.
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص
61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.
Kes
pendengaran rayuan oleh puak-puak yang mewarisi keganasan penjajah Eropah yang
degil hendak mengguna kalimah Allah.
Patutkah
dibenarkan rayuan tersebut diteruskan ke Mahkamah Persekutuan?
Kemungkinan:
1.
Moga esok para hakim tolak. Maka kes rayuan ini berhenti setakat apa yang telah
diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.
2.
Moga esok para hakim benarkan rayuan. Maka kes ini akan dibicara di Mahkamah
Persekutuan. Dan akan berterusan lagi untuk peringkat tertinggi ini. Ada
kelebihannya di sini jika dibicara lanjut dan diputuskan nanti oleh Mahkamah
Persekutuan ianya menjadi “binding” DAN polemik tentang kedudukan Malaysia
sebagai sebuah secular akan berakhir kerana tafsiran yang kuat dari Perkara 3
(1) Perlembagaan Persekutuan dan seterusnya.
Ada
baiknya juga ianya dibenarkan untuk dibicara penuh supaya para peguam kita yang
hebat-hebat dapat berhujuah dengan bernas untuk mendaulatkan Islam di Negara
kita yang tercinta ini.
Kita
sama-sama doakan yang terbaik dari Allah s.w.t.
AIDCNews– Bekas pembantu peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay
berpendapat isu kalimah Allah yang menjadi kontroversi di negara ini
adalah manipulasi kumpulan Jesuit dengan kerjasama Ketua Umum PKR.
Lambang
jesuit
Jesuit
adalah singkatan kepada Ahli Persatuan Jesus (The Society of Jesus)
dibentuk di bawah arahan Gereja Roman Katolik di Vartican.
Pada
tahun 1540, Pope Paul III telah meluluskan penubuhan Jesuit yang juga
dikenali sebagai‘pasukan utama tentera-tentera Jesus.’
“The
Herald yang telah wujudkan isu kalimah Allah adalah daripada golongan
Jesuit…imbas kembali dan anda akan terkejut betapa konsistennya
Anwar Ibrahim dalam isu kalimah Allah di mana dia mempertahankan hak
yang bukan Islam untuk menggunakan nama ‘Allah’….Pernah tengok
Anwar begitu tegas dalam pendiriannya dalam apa-apa isu ? fikir…,”
kata Yuktes dalam laman sosial, yuktesvijay.officialpage,
hari ini.
Menurut
Yuktes hubungan Anwar dengan Jesuit sudah bermula sejak tahun
1980-an, apabila badan Jesuit dari Jerman, KAS (Konrad Adenauer
Stiftung) menaja badan pemikir Anwar, Institut Kajian Dasar (IKD).
“Anwar
Ibrahim diberi anugerah yang amat berprestij daripada dua universiti
iaitu Georgetown University, US dan Ateneo D Manila University di
Manila…Kedua-duanya dimiliki puak Jesuit..
“Sayang
betul kan Jesuit pada Anwar? Mungkin pasal dia comel dan pandai
jenaka…dan juga sebab dia petah berkata sampai boleh troll satu
negara,”katanya lagi.
Pada
ketika kita sedang berdepan dengan usaha pihak-pihak bukan Islam
yang kini begitu lantang menuntut penggunaan kalimah Allah , kita
seharusnya melihat kepada sejarah dan perkembangan yang pernah
berlaku di serata dunia melibatkan agama atau orang-orang Islam.
Kita yakin dan percaya kekuatan sesebuah negara itu bergantung kepada
sejauh mana kuatnya satu-satu bangsa atau kumpulan terbesar memiliki
kuasa memerintah.
Ini
tidak boleh di sangkal lagi bahkan sejarah yang tercatat sewaktu
peristiwa peperangan di Bosnia , kekejaman terhadap kaum Rohingya di
Myanmar dan lain-lainnya membuktikan bagaimana tanpa kekuatan bangsa
dominan akan menyebabkan negara terlibat dalam kancah peperangan
yang mampu mengundang malapetaka bukan sahaja kepada bangsa itu
sendiri tetapi juga kepada negara.
Sebagai
contoh sedarkah kita bahawa Indonesia punya penduduk yang beragama
Islam paling ramai di dunia ? Apakah di sana wujud sebarang
undang-undang mahupun akta-akta tertentu yang mengawal kedudukan
agama Islam sekuat Malaysia ?
Kerana
kekurangan itulah maka semua pihak di Indonesia bebas mengamalkan
ajaran agama masing-masing bahkan turut bebas untuk menyebarkan
fahaman masing-masing.
Barangkali
kerana itulah maka di Indonesia kita dapat lihat sejak sekian lama
perkahwinan campur di antara Islam dan bukan Islam di bolehkan.
Apabila
tidak ada sebarang undang-undang yang boleh memperkukuhkan serta
membela agama Islam maka sedikit demi sedikit Islam di Indonesia di
carik-carik.
Kesan
daripada kebebasan ini jugalah yang menjadi faktor kepada kewujudan
puak-puak mahupun gerakan-gerakan militan sehingga menyebabkan
berlakunya pembunuhan di kalangan para pengamal agama dan ianya juga
turut berlaku di negara-negara lain.
Mengapa
ianya berlaku ? Sudah pasti kerana tindakan sesetengahnya yang
membangkitkan rasa tidak puas hati atau kemarahan pihak-pihak
tertentu dan tindakan sedemikian di ambil kerana tiada undang-undang
yang boleh menyekat mahupun di jadikan sebagai batu asas untuk
memastikan kedudukan satu-satu agama itu terjamin.
