Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label SPR. Show all posts
Showing posts with label SPR. Show all posts

Friday, January 19, 2018

Rang Daftar Pemilih Suku Keempat, Sila Semak Sekarang



Rang Daftar Pemilih Suku Keempat, Semak Sekarang

Rang daftar pemilih tambahan suku keempat 2017 telah dipamerkan.

Warga Negara Malaysia yang telah mendaftar sebagai pemilih atau telah menukar alamat tempat mengundi baharu antara Oktober hingga Disember 2017 boleh semak sekarang di :

http://daftarj.spr.gov.my/




Tuesday, February 21, 2017

Tan Bang Ang Dan MB Johor



Menurut Malaysiakini, daftar pemilih bagi suku ketiga 2016 yang merekodkan pertukaran alamat pemilih oleh Khaled dan anaknya Akmal Saufi ke lokasi di atas.

Daftar pemilih bagi suku berikutnya mencatatkan 12 lagi individu turut disenaraikan kepada alamat yang sama.
Jika daftar pemilih itu diwartakan, maka akan ada 14 orang, termasuk MB dan anaknya, didaftarkan sebagai pengundi di alamat itu,” kata ADUN DAP itu.

Ia adalah antara ratusan butiran pengundi yang didakwa mencurigakan yang dikemukakan oleh Tan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Johor, hari ini.
Menurut Tan, alamat yang dipersoalkan ialah ibu pejabat Umno bahagian Pasir Gudang di alamat 1, Jalan Tembusu, Taman Rinting.

Lantas saya membuat pemeriksaan ringkas kerana mungkin Tan dilahirkan tidak cukup sifat dan tiada daya pemikiran untuk membuat pemeriksaan ringkas dan mudah menggunakan Internet.

Saya mendapati bahawa alamat yang konon-kononnya mencurigakan Tan itu adalah lokasi Pejabat UMNO Bahagian Pasir Gudang.



Inilah rumah kedai mencurigakan Tan Bang Ang
Inilah rumah kedai mencurigakan Tan Bang Ang


Saya akan lebih teruja sekiranya terdapat para pengundi yang berdaftar di dua lokasi pengundian berbeza yang boleh dicapai dalam masa kurang lapan jam.  Ini bermakna sekiranya beliau boleh mengikis kulit jari untuk menghilangkan dakwat kekal selepas mengundi di lokasi pertama, beliau boleh pergi ke lokasi kedua mungkin di sebuah negeri berjiranan untuk mengundi kali kedua.

Saya lebih tertarik dengan suatu perkara yang pernah diajukan kepada Ambiga dan rakan-rakan sebelum Pilihanraya Umum Ke-13 pada tahun 2013 di mana dua orang pemimpin pembangkang berdaftar sebagai pengundi MENGGUNAKAN ALAMAT RUMAH SEORANG AHLI UMNO!


20130424-232533


Seperti yang tertera dalam Tweet di atas bertarikh 16hb April 2013 (sebelum Pilihanraya Umum Ke-13), Dato Zaiful Ayu Ibrahim, anak kepada Tan Sri Dr Ibrahim bin Saad, meminta tolong Ambiga, BERSIH 2 dan Nurul Izzah menyiasat bagaimana dua orang pengundi hantu bernama Wan Azizah binti Wan Ismail dan Anwar bin Ibrahim boleh berdaftar di rumah keluarganya di Permatang Pauh sedangkan keluarganya secara keseluruhan merupakan penyokong tegar UMNO di kawasan Parlimen tersebut.

Apabila saya memeriksa senarai pengundi berdaftar terkini bertarikh 27hb September 2016, saya dapati kedua-dua pengundi hantu tersebut masih berdaftar sebagai pengundi di alamat tersebut!


Pengundi-pengundi hantu masih wujud di Permatang Pauh
Pengundi-pengundi hantu masih wujud di Permatang Pauh

Tidak menghairankanlah jika Tan tidak teliti dalam perkara seperti ini. Beliau pernah dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor atas alasan membawa masuk orang luar tanpa kebenaran ke dalam dewan persidangan.

