Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label Hannah Yeoh.. Show all posts
Showing posts with label Hannah Yeoh.. Show all posts

Sunday, June 9, 2013

Apa Agenda Tersembunyi Hannah Yeoh? ‘Red Bean Army’ Dalam DUN Selangor???



Ada laporan Sin Chew pagi ini yang menyebut antara agenda utama Hannah Yeoh dalam Sidang DUN tidak lama lagi adalah untuk memastikan DUN Selangor akan menjadi ‘sebebas-bebasnya’ daripada terus dicampuri oleh cabang pentadbiran yang lain.

Walaupun cadangan Hannah Yeoh ini nampak macam innocent, telus dan kononnya sangat bertepatan dengan masa – ia menggambarkan bahawa DAP mahu kekal lama di Selangor dan mula meletakkan orang-orang mereka di dalam pentadbiran Dewan Undangan Negeri yang sedia.Hannah Yeoh mahu, perjawatan di dalam pentadbiran DUN Selangor diuruskan sendiri oleh Speaker Dewan.

Nampaknya, strategi meletakkan Hannah Yeoh sebagai Speaker amat menjadi. DAP tak mahu Hannah sekadar menjadi Speaker yang mengurus mesyuarat. Malahan, jawatan Speaker mahu dijadikan sebagai satu jawatan yang super penting; sekiranya ada percaturan politik baru berlaku di masa-masa akan datang.

Maklumat blog ini, DAP sudah mengenalpasti sekurang-kurangnya 15 orang (anak muda Cina, berpendidikan, ahli DAP) yang mahu dibawa masuk sebagai petugas tetap Dewan Undangan Negeri sekiranya undang-undang SELESA ini lulus.
——————————————————————————————————-
In an exclusive interview with Sin Chew, Yeoh explained that  the new enactment will be instrumental in implementing the separation   of powers in the Selangor government and further enhance the state   assembly’s role and effectiveness.

Selesa will improve the  separation of powers between the three arms  of the Selangor government — the executive, the legislature and the  judiciary.
The proposed  law would see the setting up of a new Legislative  Assembly Service  Commission which would manage the state assembly —  including its  jurisdiction, finances and staff — independently of the  state  government’s executive arm
 
 The commission will then be headed by the Speaker and will include  the Selangor mentri besar, the state  opposition leader as well as  between five and six state lawmakers.
——————————————————————————————————–
Jika undang-undang SELESA ini lulus, sekumpulan pakar IT (cybertroopers) juga akan dibawa masuk secara ‘rasmi’ sebagai petugas DUN. Bayangkan, dengan outfit yang sedemikian solid, dibantu oleh bajet rasmi NEGERI SELANGOR, DAP akan melaksanakan apa yang dilakukan di Pulau Pinang (red bean army – untuk fokus kepada isu Selangor).

Perbualan blog ini dengan beberapa orang ADUN (Pas) Selangor semalam, membayangkan bahawa mereka juga khuatir dengan perkembangan ini. Menjadikan jawatan ‘Speaker’ sebagai satu punca kuasa baru dan memberi kebebasan perlantikan kakitangan akan menjadikan Hannah Yeoh sebagai pemain politik utama di Selangor.


Dikhabarkan, bahawa Menteri Besar tidak ada masalah dengan cadangan Hannah, asalkan Saifuddin Nasution juga diserapkan sebagai antara kakitangan di bawah Hannah.




Tuesday, May 21, 2013

Berani buat tapi tak berani tanggung


Dalam wawancara dengan Malaysian Digest – PCM echoes Utusan, asks Chinese what moredo they want’ - timbalan presiden Parti Cinta Malaysia Huan Cheng Guan berkata Perdana Menteri Najib Razak sudah banyak memenuhi tuntutan kaum Cina.

Namun masyarakat Cina tidak menghayati perpatah ‘Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa’.

HuanChengGuanClose
Kalau ada apa-apa kemusykilan, boleh pergi jumpa wakil DAP nanti


Mengulas tindakan sesetengah cawangan MCA dan Gerakan sekali dengan PCM menutup pusat perkhidmatan mereka, Huan menjelaskan bahawa tsunami Cina telah membuktikan lebih 90 peratus pemilih Cina tidak mengundi BN dalam pilihanraya umum yang lepas.

