Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label Hannah Yeoh. Show all posts
Showing posts with label Hannah Yeoh. Show all posts

Tuesday, May 16, 2017

Hannah pertikai masa siaran artikel Kamarul Yusof


Hannah pertikai masa siaran artikel Kamarul Yusof
Hannah Yeoh menunjukkan bukunya “Becoming Hannah”
 yang merakamkan perjalanan hidupnya sebagai rakyat Malaysia,
 ibu dan isteri. – Gambar The Malaysian Insight, 15 Mei, 2017.



SAMBIL menyatakan DAP pernah berdepan tuduhan hampir sama sebelum ini, Hannah Yeoh mempersoalkan artikel Dr Kamarul Yusoff yang disiarkan pada hari sama bekas gabenor Jakarta Ahok dijatuhi hukuman penjara dua tahun kerana menghina Al-Quran.

Dalam kenyataannya, Yeoh berkata sebagai penganut Kristian, beliau percaya kepada kedaulatan undang-undang, keadilan, ketelusan, kebertanggungjawaban, kesaksamaan dan tadbir urus yang baik.

“Dan semua itu dapat dicerminkan dalam perubahan perundangan yang saya perjuangkan sebagai Adun dan speaker DUN Selangor,” katanya.

Beliau juga menolak rasuah dan salah guna kuasa.

Berhubung bukunya bertajuk “Becoming Hannah”, Yeoh berkata tidak ada agenda rahsia di sebaliknya kerana buku itu sebelum ini dilancarkan pada 2014 dan secara rasmi pada Januari 2015. Buku itu boleh dibeli secara online dan di kedai buku besar seperti Kinokuniya, MPH, Popular dan Times.

“Buku itu merakamkan perjalanan peribadi saya sebagai golongan muda Malaysia dan mendokumentasikan kisah perkahwinan saya serta peranan baharu saya sebagai isteri dan ibu.

“Sebab itu ia diberi judul ‘Becoming Hannah’ dan bukannya ‘ Becoming DAP’ atau ‘Becoming a Christian,” katanya.

Speaker itu mengeluarkan kenyataan tidak lama selepas membuat laporan polis berhubung posting dimuat naik ke Facebook oleh pensyarah kanan Universiti Utara Malaysia Dr Kamarul Yusoff pada 10 Mei.

“Komitmen DAP ialah mewujudkan negara sekular seperti didefinisikan di bawah Perlembagaan Persekutuan Malaysia. DAP mempunyai agenda rakyat Malaysia bukan Kristian,” katanya.
Pada 19 Mei, Kamarul menggunakan Yeoh sebagai contoh, menuduh DAP hipokrit dan berkata parti itu hanya mahu mengasingkan agama daripada politik, jika ia membabitkan Islam.
“...bagi DAP, pengasingan politik daripada agama hanya perlu dilakukan jika ia mengenai hal ehwal Islam. Tetapi jika ia agama lain seperti Kristian, maka mereka (DAP) ok,” tulis Kamarul di Facebook miliknya.
Penulis itu juga berkata Yeoh mendesak penganut Kristian lain menyertai politik bagi memperbaiki Malaysia.

Tulisan itu mendorong Mingguan Malaysia menerusi kolum Awang Selamat membangkitkan perkara itu kepada pembaca mereka.

Dalam kolum itu turut diletakkan artikel mengenai Ahok.

Akhbar Umno itu berkata: “Awang berpendapat, pengakuan Hannah itu sesuatu yang serius dan menyentuh soal sensitiviti agama kerana Islam adalah agama rasmi Persekutuan.”

Bagaimanapun, ia tidak menjelaskan mengapa pengakuan itu serius atau apa kaitannya dengan kedudukan Islam dalam negara ini.

Sementara itu, Kamarul mengakui menulis artikel itu dan berkata beliau sanggup memberi keterangan kepada polis.

“Saya sahkan sayalah penulisnya dan bertanggungjawab sepenuhnya atas tulisan saya. Saya tidak ada masalah memberi keterangan pada mana-mana pihak termasuk polis atau ke mahkamah jika perlu,” katanya.

Katanya, beliau ada bukti agenda Kristianisasi Yeoh dalam politik.  



Friday, May 24, 2013

Bekas hakim Mahkamah Rayuan yang menyebut tentang ‘backlash’ orang Melayu


Sedutan daripada ucapan bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah tentang ‘Perpaduan Melayu Dari Perspektif Perlembagaan’.

