Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label Bersih. Show all posts
Showing posts with label Bersih. Show all posts

Wednesday, November 23, 2016

Kenali Siapa Maria Chin BERSIH Ditangkap Bawah SOSMA

KENALI SIAPA MARIA CHIN BERSIH DITANGKAP BAWAH SOSMA

Maria Chin Abdullah (Mary Chin Cheen Lian)

Maria Chin berkenalan dengan Yunus Lebai Ali di London pada tahun 1979 dan berkahwin.

Yunus Lebai Ali dan Hishamuddin Rais adalah aktivis berfahaman sosialis Universiti Malaya pada tahun 1970-an yang sama-sama melarikan diri ke luar negara kerana takut ditangkap polis.

Maria Chin dan Yunus pulang ke Malaysia sekitar akhir tahun 1980-an dan terlibat dengan NGO dinamakan NIEI (National Institute for Electoral Integrity). NIEI dan MAFREL (Malaysians for Free and Fair Elections) ditaja oleh Asia Foundation merupakan jaringan NAMFREL (The National Citizens' Movement for Free Elections) dan ANFREL (Asian Network for Free and Fair Elections).

Bekas pegawai CIA, Philip Agee mendedahkan NAMFREL dan ANFREL adalah 'tool CIA' bertopeng di sebalik slogan 'kuasa rakyat'.

Modus Operandi CIA kini telah diambil alih oleh badan baharu yang dinamakan NED (National Endowment For Democracy).

Maria Chin juga terlibat dalam NGO-NGO hak asasi manusia dan feminisme yang pro LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender). Antaranya; WDC (Women Development Collective), EMPOWER (Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor) dan SIS (Sister In Islam)...antara aktivis SIS adalah MARINA MAHATHIR...

Ternyata beliau bukan orang biasa tapi merupakan seorang yang punyai Latar Belakang yg perlu di teliti lebih lanjut..

ResearchUCCmsia

Wednesday, November 2, 2016

Dokumen Soros Dedah Siapa Kumpulan BERSIH

AIDCNews -Dokumen minit mesyuarat Program Malaysia Open Society Foundation (OSF) bertarikh 22 Jun 2015 dibocorkan oleh penggodam DC Leaks menyebut secara jelas pengasas OSF, George Soros mempunyai kepentingan peribadi dalam pilihan raya di Malaysia.

OSF adalah nama lain kepada yayasan Soros yang dikenali ramai iaitu Open Society Institute (OSI).

Selalunya yayasan Soros mudah dikenali dengan adanya kata kunci ‘Open Society’, namun nama itu boleh diubah mengikut kesesuaian operasi di sesebuah negara negara, misalnya; Open Society Fund (Bosnia dan Herzegovina); Fund For An Open Society (Serbia); International Renaissance Foundation (Ukraine) dan Stefan Batory Foundation (Poland)

Ibu pejabat OSF/OSI terletak di 224 West 57th Street, New York, Amerika Syarikat yang menjalankan operasi di enam wilayah negara di seluruh dunia iaitu Amerika Syarikat, Eropah, Timur Tengah, Amerika Latin dan Caribbean, Afrika dan Asia.

Operasi OSF/OSI di Asia pula dipecahkan kepada tiga wilayah iaitu Asia Tengah, Asia Selatan dan Asia Tenggara.

Malaysia juga salah satu target OSF/OSI di kawasan Asia Tenggara di mana pusat operasinya berpangkalan di Burma di bawah Pengarah programnya, Maureen Aung-Thwin.

Sebab itu dalam minit mesyuarat ‘Program Malaysia’ pada 22 Jun 2015, yang bertujuan untuk mengkaji semula sokongan terhadap pilihan raya bebas dan adil bagi meningkatkan penyertaan masyarakat sivil dalam tadbir urus baik sebagai persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum 2018, dihadiri oleh pelbagai pihak yang strategik.

Mesyuarat itu dihadiri oleh Christopher Stone (Presiden OSF/OSI pusat), Martin Hala (Pengurus Wilayah, Pejabat Serantau Asia Pasifik), Mary Agnes James (Penolong Pengarah Program Malaysia) dan Ibrahim Suffian (Pengarah Merdeka Centre Malaysia).

Turut hadir adalah Binaifer Nowrojee: Pengarah, Pejabat Serantau Asia Pasifik; Sana Ghouse, Pegawai Program, Pejabat Serantau Asia Pasifik dan Hatia Jinjikhadze: Timbalan Pengarah, Open Society Georgia Foundation.

