Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Monday, January 27, 2014

PADERI LAWRENCE TERJEMAH NAWAITU SEBENAR?


Gambar sekadar hiasan

Apa sebenarnya niat sebenar Paderi Lawrence Andrew dalam isu kalimah Allah?
Apa niat, apa nawaitu sebenar?

Mahkamah telah memutuskan penggunaan kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain, selain daripada umat Islam pada Oktober lepas.

CABAR MAHKAMAH?

Malah Sultan Selangor Sultan Shafaruddin Idris Shah sebelum ini menitahkan semua rakyat, khasnya di Selangor, tanpa mengira kaum dan latar belakang agar akur dan patuh terhadap larangan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam seperti yang tertakluk mengikut peruntukan Seksyen 9, Bahagian 1, Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.

CABAR SULTAN?


Sejak bila golongan ini menjadi biadap dan kurang ajar?
Sampai bila pula pihak yang berkenaan mahu berlembut?

Ini hanya soalan, penulis dan pembaca tidak perlu menjawabnya, biarkan sesiapapun tidak menjawabnya kerana pihak berkuasa mungkin mahu melihat sifat praktikal sebagaimana kata-kata Melayu klasik, 'SUDAH TERHANTUK BARU TENGADAH', NASI SUDAH MENJADI BUBUR 

Thursday, October 24, 2013

Enakmen Hudud lulus 1993, kenapa tak gezet dan laksana?


Ketua Hakim Syarie negeri Kelantan, Datuk Daud Mohamad menegur kerajaan Pas Kelantan kerana tidak pernah serius memberi penerangan kepada masyarakat mengenai hukum hudud sekalipun sudah meluluskan peruntukannya di Dewan Undangan Negeri Kelantan hampir 20 tahun lalu.

Daud berkata, kempen dan pendidikan berterusan kepada rakyat mengenai hudud sepatutnya dilakukan tanpa henti sejak Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan diluluskan pada tahun 1993 lagi.

Beliau berkata, kerajaan negeri tidak sepatutnya hanya lantang bercakap mengenainya pada waktu-waktu tertentu sahaja kerana ia boleh menimbulkan keraguan niat sebenar kerajaan dalam melaksanakan hudud.

"Kerajaan mungkin mengambil masa pada peringkat awal. Namun supaya benda ini tidak berlaku pertikaian atau pertentangan, eloklah beri penerangan dan penjelasan, tapi ini pun satu hal kerana dari 1993 sampai sekarang kita tidak dakwah betul-betul pun pasal hudud ini, tidak ada.

"Padahal kita boleh dakwah dengan pelbagai cara, dengan risalah dan macam-macam. Pegawai dakwah kita ramai, ia sepatutnya berterusan, jangan hanya tunggu masa-masa tertentu sahaja, orang akan pandang lain pula," katanya semasa menjadi ahli panel Wacana Pelaksanaan Hudud di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Program wacana khusus kepada pegawai kerajaan negeri dan Persekutuan itu turut dibarisi pakar Perlembagaan, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari dan Ahli Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Datuk Mohamed Daud.

Daud yang merupakan salah seorang yang terbabit dalam merangka Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan juga berkata, kerajaan negeri sepatutnya tidak takut untuk melaksanakan hukum hudud sekalipun mendapat tentangan dan ugutan daripada banyak pihak.

Beliau berkata, kerajaan negeri seharusnya berani melaksanakan hukum yang mereka sendiri luluskan dan tidak membiarkan batasan bidang kuasa dalam Akta Mahkamah Syariah 1965 (pindaan 1985) dan lain-lain akta sebagai halangan.

Daud berpandangan, Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan memberikan hak yang jelas kepada setiap warganegara mengamalkan agama masing-masing termasuk masyarakat Islam yang mahu mengamalkan hudud dan sebarang undang-undang yang menyekat kebebasan ini sebenarnya yang patut dipertikai.

"Perkara 11 memberikan kebebasan mengamalkan agama, kenapa kita nak takut, kita nak amalkan agama kita, kita nak laksana, tanggungjawab ini tertanggung kepada kerajaan yang akan ditanya Allah di akhirat nanti kenapa luluskan enakmen tetapi tidak laksana," katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub ketika ditemui selepas program berkata, kerajaan negeri akur dengan saranan yang diberi dan akan mula mengambil langkah lebih serius ke arah pelaksanaan hukum hudud.