Malaysia
masih beruntung kerana kita punya undang-undang dan perlembagaan
yang termaktub sejak negara mencapai kemerdekaan.
Dengan
JAMINAN itulah maka agama Islam di negara kita terbela.
Namun
kita perlu ingat bahawa JAMINAN itu mampu di ubah sekiranya kita
LALAI dan membiarkan mereka yang kini terlalu OBSES dan BERNAFSU
menguasai tampuk pemerintahan negara.sumber
Dalam
keberuntungan itu pun Malaysia tidak dapat lari daripada
gerakan-gerakan yang mampu menggugat hala tuju pentadbiran negara
yang kini di terajui oleh bangsa Melayu beragama Islam.
Malaysia
sebuah negara berbilang bangsa yang cukup unik kerana kita masih
MAMPU meletakkan Islam di kedudukan yang tertinggi.
Tetapi
apakah kita masih MAMPU bertahan sekiranya bangsa dominan (Melayu)
tidak punya kekuatan untuk terus berdepan dengan gerakan terancang
seperti mana yang sedang kita lihat berlaku sekarang ??
Kena
faham dan jangan lalai !!
Hati-hati
dengan agenda terancang ini kerana kesannya amat besar dan mampu
memusnahkan apa yang kita pertahankan selama ini.
bnbbc.my~ PAS
hari ini menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan pendirian atau
mengeluarkan ketetapan berhubung penggunaan Kalimah Allah bagi
mengelakkan kekeliruan rakyat.
Ketua
Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar di dalam sidang medianya
menegaskan bahawa isu penggunaan Kalimah Allah melibatkan penganut
agama Kristian di negara ini telah menimbulkan kekeliruan semua pihak
dan harus diperbetulkan segera.
“Saya
menegaskan bahawa pihak Majlis Fatwa kena buat penetapan berhubung
isu ini. Sekarang ada dua perkara yang berbeza, adakah mereka guna
Al-Quran yang lain-lain.
“Di
Putrajaya mereka guna Quran lain, dan di Selangor mereka guna Quran
yang lain. Kena buat penetapan bagi orang tak keliru, sebab ianya
melibatkan soal agama,” katanya yang merujuk perbezaan pendapat
apabila penganut Kristian berurusan dengan Kerajaan Pusat serta
penguatkuasaan undang-undang di Selangor dalam sidang media di Ibu
Pejabat PAS, Isnin.
Datuk
Mahfuz Omar, Ketua Penerangan PAS Pusat dalam sidang media
Isnin-Foto Heikal Rosli
Beliau
juga menambah, PAS memandang serbuan yang dijalankan pihak Jabatan
Agama Islam Selangor (JAIS) kepada premis Persatuan Bible Malaysia
(PBM) Khamis lalu adalah satu tindakan yang tergopoh-gapah.
“Ianya
jelas boleh menimbulkan ketegangan keadaan dan juga kemarahan
sesetengah pihak berhubung perkara ini.
“Oleh
itu satu langkah penyelesaian perlu diambil dan saya harap Majlis
Fatwa boleh keluarkan pendirian mereka berhubung perkara ini.
“Berkenaan
titah Sultan Selangor bukan isunya sekarang ini, apa yang menjadi isu
perlu ada satu fatwa yang tegas dan tidak mengelirukan orang ramai,”
tegasnya lagi.
Turut
bersama beliau ialah Ketua Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr
Dzulkefly Ahmad yang turut menyatakan pendirian yang sama berhubung
ketetapan ini.
Khamis
lalu, JAIS telah melakukan serbuan ke atas premis PBM yang turut
merampas kira-kira 300 bible versi Bahasa Melayu dan Iban serta
menahan dua orang pegawai dari PBM.
Serbuan
itu dikatakan sebagai respon kepada titah Sultan Selangor, Sultan
Sharafuddin Idris Shah yang melarang penggunaan Kalimah Allah bagi
orang bukan Islam di bawah Enakmen 1988.
Ditanya
berhubung pendirian PAS berkenaan isu ini, Mahfuz menegaskan
pendirian PAS yang dikeluarkan Majlis Syura Ulama yang membenarkan
penggunaan kalimah itu selagi mana ia tidak disalah ertikan dan
disalah guna. -
Kenyataan
yang dikeluarkan oleh Mujahid Yusof yang menentang rampasan Bible di
premis The Bible Society of Malaysia di Damansara Kim, Petaling Jaya,
memperlihatkan secara jelas kepada kita tentang kerosakan akidah yang
dijelmakan menerusi kopiah, janggut, topeng Islam, serta raut wajah
dan batang tubuh orang yang mengaku beragama Islam.
Ini
sekaligus membenarkan kenyataan Rasulullah s.a.w lebih seribu tahun
lampau.
(Maksud
hadis)
“Telah
diceritakan kepada kami oleh Ismail bin Abu Uwais berkata, telah
menceritakan kepadaku Malik dari Hisyam bin ‘Urwah dari bapanya,
dari Abdullah bin Amru bin Al-Asy meriwayatkan, “Aku mendengar
Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu
sekaligus mencabutnya daripada hamba-Nya tetapi Allah mencabut ilmu
dengan cara mematikan para ulama sehingga bila sudah tidak bersisa
ulama, maka manusia akan mengangkat pemimpin dari kalangan
orang-orang bodoh, ketika mereka ditanya, mereka berfatwa tanpa ilmu,
mereka sesat dan menyesatkan.” Berkata Al-Firabri, telah
menceritakan kepada kami Abbas berkata, telah menceritakan kepada
kami Qutaibah, telah menceritakan kepada kami Jarir dari Hisyam
seperti ini juga. “ (Sahih
Bukhari)
Antara
lima Rukun Iman ialah mempercayai kitab-kitab Allah. Kitab-kitab
Allah Taala itu yang diutuskan kepada para Rasul itu terdiri daripada
Taurat, Zabur, Injil dan Al Quran.