Tambah beliau lagi, calon-calon bidan terjun Pakatan pula boleh diberikan kepercayaan oleh pemilih Cina meskipun politikus-politikus pembangkang itu hanya muncul di kawasan beberapa minggu sebelum hari mengundi.

Ini bermakna masyarakat Cina setempat tidak menghargai sumbang khidmat yang diberikan oleh para wakil BN selama bertahun-tahun itu.

Huan Cheng Guan mencatat dalam Facebooknya:

Mei 7: “This election is intresting, totally play out by the chinese, when they need help for schools, temples, association and others, they come for me. But when they vote, they vote for DAP. I have learn my lesson. Now i will close down all my service centres. Will spent my time enjoying myself. Lu orang mati lu punya pasai. Jangan cari saya lagi.”
Mei 9: “Thank you to all my service team members. i know you all have done your very best but unfortunately we lost. So everyone take a good rest and spent time with your families members. Meanwhile later i will organise seminar for all our service team and hardcore members on,
a) How to conb) How to cheatc) How to liesd) how to bluff and also telling the greatest lies on Facebook.

“With the blessing from Jesus, gurantee next election we will wins every seat we contest.”

Twitterhannahyeoh may God have mercy on the racists


Evangelista Bintang Tiga

Dalam temuramahnya dengan Malaysian Digest pada minggu lepas itu, naib presiden PCM Huan Cheng Guan juga mendakwa fanatik Kristian telah meracuni minda orang Cina agar menentang BN (“Huan also alleged that fanatic Christians are the ones spoiling the minds of Chinese people to go against BN”).

Beliau juga menganggap kaedah politik ketaksuban golongan Kristian fanatik adalah penyebab utama kenapa orang Cina melihat pada pemimpin-pemimpin Pakatan bagai maksum.



HuanChengGuanGod

Politik benci dipupuk kultus

Perangai yang melampau dan kurang waras adalah antara salah satu gejala kultus.

Sentimen diapi-apikan melalui ahli-ahli kultus Pakatan saban hari disuap fitnah dan pembohongan. Cuba tengok pada segala dakyah yang telah disebar tentang perjalanan PRU13, sampai orang Bangla dipukul vigilante pro-pembangkang.

Malah Uskup Paul Tan pun turut melenting — Bishop: Polls anything but free and fair‘ (FMT, 17 Mei 2013)

Salah satu ciri yang paling menonjol di kalangan politikus evangelis ialah kelicikan mereka memutar-belit dan berhelah. Menafikan apa yang ada di depan mata

RitaSim


Kurang 10 peratus

Pengarah pilihanraya BN Selangor, Mohd Zin Mohamed, menganggarkan hanya lima peratus sahaja kaum Cina yang mengundi BN di negeri tersebut.

Namun orang DAP sedang dengan begitu bersungguh-sungguh cuba mengelak daripada mengaku bahawa kehilangan undi popular oleh BN adalah disebabkan tsunami Cina.

Dalam rencananya bertajuk Kaum Cina perlu bertanggungjawab‘ (Berita Harian, 15 Mei 2013), Prof. Teo Kok Seong menulis:

“Tidak dapat dinafikan bahawa keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) memperlihat polarisasi politik, dengan pola pengundian kaum Cina yang kuat menyokong pihak pembangkang khususnya DAP. Dianggarkan sekitar 90 peratus undi kaum Cina memihak kepada pembangkang.”

Beliau meneliti bahawa gelombang yang hampir-hampir meruntuhkan pembentukan kerajaan BN adalah mencerminkan hasrat sebenar kaum Cina.

“Sesungguhnya percaturan kaum Cina itu untuk bersama-sama pembangkang adalah satu strategi yang mereka fikirkan pintar,” kat Prof. Teo.

Janganlah kini hanya kerana hajat mereka tidak kesampaian, maka orang Cina mahu berpura-pura bahawa bukan mereka yang menjayakan gelombang anti-BN.


