Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label Anwar meroyan. Show all posts
Showing posts with label Anwar meroyan. Show all posts

Thursday, August 1, 2013

Petisyen Pilihanraya: Kenapa Anwar Meroyan Sakan?

KEMPEN-MENOLAK-BUDAYA-BERPOLITIK-NON-STOP-ANWAR-IBRAHIM-1

Setelah gagal ‘membatalkan’ keputusan PRU-13 melalui demonstrasi jalanan, Anwar bagaikan kehilangan arah untuk mengatur langkah seterusnya. Akhirnya Anwar kelihatan terpaksa mengaku kalah dan menerima kemenangan Barisan Nasional. Apatah lagi setelah beliau sendiri mengangkat sumpah sedangkan balaci-balacinya terus mengharapkan yang beliau menggerakkan pemberontakan besar-besaran. Apa yang berlaku ini benar-benar membuat Anwar terdiam seketika.

Bagi memastikan namanya tidak terus tenggelam, Anwar mengharapkan agar petisyen pilihanraya yang difailkan oleh calon-calon PR akan memberi beliau sedikit publisiti. Ini kerana, Anwar sendiri sedia maklum bahawa petisyen yang dikemukakan tidak berasas dan pasti akan ditolak.

Dan penolakan itu akan dijadikan ‘peluru’ baru untuk menghentam kerajaan, mahkamah dan apa saja yang boleh dihentamnya. Inilah yang sedang berlaku sekarang di mana Anwar sedang membawa watak Ketua Pembangkang yang meroyan sakan kerana petisyen PRU-13 yang difailkan oleh calon PR ditolak.

Kos petisyen yang tinggi membantu Anwar melakonkan babak meroyan dengan lebih berkesan. Malah, lebih baik lagi bagi Anwar, ia memberikan alasan pula kepada partinya untuk mengutip derma. Pada 28 Jun lepas, Anwar telah pun mengadakan majlis makan malam untuk mengumpul dana bagi tujuan itu. Kos keseluruhan yang dianggarkan ialah RM1.5 juta.

Pada 23 Julai, petisyen yang difailkan oleh dua calon PKR dari Pulau Pinang – Abdul Halim Hussain (bagi kerusi DUN Teluk Bahang) dan Muhammad Baktiar Wan Chik (bagi kerusi Parlimen Balik Pulau) ditolak oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Abdul Halim dan Muhammad Baktiar yang kalah kepada calon BN dalam PRU yang lalu diperintahkan membayar kos kepada lawan mereka, pegawai pengurus pilihan raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), masing-masing berjumlah RM10,000 dan RM30,000.

Hakim Hadariah Syed Ismail mengeluarkan perintah itu kepada kedua-duanya kerana gagal mematuhi peruntukan di bawah Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954.

Minggu lepas, calon PAS bagi Parlimen Titiwangsa, Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi diperintahkan membayar RM40,000 kepada SPR dan RM30,000 kepada lawannya apabila petisyennya ditolak di Kuala Lumpur.

Dalam skrip meroyan Anwar, beliau menuduh keputusan hakim sebagai tidak betul dan tidak masuk akal kerana bersandarkan alasan teknikal.

Nampaknya, Anwar lupa bahawa selama ini beliau sendiri telah beberapa kali terlepas dari dakwaan liwat atas alasan teknikal juga. Lebih dahsyat, dalam kes-kes liwatnya, segala bukti dan saksi ‘menuding’ kepada dirinya sedangkan di dalam petisyen PRU yang difailkan, satu bukti atau saksi pun tidak ada.

Oleh itu, jika Anwar menolak penghakiman yang dibuat atas alasan teknikal, maka Anwar wajib mengambil sikap yang sama dalam kes-kes liwatnya.

Walaubagaimanapun, kita faham, orang yang meroyan tentu tidak dapat berfikir dengan baik. Sebagai aktor tersohor, Anwar tahu yang beliau tidak perlu berhujah dengan fakta tetapi cukup dengan memainkan babak meroyan ini sebaik mungkin supaya penyokongnya terlupa akan fakta tetapi menumpukan sepenuhnya kepada dirinya.

Kesimpulannya, Anwar hidup atas publisiti, tanpa publisiti matilah dia. Sesungguhnya, petisyen PRU dan lakonan meroyan Anwar hanyalah untuk publisiti, tidak lebih dari itu. RM1.5 juta, bukan masalah baginya. Makan malam mengumpul dana hanyalah penyamaran bagi menjustifikasi sumber kewangan partinya, dan mungkin juga dirinya.



Baca seterusnya : di sini


Saturday, May 11, 2013

(Bang Non, awat hang dok meroyan lagi tu! Udah lah tu. Malu lah kat cucu tu. 
Jah penin ni..penin! Azmin pun dah ngamuk sakan ni..adoyaii)


Anwar terus membohongi diri sendiri dan rakyat Malaysia!