“Semakan portfolio itu membangkitkan persoalan bagaimana Program Malaysia akan terus menyokong penglibatan masyarakat sivil dalam urus tadbir yang baik dan keutamaan ke arah pilihan raya umum 2018,” kenyataan dokumen itu dipetik.

Dokumen itu menyebut dengan sokongan OSF/OSI ia telah berkesan menggerakkan penyertaan golongan muda, dengan ratusan ribu anak muda.

Namun, Ibrahim Suffian memberitahu mengikut tinjauan Merdeka Center, ia masih tidak mencukupi dan mencadangkan agar Program Malaysia menggerakkan lebih ramai pengundi yang beragama Islam.

Dokumen itu juga turut menyebut secara khusus berkaitan penglibatan Pengarah SEAI (Southeast Asia Initiative/Inisiatif Asia Tenggara),Maureen Aung-Thwin.

“Kami terkejut dengan tahap penghinaan terhadap George Soros (dan OSF serta sekutu) dalam media rasmi. Walaupun tidak dijangka selepas lebih daripada satu dekad permusuhan rasmi, peningkatan dan intensiti serangan masih lagi dilakukan sebagai kejutan.

Maureen Aung-Thwin Pengarah SEAI

“Akibatnya, kami terpaksa bekerja dengan tenang dan mengurangkan pendedahan awam berkenaan kita. Kakitangan kami hanya menghadiri acara awam dan bukan lagi mesyuarat tertutup.

“Pengarah SEAI, Maureen Aung-Thwin, tidak dibenarkan masuk ke Malaysia selepas Julai 2011 selepas perhimpunan BERSIH di mana blog melaporkan perhimpunan itu telah dibiayai OSF/OSI,”kenyataan dokumen dipetik.

Pada 5 Julai 2011, AIDCNews menyiarkan kenyataan daripada Presiden JUST (Gerakan Keadilan Sedunia), Dr. Chandra Muzaffar yang mendedahkan Maureen Aung-Thwin dalam perhimpunan BERSIH pada tahun itu.

“Menurut sumber sahih, seorang pegawai daripada sebuah pertubuhan diasaskan dan dibiayai oleh spekulator kewangan, George Soros berada di Kuala Lumpur baru-baru ini untuk mengadakan pertemuan dengan para pemimpin parti politik dan NGO yang menganggotai BERSIH.

“Pegawai tersebut, Maureen Aung-Thwin merupakan Pengarah ‘Projek Burma / Inisiatif Asia Tenggara’ yang dikendalikan Open Society Foundations (OSF) berada di Kuala Lumpur dari 27 Jun hingga 2 Julai, 2011.

“Pertubuhan Open Society Foundations digunakan oleh Soros bagi membangunkan program-program membina keupayaan di atas nama demokrasi di beberapa bahagian dunia.

“Sebenarnya program-program tersebut merupakan sebahagian daripada agenda lebih besar Amerika Syarikat bagi memperluaskan kuasa global dan pengaruhnya dengan alasan untuk memampatkan demokrasi.

“Saya berharap kerajaan akan menjalankan penyiasatan terperinci pembabitan OSF yang didalangi Soros dalam pergerakan BERSIH. Pembabitan OSF perlu dikaji dalam konteks dakwaan pembabitan NGO-NGO Eropah dan Amerika Syarikat dalam aktiviti-aktiviti BERSIH dan kumpulan-kumpulan berkaitan dengannya,” dedah Dr Chandra.

Tambah Dr Chandra, semasa beliau memegang jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional, wakil Soros itu juga telah datang menemuinya untuk menawarkan bantuan dana.

“Saya amat memandang berat pembabitan pihak Soros berikutan sesuatu yang berlaku sewaktu saya berada dalam Parti Keadilan Nasional (kini Rakyat) sebagai Timbalan Presiden dari 1999 hingga 2001.

“Beberapa minggu sebelum pilihan raya 1999, Maureen Aung-Thwin datang ke pejabat saya di Petaling Jaya berhubung permintaan daripada Anwar Ibrahim bagi membiayai Keadilan pada pilihan raya.

“Apa yang nyata, pembantu Anwar yang paling dipercayai, Azmin Ali telah menghubungi pemilik media Zionis, Rupert Murdoch bagi pihak Anwar mengenai bantuan kewangan. Permintaan tersebut kemudian disampaikan kepada sahabatnya, George Soros, yang kemudian menghantar Maureen sebagai misi ke Malaysia.