Bagaimanapun,
sejarah telah membuktikan Zabur, Taurat dan Injil telah ‘diangkat’
oleh Allah Taala untuk digantikan dengan al Quran menerusi pelbagai
peristiwa termasuklah serangan oleh tentera-tentera Babylon ke atas
Baitul Muqaddis pada tahun 568 Masehi di bawah kepimpinan
Nebukhadniza.
Injil
sebenarnya tidak pernah ditulis. Ramai terutama sekali kaum pendakyah
cuba menjadikan kitab Gospel sebagai Injil bagi tujuan pengeliruan.
Walaupun Gospel dan Injil berkongsi maksud iaitu ‘Berita Baik’,
tetapi konsep Gospel dan Injil sama sekali berbeza. Gospel atau
sekarang ini lebih dikenali sebagai Bible, menekakan tentang konsep
penyelamatan (salvation), aitu kepercayaan bahawa Jesus Christ,
selepas disalib menjadi pengampun kepada dosa warisan dan penyelamat
bagi mereka yang mempercayainya.
Sedangkan
Injil pula tidak mengandungi semua perkara tersebut, sebaliknya
membawa ajaran tauhid.
Boleh
jadi, pemimpin PAS seperti Muhajid Yusof tidak tahu bahawa Injil
tidak pernah dicatatkan dalam bentuk tulisan sebaliknya hanya dalam
bentuk SAYING GOSPEL. Saying Gospel pula telah hilang dari pegangan
umat Nasrani menjelang akhir kurun pertama selepas peninggalan Nabi
Isa a.s dan digantikan pula oleh Narrative Gospel iaitu Gospel yang
ditulis oleh pihak-pihak tertentu yang membawa ajaran akidah triniti
dengan menyandarkan kepada riwayat hidup Nabi Isa a.s sedangkan
ajaran dari Narrative Gospel ini tidak langsung berkaitan dengan Nabi
Isa a.s.
Semua
Gospel yang terdapat dalam Perjanjian Baru seperti yang ditulis atas
nama Matthew, Lucas, Mark dan John adalah dikategorikan sebagai
Narrative Gospel dan ia berbeza daripada Sayings Gospel yang ditulis
oleh pengikut-pengikut Nabi Isa a.s sepeninggalannya pada awal kurun
pertama selepas Masihi. Sayings Gospel hanya mengandungi kata-kata
hikmah daripada ajaran Nabi Isa a.s , manakala Narrative Gospel pula
tertmpu kepada riwayat hidup dan pendewaan peribadi Nabi Isa a.s
sebagai Christ.
Kenyataan
Burton L.Mack (1993) menerusi bukunya The
Lost Gospel (The Book of Q and Christian Origin) yang
diterbitkan oleh Queensland: Element Shaftersburg, Dorset Rockport,
Massachsetts, Brisbane, menjelaskan perkara berkenaan.
Cubaan
menyamakan Bible atau Gospel dengan Injil secara jelas merupakan
cubaan untuk mengiktiraf Konsep Triniti yang menyengutukan Allah
Taala dengan sebarang cara. Barangkali Mujahid Yusof amat sedar
dengan perkara ini dan perbuatannya dilakukan dalam usaha untuk
membolehkan pemurtadan dilakukan secara lebih halus dan ‘sopan’.
Isu kalimah Allah terus kuat bergema setelah
mahkamah rayuan membuat keputusan. Pihak Kristian dan bukan Islam ultra kiasu
yang tidak kena-mengena dengan kalimah amat tidak berpuas hati. Tidak kurang
pula segelintir kalangan orang Melayu yang mahu menunjuk pandai.
Pada Melayu ini, Allah adalah kepunyaan semua
manusia, tidak kira Islam atau tidak. Saya tidak hairan kerana saya sudah kenal
Melayu Melayu ini. Cuma saya terkilan kadang kala tindakan kita lebih Kristian
dari orang Kristian, sehingga bukan Islam mengambil kesempatan untuk terus
menekan kerajaan hasil keputusan mahkamah itu.
Ya, saya tidak pertikaikan hujah akademik, semua
manusia berhak menggunakan kalimah Allah. Memang Allah itu adalah untuk semua
manusia dan segala makhluk yang ada di bumi dan di langit. Pendek kata, Allah
adalah segala-galanya, kerana Allah Maha Pencipta, Maha Besar, Maha Mengetahui
dan semua Maha yang ada, yang ingin digunakan, melebihi 99 nama Allah.
Namun, isu kalimah Allah tidak harus dilihat
dalam konteks hak asasi manusia semata-mata seperti diperjuangkan oleh pihak
berkepentingan. Jangan bandingkan Malaysia dengan negara lain seperti yang
dilakukan oleh ultra kiasu. Saya bimbang nanti atas nama hak asasi manusia,
surau jadi tokong dan tidak mustahil masjid jadi gereja. Sudahpun berlaku.
Isu kalimah Allah perlu dilihat secara holistik.
Antara hak, strategik licik musuh Islam dan perlindungan perlembagaan terhadap
Islam.
Dalam soal hak, siapa lebih berhak? Sudah tentu
Islam lebih berhak. Selama ini, pihak bukan Islam tidak pernah sama sekali
menggunakannya kecuali secara peribadi.
