Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label Hadi. Show all posts
Showing posts with label Hadi. Show all posts

Wednesday, March 22, 2017

Pemimpin UMNO Dan PAS Makan Bersama Di Parlimen Pun, Kor Ming Kata Itu Rundingan Sulit...Lu Memang Lawak La YB

Pemimpin UMNO DAN PAS Makan Bersama Di Parlimen Pun, Kor Ming Kata Itu Rundingan Sulit...NGA KOR MING MEMANG LAWAK!!!

Ingat lagi ungkapan 'ADA BULAN DI DADAMU?'

Ingat lagi betapa penuh perasaannya Ngeh Kor Ham menyanyikan lagi 'Ada Bulan Di Dadamu' dalam Bahasa Mandarin?

Ingat lagi Nga Kor Ming berceramah dan menggunakan ayat-ayat al Quran yang kemudian disambut takbir oleh para penyokong PAS dan mereka mempertahankan bahkan memuji-muji tindakan Nga Kor Ming walaupun diberitahu Nga Kor Ming sebenarnya menghina Islam selain mempergunakan ayat-ayat al Quran untuk menggula-gulakan para penyokong PAS dalam usaha mendapatkan sokongan mereka untuk DAP berkuasa di Perak dan Malaysia amnya?

Itu dulu... ketika PAS atau lebih tepat lagi ketika DAP mempunyai para penjilat yang bersembunyi di dalam PAS dan sebelum mereka keluar beramai-ramai untuk membentuk PAN.

Sekarang, lain ceritanya...

Nga Kor Ming sedang menjalankan kempen secara aktif kebencian ke atas PAS dengan sasarannya adalah Nik Abduh.

Kekalahan Nik Abduh dalam pemilihan jawatan sebagai Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Pengkalan Chepa, telah menjadi bahan momokan Nga Kor Ming dan para pengikutnya. Tidak cukup dengan itu, kenyataan Nik Abduh bahawa dia sekadar 'suka-suka' bertanding jawatan tersebut, turut menjadi bahan jenaka Nga Kor Ming dan para pengikutnya yang terdiri daripada penyokong PAN.

Di sebalik kebimbangan PKR terutama sekali di Selangor tentang sikap PAS, bahkan penamatan kerjasama PAS dengan PKR yang bakal meruntuhkan Kerajaan Negeri pimpinan Azmin Ali serta didalangi oleh DAP, Nga Kor Ming pula cuba memainkan peranan untuk menimbulkan rasa bersalah di kalangan para penyokong PAS kerana meninggalkan DAP.

Dia juga cuba menimbulkan salah sangka sehinggakan sekeping gambar beberapa orang pemimpin PAS di meja makan bersama beberapa orang pemimpin UMNO di kawasan terbuka, sebagai 'rundingan sulit' antara UMNO-PAS.

Sebenarnya Nga Kor Ming tahu, tanpa PAS, DAP akan menghadapi kesukaran meskipun kini tempat PAS di sisi DAP telah diganti oleh PAN dan Cap Bunga.

Kedua-dua parti itu bagaimanapun, tidak mempunyai kekuatan yang setara dengan PAS. Apatah lagi dengan 'seloroh' Nik Abduh yang PAS akan menawan 5 buah negeri di mana Perak adalah salah sebuah negeri terbabit, sudah tentu amat meresahkan Nga Kor Ming, pemilik Rumah Putih Ipoh yang memiliki tanah balak yang sangat luas di Hulu Kelantan hasil tahaluf siyasinya dengan PAS pada era Husam Musa sebagai Exco Kanan.

[baca berita asal The Saviour]

Sunday, October 13, 2013

Biarlah Gambar Yang Bercerita

Jika tulis banyak-banyak nanti akan ada yang marah pulak.
Tengok je!!!

Biarlah Gambar Yang Bercerita


Biarlah Gambar Yang Bercerita

Biarlah Gambar Yang Bercerita


Hadi pertahan bukan Islam boleh guna kalimah Allah...Lagi Buat Hal..Pelik lah PAS Ni


SHAH ALAM: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap mempertahankan penggunaan  kalimah Allah  oleh bukan Muslim  selagi ia tidak disalahgunakan.

Ujarnya mana-mana pihak tidak sepatutnya menghalang orang bukan Islam kerana penggunaan kalimah itu telah bermula sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi.

"Allah adalah perkataan yang memberi makna dia sahaja Tuhan tak ada yang lain bagi orang Islam. Bagi penganut bukan Islam kita tak boleh halang mereka menggunakan kalimah Allah di tempat mereka.

"Bahkan perjanjian Nabi Muhammad dengan orang bukan Islam yang minta gunakan kalimah Allah dalam perjanjian (dan) dibenarkan tulis dalam perjanjian," katanya ketika ditemui semasa sidang media selepas Seminar Perlaksanaan Syariah Islam di Malaysia hari ini.


Bagaimanapun Hadi menegaskan umat Islam berhak mempertahankan penggunaan kalimah Allah sekiranya orang bukan Islam sengaja menggunakan kalimah itu dengan cara yang bercanggah dengan ajaran Islam.

"Konsep membenarkan kalimah Allah pada semua manusia itu tak ada halangan namun sekiranya mereka nak menafsirkan dengan cara yang salah kepada orang Islam, kita perlu jawab dan jelaskan. Kerajaan dan pihak berkenaan kena jawab," kata Hadi.

"Sebabnya penggunaan kalimah Allah ini memberi makna dia sahaja Tuhan yang disembah, undang-undang Dia sahaja yang dipakai. Kalau sekiranya dia sebut Allah, (tapi) tak pakai undang-undang Allah itu pun tak betul juga.

"Kita orang Islam boleh makan sembelihan Yahudi dan Kristian kerana dia sebut kalimah Allah semasa sembelih dengan syarat dia sembelih binatang yang kita boleh makan walaupun dia bukan Islam," katanya.

Isnin ini, Mahkamah Rayuan akan memutuskan permohonan kerajaan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar Kristian The Herald menggunakan kalimah Allah.

Keputusan yang dinanti-nanti itu menyusul lima minggu setelah Mahkamah Rayuan mendengar hujah peguam badan-badan Islam dan peguambela Persekutuan serta peguam Gereja Katolik yang menerbitkan The Herald.

Keputusan itu akan diumumkan oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh.

Baca seterusnya : di sini


DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.