Apabila mendapat sedikit kuasa menjadi ADUN, Tan berlagak seolah-olah Dewan Undangan Negeri Johor itu DAP yang punya.  Teringat saya kepada suatu perumpamaan lama dalam tentera, “Seperti Red Indian mendapat senapang.”  Habis kesemuanya di tembak termasuk langit.

Sekiranya Tan kurang kebangangannya, beliau akan membantu SPR mencari senarai orang yang tidak layak mengundi dan orang yang telah mati yang masih tersenarai sebagai pengundi.  Setakat berdaftar di rumah kedai tidaklah seteruk orang kuat PKR dan Ketua Anus Usus Umum Pakatan berdaftar di rumah orang kuat UMNO sekurang-kurangnya untuk dua pilihanraya umum dan dua pilihanraya kecil di tempat yang sama.

Malangnya, semasa waktu bantahan untuk Rang Daftar Pemilih suku tahunan diberikan, dia tidak membantah. Kini baru beliau hendak timblkan syak wasangka.

 Menurut Seksyen 9A Akta Pilihan Raya 1958, mana-mana daftar pemilih yang telah diwartakan tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah.


Saya yakin, contohnya di Selangor di mana Shah Alam merupakan kawasan majoriti Melayu, kini mempunyai ramai pengundi berbangsa Cina dipindahkan di situ.  Saya tidak menuduh sesiapa tetapi perhatikanlah kemungkinan berlakunya pertambahan pengundi berdaftar berbangsa Cina di kawasan Setia Alam yang kini di bawah Parlimen Shah Alam, dan lihat akan penurunan jumlah pengundi berdaftar di kawasan-kawasan di mana DAP menang dengan majoriti yang besar – sebagai contoh, Parlimen Seputeh di mana majoritinya melebihi 50,000.  Kemungkinan ada perpindahan kawasan mengundi bagi sebilangan mereka.

Kemungkinan juga ada 23 orang pengundi di setiap rumah kedai di situ.
Boleh Tan Bang Ang periksa? 


Tan Bang Ang
Tan Bang Ang





Saturday, July 6, 2013

PORTAL MALAYSIAN INSIDER SUDAH MENJADI KAKI HASUT? JOM BUAT LAPORAN POLIS!


Azmin pertikai kakitangan SPR diberi bonus? Azmin ni aku tau la tengah marah dan merajuk dengan kekasih hati dia si Anwar Ibrahim, tapi sebagai ahli Parlimen Gombak dan Adun Bukit Antarabangsa dia sepatutnya jangan la terlalu bodoh sangat.

Malah jawapan dari soalan dia sudah pun diberi seperti dibawah ini:


Duit RM200 juta itu bukanlah bonus tapi ianya adalah perbelanjaan untuk keseluruhan PRU, ini termasuk elaun mereka wahai Azmin, tang mana mai depa dapat bonus pulak? Azmin kata PRU tidak adil tapi Anwar dan Azmin sendiri angkat sumpah dan memperakui ianya merupakan satu pemilihan yang sah.

Malah menteri yang menjaga Parlimen, iaitu shaidan Kassim juga telah menjawab DISINI 
Pada pandangan aku perkara ini sudah tak boleh dibiar, segala pertuduhan mereka ni sudah terjawab. Persoalannya sekarang apa perlunya portal Malaysian Insider membuat laporan sebegini? Kenapa mereka perbesarkan isu yang sudah pun terjawab dalam Parlimen.

Kan elok dilapor sekali dengan jawapan. Apa la Malaysian Insider ni, berat sebelah, mereka melaporkan apa yang dipersoal tetapi tidak jawapan yang telah diberi SPR! Ini bermakna Malaysian Insider berniat jahat. Kalau nak lapor kena lapor semua sekali, apakah Malaysian Insider nak ambil alih Malaysiakini dalam menyebarkan fitnah?