Pergilah ke negara barat, tempat bersarangnya
Kristian, tontoni filem-filem barat, sepatah perkataan Allah pun tidak pernah
muncul. Yang ada hanyaGod dan Lord. Apa
yang Kristian Semenanjung begitu gatal mahu menggunakan kalimah suci ini.
Lagipun, boleh dikatakan semua, lidah mereka tidak dapat menyebut Allah dengan
betul.
Panggil semua bukan Islam yang begitu obsess
dengan kalimah Allah, suruh sebut Allah dengan betul. Saya yakin yang keluar
adalah allaaa. Jadi, Allah mana yang dimaksudkan jika sebutpun tak betul.
Sebab itu, saya amat hairan, kenapa Kristian di
Semenanjung ini, yang rata-rata baru masuk Kristian, termasuk perempuan yang
berada dalam parti ultra kiasu, begitu obsess menggunakan kalimah Allah
ini.
Mereka mendakwa, gereja-gereja di Semenanjung
turut menggunakan bahasa Melayu dalam interaksi dan khutbah. Janganlah menipu!
Saya kenal sangat dengan puak-puak ini, mereka memandang rendah kepada bahasa
Melayu, kecuali mereka dari Sabah dan Sarawak.
Apapun, saya ingin mengingatkan orang Islam yang
pro kepada mereka ini. Lihat isu ini dari segi perancangan strategik untuk
mengKristian orang Melayu secara halus. Maklumlah semakin ramai Melayu liberal
hari ini.
Kesempatan ini akan digunakan untuk mengelirukan
mereka dan seterus mengkristiankan mereka seperti yang dilakukan di Indonesia.
Sebab itu, kita lihat mereka begitu agresif. Hairannya, kita pula menjadi
semakin penakut. Sedangkan Islam dilindungi dalam perlembagaan.
Sama juga sembelihan yang dipertikaikan oleh
seseorang yang bernama ‘saravanan’. Rujuk
http://www.youtube.com/watch?v=5un8hgiIFe0. Lihat betapa kurang ajar mereka.
Boleh dikatakan tidak ada bukan Islam yang tampil mengatakan tindakan
‘saravanan’ itu salah?
Kenapa dalam isu ini, mereka bercakap sekolah
kebangsaan untuk semua. Sebelum itu, mereka begitu kuat mempertahankan sekolah
vernakular. Lebih berani lagi, beliau berkata bolehkah jika bukan Islam
menyembelih babi di sekolah?
Nasib baik bukan saya Guru Besar sekolah itu,
jika tidak, jawapannya adalah, kalau tidak suka berada di SK, boleh belah!
Balik terus, jangan balik lagi!
Bukan Islam selalu berfikir secara strategik.
Bukan seperti kita, lurus bendul. Di sinilah ‘kelemahan’Melayu kerana terlalu bertoleransi dan
menjaga hati orang. Persoalannya, adakah ultra kiasu ini menghargai?
Kalaulah dikatakan sembelihan lembu mengerikan,
menjadikan kanak-kanak trauma, kenapa tidak pertikaikan orang yang menyeksa
diri sendiri dengan cucuk sana cucuk sini di badan sehinga berdarah-darah.
Adakah kanak tidak trauma?
Bayangkan kita jika buat polisi, tidak boleh
berarak ketika perayaan cucuk badan. Buat dalam dewan atau padang sahaja
seperti sembelihan korban. Apa reaksi mereka?
Sebenarnya, kalimah Allah, sembelihan korban dan
apa jua isu yang dibangkitkan ultra kiasu, sebenarnya bukan isu. Mereka nak
tunjuk kuat, sengaja rancang sesuatu untuk menyakitkan hati kita. Mereka mahu
mencabar umat Islam ketika berada dalam keadaan kritikal berpecah dan bergaduh
tidak pernah habis.
Justeru, sudah sampai masanya kita bertegas dan
jangan sesekali tunduk. Kali ini saya bersetuju dengan ketegasan Dato’ Nazri
Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, kepada pihak pentadbir SJKC Chin Woo
dalam isu penggunaan tanah kementerian oleh sekolah tersebut. Kata Nazri, You
fight with me, I fight you, I kill you. I take back the land, don't mess around
with me. It'sgovernment land, it's my
land. There no law in the world to say that you (can) enclose the land, steal
my land for 30 years and say is yours. You go to court. Tahniah Dato’, inilah
sikap seorang negarawan. Kita juga sepatutnya bersikap sebegini dalam isu
kalimah Allah.
Anwar bersama Father Thomas Philips, President of the Council of Churches Malaysia (tengah) dan Brother Augustine Arokiasamy di the Luther Centre, Petaling Jaya pada 10 Januari 2010.
Isu
terjemahan kitab Injil ke Bahasa Melayu atau kalimah Allah merupakan
isu klasik. Isu ini merupakan agenda utama Anwar Ibrahim, baik semasa
berada dalam ABIM, maupun semasa memimpin parti multiracial –
multireligious, PKR. Cumanya, isu ini dikonotasi dalam versi berbeza
mengikut kehendak Anwar.
Ketika
Anwar berada dalam ABIM dan selepas itu menyertai UMNO, ketika
memerlukan sokongan Melayu-Islam, Anwar memberi ancaman akan berlaku
proses pengkristianisasi Melayu secara besar-besaran, jika gerakan
ini tidak dibendung. Ekoran itu ,ABIM menerbitkan buku-buku yang
mendedahkan gerakan Kristianisasi di Malaysia. Buku-buku itu dijual
di pasaran terbuka.