Ucapannya disampaikan di ‘Wacana Kepimpinan Survival Ummah’, anjuran persatuan alumni UiTM dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pada 12 Mei 2013, di Menara MARA, Kuala Lumpur.




PETIKAN

“Saya tanya seterusnya, bolehkah Brunei dan Singapura masuk Malaysia? Jawabnya, Parlimen boleh dengan undang-undang, membawa masuk mana-mana negeri – Brunei, Singapura – dan mana-mana ke dalam Malaysia ini dengan suara majoriti sahaja.

Satu undi lebih, cukup, boleh bawa Singapura masuk ke Malaysia ini. Tidak payah dengan persetujuan Majlis Raja-Raja.

Tetapi kalau ubah sempadan mana-mana negeri, maka negeri berkenaan kena perubahan sempadan itu diluluskan Dewan Undangan Negeri dan mendapat perkenan raja.

Tetapi hendak bawa masuk Singapura ke Malaysia ini dia perlukan hanya akta Parlimen yang mengatakan membawa masuk Singapura ke Malaysia, dengan satu suara majoriti, maka masuklah Singapura ke Malaysia.

Bayangkan akibatnya. Ini agenda yang saya katakan pengkhianatan itu, termasuklah agenda membawa masuk Singapura ke dalam Malaysia.

Sebab itu kalimah Allah dicampakkan supaya orang PAS dan Umno, orang Melayu berpecah belah. Matlamat akhirnya ialah menawan hati orang Bumiputra Sabah dan Sarawak yang bukan Islam. Nampak tidak telunjuknya ke mana?

Tetapi kita Melayu termakan, mujurlah orang Sabah dan Sarawak menyebelah kita. Kerana itu, saya katakan, istilah. Kita hapuskan “Cina”, kita hapuskan “India” oleh kerana tiada dalam perlembagaan tadi.

“Maka kita letakkan, istilah: “orang Melayu”, “bukan Melayu” istilah “Masyarakat Pribumi”, “Masyarakat bukan Pribumi”. Gunakan mana yang berkenaan. Maka tidak ada lagi “Cina”, ‘India’….”

Sumber transkrip: Malaysiakini (24 Mei 2013)


http://blog.limkitsiang.com/2013/05/17/in-defending-his-seditious-speech-mohd-noor-abdullah-has-proven-he-is-racist-through-and-through-and-raised-question-how-a-closet-racist-could-rise-to-be-court-of-appeal-judge/


Juga:




***  ***  ***
Saya pelik kenapa pemimpin-pemimpin kanan Pakatan seperti Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Anwar Ibrahim boleh melenting mengatakan bekas hakim tersebut seorang “racist through and through”.

Pada asasnya beliau hanya mengesyorkan agar istilah ‘Cina’ dan ‘India’ dihapuskan dengan diganti dengan istilah sama ada ‘bukan Melayu’ ataupun ‘bukan Pribumi’. Katanya dengan itu “maka tidak ada lagi “Cina”, ‘India’.”

Saranan Mohd Noor sebenarnya mirip kepada saranan Hannah Yeoh dan puak Firsters, bukan?
Kelompok Firsters pun selalu meroyan kerana mahukan semua orang jadi buta warna kulit dan tidak lagi melihat pada semua warganegara sebagai etnik Cina atau etnik India tetapi sebaliknya sebagai “Malaysians”, noktah.

Kesudahan daripada tuntutan Firsters dipenuhi adalah hilang akan kewujudan ‘Cina’ dan ‘India’.

Hannah juga telah cuba dengan sedaya-upaya untuk menghapuskan istilah ‘Cina’ dan ‘India’ daripada dikekalkan penggunaannya di Malaysia. Sampai Adun DAP itu mahu menghantar petisyen kepada Perdana Menteri agar memansuhkan butiran kategori ‘Cina’ dan ‘India’ dalam borang surat beranak.

Yang berbeza cuma Hannah Yeoh mahu menggantikan istilah ‘Cina’ dan ‘India’ dengan istilah ‘Anak Malaysia’ manakala Mohd Noor mengesyorkan istilah ‘Cina’ dan ‘India’ diganti dengan istilah ‘bukan Melayu’ (ataupun ‘bukan Pribumi’).

Jadi kenapa pula Kit Siang dan Karpal berasa perlu untuk menegur Mohd Noor seorang “rasis”. Bukankah hasrat puak Malaysian First dan hasrat bekas hakim itu sama sahaja, iaitu menidakkan istilah ‘Cina’ dan ‘India’?


Credit for : Helen Ang

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.