Katanya, ini termasuklah menubuhkan dua mahkamah baru iaitu Mahkamah Bicara Syariah Khas dan Mahkamah Rayuan Syariah Khas yang akan menjadi tempat kes berkaitan kesalahan hudud dibicarakan.

"Selama ini, kita fikirkan akan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan tetapi dari perbincangan wacana tadi nampaknya tidak banyak halangan untuk kita laksanakan hudud.

"Kami akan maklumkan tindakan selanjutnya secara terperinci selepas selesai persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak lama lagi," katanya.

Berita di atas adalah dari harakahdaily dan diambil dari blog Dewan Ulamak Pusat PAS sini.

Lepas diluluskan, PAS tidak gezetkan Enakmen itu. Tanpa itu, tak boleh hukum hudud dilaksanakan. Siapa MB tahun 1993 yang tak mahu gezetkan?

Tapi sana sini salahkan UMNO. Kimak punya manusia!!! 

Baca seterusnya : di sini



Tuesday, September 17, 2013

Renungan buat puak Syiah

Raja Iran telah memanggil kesemua Ulama' Sunnah dan Syiah, bertujuan untuk mengetahui perbezaan di antara mereka.

Kesemua Ulama' Syiah menghadirkan diri, tetapi seorang Ulama' Sunnah tiba sedikit lewat bebanding Ulama' Sunnah yang lain.

Ulama' Sunnah tersebut berjalan sambil mengepit kasutnya di celah lengannya.




Ulama' Syiah memandang kehairanan sambil berkata, "Kenapa kamu mengepitkan kasut kamu begitu?"

Ulama' Sunnah itu menjawab, "Saya terdengar bahawa semasa zaman Rasulullah S.A.W, Syiah gemar mencuri kasut!"

Ulama' Syiah menjawab, "Mana ada Syiah semasa zaman Rasulullah S.A.W."

Ulama' Sunnah seraya berkata, "Jadi perdebatan kita telah tamat. Kesimpulannya, dari mana datangnya agama kamu?"




Misteri Kekayaan Ahmad Dhani, Anak Terlibat Kemalangan


992013_dulaccident-a


Anak lelaki kepada penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Ahmad Dhani iaitu Abdul Qodir Jaelani cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan ngeri di Tol Jagorawi Bogor awal pagi Sabtu lalu.

Abdul Qodir atau lebih mesra dengan sapaan Dul berumur 13 tahun dilaporkan Mstar memandu kenderaan jenis Lancer Mitsubishi bersama seorang temannya untuk pulang ke Jakarta, hilang kawalan dan telah merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah bas mini.

Akibat rempuhan itu lima orang daripada mangsa telah meninggal dunia dan 11 lain cedera.
Kereta yang dipandu Dul itu adalah hadiah daripada ayahnya Ahmad Dhani bersempena dengan sambutan hari jadinya pada 23 Ogos lalu.
Dul yang tidak mempunyai lesen memandu mengalami patah tulang kaki, patah panggul, pendarahan di otak dan usus.
Ahmad Dhani dilaporkan Mstar berkata, dia bersyukur kerana keadaan anaknya beransur pulih dan berasa bersalah kerana menghadiahkan kereta tersebut kepada Dul bersempena dengan sambutan hari jadinya itu.

Selain komposer dan penyanyi terkenal Indonesia, Ahmad Dhani adalah duta LibForAll Foundation.
LibForAll bermaksud Liberty for All (Kebebasan Untuk Semua) merupakan sebuah yayasan kristian yang berpengkalan di Amerika Syarikat untuk operasi mempromosi kebebasan beragama di Indonesia.
Untuk melaksanakan operasi itu, Abdurrahman Wahid (Gus Dur) telah dilantik sebagai penaung LibForAll dan Ahmad Dani dari Kumpulan Muzik Dewa sebagai duta untuk menyampaikan mesej melalui lagu-lagu.
Promosi kebebasan beragama yang menggunakan slogan ‘Rahmatan lil ‘Alamin’ mensasarkan dialog antara agama, Islam, Kristian, Hindu dan Yahudi.
Atas sumbangan itu, Holland Taylor CEO LibForAll Foundation pernah mengatur anugerah kepada Gus Dur sebagai penerima Medal of Valor” iaitu “Medal Keberanian Yahudi” pada 6 Mei 2008, di Beverly Wilshire Hotel, 9500 Wilshire Blvd., Beverly Hills, Los Angeles.