Di
mana-mana ceramah ketika berhadapan dengan khalayak Melayu-Islam,
Anwar sering memprovokasi persoalan ‘niat’ Stamford
Raffles
(penjajah British) mengupah Abdullah
Munsyi
menterjemahkan kitab Injil ke Bahasa Melayu. Pada Anwar, niat utama
Raffles menterjemahkan Kitab Injil ke Bahasa Melayu semata-mata untuk
‘memurtadkan’ sekelompok Melayu yang menjadi majoriti di negara
ini.
Begitulah
ekstrim dan radikalnya Anwar terhadap survival Melayu-Islam, jadi
tidak salah jika Subky
Lattif
tergoda dengan perjuangan Anwar serta ‘mendoakan’ agar Anwar
menjadi Presiden PAS, selepas Asri
Hj Muda
yang dilihat sebagai seorang nasionalis yang berada di pentas Islam.
Manakala Anwar pula dilihat sebagai Islamis yang sepatutnya berada di
pentas Islam.
Perubahan
pemikiran dari Islamis ke Liberalis ?
Tetapi,
itu cerita dulu. Sekarang, selepas keluar dari penjara Sungai Buloh
(2004), pemikiran Anwar berubah 360 darjah. Sebaik sahaja menghirup
udara segar di luar penjara, orang yang pertama dikunjungi adalah
Paderi Desmond Tutu, Ketua Biskop Kristian di Afrika Selatan.
Untuk apa
melawat dan meminta ‘restu’ daripada Ketua Biskop Kristian yang
kontroversi itu ? Desmond Tutu merupakan paderi kontroversi dan
‘fatwa’nya menghalalkan amalan homoseksual ditolak oleh majoriti
penganut Kristian. Klik di
sini
Ketika
Anwar berceramah kali pertama di New York anjuran National Endowment
for Democracy (NED) pada tahun 2005, Anwar secara jujur mengakui,
pemenjaraannya selama 6 tahun telah merubah pemikirannya, inspirasi
kebebasan individu dan prinsip hidup beragama menular ke dalam
sanubarinya. Dia mahukan kebebasan secara total dilakukan di negara
ini, bermula dari kebebasan cara hidup hingga kebebasan beragama.
Pendiriannya
ini dipertegaskan lagi oleh Anwar ketika berceramah di Melbourne,
Australia, dalam program The Parliament of World’s Religions
(Parlimen Agama Dunia).
Anwar
berkata sepanjang berada di penjara, dia banyak menghabiskan masa
dengan mengkaji pemikiran William Shakespeare dan membaca semua
koleksi-koleksi kitab Bible serta mengulangkaji semula kitab Ramayana
dan Mahabrata, pemikiran falsafah barat dan sebagainya.
Ketika
mengulas perubahan pemikiran ‘Islam’ Anwar ini, Khalid
Jaafar
dalam
facebook Irsyad Sidi menulis,
“Imam
Shafiee ada dua mazhab, Qaul Kadim dan Qaul Jadid. Dahulu Anwar kuat
dipengaruhi oleh Naqib al-Attas yang ekslusivis. Anwar terus belajar
dan berkembang pemikiran, bertemu dan bertukar-tukar fikiran dengan
Qaraqdhawi, Hossein Nasr, Taha Jabir dll”
Anda
setuju Anwar Ibrahim setaraf dengan Imam Shafie seperti yang cuba
digambarkan oleh Pengarah Institut Kajian Dasar (IKD) itu ?
Kalau
Anwar setaraf dengan Imam Shafie, bermakna ramalan Subky Latif masih
relevan dan Anwar masih layak menjadi Presiden PAS sekarang ini ?
Saya
tidak fikir begitu. Kalau PAS bersetuju menerima Anwar sebagai
Presiden PAS, tidak mungkin akan berlaku perpecahan serius dalam PAS
yang terbelah kepada dua kem; ulama dan Erdogan.
Husam
Musa yang diwar-warkan sebagai kem Erdogan dan mempunyai kaitan
dengan Anwar tidak popular dalam Muktamar PAS baru-baru ini dan dia
sendiri tewas dalam pemilihan Timbalan Presiden ekoran label
‘Erdogan’ dan ‘Anwar’ yang terpahat di dahinya.
Tetapi,
apa yang cuba digambarkan oleh Khalid Jaafar itu, transisi pemikiran
Anwar dari Islamis ke Liberalis. Dulu berpegang kepada pemikiran Syed
Qutb dan Hassan Al Banna, kini berpegang kepada pemikiran liberal
Syed Hussein Nasr dan Taha Jabir Al Awani.
Tentang
Anwar berpegang kepada pemikiran Dr
Yusof Al Qaradawi,
seperti yang cuba digambarkan oleh Khalid itu, banyak perkara perlu
diperbahaskan lagi. Jalur pemikiran Dr Yusof Qaradawi sangat berbeza
dengan jalur pemikiran Anwar.
Dr Yusof
Qaradawi menolak usaha persefahaman dialog Muslim dan Kristian yang
dilihat berat sebelah, manakala Anwar pula menerima sepenuhnya dialog
itu, walaupun tidak menguntungkan Islam.
Berbeza
dari segi pendekatan, Qaradawi melihat keuntungan kepada Islam
melebihi keuntungan peribadinya, manakala Anwar lebih mementingkan
keuntungan peribadinya melebihi keuntungan Islam.
Sememangnya,
sebagai penganut liberalis seperti Khalid Jaafar, dia berusaha sedaya
upaya menarik watak Dr Yusof Qaradawi ke dalam kelompoknya untuk
berselindung di sebalik bayang-bayang ulama terkenal Mesir itu.
IIIT
sama dengan Ikhwan Muslimin ?