“Saya memberitahu Maureen, Keadilan tidak akan menerima bantuan kewangan daripada mana-mana sumber luar, dan persoalan penerimaan dana daripada Soros atau sesiapa saja bagi membiayai kempen pilihan raya tidak timbul sama sekali.

“Pada sebelah petangnya saya memaklumkan kepada Presiden, Dr. Wan Azizah Ismail mengenai pertemuan saya dengan Maureen dan memohon supaya beliau bertanya kepada Anwar sama ada apa yang disampaikan oleh Maureen kepada saya itu benar.

“Menurut Wan Azizah, Anwar menafikan sebarang pengetahuan mengenai permintaan mendapatkan bantuan daripada Murdoch serta pembabitan Soros. Saya percaya kepada Anwar dan membiarkan perkara tersebut berlalu.

“Bagaimana pun, beberapa perkembangan selanjutnya yang mengaitkan beberapa orang pemimpin Zionis di Amerika Syarikat dan Anwar meyakinkan saya Anwar sebenarnya berbohong.

“Kini, 12 tahun kemudian, persekongkolan yang melibatkan Maureen Aung Thwin dan Soros timbul sekali lagi dalam politik Malaysia – kali ini menerusi BERSIH.

“Rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mengetahui segala-galanya daripada Anwar, BERSIH dan Soros,”kata Dr Chandra lagi.

Setahun selepas pendedahan Maureen Aung-Thwin itu, Dr Chandra sekali lagi melahirkan perasaan terkejutnya dengan pendedahan bahawa seorang wakil Soros juga menjadi salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Mkini (Portal Malaysiakini).

“Ini adalah pendedahan yang sangat penting,” kata Dr Chandra.

Beliau mengulas laporan The Star yang mendedahkan Ketua Pegawai Eksekutif Dana Pinjaman Media (MDLF), Harlan M. Mandel dikaitkan dengan Soros telah dilantik sebagai salah seorang daripada tiga pengarah Mkini, yang mengendalikan portal berita dalam talian Malaysiakini pada Julai 2011.

Beliau berkata media mempunyai potensi untuk membentuk pandangan rakyat, sikap, pilihan dan keutamaan dalam politik.

“Orang asing tidak mempunyai perniagaan yang membentuk pemikiran masyarakat Malaysia,” katanya, sambil menambah bahawa perubahan harus diilhamkan oleh penduduk tempatan dan tidak dihasut oleh warga asing yang mempunyai kepentingannya.

Beliau berkata rakyat Malaysia perlu faham tentang Soros mempunyai kaitan dengan badan-badan seperti National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society Institute (OSI) yang mempunyai rekod tertentu di seluruh dunia.

Soros mempunyai reputasi yang buruk dalam banyak bahagian di seluruh dunia kerana memanipulasi dan menggerak kewangan global, kata Dr Chandra, sambil menambah bahawa beliau juga dikaitkan dengan krisis kewangan di Asia Tenggara, Rusia, Amerika Latin dan Britain.

“Ia adalah sangat naif untuk percaya bahawa mereka benar-benar mengambil berat tentang kebebasan dan demokrasi,” katanya.

“Saya amat terkejut bahawa individu dari SUARAM dan PKR, yang mendakwa diri sebagai sosialis, berselindung dengan ‘pakaian’ yang dikaitkan dengan Soros, yang selama ini dilihat sebagai kapitalis tidak bertanggungjawab,” katanya.

Dr Chandra berkata mereka juga dikaitkan dengan agenda AS di Asia Tenggara.

Tuesday, October 25, 2016

Bishop Katolik Kata BERSIH Hak Rakyat, Jika Kenyataan Yang Sama DiBalas Mufti Dan Majlis Fatwa Boleh Cetuskan Pertumpahan Darah?!!!



Kenyataan yang dibuat oleh Bishop Katholik yang mengetuai kelompok rakyat minoriti di negara ini, seandainya dibalas dengan nada yang serupa oleh penguasa umat Islam Malaysia, sudah pasti akan menghasilkan sesuatu yang sangat dahsyat dalam bentuk bencana, memetik sumber di sini.

Bishop Katholik Kristian Bernard Paul yang pernah menyertai BERSIH 4.0 tahun lepas, menggesa rakyat Malaysia agar menyertai BERSIH 5.0 yang bakal diadakan pada 19 November nanti. Bahkan dia juga akan mengambil bahagian dalam demonstrasi tersebut.