Diharap ada pihak yang membuat laporan polis mengenai perkara ini dan Malaysian Insider perlu lebih bertanggungjawab dalam melapor beritanya. Malaysian Insider memang over, mereka suka main sentimen dan menghasut rakyat seolah-olah SPR bersalah

Kepada sesiapa yang nak membuat laporan polis terhadap Malaysian Insider, sila pergi ke LINK ARTIKEL INI dan buat salinan. Pastu repot la kat polis. Cukup-cukup la mereka melemparkan fitnah tak berasas selama ini. Kini sudah tiba masanya untuk kita bertindak.

Apa pandangan Tuan/Puan?

Sumber : Parpukari


Friday, May 24, 2013

Misteri Black Out Ketika Proses Pengiraan Undi! Blackout 505#


Selepas ini apa lagi yang macai-macai nak spin? 

Lihat ada 3 dulang, yang tengah tu dulang Pas. Jika  blackout berlaku di Gelang Patah, Pas tidak bertanding di Gelang Patah.

Fitnah apa barang sebegini boleh mencemarkan kredibeliti SPR untuk menunjukkan seolah-olah SPR membantu BN. Maka sewajarnya saman saja puak-puak kera ni yang awal-awal lagi dah buat lakonan yang tidak mantep. Lawak Bodoh!!!


Saturday, May 11, 2013

(Bang Non, awat hang dok meroyan lagi tu! Udah lah tu. Malu lah kat cucu tu. 
Jah penin ni..penin! Azmin pun dah ngamuk sakan ni..adoyaii)


Anwar terus membohongi diri sendiri dan rakyat Malaysia!

Jangan lupa pembohongan Anwar mengenai konspirasi 16 Sept 2008 selepas keputusan PRU-12 pada bulan Mac 2008. Tetapi rakyat hanya menyedari pembohongan tersebut pada 16 Sept 2008, iaitu 6 bulan selepas PRU-12!

Tetapi kali ini pembohongan Anwar disedari rakyat hampir serta merta selepas PRU-13!

Apa buktinya?

Sebelum PRU-13, Anwar telah berjanji akan berhenti daripada berpolitik jika tewas dalam PRU-13. Malah Anwar siap menyatakan akan menjadi pensyarah jika kalah dalam PRU-13.

Dan ternyata rakyat telah menolak Anwar sebagai calon PM pembangkang dalam PRU-13!

Malah rakyat telah memberi mandat baru dan jelas kepada Dato' Sri Najib untuk meneruskan usaha transformasi yang dibawanya dibawah Gagasan 1-Malaysia.

Kecuali segelintir kaum cauvinis yang terpedaya dengan mainan politik kotor dan sempit Anwar dan DAP, rakyat Malaysia jelas mahukan politik wasatiyah yang dibawa oleh YAB Perdana Menteri dan menolak politik sempit dan perkauman yang dibawa Anwar dan DAP!

Ternyata sekali lagi rakyat dibohongi oleh politik putar belit Anwar yang enggan mengiktiraf keputusan rakyat menolak politik auta yang dibawanya!

Bukan sahaja Anwar tidak mau berhenti dan menjadi pensyarah saperti yang dia sendiri janjikan, malah dihasutnya segelintir kaum cauvinis supaya turun ke jalanraya setelah dia ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya!

Sebab itu saya mendesak Anwar supaya menghentikan tindak tanduk politik ingusan dan kebudak-budakan yang dimainkannya dengan terus memainkan sentimen anti-SPR dan mempertikaikan keputusan PRU-13.

Tindak tanduk Anwar ini adalah satu penghinaan kepada seluruh rakyat Malaysia dan pengundi yang telah memberi mandat baru kepada Dato' Sri Najib & BN untuk terus memerintah Malaysia.

Sikap Anwar juga adalah satu jenayah demokrasi kerana tidak mengiktiraf kehendak dan pilihan rakyat majoriti!

Kalau Anwar benar-benar ikhlas dalam tuntutannya, beliau wajib mendesak supaya pembangkang DAP-PKR-PAS menolak keputusan PRU-13 dan jangan mengangkat sumpah sebagai Kerajaan di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

Anwar juga wajib desak semua wakil rakyat pembangkang DAP-PKR-PAS supaya menolak kemenangan mereka dan jangan mengangkat sumpah bila Dewan bersidang nanti! Malahan Anwar sepatutnya mengarahkan semua Ahli Parlimen dan ADUN pembangkang DAP-PKR-PAS supaya mengosongkan kerusi masing-masing kerana tidak mengiktiraf keputusan PRU-13 yang dikendalikan oleh SPR!