Tetapi
saya mempunyai pendapat yang berbeza. Saya lebih cenderung mengatakan
pemikiran Islam Anwar sekarang sama seperti ketika berada dalam ABIM
dahulu. Dulu tidak ketara, sekarang semakin terserlah.
Pada
tahun 1981, ketika Anwar menjadi Presiden ABIM, Anwar bersama-sama
dengan Taha
Jabir Al Awani, Jamal Berzinji, Hamid Sulaiman
dan Dr
Ismail Al Faruqi
menubuhkan Institut Pemikiran Islam Antarabangsa atau The
International Institute of Islamic Thought (IIIT), di Virginia,
Amerika Syarikat.
Ramai
orang keliru dengan mengatakan IIIT dan Ikhwan Muslimin adalah jalur
yang sama, apatah lagi usaha RAND Corporation menyamakan kedua-dua
kelompok ini dengan melabelkan sebagai ‘Muslim
Brotherhood’.
Ada usaha
tersirat di sebalik usaha pelabelan RAND itu. Walaupun dilabelkan
kedua-duanya sebagai Muslim Brotherhood, tetapi Dr
Yusof Al Qaradawi tidak
terlibat dalam perencanaan badan itu, tetapi Anwar Ibrahim adalah
salah seorang master design di dalam RAND Corporation.
Sebenarnya
jalur pemikiran IIIT (baca Triple IT) berbeza dengan pemikiran Ikhwan
Muslimin, Mesir. Umar at-Tilmisani, Muhammad Hamid Abu Nasr, Mustafa
Masyhur, Ma’mun al-Hudhaibi, Muhammad Mahdi Akif yang menjadi
pimpinan Ikhwan Muslimin Mesir tidak menyertai IIIT, walaupun IIIT
mendakwa badan bersifat antarabangsa. Dan Dr Yusof Al Qaradawi,
termasuk dalam kelompok Ikhwan Muslimin, Mesir itu.
Untuk
lebih mudah memahami jalur pemikiran IIIT dan Ikhwan Muslimin,
bandingkan jalur pemikiran Anwar Ibrahim dan Abdul Hadi Awang
(Presiden PAS). Perbandingan di antara jalur pemikiran Anwar Ibrahim
dan Abdul Hadi Awang ini akan menentukan hubungan sebenar Anwar dan
Al Qaradawi.
Di luar
negara, Anwar boleh mendakwa bahawa dia sangat rapat dengan Presiden
PAS dan mendakwa Presiden Parti Islam itu sama dengan pemikirannya.
Mungkin masyarakat barat akan terpedaya apabila melihat foto-foto
Anwar bersama Hadi Awang, tetapi di dalam negara, rakyat Malaysia
(khususnya di kalangan ahli PAS) dapat membezakan pemikiran Anwar dan
Hadi Awang, meskipun mereka bersama-sama dalam PR.
Begitu
juga, di dalam negara, Anwar boleh mendakwa pemikirannya sama seperti
Al Qaradawi, berdasarkan foto-foto yang menunjukkan mereka bersama,
tetapi di Mesir dan Amerika Syarikat, masyarakat luar tahu bahawa
Anwar dan Qaradawi mempunyai pemikiran yang berbeza. Sampai sekarang
Al Qaradawi tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke Amerika Syarikat,
berdasarkan latar belakang pegangannya, tetapi Anwar, bukan setakat
bebas keluar masuk ke Amerika Syarikat, bahkan boleh membawa
kawan-kawan terdekatnya (Khalid & Azmin) mengunjungi kawasan
pusat operasi perisikan rahsia, Amerika iaitu di Pentagon.
Khalid Jaafar, Azmin Ali, Anwar Ibrahim dan Paul Wolfowitz, di Pentagon, 2005.
Hakikatnya
IIIT, hanya dianggotai oleh tokoh-tokoh Islam yang pro Amerika
Syarikat.Dari Malaysia, tokoh itu adalah Anwar Ibrahim. Dari Mesir,
Taha Jabir Al Awani. Manakala sebahagian besar ahlinya merupakan
pelarian dari negara Islam yang menetap di Amerika Syarikat seperti
Dr Ismail Faruqi (allahyarham), Jamal Berzinji, Hamid Sulaiman,
termasuk juga Taha Jabir Al Alawani.
Perbezaan
IIIT dan Ikhwan ini diperkukuhkan lagi pendapat bekas Presiden JIM
(Jemaah Islah Malaysia), Saari
Sungip.
Abu Urwah atau Saari Sungip, ketika menjadi Presiden JIM, merupakan
penyokong kuat Anwar Ibrahim dan selepas Anwar ditahan di penjara
Sungai Buloh, Saari Sungip merupakan barisan depan yang mengetuai
reformasi hingga dia sendiri pernah ditahan ISA di atas kesetiaan
kepada Anwar dan peranannya sebagai Ahli Jawatankuasa Majlis
Tertinggi Parti Keadilan Nasional(PKN) merancang demonstrasi jalanan.
Sebaik
sahaja, Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh (2004) dan menetap
di Amerika Syarikat (2005-2007), Saari Sungip mengistiharkan diri
keluar dari Parti Keadilan dan menyertai PAS tanpa memberitahu sebab
musababnya. Ramai orang tertanya-tanya kenapa Saari keluar PKN,
sedangkan dia sanggup ditahan ISA kerana mempertahankan parti itu
suatu ketika dulu.