Bishop Paul yang mengetuai gereja Katholik Melaka-Johor berkata, BERSIH adalah hak rakyat. Katanya lagi, para peserta BERSIH telah memperjudikan nyawa mereka. Konvoi penyokong BERSIH telah dipukul dan undang-undang menurutnya, berat sebelah. Selain itu, rakyat perlu lantang bersuara berbanding bersikap pasif sekaligus menyedarkan rakyat bahawa mereka perlu melakukan sesuatu untuk  menjadikan Malaysia lebih baik. (
RUJUK SINI)


Ironinya, Bishop Paul yang dengan bangganya menyatakan kehidupan agama dan kehidupan normal tidak terpisah barangkali terlupa sejarah agamanya sendiri dan tentang kelahiran SEKULARISME yang membawa kepada keruntuhan kuasa gereja Katholik di Eropah bermula di Perancis pada abad ke-16 dahulu.

Walau apa pun alasan yang diberikan oleh Bishop Paul, dia sebenarnya memberikan isyarat tentang kecenderungan Katholik khususnya 'kariah' Melaka-Johor kepada DAP dan BERSIH. DAP merupakan dalang kepada BERSIH dan BERSIH sendiri mendapat dana dari luar yang bertujuan mahu menggulingkan Kerajaan Malaysia menerusi demonstrasi jalanan. 

Apabila BERSIH wujud buat kali kelima, maka wujudlah pula BAJU MERAH yang dipimpin oleh Jamal Mohd Yunos.

Bertentangan dengan BERSIH, BAJU MERAH diwujudkan untuk mempertahankan kerajaan yang wujud hasil daripada keputusan demokrasi yang berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan yang sudah tentu mahu mempertahankan Artikel 3, 152 dan 153.


Bayangkanlah kalau para mufti dan majlis fatwa pula membuat keputusan untuk menyokong BAJU MERAH secara terbuka dan kemudian sebahagian daripada mereka menyertai KONVOI MERAH yang akan turun pada 19 November bagi berhadapan dengan KUNING (BERSIH).

Apa yang akan terjadi?

Isyarat apakah yang akan diberikan?

Bukankah ia akan membawa isyarat atau lebih tepat lagi pengisytiharan PERTUMPAHAN DARAH secara besar-besaran di negara ini?

Pemimpin-pemimpin minoriti seperti Bishop Paul seharusnya lebih berhati-hati untuk tidak menjadikan agama sebagai bahan dagangan bagi membolehkan parti politik pujaannya berkuasa di Malaysia. 

Sejarah telah pun membuktikan, selama ratusan tahun Perang Salib dilancarkan di BaitulMaqdis. Beberapa kali juga tentera-tentera Salib Khatolik berjaya menawan BaitulMaqdis dan memerintah di kota ketiga tersuci dalam Islam itu, tetapi akhirnya yang menang pada 1948 adalah Zionis yang menjadikan umat Islam, bahkan Kristian tanpa mengira mazhab di kota tersebut sebagai hamba tebusan sehingga ke hari ini. Sedangkan Zionis tidak berada di barisan hadapan dalam setiap Perang Salib kecuali sebagai penghasut dan pembiaya. Dan Zionis menikmati kehidupan selesa semasa zaman pentadbiran Islam apatah lagi Kristian di kota tersebut.

Adakah Bishop Paul terlalu BODOH untuk melihat konsekuens tersebut semata-mata kerana mata dan fikirannya terlalu buta dengan dogma DAP?


Monday, September 14, 2015

{ VIDEO } Tan Sri Musa Hassan, DUNIA KINI BERBEZA!!!


Rabu 16 September adalah Hari Ulangtahun Penubuhan Malaysia.

Pada hari yang sama satu perhimpunan yang disebut Himpunan Maruah Melayu atau Rakyat Bersatu yang bakal dianjurkan sekumpulan NGO akan berlangsung dan kelulusan bagi perhimpunan tersebut telah diperolehi.




Mengulas kelulusan tersebut mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan di dalam sidang medianya sebentar tadi berkata  kalau dahulu nak buat perhimpunan ianya di bawah garis panduan Akta Polis, kini ianya dibawah Akta Perhimpunan Aman dan rakyat kini dibenarkan berhimpun waima komunis sekalipun jika perhimpunan itu dilakukan secara aman. 

