

Dulu masa kita orang tularkan video klip Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al Jabar tu, cytro2 PH tak terima...

Sekarang nie, dalam mahkamah, apa yang di katakan oleh Adel adalah benar, tiada yang tidak benar, melainkan benar belaka...

Mengikut keterangan Umma Devi, dari rekod kiriman wang sebanyak RM2.6 bilion, mengesahkan bahawa wang itu di terima dari Putera Faisal bin Turki, anak kepada Raja Arab Saudi ketika itu Al marhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al Saud, dan wang itu diisytiharkan sebagai SUMBANGAN kerajaan Arab Saudi kepada DS Najib Razak ( BACA DI SINI )... 

Secara terperincinya, Umma Devi menerangkan :

RM304 juta di terima pada tahun 2011...

RM756 juta di terima pada tahun 2012...

RM1.9 bilion di terima pada tahun 2013...

Umma Devi juga memberitahu mahkamah :

RM2.034 bilion atau USD620 juta telah dihantar keluar dari akaun DS Najib pada 22 Ogos 2014...

Umma Devi menambah dalam keterangannya :

RM116 juta telah dipindahkan ke dalam akaun baru yang nombornya berakhir 880...

Akaun yang nombornya berakhir 694 telah di tutup pada 30 Ogos 2013...


Jadi, sudah terang lagi bersuluh, apa yang dikatakan oleh DS Najib bahawa duit RM2.6 bilion adalah sumbangan dari kerajaan Arab Saudi adalah BENAR...

Apa yang dikatakan oleh DS Najib, baki duit sumbangan itu sudah di kembalikan adalah BENAR...

Apa yang dikatakan oleh DS Najib bahawa Bank Negara Malaysia dan Gabenor Bank Negara waktu itu, TS Zeti Aziz mengetahui dan meluluskan pemindahan wang masuk adalah BENAR...

Apa yang didakwa oleh TS Shafiee bahawa ada konspirasi untuk manipulasi akaun DS Najib dengan dapat dikesan tandatangan palsu DS Najib untuk memindahkan wang dari akaun DS Najib adalah BENAR...


Yang tidak benar adalah :



Dakwaan Mahathir bahawa DS Najib mencuri duit negara sebanyak RM2.6 bilion melalui 1MDB adalah TIDAK BENAR dan FITNAH...


Dakwaan bahawa Bank Negara Malaysia dan Gabenor Bank Negara waktu itu, TS Zeti Aziz TIDAK TAHU mengenai kemasukan duit sebanyak RM2.6 bilion adalah TIDAK BENAR dan TIPU...

Masihkah kita ragu2 lagi dengan DS Najib?

Masihkah kita terus mahu mempercayai FITNAH Mahathir keatas DS Najib sedangkan terbukti apa projek2 mega rakyat yang diusahakan DS Najib diteruskan Mahathir walaupun beliau mendakwa projek2 itu sebagai projek membazir dan projek menjual kedaulatan negara!!!

Bila Allah SWT mengkehendakinya, hijab kebenaran pasti akan dibuka untuk mendedahkan kebatilan yang dicanangkan selama ini...

Kepada Mahathir dan kumpulan pemfitnah tegar, ingatlah :

Bila Allah SWT mahu MEMULIAKAN hamba-Nya, walaupun seribu tangan cuba MENGHINA, namun hamba-Nya pasti akan mendapat darjat MULIA dan bila Allah SWT mahu MENGHINAKAN hamba-Nya, walau seribu tangan cuba MEMULIAKAN, namun hamba-Nya pasti akan menjadi HINA...

Pada rakyat Malaysia yang dah terpengaruh dan bersubahat menyebarkan fitnah keatas DS Najib, pintu taubat dan pintu kemaafan Allah SWT masih terbuka dengan syarat mesti minta maaf pada DS Najib, cubalah hubungi beliau dan minta maaf, admin yakin, sebagai pemimpin berjiwa besar, pasti beliau akan memaafkan kerana sudah ramai yang dah dapat kemaafan beliau...

Ingat, dosa fitnah dan orang yang bersubahat menyebarkan fitnah adalah lebih besar dari membunuh...

Tak takutker kita?


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.