Pada
tahun 2006, Saari Sungip menulis di kolum Siasah mendedahkan salah
satu sebabnya, iaitu faktor Amerika Syarikat. Sebelum dipenjara dan
berada dalam penjara, Anwar hanya didakwa pro Amerika Syarikat, tanpa
bukti yang konkrit, tetapi selepas bebas dari penjara, sikap sebenar
Anwar semakin terserlah, apabila berhijrah dari Malaysia ke Amerika
Syarikat, serta menjadi sebahagian missionari kerajaan Amerika
Syarikat ke atas dunia Islam.
Posisi
Anwar di Amerika Syarikat yang berada di pusat rekrut kader-kader
Amerika Syarikat iaitu di SAIS (The Paul H. Nitze School of Advanced
International Studies) John Hopkins University dan CMCU (Center for
Muslim and Christian Understanding), Georgetown University juga turut
dipertikaikan.
Apatah
lagi Anwar sendiri direkrut sendiri oleh Paul
Wolfowitz, John Esposito
dan Syed
Hussein Nasr,
yang merupakan pemain di sebalik tabir dalam meliberalkan dunia
Islam. Klik di
sini, di
sini dan di
sini
Dalam
tulisan “Hassan
Al Banna dan Syed Qutb : Antara dua waqi’ yang berbeza”,
Saari membandingkan dua waqi(tempat/kaedah) di antara Hassan Al Banna
& Syed Qutb (Ikhwan Muslimin, Mesir) dengan Ismail Al Faruqi dan
Anwar Ibrahim (IIIT, Amerika Syarikat).
“Gagasan
International Institute of Islamic Thought, IIIT di Washington DC di
bawah pimpinan Ismail Faruqi, melahirkan manual bagi modus operandi
perubahan Islamisasi dari dalam pemerintah sendiri. Mereka yang
mengasaskan IIIT bukan calang-calang orang. Sebahagian besar daripada
mereka berasal dari Iraq. Mereka adalah seangkatan dengan Saddam
Hussein semasa masing-masing berusaha menempatkan diri ke tapak kuasa
politik Iraq. Kesudahannya Saddam Hussein yang menang. Di mana salah?
Anwar Ibrahim juga adalah salah seorang pengasas IIIT. Di mana
salahnya?” Klik di sini
Kotak
pandora ‘Kalimah Allah’
Isu
kalimah Allah, bukan isu terasing. Isu ini berkait rapat dengan isu
murtad seperti Azlina Joy dan Moorty, Forum Memeluk Islam dan IFC
(Interfaith Council), Artikel 11 dan seangkatan dengannya.
Bagaimana
sikap Anwar terhadap isu IFC, Forum Memeluk Islam, Murtad dan terbaru
Kalimah Allah ?
Dalam isu
IFC yang heboh diperkatakan dulu, pendapat Anwar sekata dengan
penajanya KAF (Konrad Adenuer Foundation). KAF, sebuah yayasan
Kristian dari Jerman yang menjadi salah satu penaja Anwar merupakan
badan utama dibelakang IFC itu. Klik di
sini dan di
sini
Kekecohan
“Forum Peluk Islam” dan “Subashini & Shamala Revisited”
satu ketika dahulu juga menyaksikan fenomena yang sama.
Zulkifli
Nordin, Ahli Parlimen PKR, dikenakan tindakan oleh PKR kerana
menyertai demonstrasi menentang program forum itu. Anwar juga menjadi
pembela forum itu, walaupun sebahagian besar ahli-ahli PAS diketuai
oleh Salahuddin Ayub menentang forum tersebut. Klik di
sini
Dalam kes
murtad, Anwar sengaja mendiamkan diri daripada membuat sebarang
kenyataan berkaitan isu itu di dalam negara. Tetapi di luar negara,
kelantangan Anwar membenarkan murtad amat ketara. Prinsip Anwar
seperti yang diwar-warkan oleh media barat adalah demokrasi dan
kebebasan, termasuk kebebasan memilih apa sahaja agama tanpa halangan
institusi keagamaan.
Dalam isu
Lina
Joy,
Anwar menyokong keputusan wanita Melayu itu untuk murtad kerana itu
adalah hak asasinya. Prinsip Anwar dinyatakan kepada wartawan BBC
yang disiarkan di media barat.
Ketika
diwawancara oleh Julia Kirby, Pembantu Penyelidik, Pew Forum on
Religion & Public Life, di Amerika Syarikat (2006), Anwar juga
menyokong kes murtad Moorthy.
“Saya
bersetuju terdapat peranan untuk agama dalam masyarakat, dan
masyarakat perlu diberikan peluang untuk mengamalkan amalan agama
mereka…Tetapi dalam kes spesifik lelaki Hindu ini, Moorthy,
kerajaan mendakwa bahawa dia bertukar agama kepada Islam sebelum
meninggal, dan oleh yang demikian mengebumikannya mengikut upacara
Islam melalui Mahkamah Syariah….Pada kepercayaan saya, rayuan
isterinya perlu didengar di Mahkamah Sivil. Tidak kira apa pun,
Mahkamah Syariah, dilihat sebagai berat sebelah.Ini adalah rasa
percaya peribadi saya bahawa perkara ini berada dalam hak isteri
Moorthy untuk merujuk kes ini ke Mahkamah Sivil. Insiden ini
menonjolkan kegagalan Kerajaan Malaysia dan menunjukkan kepura-puraan
mereka propaganda mereka mengenai Islam yang moderat”. Klik di
sini
Satu
aspek lagi, semua pihak yang terlibat dalam IFC, Forum Memeluk Islam,
Murtad adalah pihak yang sama dalam inner cirle Anwar.
Malik
Imtiaz adalah
pengerak utama IFC. Dia turut disokong oleh kawan-kawan seangkatannya
terdiri daripada Haris
Ibrahim, Edmund Bon , Sivarasa Rasiah
dan Zaid
Ibrahim.