VIDEO

Thursday, September 10, 2015

Mengapa Kaum Cina Marah GST, Sokong BERSIH


ArissaMohd Noor - Bersih 4 sudahpun berlalu. Berlalu bagai angin lalu. Berdesir-desir dan bukan ribut. Biarpun penganjur mengharapkan taufan melanda, ia tidak terjadi.

Dibiarkan sahaja peserta biarpun pelbagai provokasi dan cercaan melampaui norma akal yang siuman, antaranya membawa penyapu ala 13 Mei 1969, memijak foto pemimpin dan membuat poster ‘wang neraka’ memaparkan wajah pemimpin. Adakah peserta Bersih 4 tidak siuman? Atau 智障 ?

Di dalam Islam tiada wang neraka. Kita faham mengapa terjadi sedemikian kerana majoriti peserta pada kali ini adalah kaum Cina. Ada yang datang dari pelusuk negara kononnya untuk menunjukkan solidariti penyatuan mereka akan empat tuntutan Bersih 4. Apakah tuntutan mereka?

(1) pilihan raya bersih
(2) kerajaan bersih
(3) hak untuk membantah
(4) selamatkan ekonomi

Pilihanraya bersih? Ya, tiada wakil rakyat daripada parti pembangkang memenangi pilihanraya umum mahupun pilihanraya kecil termasuk bagi DUN Kajang kerana mahu jadikan Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Akhirnya, Langkah Kajang adalah satu penipuan semata-mata sehingga memaksa permohonan maaf dilakukan pemimpin pembangkang di dalam mahkamah terbuka.

Sebenarnya, apa yang dimaksudkan peserta melalui tuntutan nombor tiga iaitu hak untuk membantah disebalik Akta Perhimpunan Aman 2o12 ialah menuntut hak mereka untuk menghasut, mencerca dan menimbulkan provokasi terhadap individu, pemimpin dan kaum lain tanpa sekatan, bagi menimbulkan kucar kacir kepada negara ini.

Peluang yang sebelum ini terbantut dek Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sudah terbuka luas buat mereka. Inilah peluang untuk mereka bertindak biadap dan berbuat sesuka hati bagai mencabar Kedaulatan Undang-Undang yang sudahpun termaktub dalam Rukun Negara. Itupun jika mereka tahu apa itu Rukun Negara.

Kita harap Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi terhadap setiap individu yang melakukan tindakan provokasi dan mencerca pemimpin negara. Sudah sampainya, PDRM juga melakukan pembersihan akan pengacau, penghasut dan individu yang tidak bertamadun ini.

Selain itu, mereka sebenarnya turut menuntut hak untuk kencing merata-rata sebagaimana sering berlaku di China.

bersih kencing

Tiada pula disebutkan tuntutan mereka itu termasuk bertindak sesuka hati seperti foto di atas ini? Seharusnya mereka senaraikan sekali agar mudah dibersihkan kepuraan mereka selama ini menggunakan tandas awam.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pun sudah menyerahkan bil pembersihan termasuk mencuci air kencing ditinggalkan peserta namun penganjur perhimpunan haram ini enggan membayar sesen pun.

Manakala tuntutan nombor empat mereka ialah selamatkan ekonomi dan ini disokong sekuat hati oleh parti pembangkang cauvinis Cina, DAP bersama-sama penyokongnya.

Ramai tidak faham pendekatan DAP secara halus menyuntik kebencian terhadap orang Melayu sejak peristiwa 13 Mei 1969 lagi.

Konsep yang sama sudah lama digunakan parti kuku besi Singapura, PAP ketika Lee Kuan Yew cuba memenangi hati orang Melayu.

LKY Songkok App

Ramai terpengaruh dengan pendekatan DAP hingga buta mata, buta hati parti itu adalah satu parti cauvinis yang sanggup berbuat apa sahaja bagi mempengaruhi hati orang Melayu hingga ada yang terperangkap dalam hasutan halus mereka. Mereka tetap berhaluan mahu menjadikan orang Melayu kita liberal.

dap
Dan bukanlah satu kejutan buat mereka yang arif tentang sistem percukaian apabila ramainya etnik Cina menyertai perhimpunan haram kali ini, kerana sejak sistem GST dilaksanakan, segala kelentong mereka selama ini mengelak daripada membayar cukai sepatutnya sudah tiada ruang lagi.

Menurut penganalisa ekonomi Aiman Hussin, selama ini penyokong DAP mendakwa mereka adalah pembayar cukai tertinggi dalam negara walhal dakwaan itu adalah satu penipuan dan memesongkan fikiran rakyat.