Malahan saya mencabar Anwar supaya menolak keputusan kemenangan dia sendiri dan mengosongkan kerusi Permatang Pauh serta merta.

Jika tidak, sikap Anwar mempertikai keputusan PRU13 hanyalah retorik politik kosong oleh seorang politikus kalkatus yang kecewa sedang meroyan kerana tidak dapat menerima hakikat rakyat telah menolak politik sempit dan cauvinis pembangkang DAP-PKR-PAS dan sekaligus meranapkan nafsunya hendak ditabalkan sebagai calon PM ke 7!

Saya juga mendesak SPR supaya segera mengambil tindakan undang-undang terhadap Anwar melalui perintah injunksi Mahkamah supaya mengarahkan Anwar berhenti daripada terus memfitnah SPR dan keputusan PRU13.

Pihak polis juga wajib membuka kertas siasatan untuk menyiasat Anwar kerana kesalahan fitnah jenayah dan meletakkan SPR dan sistem pengurusan pilihanraya Malaysia dalam keadaan dipertikai dan dicurigai!

Dan rakyat Malaysia juga harus bangkit menentang jenayah demokrasi dan penghinaan terhadap kita oleh Anwar dan konco-konconya daripada DAP dengan memberi sokongan penuh dan padu kepada Kerajaan BN dibawah kepimpinan Dato' Sri Najib!

Apa pun, tahniah kepada Ustaz Haji Hadi Awang yang telah menerima keputusan PRU-13 dengan hati terbuka dan meneruskan kehidupan. Eloklah Ustaz Hadi menasihatkan Anwar supaya berhenti daripada terus mempertikai kehendak rakyat menolak dia dan pembangkang!

Dan kepada Anwar, sudah-sudahlah tu! Berhentilah meroyan! Malu kat anak cucu dok tengok tok dok buat perangai macam budak-budak ingusan!

Baca seterusnya : Di sini


Friday, April 26, 2013

SPR : ANWAR BERBOHONG TENTANG "PENGUNDI ASING"



PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba untuk mengelirukan orang ramai dengan mengatakan bahawa 28,593 warga asing telah didaftarkan sebagai pengundi.

"Dia berbohong. Dia benar-benar berbohong.

"Bagaimana dia tahu bahawa mereka adalah warga asing?" Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar dilaporkan sebagai berkata.

Wan Ahmad berkata rakyat Malaysia perlu mengemukakan MyKad semasa mendaftar sebagai pengundi.

Walaupun ia adalah tugas SPR untuk mendaftarkan rakyat Malaysia yang layak sebagai pengundi, beliau menegaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengeluarkan kerakyatan selepas proses tapisan menyeluruh.

Rakyat Malaysia yang layak mengundi boleh berbuat demikian "tidak kira bagaimana rupa mereka," tambah beliau.

Wan Ahmad tidak menolak kemungkinan bahawa ada orang-orang yang berketurunan asing yang telah menjadi warganegara dan didaftarkan sebagai pengundi.

"Pilihan raya adalah dalam masa 10 hari. Anwar perlu memberi tumpuan kepada kempen dan menggalakkan manifesto beliau bukan menyerang peranan Suruhanjaya," katanya.

Terdahulu hari ini, penasihat PKR itu mendakwa bahawa warga asing telah didaftarkan dalam daftar pemilih terbaru, yang datangnya dari Indonesia, Filipina, Pakistan dan Bangladesh.

Anwar berkata Sabah mendahului senarai dengan 15,907 warga asing mendaftar dengan majoritinya adalah rakyat Filipina dan Indonesia, diikuti oleh Selangor dengan 4,324.

Dia berkata majoriti rakyat asing ini akan mengundi di Sabah, Selangor dan Kuala Lumpur.


Baca seterusnya : di sini


DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.