HannahRacistUmno


Kalau Pakatan yang menang tempoh hari, bagaimana?

Sambung Prof. Teo:
“Sebaliknya, apakah yang akan terjadi jika strategi mereka berjaya? Tentu, BN akan tumbang dan gagal membentuk kerajaan.”
 
Sekiranya BN kecundang, pasti orang Cina akan berbangga dan berkokok bahawa merekalah yang bertanggungjawab mencetuskan tsunami yang meranapkan BN.

Orang India pun tidak pernah segan silu mendabik dada bahawa merekalah yang menimbulkan tsunami tahun 2008.

Sikap talam dua muka

Dalam kolumnya di Berita Harian, Prof. Teo Kok Seong menulis lagi:

“Dalam hal kaum Cina dicemuh hebat kerana tindakan mereka sendiri, mereka masih mahu menuntut untuk diberi segala manfaat oleh BN yang ingin ditumpaskan itu walaupun tidak berjaya, dengan tidak pun mahu mengalami sebarang kerugian akibat tindakan belot mereka itu.

“Dengan kata lain, dalam keadaan begini pun yang memperlihat mereka tewas, mereka masih mahu memperoleh kedua-duanya, mengecapi imbalan dan mengelak balasan yang bakal diterima.”

star_10may13_sm

Selepas merasa bahang backlash orang Melayu, barulah lidah-lidah pengarang Jerusubang seperti The Star mahu merengek tentang “reconciliation” lah, “We are Malaysia” lah.

Sebelum itu, bukankah mereka telah bersungguh-sungguh melaungkan Ganyang Umno “ABU, ABU, ABU!” yakni mahu menguburkan parti Melayu yang mempunyai lebih tiga setengah juta ahli orang Melayu itu? Bukankah mereka yakin akan dapat menawan Putrajaya?


HannahMICracist


Ini yang kita cakap sikap hipokrit orang Cina beriya-iya menafikan ia tsunami Cina yang berlaku.

Prof. Teo berpendapat orang Cina “sebetulnya adalah kelompok yang pintar dan tidak pernah sesaat pun alpa dalam segala tindakan mereka”. Kata profesor itu, strategi orang Cina “bukan saja bijak pada setiap masa, tetapi juga senantiasa culas”.

Beliau juga menegur:

“Sehubungan ini, kaum Cina perlu memperlihat mereka mempunyai maruah. Mereka perlu menerima apa-apa jua kesan, daripada perbuatan mereka yang mengecewakan banyak pihak. Dalam sesetengah kes, mereka lupa kepada bakti dan jasa tangan yang menyuap makanan ke dalam mulut mereka untuk sekian lama. Sehubungan ini, mereka tergamak menggigit tangan yang murah hati itu, tanpa perasaan bersalah langsung.” 
Beliau juga menasihatkan agar “mereka perlu bukan saja berani sebagai anak jantan untuk menerima segala kritikan” tetapi yang lebih bahaduri lagi ialah “mereka perlu sanggup menghadapi segala kesulitan akibat daripada tindakan mereka sendiri, dengan penuh tanggungjawab”.


Hannah Yeoh (hannahyeoh) on Twitter 2013-05-19 11-59-33


Kultus Jerusubang dipromosi dan dikembangkan oleh The Star.

Hanya kerana percaturan mereka tidak menjadi kali ini, begitu kuat dan lantang menafi kejayaan DAP (seolah-olahnya Umno lah yang telah berkempen dengan sedaya-upaya untuk memenangkan calon-calon Cina Pakatan?).

Prof. Teo mahu kaum Cina dengan hati terbuka menerima segala kesan ekoran daripada ketetapan yang mereka buat dalam PRU-13.

Dalam kata lain, berani buat, berani tanggung. Jangan culas.

“Malaysian tsunami” kepala otak The Star.


GE13 It was a Malaysian tsunami, says Kit Siang - Nation The Star Online 2013-05-19 12-04-08
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/05/17/bishop-polls-
anything-but-free-and-fair/



Credit for : Helen Ang





DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.