Sebenarnya, mereka adalah pengelak cukai tertinggi di Malaysia. Sebagai ahli perniagaan, golongan ini mampu menipu dan memanipulasi pengisytiharan perolehan mereka berbanding kaum Melayu yang majoritinya bekerja makan gaji dalam syarikat milik ahli perniagaan Cina.

Borang EA yang disediakan majikan sukar untuk diubahsuai, melainkan anda adalah saudara dalam sesuatu perniagaan dijalankan ahli keluarga.
Saya pernah diberitahu, ada kalangan ahli perniagaan ini yang memperolehi keuntungan ratusan ribu ringgit, membayar hanya RM2,000 sebagai cukai kepada perniagaan mereka. Mereka mampu berbuat demikian kerana terdapat lompang dalam sistem percukaian lama kita menggunakan ‘perakaunan kreatif’,” katanya.

Menurut Aiman, bayangkan jika ia melibatkan puluhan ribu ahli perniagaan menggunakan cara yang sama bagi mengelak membayar cukai yang sepatutnya dijelaskan mengikut undang-undang? Berapa banyak wang melibatkan jumlah jutaan dan tidak mustahil mencecah berbilion ringgit disonglap dari dibayar sebagai cukai sejak kita merdeka?

Dan mereka terus mendakwa merekalah pembayar cukai tertinggi di Malaysia!

Melalui sistem percukaian GST, mereka tidak dapat lagi mengelak dan sebab itu mereka sangat bencikan sistem percukaian baru ini kerana ia menutup kelemahan sedia ada.

Sistem percukaian GST ini membolehkan kerajaan menghubungkaitkan pengisytiharan pendapatan perniagaan mereka dengan rekod GST yang dikumpulkan sepanjang tahun. Melaluinya, ahli perniagaan yang selama ini dapat mengelak melalui pengisytiharan palsu dapat dikesan.

Ia akan dapat meminimakan jumlah yang lari cukai. Mungkin, satu hari nanti, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dapat menyiarkan kutipan cukai berdasarkan kaum bagi memudahkan kita melihat kumpulan manakah yang menjadi pembayar cukai utama di negara ini.

Namun, malangnya perlaksanaan percukaian GST ini dilancarkan dengan begitu lemah sekali sehingga membolehkan ahli perniagaan tamak ini memperolehi keuntungan berlebihan dan menyalahkan kerajaan menggunakan alasan GST,” katanya.

Aiman turut menyentuh pemilikan kenderaan mewah adalah golongan yang menikmati subsidi petrol sejak beberapa dekad lalu.

Kita boleh katakan mereka menerima semula antara 20 hingga 30 peratus daripada bayaran cukai mereka melalui subsidi petrol. Keuntungan yang sama dinikmati syarikat persendirian apabila kos pengangkutan mereka dapat dikurangkan melalui subsidi petrol dan diesel. Mereka mampu menikmati semula antara 10 hingga 30 peratus daripada cukai yang dibayar kepada kerajaan,” katanya.

Jadi, kata Aiman, kita mudah melihat mengapa penyokong DAP yang majoritinya terdiri daripada kaum Cina beriya-iya untuk menyertai perhimpunan haram ini – kerana nikmat mereka lari daripada cukai sudah tiada lagi sementara kaum Bumiputera sebelum ini yang makan gaji sebagai pekerja terus membayar cukai mengikut undang-undang, tanpa manipulasi, tanpa penipuan pengisytiharan.

Apabila perolehan pendapatan mereka dikeluarkan, mereka tidak boleh lagi memanipulasi laporan akaun mereka kerana ia akan dibandingkan dengan transaksi GST.

Pada 12 Jun lalu, Pengarah Bahagian GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Datuk T. Subromaniam mendedahkan pihaknya mengesan sekurang-kurangnya 38,000 pemilik syarikat persendirian yang merekodkan keuntungan ratusan ribu ringgit sebagai lari cukai.

Jumlah itu adaah 10 pe­ratus atau 38,000 daripada 380,000 buah syarikat yang berdaftar untuk GST dikesan sebagai ‘lari’ daripada cukai sebelum perlaksanaan sistem cukai ini.

Syarikat-syarikat tersebut adalah entiti yang ‘lari’ daripada pembayaran cukai sedangkan mereka mengaut keuntungan beratus ribu ringgit setiap tahun.

Situasi ini disebut sebagai ‘hidden economy’ di mana kelemahan sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) menyebabkan kerajaan kehilangan pendapatan yang sepatutnya diperoleh.