Malik Imtiaz juga merupakan peguam pemerhati yang membela kes murtad
Lina Joy.
Sekarang
Malik Imtiaz merupakan peguam utama kerajaan negeri Selangor yang
ditadbir oleh PKR. Manakala Edmund Bon dan Sivarasa Rasiah merupakan
barisan peguambela kes liwat Anwar. Zaid Ibrahim adalah tunggak utama
PKR, begitu juga Sivarasa Rasiah, Naib Presiden PKR.Klik di
sini
Forum
Memeluk Islam bermula dari kritikan Anne James yang mempertikai
keputusan Mahkamah Syariah berhubung kes murtad S Shamala, Lina Joy,
M Moorthy and R Subashini. Siapa Anne James ? Dia adalah isteri
kepada Sivarasa Rasiah, Naib Presiden PKR.
Bermakna
semuanya berpunca dari sumber yang sama, yang berpusat di PKR yang
berketuakan Anwar Ibrahim.
Kalimah
Allah : Anwar langgar teguran ulama ?
Isu
kalimah Allah ini sudah lama berlanjutan. Anwar lah yang merancang
supaya provokasi ini berlanjutan hingga ke hari ini.Klik di
sini
Isu ini
bermula pada Februari 2008, apabila Persatuan Kristian Malaysia
memohon penggunaan Kalimah Allah daripada Anwar Ibrahim dalam
perjumpaan tertutup Anwar bersama 200 paderi dan aktivis Kristian di
Petaling Jaya.
Anwar
menjawab “Sejak
generasi rakyat Malaysia membesar menggunakan Bahasa Melayu sebagai
medium komunikasi, beliau melihat tiada sebab mengapa penganut
Kristian Malaysia tidak boleh menggunakan perkataan ‘Allah’ iaitu
istilah Bahasa Arab untuk Tuhan dalam ritual mereka”
Klik di
sini
Pada 16
Februari 2009, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri
Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman di mahkamah berhubung
penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan gereja dan menamakan KDN
dan kerajaan sebagai responden.
Hujah Tan
Sri Murphy Pakiam perkataan Allah bukanlah eksklusif kepada agama
Islam. Kalimah Allah digunakan dengan meluas dalam kalangan penduduk
asli Kristian di Sabah dan Sarawak dengan kebanyakannya bertutur
dalam Bahasa Malaysia.
Pada Mac
2009, isu kalimah Allah bergema di parlimen apabila wakil UMNO (Ahmad
Zahid Hamidi) bertikam lidah dengan wakil PAS Erdogan (Khalid Samad
dan Dr Dzulkifli Ahmad). Kedua-dua wakil PAS itu bertegas membenarkan
penggunaan kalimah Allah kepada Kristian, akhirnya dipatahkan hujah
oleh wakil PAS dari kem ulama, ustaz Taib
Azamuddin.
Pada
April 2009, Anwar membangkitkan sekali lagi isu kalimah Allah dalam
kempen pilihanraya di Lubuk Antu & Batang Ai, Sarawak.
Kata
Anwar, “Orang
Iban sudah lama menggunakan kalimah Allah dan saya (Anwar) telah
runding dengan ulama Islam, mereka tiada masalah benarkan kalimah
Allah kepada Kristian”
Ketika
Anwar memulakan kempen sarafnya membenarkan kalimah Allah kepada
Kristian ini, tokoh ulama pertama yang menegur Anwar adalah Datuk
Harussani,
Mufti Perak.
Tanpa
menghiraukan teguran Datuk Harussani dan ustaz Taib Azamuddin, Anwar
sekali lagi membangkitkan isu ini di Ipoh Perak, semasa persidangan
PKR peringkat Perak pada September 2009.
Isu ini
menjadi isu paling sensitif pada 31 Disember 2009, apabila Hakim
Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk
Lau Bee Lan
membenarkan permohonan Gereja Katolik menggunakan perkataan Allah
dalam penerbitan mingguannya, Herald – The Catholic Weekly.
Umat
Islam mula bangkit menentang keputusan mahkamah itu. PAS melalui
Timbalan Muryidul Am, Datuk Haron Din mengeluarkan kenyataan
membantah media keputusan mahkamah itu serta menghuraikan secara
panjang lebar bahawa kalimah Allah tidak terdapat dalam kitab Bible,
jadi permintaan melalui mahkamah penggunaan kalimah Allah dibimbangi
mempunyai agenda tersirat.
Bahkan Dr
Haron Din berkata :
“Mana-mana
umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan
penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam akhbar mingguan Herald-The
Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada
KEKUFURAN. Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din
berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam
juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan
syirik.” . Klik
di
sini
Tetapi
Anwar tidak pernah mempedulikan teguran ulama dan sarjana Islam itu.
Secara konsisten, Anwar terus bertegas dengan pendapatnya. Melalui Dr
Mohd Nur Manuty, selaku Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan
(semua) Agama (BIPPA), PKR, satu kenyataan mendia dikeluarkan untuk
menyokong keputusan mahkamah itu. Klik di
sini
Persoalannya,
apa agenda Anwar berkempen membenarkan kalimah Allah kepada Kristian,
sedangkan dia sendiri tahu isu itu paling sensitif yang boleh
menguggat kestabilan negara ?
Anwar
mahu negara ini bergolak seperti 13 Mei, supaya kaum saling
mencuragai antara satu sama lain ?
Kalau
benar, inilah animal politic, politik menghalalkan cara yang pernah
dilakukan oleh Mustafa Kamal Ataturk, bapa gay, di Turki.
Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.