Jangan lupa pembohongan Anwar mengenai konspirasi 16 Sept 2008 selepas keputusan PRU-12 pada bulan Mac 2008. Tetapi rakyat hanya menyedari pembohongan tersebut pada 16 Sept 2008, iaitu 6 bulan selepas PRU-12!

Tetapi kali ini pembohongan Anwar disedari rakyat hampir serta merta selepas PRU-13!

Apa buktinya?

Sebelum PRU-13, Anwar telah berjanji akan berhenti daripada berpolitik jika tewas dalam PRU-13. Malah Anwar siap menyatakan akan menjadi pensyarah jika kalah dalam PRU-13.

Dan ternyata rakyat telah menolak Anwar sebagai calon PM pembangkang dalam PRU-13!

Malah rakyat telah memberi mandat baru dan jelas kepada Dato' Sri Najib untuk meneruskan usaha transformasi yang dibawanya dibawah Gagasan 1-Malaysia.

Kecuali segelintir kaum cauvinis yang terpedaya dengan mainan politik kotor dan sempit Anwar dan DAP, rakyat Malaysia jelas mahukan politik wasatiyah yang dibawa oleh YAB Perdana Menteri dan menolak politik sempit dan perkauman yang dibawa Anwar dan DAP!

Ternyata sekali lagi rakyat dibohongi oleh politik putar belit Anwar yang enggan mengiktiraf keputusan rakyat menolak politik auta yang dibawanya!

Bukan sahaja Anwar tidak mau berhenti dan menjadi pensyarah saperti yang dia sendiri janjikan, malah dihasutnya segelintir kaum cauvinis supaya turun ke jalanraya setelah dia ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya!

Sebab itu saya mendesak Anwar supaya menghentikan tindak tanduk politik ingusan dan kebudak-budakan yang dimainkannya dengan terus memainkan sentimen anti-SPR dan mempertikaikan keputusan PRU-13.

Tindak tanduk Anwar ini adalah satu penghinaan kepada seluruh rakyat Malaysia dan pengundi yang telah memberi mandat baru kepada Dato' Sri Najib & BN untuk terus memerintah Malaysia.

Sikap Anwar juga adalah satu jenayah demokrasi kerana tidak mengiktiraf kehendak dan pilihan rakyat majoriti!

Kalau Anwar benar-benar ikhlas dalam tuntutannya, beliau wajib mendesak supaya pembangkang DAP-PKR-PAS menolak keputusan PRU-13 dan jangan mengangkat sumpah sebagai Kerajaan di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

Anwar juga wajib desak semua wakil rakyat pembangkang DAP-PKR-PAS supaya menolak kemenangan mereka dan jangan mengangkat sumpah bila Dewan bersidang nanti! Malahan Anwar sepatutnya mengarahkan semua Ahli Parlimen dan ADUN pembangkang DAP-PKR-PAS supaya mengosongkan kerusi masing-masing kerana tidak mengiktiraf keputusan PRU-13 yang dikendalikan oleh SPR!

Malahan saya mencabar Anwar supaya menolak keputusan kemenangan dia sendiri dan mengosongkan kerusi Permatang Pauh serta merta.

Jika tidak, sikap Anwar mempertikai keputusan PRU13 hanyalah retorik politik kosong oleh seorang politikus kalkatus yang kecewa sedang meroyan kerana tidak dapat menerima hakikat rakyat telah menolak politik sempit dan cauvinis pembangkang DAP-PKR-PAS dan sekaligus meranapkan nafsunya hendak ditabalkan sebagai calon PM ke 7!

Saya juga mendesak SPR supaya segera mengambil tindakan undang-undang terhadap Anwar melalui perintah injunksi Mahkamah supaya mengarahkan Anwar berhenti daripada terus memfitnah SPR dan keputusan PRU13.

Pihak polis juga wajib membuka kertas siasatan untuk menyiasat Anwar kerana kesalahan fitnah jenayah dan meletakkan SPR dan sistem pengurusan pilihanraya Malaysia dalam keadaan dipertikai dan dicurigai!

Dan rakyat Malaysia juga harus bangkit menentang jenayah demokrasi dan penghinaan terhadap kita oleh Anwar dan konco-konconya daripada DAP dengan memberi sokongan penuh dan padu kepada Kerajaan BN dibawah kepimpinan Dato' Sri Najib!

Apa pun, tahniah kepada Ustaz Haji Hadi Awang yang telah menerima keputusan PRU-13 dengan hati terbuka dan meneruskan kehidupan. Eloklah Ustaz Hadi menasihatkan Anwar supaya berhenti daripada terus mempertikai kehendak rakyat menolak dia dan pembangkang!

Dan kepada Anwar, sudah-sudahlah tu! Berhentilah meroyan! Malu kat anak cucu dok tengok tok dok buat perangai macam budak-budak ingusan!

Baca seterusnya : Di sini


DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.