Melalui pelaksanaan GST, kita dapat mengesan dan memastikan mereka memberikan sumbangan kepada negara melalui sistem percukaian seperti syarikat-syarikat lain,” katanya.

Friday, September 4, 2015

BERAK SAPU BUNTUT, TAPI MASIH CUBA SALAHKAN ORANG LAIN BERAK TAK BASUH... ITULAH LIM GUAN ENG!!!



Lim Guan Eng memang seorang penipu yang cuba berlagak seperti wali. Lim Guan Eng juga cuba menafikan pembabitannya dan kemudian menyalahkan pihak lain yang mendedahkannya sebagai perbuatan fitnah apabila dia terkantoi.

Itu yang berlaku apabila Lim Guan Eng bercadang untuk menyaman Utusan Malaysia sekali lagi selepas beberapa kejayaan sebelum ini termasuk kejayaan terbaharu pada Mac 2015 yang dimenangi oleh bapanya, Lim Kit Siang ke atas akhbar yang dimiliki UMNO itu.


Kali ini, Lim Guan Eng mendakwa Utusan Malaysia telah menfitnahnya sebagai salah seorang penganjur BERSIH 4.0 sedangkan menurutnya, dia bukanlah salah seorang penganjur. (BACA DI SINI)

Demonstrasi BERSIH 4.0 walaupun dianggap satu kejayaan kepada kerana berjaya mengumpulkan puluhan ribu anak-anak muda Cina, tetapi memberikan kesan dan imej buruk kepada masyarakat Cina secara keseluruhannya, apabila perasaan curiga terhadap mereka, semakin menebal.

Di sebalik kejayaan BERSIH 4.0, kegagalan yang diperkatakan ialah, kehilangan sokongan terbesar Melayu yang selama ini mendominasi sebarang demonstrasi yang dianjurkan oleh parti-parti pembangkang Malaysia.

Utusan Malaysia telah menyiarkan pada muka hadapan tajuk 'MALULAH KAMU' dengan salah satu wajahnya adalah Lim Guan Eng.


Mungkin atas sebab yang sudah dijangkakan itulah, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang hanya memakai baju T kuning tanpa tulisan BERSIH 4.0. Sekaligus boleh dijadikan bukti bahawa mereka sebenarnya tidak terlibat dengan BERSIH 4.0 secara langsung, walaupun pada demonstrasi tersebut, merekalah yang paling lantang berucap dan mengapi-apikan Cina-Cina muda yang berdemonstrasi.

Keyakinan apabila kebanyakan samannya dimenangi oleh Lim Guan Eng, membuatkan dia sentiasa bertekad untuk menyaman sekaligus menaikkan imejnya sebagai seorang yang bersih dan jujur.

Anehnya, mengapa agaknya para pemimpin UMNO tidak mengambil langkah yang serupa setiap kali fitnah dan tohmahan dilemparkan oleh para pemimpin DAP dan PKR?


Buatlah seperti Lim Guan Eng.... kalah menang belakang kira kerana yang dipentingkan adalah saman dahulu!

Yang penting dalam hal ini, bukanlah kebenaran tetapi persepsi. Persepsi amat penting kerana itulah senjata utama yang digunakan oleh DAP, Lim Guan Eng dan PKR. 
Seterusnya


Tuesday, September 1, 2015

{ VIDEO} Gara-Gara Cina Pijak Gambar Najib, Hadi Awang | Polis Buru 2 Wanita



Akhlak Pemimpin DAP Dicontohi Pengikutnya


Polis Kuala Lumpur sedang memburu dua wanita yang dirakam memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dalam perhimpunan Bersih 4, di sini pada Sabtu dan Ahad lalu.



Memetik laporan BH Online, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa, berkata kini sudah tiba masanya polis bertindak mengikut peruntukan undang-undang yang ada dalam memburu individu dan peserta perhimpunan berkenaan, yang dikesan melakukan pelbagai kesalahan sebelum, semasa dan selepas perhimpunan berakhir.

"Jangan ingat mereka boleh terlepas, mereka yang bersalah akan tetap diambil tindakan dan perkara ini kami sudah tegaskan dari awal lagi.