Holland Taylor, CEO LibForAll (kiri), bersama Once vokalis Dewa (tengah) dan Ahmad Dhani (kanan), sedang menyusun lirik ke dalam bahasa Inggeris untuk lagu Laskar Cinta (“Warriors of Love”). Once adalah seorang Kristen manakala Ahmad Dhani adalah Muslim pro-Israel. Menurut Holand Taylor, lagu Laskar Cinta membawa mesej penting untuk menuetralkan kumpulan teroris Islam Indonesia. Kajian yang dibuat sebelum ini mendapati di Indonesia, kaedah yang paling berkesan untuk mempengaruhi rakyat Muslim adalah muzik, tetapi kaedah itu tidak sesuai di Malaysia. Kaedah yang paling berkesan di Malaysia adalah melalui pendekatan ilmu dengan menggunakan tokoh-tokoh orientalis an membunuh 17 anggota polis.

Manakala Ahmad Dhani lapor libforall.org diberi anugerah LibForAll Award.

Baca selanjutnya, sila klik di sini dan sini dan sini juga


Friday, September 13, 2013

Kalimah Allah - Nilai Sendiri Tindakan Biadap Kartunis Zunar



Inilah masalah bila tak reti nak bezakan politik dengan soal agama.

Kebiadapan kartunis Zunar yang merupakan macai PR kali ini sudah melebihi batas. Kebebasan beliau berkarya melalui kartun-kartunnya sudah melampau, apabila kalimah Allah dipermainkan di dalam karikatur terbarunya. Kita tidak minta beliau berjuang mempertahankan Kalimah Allah tetapi jangan sampai mempermainkannya demi sokongan politiknya yang sempit.

Jangan memperlekehkan orang-orang Islam yang lain sekiranya anda berjiwa sekular. Tak percaya? Lihatlah gambar-gambar beliau dan isterinya di bawah. Kainpun tak mampu beli bagi isteri menutup aurat, sampai terbonjol belahan dada!

Nama isteri dia Noor Fazlina Rosley. Bekas pelajar MRSM Jasin dan sekarang bekerja dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Berada di Unit Pembangunan Harta Tanah. Unit ini 
sekarang telah dijumudkan.






DBKL tidak ada kena mengena dengan Kerajaan ka? Dulu belajar MRSM, Kerajaan tak tanggung ka? Setiap hari laki bini kutuk Kerajaan. Zunar pulak selalu kutuk DS Rosmah Mansor berbadan besar. Bini dia seksi dan ramping sangat ka? Cantik macam Megan Fox ka?

Dalam kartun terbarunya yang muncul di portal propembangkang, Zunar menzahirkan kalimah suci Allah seolah-olah dimilik peribadikan oleh kerajaan.

Portal yang dikendalikan orang bukan Islam itu bersama dengan Zunar memberikan sindiran yang mendalam terhadap isu kalimah Allah.

Kalimah Allah dikunci siap dengan tag 1Malaysia dan sebagainya memperlihatkan dengan jelas kepada siapa sindiran tidak berakal  itu ditujukan.

Tepuk dada tanya selera…salah ke kalau ada pihak mahu mempertahankan nama Allah.

Sepatutnya PAS yang mengaku memperjuangkan Islam yang tampil lebih hebat berbuat demikian.

Bagaimanapun PAS selaku komponen Pakatan Rakyat terpaksa mengikut kehendak DAP dalam isu itu. Namun ada sebahagian pemimpin PAS pun mahu mempertahankan kalimah Allah.

Mungkin Zunar tidak faham kepentingan kalimah Allah dipertahankan.

Menyindir sehingga ke tahap yang boleh ditafsir sebagai menghina ini memang tak tahulah nak kata apa.

Sebagai orang Islam, penulis rasa kalimah Allah itu memang milik Islam.

Ada yang bertanya (macam Ahli Parlimen Shah Alam) mana dalil yang memperlihatkan kalimah Allah dilarang digunakan oleh bukan Islam.

Well…kepada Khalid Samad…boleh tak tunjuk dalil atau surah yang membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam? Ada ke…so kita kekal la dengan status quo di negara ni terutama di semanjung di mana kalimah Allah digunakan oleh masyarakat Islam semata-mata.





Jadi, kepada orang-orang macam Zunar ni… jangan jadi buat berpolitik sehingga tak nampak yang benar dengan yang tidak. -

Mynewshub&Parpukari



DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.