"Walaupun tiada insiden buruk berlaku namun banyak kesalahan membabitkan Akta Hasutan dan Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012, didapati berlaku sepanjang perhimpunan berlangsung," katanya kepada BH ketika dihubungi hari ini



Politik Emosi dan Nafsu BERSIH 4.0 - Dewan Ulamak PAS

[VIDEO] REUTERS SAHKAN #BERSIH4 HANYA DISERTAI ETNIK MINORITI CINA DAN INDIA





Media antarabangsa seperti Reuters melaporkan bahawa, demonstrasi Bersih4 yang berlaku pada 29 dan 30 Ogos kali ini hanya melibatkan penglibatan masyarakat Cina dan India yang merupakan kelompok minoriti di Malaysia. Malah seorang penganalisis politik yang ditemubual juga berpandangan bahawa, demonstrasi yang dilakukan itu tidak mewakili suara majoriti rakyat Malaysia yang dipisahkan melalui perbezaan kaum dan kedudukan setempat.

Semoga Bersih5 yang akan berlansung pada tahun hadapan akan terus membawa kepada penglibatan 100% masyarakat bukan Melayu di Malaysia. Disitu nanti kita akan ketahui, siapakah yang kemaruk mahu berkuasa.


Semoga ALLAH menyelamatkan Malaysia dari jatuh ke tangan-tangan kuffar! 



Monday, August 31, 2015

Bersih 4.0: Tun Dr Mahathir Downgrade Dirinya


Image result for bersih4

1. Betapa tingginya terbang bangau, akhirnya kembali ke belakang kerbau. Rupanya sekian lama, Tun Dr Mahathir bercakap soal-soal demokrasi, soal-soal penentang kerajaan bukan melalui peti undi, rupanya hanya sandiwara.

2. Rakyat kini telah faham, kenyatan pedas, bidasan terhadap demostrasi jalanan reformasi tahun 1998, hanya merupakan lakonan, bukan betul-betul.

3. Kehadiran dua kali dalam himpunan jalanan Bersih 4.0 dan pada kehadiran kedua sempat pula memberi sidang akhbar di luar sebuah restoran di Central Market, mengambarkan, bahawa mantan Perdana Menteri itu sudah menurunkan kelasnya, bukan lagi sebagai negarawan, sebaliknya sama taraf dengan pemimpin jalanan seperti Hishamuddin Rais, serta yang lainnya.

4. Selama ini, semua rakyat tertipu dengan kepimpinan Tun Mahathir, di mana menganggap sebagai teladan dalam mengurus negara, rupanya semuanya sebagai lakonan.

5. Dengan berselindung menggunakan kata-kata-"saya tak sokong bersih" " tapi saya sokong rakyat, kerana peserta bersih juga rakyat" merupakan kenyataan yang menghalalkan cara.

6. Tun M lupa, jika Bersih mampu menggerakan himpunan selama 34 jam, tak kan pula kerajaan yang mempunyai semua jentera tidak mampu melakukan tindakan yang sama. Ertinya, negara ini bukan lagi negara yang cintakan keamanan dan ketenteraman, melainkan menjadi negara yang hanya tahu turun ke jalan. Rupanya, sekian lama Tun memerintah, apa yang terlupa oleh beliau adalah bagaimana turun ke jalan.

7. Yakinlah, selepas ini, mantan PM itu akan mendesak Anwar Ibrahim dibebaskan, dengan alasan, bahawa mantan TPM itu tidak bersalah, melainkan diperangkap untuk bersalah.


8. Kemungkinan mendesak Anwar dibebaskan, tidak boleh diketepikan, kerana Tun Mahathir sudah menelan sekian banyak ludahnya. AYT

Sunday, August 30, 2015

Seronok Geng #Bersih4 Ini, Buat Apa Tu?



GAMBAR TERKINI PERHIMPUNAN BERSIH 4 - HARI KE-2 (AHAD)



1.45pm: solat Zuhur berjemaah.... Masjid Jamek Bandar 100 meter je


 12.45pm Jalan Tun Perak - matahari memuncak di atas kepala, masa makan tengah hari



10.50am: Jalan Tun Perak - Kira-kira 20 orang daripada masyarakat Orang Asli turut serta


9.50am: Jalan Tun Perak



9.40am: Jalan Raja - senaman pagi 


7:15 am Jalan Raja - Ratusan para peserta berdiri tegak sambil menyanyikan Negaraku.


6am Simpang Jalan Raja-Jalan Tun Perak 


5.05am Jalan Tun Perak - Sekumpulan anak muda mengedar sandwic percuma kepada para peserta.



 3.11am Jalan Raja - Lim Kit Siang 


2am Simpang Jalan Raja-Jalan Tun Perak  





Seterusnya

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.